Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, April 4, 2015

Kasihilah Musuhmu.


Assalamualaikum and Hi!


And at last Kakpi got time to write here again. Hihi, nak jadi blogger yang aktif jari jemari untuk tulis itu ini, mestilah kena curi masa walaupun sekejap. So the topic for today is "KASIHILAH MUSUHMU"

You got enemies?

Ada yang kata, 

"Aku memaafkanmu, tapi aku tak akan pernah melupakan apa yang kau buat terhadapku." 

Dengan kata lain, memaafkan tapi tak melupakan.

Itu tetap bermusuh namanya. Kata pepatah, lain di mulut, lain di hati. Bahaya juga macamni. Sakit hati pasti masih ada terpalit walaupun sedikit makanya tak boleh melupakan 100%. Tapi prinsip maaf memaafkan ini berbeza bagi setiap manusia. Tergantung atas nilai budi dan bicara orang tu sendiri la. Ada yang perlu waktu, ada yang sekejap saja, bermaafan kembali, ada yang buat tak tahu je, bagi dia maaf tak maaf sama saja. Macam takde feel je orang macamni. Tak boleh kata orang yang memaafkan tapi tak melupakan ini tak ikhlas, kerana, ikhlas tak ikhlas itu, hanya Tuhan saja yang berhak pertimbangkan. Kita tak dapat tilik hati dan naluri orang tu macamana, apa yang otak dia fikir, apa hati dia rasa. Namun kalau orang menyakitkan hati kita, apa yang kita rasa? Sakit? Haaa macamtulah orang itu rasa kalau disakitkan hatinya! Konsep maaf tapi tak melupakan ini sesuai sangat bagi yang bersifat tak mahu bergaduh dan teruskan persengketaan, mungkin setelah memaafkan, masing-masing membuat hala tuju? Ataupun ada juga, maaf dalam hati, terus tinggal macamtu saja, malas nak ambil tahu lagi. Dah sakit hati lah katakan. Namun, begitu, diharap bila memaafkan seseorang, terus lupakanlah sebarang persengkataan yang berlaku sebelumnya dan berteman seperti sediakala.

Ada yang memaafkan dan melupakan terus apa yang terjadi sesama sendiri. Yang lepas biarlah lepas. Orang kata yang lepas jangan dikenang, mulakan hidup baru dan buka muka buku baru! Jangan salah faham, bukan suruh bukak FACEBOOK ACCOUNT baru :p Maksudnya kalau boleh jangan ungkit langsung apa yang berlaku masa lepas. Kalau ungkit pastila sakit hati sendiri.

Janganla pasal kawan curi pensil, pemadam, alat tulis zaman sekolah kata aku maafkan kau tapi aku takkan lupakan. Haha, ini lawak namanya. Bagi je la kira sedekah untuk kawan tu, jangan nak bermusuh pulak. Jumpa 20 tahun lepas kejadian, tengok-tengok si pencuri pensil tu lebih berjaya dari awak, haaa, kanggg awak jugak yang untung dapat kawan berjaya, boleh tumpang senang, ye dakkk? Ni hal-hal kecik awak nak anggap macam musuh, malu sendiri nanti.

Kalau kes pakwe tinggal awak pun, chill je lah baby, pakwe baru menanti! Takyah nak terkenang-kenang sangat kan, lebih baik bila jumpa pun pura-pura tak kenal. Entah-entah dia yang jeles tengok awak dengan pakwe baru yang lebih kacak dan berjaya. Ok ni tak funny. Kakpi rasa uolls pasti sakit hati bila ditinggalkan, kan? Tak kira la, perempuan ke lelaki ke, kalau dah sayang puji melayang, kalau dan putus, Facebook jadi tempat lempar kejian. Ini tak bagus. Tak kira lah sapa buat hal pun, tak payah nak sebar-sebar sangat, kalau nak meluah pun, luah kepada kenalan terdekat atau keluarga sahaja. Tak perlu sampai satu dunia tahu awak dan bekas pasangan bermusuh. Sapa buat hal, pasti Tuhan hukum, jangan risau, Tuhan Maha Adil. Haa pepatah aku maafkan tapi tak dapat lupakan ni banyak pasangan-pasangan kekasih up status bila dah putus. Ye la kan, kalau tak pakwe cari pasal ada girlpren lain, yang makwe nya ada boypren lain. Hal-hal ni macam dah hari-hari berlaku dalam dunia. Dah fedup dengar, dari rakyat jelata sampai ke bangsawan pun ada kes-kes putus cinta ni. Wakakakaka. Wake up la darlings, it's time for you to have a real life, cari pasangan yang baik hati, yang sudi kawin dengan awak terus, takdelah sampai awak perlu up status, aku maafkan tapi aku tak lupakan bila dah putus.

Spesies kawan makan kawan pun boleh dianggap musuh. Tapi, untuk orang yang baik hatinya, jarang dia menganggap seseorang musuh. Paling tidak, sakit hatinya itu terubat dengan kegiatan-kegiatan yang menyenangkan dalam kehidupannya namun yang memusuhinya itu pula makin sakit hati. Betul pepatah Mat Salleh, kill them with success and bury them with a smile.

Musuh ni macam bayang-bayang yang kejar kita, makin kita lari, makin dia kejar. Tak tahu dia nak apa, apa yang dia tak puas hati dengan tetap mengejar. Kita dah lari jauh-jauh masih bercerita tentang kita. Yang baik-baik takda, semua yang burok-burok, tambah pulak spesies musuh yang tokok tambah cerita, makin hangin sepoi-sepoi bahasa la puan, cik, encik kepochi buat ketupat. Sorang tukang karut, sorang penglipurlara, sorang lagi jaguh main wayang di layar perak. Apa yang kau nak, haaa wahai musuh? LOL.

Kadang-kadang musuh ni takut dengan bayang-bayang sendiri, bahana dan akibat perbuatannya sendiri. Sorang nak backup diri, sorang memang kerja pelagakan orang, sorang lagi pura-pura daif tak tahu apa-apa tapi dialah dalang kepada segalanya. Nauzubillahminzalik. Wahai Tuhan semesta Alam, kami pinta dan mohon setulus hati jauhilah kami dengan manusia sebegini. Manusia yang depannya baik, dan belakangnya bertopeng. 

Musuh ni ke mana dia pergi, menjaja kisah manusia yang dimusuhinya. Yang dimusuhinya tak berbuat apa-apa tapi dia tetap mengkeji menghina menyebar berita. Musuh ini kadangkala terlihat ganjil, aneh dan pelik dengan sifat dan kelakuan yang serba tak kena. Cuba tengok musuh-musuh anda bila update status di FACEBOOK, kalau tak mengumpat pasal orang, pasti menyindir, kalau tak menyindir, pasti status doa seolah-olah dialah jejaka/gadis paling baik semesta alam, tapi dalam doa itu tetap ada sindiran.

Redha je la. Sedangkan kucing dengan tikus pun bermusuh, inikan pula manusia.

Negara Malaysia ada musuh tak? Rakyatnya sendiri terhadap kezaliman pemerintahnya/pemimpinnya. Wakakakaka. Silap-silap masin mulut iolls suruh rakyat Malaysia keluar dari Malaysia kalau dah tak suka negara ni. YES, kita keluar dari Malaysia, sama-sama, at least "KRONI-KRONI GST" boleh cas not only GST, another Tax and laksanakanla hukum-hukum ekonomi lain yang boleh membangunkan negara buat bangla, pakistani, cina dari Tanah Besar China, Cambodian, Myanmar... Tapi Kakpi yakin Tun M pasti berbuat sesuatu untuk menyelamatkan MALAYSIA dari bala bencana ekonomi! Ni semua permainan politicians la, bukan permainan iolls. Jadi let's sleep, cuz iolls dah siap ceramah :) 

Wassalam dari Kakpi yang telah memaafkan segala kesalahan awak-awak semua, mana tahu dah tak lama hidup ke, kita tak tahu ajal kita kan. Tambah-tambah pulak kalau musuh doakan kita mati cepat dibawa arus sungai laju dan menyamai kita dengan pepatah biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, kami maafkan. Berharap tanaman pesaka labu dapat menolong kami dalam kesusahan, kerana inilah makanan zaman nenek moyang kita. Maafkan ya, seandainya kita tak bersua lagi sebab cara saya, MAAF TAPI TAK MELUPAKAN.

Haha, Kakpi takde musuhla. Yang memusuhi tak tahu lerrr pulak. Takpelah, kita sama-sama mengasihani musuh ye, supaya mereka dah malu dah nak bermusuh bagai dengan kita. Kasih dengan cara doakan musuh anda semua, biar Tuhan alihkan dan pindahkan supaya mereka tak busuk hati sangat nak bermusuh bagai. Tak baik tauuu musuh-musuh, Tuhan marah.



"Orang cakap, let bygones be bygones, tapi Kakpi cakap, sejarah perlu dikenang, supaya tak berulang. Kalau masih berulang diri sendiri yang bodoh, jangan salahkan musuh. Itulah sebab Kakpi amalkan prinsip, MEMAAFKAN TAPI TAK MELUPAKAN supaya tahu yang mana sejarah lalu dan yang mana bakal melakar sejarah."

1 comment:

SangRatoo said...

hi fifie...glad to see you again.. take care :)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails