Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, December 1, 2015

Madrasah Arabiyyah Tahfizulquranulkareem


KEBAJIKAN ITU INDAH.


Jika bukan hari ini untuk kita berkebajikan, bila lagi. Kenapa perlu tangguh untuknya, sedangkan Tuhan juga tak tangguh-tangguh untuk memberikan kita rezeki sama ada yang tampak mahupun tidak. Jika hari ini kita masih hidup sihat, tak tentu lagi kita tak akan mati besok! Jika hari ini kita hidup senang lenang bergelimpangan harta, tak tentu anak cucu keturunan kita boleh merasa besok! Jadi timbalah kebaikan dalam berkebajikan hari ini sebelum tibanya besok supaya batin kita tak kekeringan doa-doa dari golongan penerima kebajikan!


Kadangkala saya sering terfikir, susahnya hidup. Cari rezeki. Cari makan. Cari duit sendiri. Dah besar, dah tamat belajar, dah kerja, tak boleh jadi pemalas. Kena rajin cari duit sendiri, takkan nak mintak dengan mak bapak, dengan kaum kerabat, dengan sahabat handai ataupun orang luar. Malu la kan. Dengan family pun malu inikan meminta dengan orang luar.


Oleh sebab didikan dari kecil, saya memang suka menabung sampailah sekarang. Hasilnya saya boleh beli peralatan pendidikan ataupun barang keperluan saya menggunakan duit yang dikumpul. Tapi waktu belajar memang abah dan mama yang selalu topup untuk itu ini. Duit yang dikasi tu lah saya boleh simpan sedikit-sedikit. Kalau dulu tabung berbentuk tabung haji itu saya simpan wang recehan. Syiling. Bila ditukar Ya Allah seronoknya nilainya hampir atau melebihi RM 500 saya pun tak berapa ingat dah. Padahal masa tu baru usia 8-9 Tahun. Darjah 2 atau 3 camtu! Begitulah tabungan berikutnya sampai ke besar. Koleksi tabung memang banyak, yang jenis plastik, yang jenis kaca macam zaman 90-an dulu, macam-macam ada. Seronok bila dikenang-kenang balik sebab duit tabungan saya selalu dipinjam oleh abang yang 4 tahun beza umurnya dengan saya. Kawan-kawan nak pinjam pun saya kasi. Rupanya sifat pemurah saya memang dari kecik. Haha. 


Perasaan seronok tu tergambar kalau nampak note RM 100 baru yang dikeluarkan dari mesin ATM. Kalau dulu dapat kumpul hasil duit abah bagi, tapi sekarang, duit hasil 'menoreh' sendiri. Memang betul. Terasa peritnya bila hasil keringat sendiri. Nak keluarkan duit untuk guna perbelanjaan diri pun terasa berat. Duit mengalir seperti arus sungai, laju. Cukup dahsyat dengan nilai matawang yang semakin susut. Belanja kena banyak hati-hati. Kalau cash sedikit di dalam purse and no bring 'visa', memang saya tak akan berbelanja. Takut terambil lebih dari nilai yang ada dalam pegangan. Benarlah, cita-cita saya ingin menetap di negara Eropah suatu ketika dulu. Menetap di negara orang dan menerima gaji dengan bayaran Pound Sterling atau Euro.Tetapi belum diizinkan dan direstui TUHAN. Mungkin ada rezeki saya suatu hari kedepan.


Lalu saya fikir akan suatu hal. Iaitu kebajikan. Apakah selama ini saya sudah cukup berkebajikan? Saya tak bersyukurkah? Selalu mengungkitkah dengan pemberian ataupun tak cukup ikhlaskah saya dalam berkebajikan? Kenapa orang lain boleh lebih sedangkan saya biasa-biasa saja. Ya Allah saya terlupa. Rupanya selama ini saya masih lalai dengan kesenangan sampai saya lupa apa itu syukur. Bila saya toleh ke belakang betapa ramainya yang sekarat dan melarat hidupnya, penuh dengan derita dan airmata, jauh lebih buruk dari apa yang saya rasa.


Maka, teraplah di dalam hati, nilai dan budi, sejauh mana kita melangkah dan sebesar apapun pangkat kita punya, berbuat baik dan berkebajikanlah kepada yang memerlukan. Mungkin mereka tidak mengenal kita, tetapi kebaikan dan kebajikan yang kita lakukanlah yang dapat menuntun kita pada kebahagiaan dan akan terus dikenang oleh mereka yang kita tinggalkan suatu hari nanti.


Sesungguhnya benarlah kata orang-orang tua.


"Kayalah kau dengan bersedekah."


Saya dari kecil lagi diajar, kalau ada di antara kita susah, berbahagilah. Aku punya RM 50 kita berbagi dua. Kau RM 25, aku RM 25. Tak guna berteres emas, bersayap duit kalau tak punya jiwa. 


"Tak guna berteres emas, bersayap duit kalau tak punya jiwa."


Ada suatu ketika, acara wajib setiap tahun, kami berkumpul di bilik selongkar baju-baju cantik di almari. Masih baru. Tetapi sayang 2,3 kali pakai dah tak padan. Cepat sungguh dara-dara di rumah membesar. Kami mengumpulkan setiap baju kami adik beradik, dilipat elok, diletak di dalam plastik hitam besar untuk diberi kepada anak-anak warga kejiranan di pinggir bandar yang susah. Setiap tahun begitu. Perasaan gembira tergambar bila kita sendiri tengok mereka pakai baju yang kita kasi. Patutlah sampai sekarang mereka ingat kita! Acara makan-makan tak usah dihitung memang selalu! Kebetulan mama memang suka masak. Itu lah sebab saya dan senduk juga berpisah tiada. Dah terbiasa. Jadi selalu lah jemput-jemput warga kejiranan makan. Pesan mama sampai kini, susah macamna pun kita, kalau tetamu datang rumah, mesti kena angkat 'something' biarpun ianya hanya biskut kering dan teh o', hatta air kosong sekalipun tak apa.


Percayalah rezeki ini milik ALLAH yang DIA titipkan kepada kita untuk berbagi, maka tanamlah di dalam hati aku akan kaya dengan berbagi rezeki.


Datuk Bandar Waeng menderma berupa bekalan beras kepada sekolah Tahfiz ini.










Sebelum saya melabuh tirai, izinkan saya memperkenalkan Madrasah untuk para tahfiz menimba ilmu hari ini dan hari esok. Inilah dia, Madrasah Arabiyyah Tahfizulquranulkareem yang masih lagi serba kekurangan. Madrasah ini baru saja dibina dan lokasinya di Daerah Waeng, Narathiwat, THAILAND. Rumah pengajian anak-anak Soleh ini, masih belum sempurna terutama dari sudut alatan mengaji mereka. Tanpa rehal dan hanya beralaskan tilam dan bantal mereka mengaji, menimba ilmu. Sedih pula saya tengok. Bagi anda yang mampu, lebih dari punya, apa salahnya, tak semestinya wang ringgit, barangan juga boleh disedekahkan, bukan? Bagi anda yang ingin melawat tapak Madrasah ini, bolehlah contact salah satu nombor yang telah saya bagi di bawah. 


"Tanpa rehal dan hanya beralaskan tilam dan bantal mereka mengaji, menimba ilmu. Sedih pula saya tengok. Bagi anda yang mampu, lebih dari punya, apa salahnya, tak semestinya wang ringgit, barangan juga boleh disedekahkan, bukan?"


Yang punya teman, sahabat handai yang lebih dari mampu, apa salahnya kita sama-sama sebarkan Madrasah Tahfiz ini kepada mereka! Kalau yang tokey jubah, apa salahnya sedekahkan jubah buat anak-anak soleh ini, yang tokey ubat, sedekahkan ubat, yang tokey barangan islamik, sedekahkan lah rehal, alquran, yassin, sejadah, tasbih, kopiah dan sebagainya, tokey makanan pun boleh sedekahkan bekalan makanan. Nak sedekah duit pun insyaAllah berkat rezeki anda. Mereka yang memerlukan sesungguhnya sangat tidak pandang nilai, yang mereka gembira pandang wajah suci yang bila bersedekah penuh dengan raut ikhlas, senyum tak lepas. Tak akan berkurang rezeki yang dikongsi, melainkan bertambah berhari-hari. ITULAH KEAJAIBAN SEDEKAH!


P/S: Friends who are living abroad, especially in Arab Countries (Dubai, etc.), Europe Countries, Brunei, Indonesia and Singapore, you are also able to give donation in the subject of money yet things which are usable and related to Madrasah preferences. For further informations, you can reach them at 
fakhruddeen.bhai@gmail.com !


Betul-betul, KEBAJIKAN ITU INDAH. Berbagi apa ada dengan mereka yang memerlukan walaupun nilainya sedikit tapi ganjarannya mashaAllah, nikmat jiwa yang terasa kaya! 


Lokasi: Madrasah Arabiyyah Tahfizulquranulkareem
Kampung Kriya Luar,
Mukim Kayukhla,
Daerah Waeng,
Wilayah Narathiwat,
Thailand.


Pengasas: Tuan Loh


Guru: 2 orang


Pelajar: 23 orang


No. Tel (Thailand): +66 93-530-2998 (Abdunromdan @abe dun, WAENG, THAILAND)


No. Tel (Malaysia): +60 13-905-6611 (Muhammad Fakhruddin Al-Razi, KELANTAN, MALAYSIA) 


Bagi Rakyat Malaysia/Brunei, sumbangan kepada TAHFIZ ini dapat disalurkan melalui Nombor Akaun di bawah:

153010891073
MAYBANK
MUHAMMAD FAKHRUDDIN ALRAZI
fakhruddeen.bhai@gmail.com
Note: Please note that you write down "MADRASAH WAENG" when transferring the money so that Mr. Fakhruddin will alert with your donation.


"Mereka yang memerlukan sesungguhnya sangat tidak pandang nilai, yang mereka gembira pandang wajah suci yang bila bersedekah penuh dengan raut ikhlas, senyum tak lepas. Tak akan berkurang rezeki yang dikongsi, melainkan bertambah berhari-hari. ITULAH KEAJAIBAN SEDEKAH!"


P/S: Saya buat ini sebagai Sticky Post Ya. Terima kasih semua.



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

3 comments:

Uncle Zuan said...

memberi lebih baik dari menerima ;)

Pretty vrach said...

fifiey...ingat ML lagi tak? rindu dekat fifiey..a very thoughtful woman as always.. good job :)

Prettyvrach said...

ni URL ML yang baru..same blog but different URL

http://prettyvrach.blogspot.my/

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails