Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, September 11, 2015

RECIPE: AISKRIM GORENG GARDENIA-WALL'S


Assalamualaikum and Hi!

Hari terakhir weekdays ialah Hari Jumaat, di mana anda pasti tertunggu-tunggu untuk cepat-cepat tibanya besok, hari minggu! Hari minggu adalah hari untuk kita beralas-alasan untuk bermalas-malasan. Malas dan ingin lari jauh daripada segala kesibukan dan diizinkan untuk bangun lewat, selagi tak terpacaknya matahari jangan bangun, terbungkam lah di katil yang super gebu itu. Ehhh, saya bangun awal okeh!

Buat si bujang dan dara yang sedang lagi malas seperti saya, tapi rajin bangun pagi usap-usap perut lapar tak ada makanan yang dihidangkan di meja, saya cadangkan anda pergi ke dapur tengok apa ada dalam kitchen cabinet, dalam peti ais yang boleh dibuat untuk breakfast! Cakap malas kan, haa alang-alang malas tu tak ada maknanya, gara-gara lapar kena gi keluar breakfast di luar! NO nasi lemak, NO roti canai, NO fast food 24 jam!

Sementara petang adalah waktu yang santai, setelah mencari-cari bahan untuk buat minum petang, mata ni terpaku tajam, ternampak roti GARDENIA Original Classic gebu kegemaran semenjak usia 2 tahun di dapur serta ice cream WALL'S berperisa MILK CHOCOLATE di dalam peti ais. Also my favourite flavour, sebab saya kurenggg icecream berperisa vanilla, tak berapa gemar!

Nahh saya terfikir, daripada beli icecream goreng frozen dalam kotak mahal-mahal, baiknya lah buat sendiri, hasilnya banyak dan memuaskan untuk makan sendiri. Kita boleh letak berapa scoop kita nak, dan kita boleh pilih roti gardenia sebagai bahannya supaya terhasil lebih elok dan kekal gebu walaupun digoreng, dan flavour untuk isian icecream di dalam roti itu juga boleh kita campur-campur mengikut kegemaran dan selera tekak kita, bukan?


1. Sediakan bahan-bahannya: Roti dan Aiskrim (Anda boleh memilih roti dan perisa aiskrim kegemaran anda)




2. Roti yang disediakan dipotong tepi, kiri, kanan, atas, bawah.


3. Setelah dipotong tepi dan tinggalkan bahagian gebu roti, letakkan 1 atau 2 scoop aiskrim mengikut selera anda. Kemudian letakkan sekeping lagi roti yang dipotong tepi di atas permukaan aiskrim tersebut.


4. Tekapkan permukaan gelas seperti foto di bawah. (Jangan risau icecream di dalam tak lenyek). Tekan sekuat hati untuk mendapat permukaan bulat yang gebu, comel dan yang penting tak terbuka tepi supaya aiskrim tak meleleh.


5. Hasilnya, siap untuk dibekukan di dalam peti ais. Jadilah ia frozen fried ice cream 
Pesanan saya, jangan terus goreng, biarkan ia membeku di dalam peti ais semalaman, biar aiskrim di dalam betul-betul beku dan tak cair, jadi, makin mudahlah untuk anda goreng!


6. Goreng dengan minyak panas dan apinya jangan terlalu besar untuk mengelakkan warna berubah terlalu gelap. Celup dan goreng sebentar sahaja dalam minyak panas dan terus angkat.
Cuba-cuba goreng, tadaaaaaaa, inilah hasilnya. Bak kata Icream Wall's, Deliciously Creamy! Rangup dan creamy ice cream terasa. Boleh dihidang untuk breakfast, tea-time ataupun malam sambil-sambil melayan movie, sambil tu jugakla ngapppp benda alah yang hasil dari bermalas-malasan ini! Hihi :D

Nak lawa lagi, bolehlah buat salted caramel tabur atas ice cream goreng ni, hehehe. Pastu letak jugak strawberry apa mak nenek semua buah-buah canggih biar nampak power sikit. Anak-anak jom kita ngappp ini bersama-sama kakpi! 

"Anda semua, cubalah buat jugak, kiterrr nak tengok hasil anda buat pula. Upload di IG dan hashtag #icecreamgorengkakpi bolehlah kita tengok secara pantas."


Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

No comments:

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails