Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, October 14, 2015

EAT HERE: TEH TARIK PLACE @ PARADIGM MALL, PETALING JAYA


Assalamualaikum and Hi!


Ada yang cakap, Fifi ni dah bertukar kepada Food Blogger ke, asyik tulis tentang makanan saja? Oh actually i'm not. I'm just a normal blogger yang menulis apa yang saya suka, yang terpaut di hati dan yang teringin nak tulis sahaja. It's all about lifestyle, hobbies, places to hang out, vacations, current issues, best foods, beauty, sports dan banyak lagi. Dengan kata lain ikut 'kepala angin' nak tulis apapun.


Namun begitu, tak dinafikan saya suka makan dan setiap kali di luar, i must survey the best place to eat first sebelum menerjah, tak kira di gerai, di bazar, foodcourt, cafe, dalam mall, hatta di pinggiran jalan sekalipun. Kepada para pembaca blog ini ataupun mana-mana usahawan makanan yang nak invite for food tasting, InshaAllah, jika tiada aral melintang dan ada rezeki saya dan juga anda, i can make it to fulfil your request and reviewing whatever products on this blog.


Kalau dulu asyik duk tak tahu nak makan apa, sekarang ni macam-macam duk request nak makan itu dan juga ini. Sindrom nak naik umur kot. Macam baby tu la, kalau dah pandai jalan, dah pandai capai makanan, bukan makanan dia pun, dia nak makan, asalkan benda yang dia suka. Hahaha, sama lah macam saya, yang mana Indian Cuisine ke, Chinese Cuisine ke, Authentic Malay ke, Western Food ke, semua saya rembat asalkan yang boleh telan (sedap) dan HALAL.


Throwback; me and my cutie pies jenjalan riadah. Walaupun kami tak angkut anda semua sekali untuk sesi terjahan kali ini, tapi tak apa, saya akan membawa anda melalui tulisan saya, ke satu lokasi yang mungkin anda pernah terjah, iaitu TEH TARIK PLACE. Tempat melayan makanan lagi lerrr kita kalini, semoga anda tak muak dengan hidangan bergambar. Branch yang satu ini terletak di dalam pusat membeli belah, PARADIGM MALL. Di manakah itu? Di Petaling Jaya, Selangor. Anda boleh 'waze' kalau nak tahu lokasi ke mall Korea-Jepun ini ye. Haa, jual lagi banyak Korean and Japanese stuffs, kan dah kena ejek. Hihi lagipun dalam mall ni banyak sangat makanan Korea dan Jepun, susah nak dapatkan Makanan Melayu. Haha. Ni pun dah kira beruntung sebab dapat jugak jumpa makanan ala-ala Melayu Mamak. Makanan mamak tapi rupa cafe. Rupa cafe dah macam di Kota Eropah. Comel jugak la deco nya!



Since Me and Abby wear the animal print theme (Zebra and Peacock), why don't you Arisha? Anyway siapa yang ikut perkembangan blog ini dari awal kemunculan, pasti selalu tengok gambar adik. Si adik Abby ni dah remaja tau. Walaupun dah besar tapi belum ada pacar sebab kakaknya garang tak bagi adiknya bergewe cintan cintun.



Inilah TEH TARIK PLACE di PARADIGM MALL. Nampak je menu roti canai ada, kemain suka. Walhal selalu je ada gerai-gerai mamak yang kita duk selalu hadap roti canainya. Pelik sangat perangai Iolls ni kan. Ibarat budak-budak kalau dapat makan nasi rumah orang, galak dan sukanya lain macam. Bersungguh betul hadap nasi rumah orang, sedangkan kalau di rumah sendiri, mak pak puas paksa nak habiskan nasi, walaupun lauk pauk superbest, nak suruh anak kuat makan, terpaksalah beli vitamin bagai. Dah besar panjang dah jauh dari mak, mulalah rindu masakan mak. Haha. Itu ibaratnya lah....



Special Today: Nasi Kerabu. Nampak je board putih terpacak tu, dah alih-alih nak order roti canai pisang, tak jadi, sebab memang NASI KERABU yang kita paling gemar. Kalau order dua-dua pulak membazir nanti terover kenyang dan tak habis, kan membazir itu amalan Syaitonnnnn, jangan amalkan ye. Banyaknya 'paling suka' I ni. Kalau sebut Chicken Chop pun paling, Steak pun paling, Nasi Goreng Ikan Masin pun paling, Tomyam Kung pun paling, yang terpaling sukanya  yang mana???



Dah masuk tempat makan ni, juling mata nak order, dalam pikiran cakap lain, hati cakap lain, untungla mulut kita serupa hati kita yang sememangnya nak order NASI KERABU PERCIK (sebab kita rindukan KELATE). Kalau ikutkan pikiran tadi mulut pasti terorder roti canai pisang yang senang nak dapat tepi rumah. -,- Apa-apa je la Kakpi! 


Wah, catering services pun ada eh. Dia dah catat dah tu situ nak dapatkan khidmat catering TEH TARIK PLACE ni, sila email info@tehtarikplace.my dan sesiapa berminat for franchising, email ke sini ok, franchise@tehtarikplace.my untuk pertanyaan lanjut!



Khusyuk nya mereka membaca buku 'ilmiah' order makanan. Hahahaha.



Dah pilih makanan mana nak di menu nya tadi, kena order kat kaunter. Bila dah order dan bayar di kaunter, jadi kita tunggu makanan sampai je la k!



Motto mereka, Chillex and enjoy comfort food in a comfortable setting. Betul dah tu, sebab oghang melayu ka, cina ka, india ka, apa-apa bangsa pun suka just sit and relax and minum teh tarik sampai kembung, it's the most MALAYSIAN thing to do after all, dengan tak lain boleh mengayakan tokey kedai. Untung jual ayaqqq ja dapat kepuk-kepuk duit. Hahahaha.


Btw, the deco nya very oldschool la. Every corner of the cafe ada lukisan-lukisan dan tulisan-tulisan comel. Very creative artworks.



Dah bayar makan di kaunter tadi, the casher will give us this. Kita gantung di meja ni, sebagai tanda meja ni kita duduk, so that the workers akan alert dengan penghantaran makanan pesanan kita di TABLE 23, seperti tercatat di bill. Eh aku duk explain macamla hangpa semua tak gheti... -,-



Orang cakap paling penting di sesebuah kedai makan selain makanannya yang best, adalah PEKERJA nya. Di sini, layanan pekerja nya oke lah, not bad. Mudah kalau nak mintak apa-apa.



My goshhhh! Best nya. Tadaaa, inilah order saya.
Nasi Kerabu ayam percik + Telur Masin + Keropok + Acar Timun Kubis dan Carrot Mamak Style (RM 9.50)
Plain Water-Hot (RM 0.75)



Nasi Lemak Ayam Goreng (RM 9.50)



Nasi Lemak Sambal Sotong (RM 9.50)



Mee Goreng Mamak (RM 7.55/Plate), Teh Tarik-Hot (RM 3.10/Normal Glass)


Orange Juice (RM 5.43)



Bil keseluruhan termasuk GST.


Sempit tapi sempoi, ramai boleh muat dan yang penting menu-menu yang ada semua boleh tahan rasanya. Paling heboh semua bangsa dan pelbagai penganut agama ada dalam cafe tu, tak kira penduduk tempatan mahupun pelancong asing, ralik menikmati makanan-makanan popular di Malaysia.


Dan saya yakin TEH TARIK PLACE adalah tempat yang sangat sesuai untuk memperkenalkan makanan-makanan popular di Malaysia kepada pelancong dari luar negara kerana  mereka bila datang Malaysia je, mereka sendiri akan minta dengan kita untuk makan Nasee Melak (Lemak jadi melak layankan je lah tak baik tau gelakkan diorang walaupun hahahahhahaha), Roti Cenai, Tih Thareek, Mee Karee. Haaa kan dah cakap peseng 'Mat Salleh' dah. Hahaha.


Bagi penggila laman sosial yang tak boleh tak online 24 jam nak update buat apa, makan apa, check in situ sini, TEH TARIK PLACE ini menyediakan FREE WIFI. Yeayyyy untuk korang yang suka lepak-lepak sambil online.


Itu saja kali ini tentang TEH TARIK PLACE yang menyajikan hidangan MAMAK-MELAYU dengan ruangan bertaraf CAFE. Untuk lain-lain lokasi TEH TARIK PLACE, boleh rujuk DI SINI. Manalah tahu anda mahu mencuba makan NASI KERABU AYAM PERCIK macam yang saya makan di lokasi TEH TARIK PLACE berdekatan dengan kediaman anda, ye dakkk? 


Facebook: Teh Tarik Place


My Rating:
Food: 3.5/5
Place: 5/5
Service: 5/5



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

2 comments:

Pretty vrach said...

Nampak sedap..selalu pergi paradigm mall singgah sephora je pehtu terus balik.:)

Nadiah Suhaidi said...

Nampak sedap & decoration kedai sangat menarik

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails