Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, October 21, 2015

EAT HERE: SANGKAYA @SELAYANG MALL


Selalunya kalau kita teliti nama sesuatu produk ataupun nama sesuatu perusahaan makanan, alat kecantikan dan sebagainya, pasti yang disebut-sebut adalah namanya, bukan nama ownernya, founder nya tapi 'brand' sesuatu perusahaan itu sendiri yang boleh membangkitkan aura dan keberuntungannya. Almaklumlah buka bisnes apa-apa pun, itu suatu perjudian dan nasib semata-mata sama ada produk yang dibawa anda diterima mahupun tidak di pasaran amnya dan di mata pengguna khususnya. Tapi yakinlah all the hardworks will be paid off sekiranya produk anda memuaskan hati pelanggan anda dan selain customer lama berulang kali datang, customer baru pun tak mustahil bertambah-tambah jadinya. Hasil yang baik datangnya dari penyampaian mulut ke mulut dan hebahan melalui media massa, namun mutu dan kualiti yang berkekalan itu yang menjamin segala-galanya.


Macam saya sendiri, sebelum berkunjung ke sesebuah restoran khususnya, saya akan tertanya-tanya di sebalik nama restoran/cafe tersebut, apakah menu paling spesial yang ditawarkan, harganya pula bagaimana, serta bagaimanakah dekonya serta pelayanannya. Selain rasa makanan yang terhidang, soalan-soalan yang saya ajukan sebentar tadi adalah sangat mustahak, kerana di sebalik semua itulah yang mejadi titik tolak kepada jatuh bangunnya sesebuah perniagaan.


Bercakap pasal perusahaan makanan, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda, sesuatu yang mungkin tidak asing bagi anda yang sering berkunjung ke negara jiran iaitu, Thailand, yang cukup sinonim dengan aiskrim kelapanya sejak berzaman. Kata mama saya, suatu ketika dulu Malaysia juga ada Aiskrim kelapa ini, namun peredaran masa yang membuatkan kita lebih sinonim dengan Aiskrim Walls, Baskin Robbins, Haagen Dazs dan banyak lagi jenama aiskrim internasional yang lainnya yang turut ada di Malaysia. Namun, semenjak dua menjak ini, sudah banyak yang memulakan perniagaan aiskrim kelapa ini di Malaysia juga. Salah satunya aiskrim kelapa dengan branding SANGKAYA, yang pada saya boleh menjadi internasional kalau kena gaya. 


Apa yang menariknya dengan kisah ini, Sangkaya yang hanya bermula dengan jualan di pasar malam, kini tokey nya dah boleh senyum lebar, banyak branch nya oiii, bukan calang-calang tempat, hampir setiap outlet SANGKAYA berada gah di dalam mall mewah. Pada pertama kalinya saya berkunjung ke Sangkaya di Berjaya Times Square. Untuk kedua kalinya saya berminat untuk buat full review di blog ini memandangkan saya fikir menu unik dengan kisah permulaan perniaagaan yang sangat menarik ini harus diketengahkan untuk mendidik para pengusaha baru supaya bersungguh-sungguh berbisnes dan jangan mudah putus asa, makanya saya berkunjung sekali lagi ke outlet Sangkaya yang berada di Selayang Mall.


Kebetulan saya pencinta kelapa. Banyaknya kuih serta masakan tradisi berasaskan kelapa menjadi kegemaran saya. Memang kena la dengan selera tekak saya. From ohh-not-so-love icecream, terus jadi penggila aiskrim kelapakkk. Dalam hidup ni, saya suka aiskrim coklat tak kira brand apa, no brand pun tak apa, kacang merah macam pakcik jual aiskrim potong atas motor tu, serta aiskrim kelapakkk ni lah. Ice cream brand power yang lainnya, saya makan sekadar tahu rasa, gitu je la. Paling tak pun, beli icecream walls perisa coklat buat makan kapit ngan roti, favourite dari kecik.



You can see on the screen what SANGKAYA artisan ice cream serves you. The prices also stated there. Choose your favs now.



Haaa ini poster untuk menu baru, memang dah ada dah pun di SANGKAYA, iaitu cendolnya. Best bakkk anggg, saya dah cuba! TERBAIK dari ladang Sangkaya.



Sangkaya yang sangat nomnomnommmmm. Ni kalau anak mintak makan eksrem waktu balik sekolah, bolehlah bawak ke sini. We screammmmmm together, i want ice creammmmm!!!



A scoop of premium Coconut Ice Cream served on crispy waffle cone (RM 3.10)



Your day will be good to taste a scoop of Thai Milk Tea infused Coconut Ice Cream, served on crispy waffle cone (RM 3.10)


Cha Yen tu apa? Aiskrim Cha Yen ni, Aiskrim yang berperisa Thai Milk Tea la.



The real Coconut Shake (RM 9.40)

Untuk menu ni boleh puji, sebab selain rasa air kelapanya, coconut flesh nya, fresh milk nya, ice blended nya, ahhh segerrrr bangett di kerongkonganku memang mantep deh.



Sudah tiba masanya untuk kita santap menu khas dari Sangkaya. Menu khas inilah yang menjadi kegilaan bagi para penggemar Sangkaya. Anda tahu kenapa? Sajian aiskrim kelapa dalam tempurung kelapa disertakan dengan isi buah kelapa muda, tersangatlah sedap.


For the topping, you can choose any of these, coconut flakes, grilled hazel, nestum, corn flakes, sweet corn and red beans. Taburkan mana-mana 3 pilihan topping yang anda suka. 3 sudah memadai. Kalau lebih-lebih, efeknya, rasa kelapa akan berkurangan. Itu hanya pendapat saya, kalau anda mahu cuba topping lain-lainnya juga pun tak ada masalah..



Signature Coconut Ice Cream by SANGKAYA (RM 10.50)


Tadaaa.... Inilah hasilnya bila saya decorate letak toppings on the icecream scoops. Btw, saya paling gemar taburan coconut flakes, nestum and sweet corn sebagai topping nya! Sangat sesuai dan padu dengan rasa aiskrim kelapa dan isian kelapa itu sendiri.


I guess, it's really worth the price. Makan satu ni kenyang macam makan nasi berlauk sebungkus. Bila dahaga atau lapar, makan aiskrim ini memang mengenyangkan. Mungkin nampak macam mahalnya RM 10.50 untuk aiskrim di dalam satu tempurung kelapa yang kecil, tapi tapi, bukankah anda spend the same amount ataupun mungkin lebih lagi bila makan eskrem brand luar? Alahaiii, support la Malaysian business, kata sehati sejiwa, tak kira Cina, India, Melayu punya bisnes, semua kena support!



Dah licin. Kena order lagi. Siapa nak belanja? My baby sis mengeluh manja. "Ala, dah habis, nanti nak lagi." Dah habis pandai-pandai la buang dalam tong sampah yang disediakan, jadilah rakyat Malaysia yang cintakan kebersihan. Terima kasih. Hihi.



Anda dah terlambat! Haritu, Sangkaya ada menganjurkan contest Video terbaik bagi menggambarkan fungsi kelapa dalam kehidupan harian kita, dan Foto terbaik santap Sangkaya, sempena HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. Silap saya lah, lambat menghebahkan berita ini tak bagi peluang uolls menang :p



A few selfies from me, nothing crazy. Jarang-jarang selfie, dan jarang-jarang upload selfie :')



The picture that brought us luck to win. By the way, it's fully edited by myself since last time we celebrated HARI MALAYSIA, that i decided to upload this on my personal Facebook profile, FIFI SAZALI and Instagram @hfj_2012 together with a caption sounds like this
"SELAMAT HARI MALAYSIA. JADILAH BANGSA BERGUNA UNTUK NEGARA. JANGAN JADI BANGSA PENGKHIANAT, DAH LA RAMBUT TAK SAMA HITAM, HATI PULAK TAK PADU MENYATU. KATA SEHATI SEJIWA?"


Yeayy, as stated there 'Fifi Sazali' (me) won the 'BEST PHOTO CATEGORY'.  I'm so excited to write you more about the prize giving event that happened in last 2 weeks. I really love the SANGKAYA experience which make me feel like i'm in Thailand, where THAILAND is well known as 'heaven' for you to find best foods.


Untuk next post, saya akan paparkan menu baru Sangkaya, iaitu Cendol yang telah saya santap semasa Prize Award Event for #Mysangkaya2015 contest. Bagi anda yang masih belum berkesempatan untuk rasa kenikmatan Sangkaya, why not this weekend, bawa anak isteri tercinta ramai-ramai santap Signature Ice Cream dan Cendol Sangkaya! Heaven tau! Both 'em are my favs.


"AND YES, WE ARE NUTS ABOUT COCONUTS."


Website: www.sangkaya.co
Facebook: Sangkaya
Instagram: @sangkayacreamery
Contact Number: 03-7972 7798


My Rating:
Food and Beverages: 5/5
Place: 5/5
Service: 5/5



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

No comments:

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails