Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, November 9, 2015

COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA @ UPTOWN DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR.


Weekend lalu saya diajak beberapa teman untuk berkunjung ke Uptown Danau Kota setelah menikmati hidangan makan malam di area berdekatan KL FESTIVAL MALL. Seingat saya inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini. Pertama kalinya adalah pada Ramadhan tahun lalu. Bukan kerana 'tunjuk gaya' tak mahu ke midnight bazaar, namun memandangkan peneman dan saya sendiri yang kurang menggemari tempat yang seperti 'lautan manusia', mahu macam mana lagi, terpaksalah asal syarat saja untuk turut berkunjung ke mana-mana midnight bazaar atau dikenali juga sebagai pasar malam di kalangan masyarakat kita.


Namun, pada kali kedua ke sini, i had so much fun! Saya meneroka lebih banyak tempat, dari pusat jualan pakaian, kasut, perfumes, beauty stuffs, handbags dan banyak lagi serta makanan, minuman hinggalah tempat-tempat yang menawarkan khidmat urutan, tangan, bahu, kaki dan sebagainya. Jadi kalau anda dah berpenat berjalan-jalan sekitar uptown, bolehlah anda bayar servis urutan yang ada di bazar ini.


Menariknya lagi di sini, banyak barang yang dijual adalah dengan harga yang semaksimal murah dengan kualiti yang boleh tahanla. Kena pandai-pandai pilih la yang mana elok, yang mana tidak. Perbandingan dari segi harga dan kualiti itu perlu sebelum membeli sesuatu benda. Kalau saya sendiri, jika saya ke bazar, saya lebih menggemari meneroka gerai-gerai makanan atau minuman yang 'pelik-pelik' dengan erti kata lain rare gitu yang mana di tempat kita payah nak jumpa. Kebetulan saya memang suka makan.




Nak dijadikan cerita, saya terpana tengok barisan gerai yang penuh dengan jualan makanan dan minuman. Bab tengok makanan dan minuman memang melilau mata saya ni haa, nasib baik la dah makan kenyang itu sebab dah tolak tepi-tepi dan jauh -jauh taknak beli apa-apa makanan sebab dah terlalu kenyang dann kalau makan jugak memang tersangatlah tamak dan membazir amalan syaitonirrajim. Hahaha. Akhirnya ku jumpa apa yang ku inginkan. Cewahh. Now kakak nak perkenalkan kat adik-adik yang belum tahu, inilah COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA. Bagi pengunjung tegar yang tiap-tiap minggu ke Uptown Danau Kota, dah tentu-tentu uolls tahu kemunculan gerai cool ni kan?



Satu yang paling kami suka dengan gerai ini, walaupun lokasinya di bazar tapi perghhh cara brother ni approach customer, memang layak dipuji, setaraf dengan di restoran mewah. Kebanyakan lokasi restoran di KL ni yang saya tak suka adalah servis mereka yang kurang menyenangkan. Bayangkan, duduk kemain lama di kerusi, boleh buat-buat tak nampak macam kita ni duduk nak mintak makanan free saja, buku menu tak bawak, ditanya kita nak makan apa pun tak. Kalau restoran tu self service bolehlah faham, tapi ni restoran yang normal-normal yang sepatutnya pelayan kena amik order kita. Penyudahnya, bagi restoran yang sebegitu, saya tinggalkan saja meja nya, dan beralih saja ke tempat lain yang lebih menyenangkan hati saya.


Konsep mesra pelanggan di sini sangat menggembirakan hati saya, ibarat hilang lelah berjalan ronda-ronda seluruh bazaar. Kami membaca setiap menu di board itu namun biji mata kami tak dapat menggambarkan yang mana satu tekak kami paling suka. Kemudian beberapa saat berlalu, datangnya brother sorang ni, saya rasa inilah tokey nya, ditanya sekaligus memberikan cadangan yang mana menjadi kegemaran ramai customer nya dan yang mana rasanya lebih special dan enak, semuanya diterangkan dengan jelas dalam beberapa rangkap kata dan diangguk oleh kami tanda paham....penyudahnya, satu isi kereta order minuman yang sama, iaitu Ice Milk Green Tea. 



Biasalah perempuan, gaambar ni tak elok, ok, snap lagi, ala tak elok lagi, snap lagi please, lah tak elok lagi, snap lagi laah, sorry susahkan tapi memang kena snap lagi...Dan hujung-hujungnya pening sendiri nak upload yang mana di blog atau Instagram sebabnya terlalu banyak pilihan.



Thanks guys for making me like the real cowgirl. Ada gaya tak?



Ice Milk Green Tea (RM 7.00)

Nyumm nyumm, sedapnya. Takleh nak gambar rasanya camna tapi lebih kurang macam yang di boat noodle punya kot. It's about to finish baru ingat nak ambil fotonyaa. Tak apalah, yang penting kalian sendiri yang kena try dan nikmati keaslian rasa Ice Milk Green Tea from COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA. Untuk harga bagi minuman lainnya anda harus kunjungi dan tanya sendiri ye tokey nya yang tak lokek suara nak menjawab setiap persoalan yang ditanya. Hihi.





"I'm Farhanis Shafifi and i support local product. What about you?" 

Facebook: Cowboy's Town Coffee & Tea
Instagram: @cowboytowncoffeeandtea


My Rating:
Food and Beverages: 5/5
Place: 3/5
Service: 5/5 



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

No comments:

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails