Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, April 30, 2015

JAJAN.

Assalamualaikum and Hi.

It's a quick writing. Sebab ini tergesa-gesa nak buat photoshoot for HFJ new dress pulak. Production lambat siap, so lambat jugakla siapkan photoshoot. Stress iolls dibuatnya. Tapi tak apalah, ini semua ujian, nak senang, tak senang.

Siapa tak suka jajan kan, tak kisahlah budak-budak ke, dewasa ke, nenek-nenek ke, semua suka jajan dengan cara masing-masing, makanan kegemaran masing-masing! Kalau budak-budak memang takleh la nampak 3 perkara berikut. Eh 4???

1. Aiskrim yang manis-manis
2. Biskut/snack yang manis-manis
3. Coklat yang manis, masam
4. Mainan. (Robot, control car, control helicoter, bear, toys, mainan masak-masak etc. Ni boleh consider as jajan ke? Tak kan????)

Haaa semua benda ni bebudak suka, dan mulalah para ibu yang agak liat nak beli akan membuli anak dengan mengisahkan pelbagai kisah seram berkenaan dengan 3 jenis jajan seperti yang dinyatakan di atas. Kisah seram berupa, 

"Takleh makan aiskrim ni, nanti rongak gigi, semut suka dengan aiskrim, nak semut banyak-banyak hurung pada gigi, adik tak geli ke." 

Kalau ikut akal logik, semut hurung dalam gigi? Boleh ke? Tak pernah terjadi kejadian macamtu. Tapi disebabkan mak kita yang cakap, seratus peratus percaya la kita dibuatnya... Nama pun budak-budak, pantang diugut, terus percaya. Aku lah tu spesies macam tu. Lurus bendul sangat masa bebudak dulu.

"Makanlah biskut memanis, makan, biskut tu kilang tu letak racun, tu sebab mama tak kasi makan, racun tu boleh buat kita mati. Makan terus mati."

Habistu nak kena makan biskut kering cap hup seng cicah air teh panas je ke? Wakakakaka. Ataupun biskut pak ali (known as kuih bangkti). I called it biskut Pak Ali sebab dulu abah cakap masa pergi Johor, ada sorang bapak angkat dia nama Pak Ali selalu la dijamunya biskut Pak Ali eh silap biskut bangkit ni, kebetulan kakak and abang aku memang hantu biskut ni sampai sekarang. Ok aku paham kenapa mak-mak larang anak dia makan snacks terutamanya yang berwarna-warna melekat di tangan tu. Memang tak dinafikanla kan, pewarna tak elok untuk kesihatan. Tapi dah nama pun budak-budak, more colourful, more cheerful. Tambah-tambah yang melekat-lekat oren di tangan tu, apa dah nama snack nya? adoiii lupa pulak! Tapi yang pasti sampai sekarang aku pun suka snack. Makin besar ni makin suka snack. Haaa dah ingat cekedis oren tu namanya super ring! Hihik.. Suka! Suka sangat.

"Haaa anak oh anak, kenapa la cekelat jugak yang kau nak. Gigi dah takde, nak kunyah pakai gusi ye? Ke nak kemam ceklat. Gara-gara cekelat tu la gigi kau dah kena amik kat tikus waktu kau tidur. Nak tikus amik lagi gigi tu, nak???"

Haaa ni pun satu, mak-mak pun kot ye la kan, nak kurangkan anak makan cekelat baginya kisah seram tikus pulak dah. Haha. Asal berkenaan dengan gigi je tikus, asal berkenaan dengan rongak je tikus, tahula selalu tikus mencuri cheese daripada kucing, tapi bab gigi ni, dah sampai masa kot makkk gigi si anak tu nak tercabut. Gigi susu lah katakan.

Aku percaya kalau zaman aku dulu memang bebudak sebaya aku naif gila kot, apa yang mak pak bagitahu semua kita percaya, paling tidak, kita melanggar peraturan dengan tetap membelinya secara menyorok. Nakk dijadikan kebetulan pulak apa yang diugut mak betul-betul berlaku, contohnya pada petang tu kita beli aiskrim, malamnya gigi tetiba rasa nak tercabut and betul-betul tercabut, hati mula berdebar-debar kiranya macam tak berkat la kan, kita tipu mak, kata kita tak makan dah eskrem semua tu, walhal kita makan sorok-sorok, kan dah kena camni. Dah besar ni sekali pikir, lucu pulak. Padahal, itu semua takdir jugaklah kan, gigi susu kita memang dah sampai waktu dah nak ganti dengan gigi kekal. 

Namun tidak untuk anak zaman moden, Sepatah mak pak bagitahu 10 patah diorang menjawab. Biasala anak-anak banyak minum susu formula, sel-sel otak mereka telah berhubung dengan aktif dan baik. Mak pak pun hebat juga, masa nak buat anak mungkin termakan supplement apa-apa ke kan, yang membuatkan si anak lahir cerdas menjawab. Muihihihi. Sekarangni, aku duk pikir, kalaula sikap anak zaman ini camni, macamna dengan sikap zaman anak aku esok-esok? Mati kepalang ajal la nak bergaduh ngan anak-anak tiap-tiap hari kalau tak dengar kata, kita cakap jangan makan benda tu berbahaya takutnya dia tipu kita, pergi curi-curi makan, ataupun takkan kita nak biarkan mereka terus makan makanan yang tidak menyihatkan..... Hhahaha. Atau mungkin para ibu kena guna taktik yang sama, menyeramkan kisah jajan ini tanpa menggunakan konsep tak logik dek akal, sebab depa budak-budak dah pandai pikir dah, takleh tipu-tipu dah......Sebab nak larang-larang pun diorang akan tetap buat jugak, dah nama pun budak, berbuih belon-belon dalam mulut duk bagitahu pun, tetap jugakkkkk buat, tetap jugak mengamuk nak... Bagi aku, lebih baik memberitahu fakta. Contohnya kalau makan ini, akibat nya akan jadi sekian, sekian, kerana sekian sekian. Tak perlu tipu! Fakta sekurangnya akan membantu anak anda untuk berfikir dengan lebih cerdik dan waras sampai ke besar!


Fevret aku. Waktu duk Jakarta dulu. Slai O'lai, recheese, ahhhh fevret. Kenangan manis, masam, pahit hempedu pun ada, sebab setiap kali beli ni berkotak-kotak macam nak niaga, siap orang tanya, "mauu dijual ya bu". Hello am i looking like ibu-ibu? Hurmmm sometimes maybe. Dengan sinisnya aku jawab, "Ga, ini cuman buat dibagi-bagi aanak-anakk dirumah". Haaa tengok siap anak aku cakap. Padan muka kena tipu. Muda jelita perawan camni dia kata ibu-ibu. Tskkk Tskkkkk -,-


Koko Krunch memang dari kecik ahh minat. Apa-apa yang berasaskan chocolate aku memang suka. Tak kisahlah cadbury ke, biskut coklat murah ke mahal ke, cookies berasaskan coklat ke, kek coklat ke, aiskrim coklat ke, memang suka sangat-sangat. Even roti kapit milo pun suka. Sebab berasaskan coklat kan. Ni antara fevret jajan la kalau ke supermarket. Koko Krunch peneman setia dari kecik. Dari zaman penuh duit dalam poket sampai takde duit dalam poket pun akan bilang syiling untuk beli Koko Krunch ni. Thank you Koko Krunch. Wahh dah boleh jadi model untuk iklan Koko Krunch rasanya ni, kalau kumpul kotak Koko Krunch dari dulu sampai kini. Tak terbilang dek jari la....Tetiba terpikir kenapa namanya KOKO KRUNCH instead of Coco Crunch? Koko Krunch ni asalnya dari mana eh? Tetiba nak buat research. 


Ala spoil la gambar ni, almaklum dalam cinema memang gelap so bila aku bukak camera yang ada flash, jadi terover terang pulak dah sampai tak nampak popcorn dalam bekas tu. Haaaa alkisahnya popcorn ni, even tak gi tengok wayang pun, sanggup beratur beli popcorn sebab suka. Popcorn ni macam kuaci bunga matahari. HANTU sangat kot. Kenapa hantu? Sebab bila makan macam kena jadi tamak, sekali genggam sumbat dalam mulut, mana boleh makan sikit-sikit, tak terasa. Ada dua jenis popcorn yg i suka. Satu yang macam salty cheese, satu lagi yang sweet2 sangat. Tak gi tengok wayang takpe, asal pergi mall, beratur beli popcorn. -,- 


Original OAT CHOCO. Dulu aku tak tahu benda apa la oat choco. Best ke tak. Sebab biasa tengok orang makan oat ngan susu. Macamna rasa snack ni? Memang terbaik. My current favourite snack. Ini aku try masa kakak perkenalkan. Dia beli kasi kat kitorang try. I rasa di Malaysia banyak kot jual. Uolls kena cuba jugak tau.. It's not only good for your healthy, tapi ia juga mengenyangkan dan SEDAP!


YANG YANG ICECREAM. Aku kalau beli aiskrim camni, pasti kena borong. 1 kotak terus, takde main batang-batang dah, nanti berebut. Kenapa? Sebab tak cukup sikit-sikit letak dalam peti, nanti anak-anak tikus i curi 1 pagi, 1 tengahari, 1 malam. hahahaha. Not only jagung, kacang, durian, semua ada. I most like kacang actually. Murah tau. Around RM 16/box-20 batang aiskrim. Jimat, murah dan SEDAP! Kenapa sedap, sebab contohnya, macam aiskrim jagung di atas, ada jagung betul-betul tau di dalam ramuan aiskrim, not only perisa, bu it's real, sweetcorn inside, di celah-celah aiskrim tersebut. Eh betul ke my descritption ni, hahahaa, boleh bayangkan tak apa yang i bagitahu ni? :p

Gambar-gambar di atas ikhlas dari i tau, jenuh i amik gambar satu persatu untuk paparan di blog. Miahahahahahaha. Ni senarai antara jajan-jajan aku mesti beli kalau tak semua, 1 antara mereka pun jadilah. Bahan kunyah-kunyah ni kena ada, sebab sambil buat kerja, sambil kunyah, itu PENTING! Kunyah tu sumber idea, sumber inspirasi, sambil kunyah sambil berangan.


Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

1 comment:

Ahmad Fauzi Aryaan said...

dekat mmalaysia xde ke biskut tu ek??

Mmg hanya di indonesia ek??

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails