Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, August 10, 2015

EAT HERE: TAJINE RESTAURANT, MENARA BINTANG GOLDHILL, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum and Hi.

Kali ini perisian blog agak santai, kerana saya akan membawa anda ke suatu tempat yang boleh anda tuju kalau nak makan-makan, minum-minum santai dengan keluarga, sahabat handai, ataupun teman sekerja. 

Saya ni jenis yang agak blur kalau ditanya mahu makan apa kerana saya jenis orangnya tak mengatur, makan sahaja apa yang ada di depan mata, kecuali betul-betul teringin baru saya akan cari akal macamna nak masak sendiri menu yang dihajati itu ataupun cuba cari di kedai mana menu tersebut ada. GOOGLE kan ada. Segala informasi hanya di hujung jari, mudah dan pantas.

Juga blur bila ditanya mahu makan di mana, mahu menuju ke mana, sebabnya lokasi-lokasi yang saya betul-betul biasa pun saya agak tak terbiasa, almaklum anak rumahan yang agak kekok bila berada di jalanan. Pergi dan balik jalan yang sama setiap hari tak pandang kiri kanan, inilah jadinya. Orang cakap, kalau dah ke sesuatu tempat tu 2-3 kali pun jangan duk heran kalau dia masih terpinga-pinga dan duk ulang tanya dah sampai belum, dah sampai belum, tak pernah-pernah ingat jalan. Saya lah orangnya! Ada orang cakap, budak ni kalau kena culik meroyan la jadinya, tak tahu lokasi kat mana. Payah juga. 

Kali ini, sebab seorang bhaijan menyambut ulangtahun nya maka kami merancang keluar dinner bersama-sama. Hahaha. Sebab tu lah, kena cari port yang betul-betul bagus for a celebration setahun sekali macamni, but am so sorry for not having cake this time sebab masa agak suntuk, dah memalam, kena meluncur laju ke KL, takutnya jalan jem. Planning nya pulak last minute, gini la jadinya, it's ok lah without cake pun dinner tetap jalan......

Here we go! TAJINE RESTAURANT, at Menara Goldhill, Jalan Tun Razak. For your information, it's one of the Middle East Restaurant in Kuala Lumpur which served the middle eastern food and focusing on authentic Moroccan dishes.

Pergh, sampai je lokasi tu, terpegun gila, cantik nya lah interior dia hoiii, dalamnya macam masuk Istana kuno je. Terbayang-bayang kalau buat majlis berinai atau majlis akad untuk pengantin di sini, lawa kot. Siap boleh dancing-dancing ala Pak and Mak Arab sini.


Eh termacam-macam posing pulak, hahaha almaklum takutnya bila mata wanita tengok hasil dalam camera pasti ada je  yang salah posing, atau pose terover, ada terlebih terkurang gitu, sekurangnya ada backup photos yang menjadi, ye dakkk? Takkanla asik duk suruh orang ulang amik gambar kita, kita pun ada perasaan, iaitu perasaan kesian. Hahahahaha. OOTD kami tak gempak dan menghelip macam Che Ta, kami main rembat jaa pakai baju mana ada dalam almari, gituuuu. Ni muka kami dah nak balik tidoq. Wakakakakak. Lepas makan kenyang sampai dekat pintu keta dah nak masuk kawasan rumah, baru perasan eh gambar kami sorang takda la, jadi kami pun paksa la orang tu suruh amik gambar kami sorang duk tersengih malam-malam gelap. Kalau pagi, pagi-pagi buta, kalau malam gelap la kan? Ke buta jugak?


I tak sempat fotokan semua menunya, sebabnya tengah betul-betul focus on dengan apa yang nak order. Bab-bab makanan pak Arab ni takdelah pulak i reti, so i asik duk ulang tanya la, apakah ini, apakah itu, yang inikah sedap ataupun yang itukah sedap. So, senang cita i pass to my partner and dia tolong pilihkan for me, dia tahu apa yang saya boleh telan, dan apa yang tidak. Hahaha. Awal-awal lagi dia warning supaya i pilih nasi, jadinya takdelah i cari nasi pulak bila balik! Sangat excited because it's a new place for me untuk cuba Arabic/Moroccan cuisine macamni.


Pekerjanya saya kurang pasti bangla or arab or what, i don't know. Dia mungkin faham, cuma kurang faham and kurang clear dengan apa yang kami bagitahu. So kalau nak order sini, kena sebiji-sebiji cakap dan tunjuk gambar kat dia, Insyallah dia faham. Saya kalau ke mana-mana restaurant, sevogue, seclass, seberapa bintang pun restaurant itu, kalau bab order, memang i am very particular. So i cakap kat my partner, suruh dia ulang balik apa kita order tanda dia paham, tapi my partner said, it's oke la, dah settle order kan, dia faham lah tu.......sekali amik ko, makanan dia sendiri tak sampai-sampai, weolls punya sampai k :p Tu la lain kali pesanan MAM BESO kena dengar. Hahahaha, gelak jahat seketul.




Arabic Tea. Kalau datang sini tetap minum juices, soft drinks, tak syok la kan, kena tema arab la, comels je tengok minum tea dalam gelas kecik camni, pot nya pun cute! Nak lagi nak lagi!


Fabulous pizza! I noticed a few other pizzas in list, like margueritta, seafood, pepperoni pizza, etc, tapi terorder yang ni, not bad! Suka betul i dengan roti pak arab, lembut.... mudah nak kunyah and telan...cheese nya pun tak terkalahkan pizza hut, boleh tarik panjang juga, hahahaha. Nama pizza ni Chicken Shawarma Pizza. Atas bulat-bulat hitam tu buah zaiton (olive) yang dah masak, kalau masih putik colour hijau yellow2...


Haa yang ni roti gebunya... Arabic Bread.Yang ni memang highly recommended la. Pakistani punya roti pun tak segebu roti Pak Arab ni. Aku kalau merasa masakan Pakistan dah mahir dah, siap boleh komen si pakistani masak best ke tak, dan i sendiri pun dah boleh masak a few Pakistani dishes! Hahaha, cepat gilerr belaja! Anyway roti ni dimakan bersama Kofta kat bawah ni haaa...


This is Lamb Kofta! Kofta ni i ingat macam mana tau, rupanya bila makan, ianya macam meatball, dengan sauce spaghetti versi cair. Hahaha. Amboi gelak sakan. Jakun jap sebab hanya mereka berdua yang biasa makanan Arab camni. Pakistani food memang ruji makanan bulanan mahupun harian je untuk diorang! Kami jugaklah harian makan sambal dengan ulam.


Chicken and Lamb Kebab With Rice. Garlic sauce nya dah cukup yummy for me tapi mereka berdua kata ada yang lagi best. Oke. I tak pandai untuk mendefinikasan best bagi masakan middle east macamni. Kalau nak tanya pendapat menu makanan siam ok la, i bab makanan siam memang power bagi kritikan mahupun pujian, sebab fevret! 

Ada satu lagi menu kita tak tunjuk sebab yang dia punya kena take note order sekali lagi since abang yang amik order tadi tu tertinggal dia punya! Itu sup pak arab katanya saya, Sup Kambing Pak Arab, hihi i tak tahu namanya apa, maaf. Tak sempat foto sebab kalut nak makan sebab orang lain punya hidangan dah nak habis, yang dia baru sampai. Ok baru dapat tahu namanya apa. It's Tajine Lamb With Prune, Pure Moroccan!


Lupa nak cakap, best sangat kot Barbican ni! Nak lagi, rasa macam ketagih pulak minum, next time kalau nak singgah lepak-lepak minum sini, confirm i order the same barbican to drink. Slobelly you! (Strawberry)


Ini di ruangan atas, di dalam dan di luar! Kami memilih di luar untuk menikmati fresh air gitu! Patutla ramai lepak sini instead of mamak, haha, harga minum tak mahal sangat, and it's such a cosy place with lovely interior! I think it's a perfect place to hang out on malming (malam minggu). Makin malam, makin ramai, macam-macam ragam manusia boleh tengok! Hahaha

Di sini ruangan atas di luar ni lah muda-mudi lepak minum-minum soft drinks, bershisha, merokok, etc. Dengan angin-angin sempoi, bunyi2 kenderaan anak kota, lebih santai dan rileks mungkin!

Bagi pasangan laki bini atau mereka yang berkeluarga, apa-apa celebration, birthday party, anniversary, sesuai sangatlah hampa semua datang sini, di samping tempatnya yang super duper cool, cantik deco nya, dan makanannya pun takdelah mahal sangat. Yang penting bukan sahaja disajikan dengan menu ala Arabic/Moroccan ni, anda turut disajikan dengan nyanyian dari live band, untung-untung kalau nyanyi lagu arab, dapat tengok orang arab yang ada situ turut berjoget! :D Itu hanya di ruangan bawah la, memang selalu full ruangan bawah ni, ramai yang buat reservations awal-awal. Tapi kalau nak makan dengan selesa, ruangan atas pun ok. Selain berhawa dingin, kerusi pun empuk, deco nya pun lawa, selesalah pokoknya untuk makan dan santai-santai tanpa diganggu!


Our handsome Lala Ji! Single ni, sape berkenan, baik cepat-cepat gi minang! :p Before that, PM saya dulu, bukan untuk sumbangan macam PM kita tu, haha, untuk ujibakat calon kakak ipar. Ehem bio MAM BESO yang tapis k!

Ok dah habis semua makan, dah bayar, dah boleh balik tidur dengan lena. Selamat Ulangtahun bhaijan yang ke sekian-sekian, Umur kena rahsia nanti semua tanya rahsia apa awet muda jadi hensem sangat ni! hahaha. Oh ye sebelum balik, saya nak tanya anda, apa bezanya, french fries dengan chips? Ada bezanya tau hidangan di setiap hotel, restaurant dan juga kedai.

Tajine Restaurant ini terdapat 2 cawangan di Kuala Lumpur. Satu betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Bukit Bintang sana dan satu lagi di sinilah, terletak di Jalan Tun Razak, banggunan Bintang Goldhill yang bersebelahan dengan Beverly Wilshire Medical Center dan berdekatan dengan Prince Court Hospital.


Sumber Foto Di Bawah adalah Dari Facebook Page Tajine Restaurant:

A few engagement ceremony photos at Tajine Restaurant few years back!


Very inspiring kan? Anyone yang berhajat nak sambut birthday kat sini, sangat dialu-alukan! You all boleh hias cecantik macam sis di atas ni hias, very the vogueee! Ada lilin, bunga, balloons, and see, kek bantal dan pot ala Aladdin tu? Hihi, get ready to make any wish dan 3 hajat anda dimakbulkan... Kawan anda pasti hargai apa yang anda lakukan!!! Let's partyyyyy!!!


Photos from: Instagify.com & Facebook Page Tajine Restaurant.
Overall, it's a nice place to chill out with your family and friends. Lepak-lepak malam minggu untuk si bujang sambil tonton bola, bershisha dan minum-minum, sangat sesuai la. Bagi yang berkeluarga pun sesuai ke sini sebabnya kalau anak tak suka makan nasi, ada pizza, ada roti, ada mushroom soup, and kuih muih tradisi Arab yang boleh dimakan. Yang penting keselesaan menjadi keutamaan, bukan?


Live band at Tajine Restaurant


Anda juga mahu ke Tajine Restaurant? Nah ini peta khusus buat anda! 
Menara Bintang Goldhill
239 Jalan Tun Razak
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact: +60321413581 / +60321101191
Email: tajine.restaurant@yahoo.com

My Rating:
Food: 2.5/5 (except for arabic bread i gave 5)
Place: 5/5
Service: 2/5

"Once again, we wish you Happy Belated Birthday Lala Ji! Semoga panjang umur, murah rezeki, cemerlang dunia akhirat dan cepat kawin dan berbahagialah sampai ke anak cucu. Eh???"


Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya
meriah

amirah said...

Yang bulat-bulat hitam atas pizza tu olive dear..masin-masin sikit kat rasa dia? :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@Nurzakiah Hanum : Hihi, meriah sungguh, nnt kita lepak2 situ ehh kak!

@amirah : Ye sis.. bru tahu itu mmg olive, hihi... kita dh edit dh yg mana tahuu!lupa pulak rs nya cmna hritu :p tp mmg confirm la tu olive! ada yang cakap, wehh serious tak tahu tu olive, ye lah dh duk ats pizza cmtu, tak focus la yg itu adalah olive. nampak sangat berangan.

tiga lalat said...

merihanyer ., ;p

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails