Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, December 25, 2012

Christmas Wish


Islam yang saya kenal adalah Islam yang rasional, Islam yang tidak mengharamkan logika apalagi filosofi, Islam yang semua dasar keyakinannya berdasarkan argumentasi yang gamblang dan jelas. 
Islam yang saya kenal adalah Islam penuh cinta, yang rahmatnya nyata untuk seluruh alam semesta, Islam yang tidak menganjurkan kekerasan dan kenistaan, tapi melainkan cinta dan kasih sayang. 
Islam yang saya kenal adalah Islam yang berdasarkan sejarah yang kuat, berdasarkan hadith sahih yang mutawatir, sanad nya jelas dan matannya masuk akal, yang berbicara jujur tentang realiti sejarah, bukan ditutup hanya kerana ketakutan dan kebodohan dalam menyikapi realiti. 
Sungguh tak lah keberimanan saya pada agama ini luntur hanya kerana saya mengucapkan selamat kepada agama lain, terlebih ucapan selamat ini saya tujukan untuk merayakan kelahirannya Nabi Isa A.S... yang didalam Islam diakui sebagai salah satu Rasul Allah.  
Janganlah sampai karena penafsiran kita yang berbeza dengan pengikutnya yang lain membuat kita melupakan dan membenci sosok nya (Nabi Isa A.S).



Wallahualam.

P/s: To my Christian Friends; Jessica, Pinkan,  Luna, and all who know me and i know you, wishing you a joyous Holiday Season and a smashing New Year! Oh ya, not to forget, to my dearest Aunty Thresia and family, wish you lots of love, joy and happiness. Wish you all a Merry Christmas!!! 


Sincerely;
Fifiey


Saturday, December 22, 2012

Menepati Janji dan Waktu



*PERHATIAN, 

Ini adalah special entry yang mana aku dan Saiazuan Blog telah make a deal untuk menulis entry dengan topik yang sama pada masa yang sama. Boleh kata ia adalah Entry Challenge..*



Menepati waktu adalah suatu yang sinonim bagi kita, manusia! Menjalankan kehidupan seharian dengan berlandaskan putaran waktu, dari pagi ke siang, dari siang ke petang dan dari petang ke malam membuatkan kita sibuk dengan pelbagai kesibukan harian. Itu lumrah. Fenomena menepati waktu dalam kategori Melayu yang ingin aku bahaskan hari ini.


Aku Melayu. Kalian Melayu, purata Melayu di dunia begitu banyak. Tak terbilang. Di mana-mana bumi kita injak, di situ kita terbayang dan tercegak seseorang Melayu. Aku bukan racist. Aku bangga menjadi Melayu. Namun satu hal yang agak sinonim dengan Melayu yang begitu aku sedih adalah sikap tidak menepati janji dan waktu. Janji adalah satu taburan kata yang sungguh-sungguh antara dua pihak, seorang mengungkap janji dan seorang lagi tertunggu-tunggu untuk janji dikotakan. Ramai yang suka berjanji dan itulah Melayu. Goyang lidah saja bisa, tapi untuk tunaikan itu payah, ibarat seekor lembu yang kenyang bermenukan rumput lalu keletihan untuk menunaikan tanggungjawab lain. Aku sedar ramai di antara kita (termasuk aku) suka berjanji. Sungguh aku takut dengan janji, makanya makin meningkat dewasa, contohnya, janji dengan adik-adik yang lepas-lepas belum terlaksana, aku tidak mahu mengungkap janji baru lagi. Begitu juga dengan teman-teman rapat yang mengenali aku. Jarang betul aku berjanji melainkan yang aku tahu aku dapat penuhi. Sekalipun janji tidak dikotakan, itu tidak mengapa, sekurang-kurangnya biarlah janji secara bermaruah, biar ada kata maaf di situ. Tapi banyak di antara kita janji KOSONG! Kosong ibarat tin kosong, ting ting ting! Disepak lalu berbunyi ting ting ting! Ia kosong, bunyi juga tiada guna!


Malah ada di antara kita berjanji akan hal-hal yang tak sepatutnya pun ada. Kita biarkan dulu soal janji. Kita bicara tentang masa pula. Aku mahu kaitkan masa dan janji. Begitu juga dengan janji dan masa. Begitu masa teredar tanpa kita sedar, begitu juga janji mengekori, membelakangi masa. Kejar dan terus mengejar. Janji ini menakutkan. Mengejar masa juga menakutkan kerana detik demi detik, hari demi hari kian berubah warna. Watak antagonis yang suka berjanji makin menjadi-jadi. Janji ditepati itu tak mengapa, kalau tak ditepati, itu bikin gua marah. Serius! 


Cuba bayangkan dalam kondisi ini. Kita anak cewe, anak dara, anak gadis sunti, dijanjikan untuk dijemput sekitar jam 8 malam. Tunggu punya tunggu, tidak ada satu pun kereta yang betul-betul kita kenal, yang selalu jemput kita. Wahhh, penasaran kan? Jadinya dengan penuh sabar kita tunggu lagi soalnya sudah dijanjikan untuk dijemput jam 8 malam di tempat tersebut. Nah. Tanpa sms, tanpa kabar berita, tanpa apa-apa nya kita dibiarkan menunggu sehingga jam tepat 10 malam dan khuatirnya lagi tiada siapa-siapa di situ, malam lagi, gelap. Mengerikan dan malangnya lagi jam 10 malam itu bakal merubah total hidup kita. Kita tidak pernah tahu akan kehidupan hari kedepan, apa yang berlaku, siapakah kita di hari depan, sepintar manakah kita mengawal sesuatu keadaan. Ya namanya anak gadis, sekuat apapun, pasti juga lemah. Sekelip mata, jam 10, anak gadis itu, berubah ke dalam kehidupan yang gelap, kelam dan seumpama tidak mahu hidup lagi di hayat depan, dirogol, dibunuh gara-gara orang yang tak tepat janji! Takdir ya takdir, tapi janji tetap janji. Pasti sudah, orang yang berjanji itu, sesal tak sudah. Sudah tidak kirim kabar, malah tidak digantikan orang lain yang dipercayai lagi untuk menjemput gadis tersebut. Ini cuma contoh. Contoh bahawasanya, janji itu amat penting, sepenting masa yang beredar! Kadangkala janji yang berat bakal merusak hidup orang yang tak bersalah.


Contoh berikutnya lagi, tentang janji dan waktu. It's an important day for a new worker di sebuah syarikat ini! Mahu selesaikan presentation yang penting, pasti lah mahu bentangkan dengan penuh gaya dan juga berwawasan, mahu tunjuk talent katakan. They will present in group. Si teman ini sudah berjanji mahu simpankan dengan baik bahan-bahan yang telah mereka perbincangkan bersama. Penuh gaya datang ke pejabat dan juga penuh semangat, alah, si teman lagi yang buat kacau. Masalah. Janji tak ditepati! Dia tidak bawa apa yang harus dibentangkan itu! See, what the game he played. Temannya itu jealous akibat hari-hari baru di pejabatnya itu boss nya sudah puji-puji pekerja baru itu terus-terusan. Manusia jahat betul, gara-gara jealous, sanggup tak tepat janji!


Janji dan masa berikutnya yang biasa kita baca-baca dalam novel, dan tonton in a sinetron, drama or film, it's about love! Pasti kalian pernah dengar macam-macam cerita. A true story of yours, dari cerita teman-teman anda mahupun adik kakak abang anda? As usual lah kan, lelaki pandai berjanji. Memang dah common dan benda tu dengan alam semesta, yakni lelaki adalah mulut manis. Bagi aku bagus juga mulut manis ni, sebab aku suka dengar perkataan yang manis-manis. Apa korang nak ke dengar kena kutuk hari-hari? Ya, yang dibenci adalah, mulut manis, bontot masam. Eh apakah? Salah taip, mulut manis tapi hati tak berapa nak manis. Janji nak sehidup semati lah, nak bina kehidupan rumah tangga yang harmoni lah, nak jadikan permaisuri hati lah, last-last lisa surihani tak dapat, lisa surirumah janda anak 2 jugak kau  rembat. Tetiba. Untung jugak , sebab Lisa Surihani palsu dapat laki lebih macho, berkerjaya dan berpendidikan dan berhenseman ( ada ke ayat camni ), tu lah sebab orang kata, TUHAN BUAT SESUATU ATAS REDHANYA dan yang berlaku adalah hikmah-hikmah di sebalik kelangsungan cerita bahagia dari-Nya!


Bahagia itu sama rasanya dengan sakit. Selagi kau tidak menjadi bahagian dalam merasakannya, kau tidak akan pernah tahu apa itu sakit, apa itu bahagia! 
Cewah, macam aku tahu. (Gelak sarkas)


Ha, bagi abang-abang yang suka melepak dengan kawan-kawan tu pulak, janji biarlah berpada. Kalau dah berbini, janji dengan bini balik jam 11 malam, tengok-tengok jam 2 pagi belum terpacak depan rumah, mana bini tak membebel kan? Lainlah kalau hidup bujang, tak balik rumah pun tak apa, bang! abang, lu janji sama bini lu mahu setia sampai mati, tapi tengok-tengok lu ada awek lain, looo banggg, jahat betul kau bang. Tapi awek kau cantik bang, untunglah! Janji dengan kawan-kawan pun abang tak heran jugak, orang lain tunggu terpacak nak meeting pasal kerja, abang jam 12 tengahari pun masih membuta, macam mana rezeki nak masuk bang? Kesian, kerja terbengkalai, akhir-akhir kena buang kerja. Orang marah kita sebab tak tepat janji dan waktu, kita pulak marah orang sebab sifat kita sendiri. Apa ke hal luuuu bang? 


The people said; if you get growth, everything else tends to fall into place. We'd have a lot more time to change, from make promosing to the one who develop the promises! 


Janji adalah sebuah kata yang harus dikota. Mutlak. Sekurangnya buat aku di hari kedepan adalah pengajaran, moga-moga kalian yang sedang dan bakal menghadap aku dan bikin janji sama aku, semuanya orang-orang gagah yang mulutnya juga dikunci Tuhan untuk menunaikan janji bukan untuk melemparkan keji!


In Sha Allah! Jazakallah Khair!
Till Then,
Assalamualaikum.



Sunday, December 2, 2012

Lelaki Dengan Gosip.


Kalau anda cakap pasal lelaki, pasti anda akan berasa sangat megah jika mempunyai seorang lelaki yang mendampingi anda dengan sifat kejantanan, kesempurnaan fizikal, dan juga pandai menilai naluri anda sebagai seorang perempuan dengan tidak terbatas. Kejantanan dalam erti kata kedewasaan dalam penilaian, gagah dengan struktur badan, tindakan dan juga pola fikir yang tidak lagi keanak-anakan yang membuatkan ramai wanita berasa "maybe he's my mr.perfect?"


Tapi. Tapi ye kawan-kawan.....


Shhhh. Kita tak suka satu hal saja. Lelaki dan dunia gosip mereka. Dengar kata, lelaki kalau dah mengumpat, kalau dah bergosip, lebih teruk bunyinya dari perempuan. Semua kenyataan perlu dikeluarkan tanpa teragak-agak? Ohmaii...ohmaiii! Ngeri but it's reality. So, you are wondering why your neighbours (men), your boyfriends, keep gossipping about every possible thing happening around them. Malah lelaki sekarang suka membangkitkan suatu isu mengalahkan perempuan dan pertanyaan-pertanyaan mereka kadangkala tak terlintas untuk seseorang perempuan tanyakan. Tak kira lah about current issues, football, women, favourites, old friends, girlfriends, ex-girlfriends, how they date to a girl, how to be gentle, dan juga perkara remeh-temeh yang menjasi isu untuk bergosip. Sometimes they can be very funny with their questions, tapi kadangkala annoying juga dengar lelaki bergosip!


Antara gosip-gosip?


Gosip anak  Pak Teh gigi jongang lari dengan lelaki gemuk kawin di Siam, gosip tentang lembu Pak Mat kena tembak akibat tak bayar hutang, tentang Ali mengandungkan anak dara orang, gosip tentang housemate kaki mabuk pulang-pulang tumbuk kawan, gossip tentang Arsenal kalah ( maaf kepada penyokong fanatik Arsenal kerana saya menjadikan contoh pasukan Arsenal, jangan kepuk kepuk saya pulak eh! Hehe) dan macam-macam contoh lain lagi yang boleh dijadikan isu untuk mereka menyebar gosip  di rumah dan juga di warung kopi dan yang terbaru semenjak-dua menjak Malaysia dah hangat dengan laman sosial Twitter yang mana serasa saya, telah menjadi laman terbaik untuk mengumpat selain Facebook. Mengumpat? Really? Ya Laman Twitter and siapa di antara anda belum sign up twitter? Adakah anda merasakan itu suatu kerugian kerana tidak mengikut arus manusia lainnya yang kini menggunakan Twitter untuk mengumpat, mengomel itu ini? (Sila terasa *___*). 


Soalnya, biasanya kita lihat kawan-kawan perempuan kita, adik perempuan kita, kakak kita, emak kita sahaja yang membebel, tapi di laman sosial ni, tak kira tua muda, lelaki perempuan, semuanya majoriti suka membebel dan mengumpat. Satu budaya kurang sihat mungkin di mana di laman Twitter, anda tulis, and boleh Retweet, dan anda boleh reply sekaligus memberi komen tentang suatu perbicaraan tersebut dan kurang enaknya lagi apa anda fikir andai kata yang disebutkan itu suatu umpatan ataupun fitnah? Bukankah ia menyebar dan terus menyebar? Tapi majoriti sahaja ya bukan semua di antara anda yang bertujuan tak elok. Semua punya hak bersuara dan semua boleh berbicara, tapi jagalah pertuturan anda, bak kato-kato Mat Salleh " What goes around comes around" sebab ambo kelih banyok doh  saing-saing ambo duk kato-kato ko saing lain, hoh prakkkkk keno atah batang hidung sendiri doh keaaa tuuuu. 


Kata-mengata ni ibarat kutukan Tuhan ke atas kita sendiri; di mana, sekali kita menyebar aib, bertubi-tubi aib kita disebar. Wallahualam. Itu sebabnya, kalau mahu menegur juga punya cara, jangan sampai teman ataupun saudara berteduh hati dan bagi yang mengata jangan teruskan sifat- tersebut kerana kita tak tahu apa yang berlaku kepada diri kita di hadapan hari, jangan terhantuk dulu baru tengadah. Am i right people?


Lelaki kalau dah macho, tapi suko mengumpat, mengato, mengeji, buruk ghupenyaaa, tau dok? Tak hensem-hensem Beto Qusyairi (kalau dibandingkan dengan Hrithik Roshan) dalam filem Istanbul Aku Datang, tetap si Beto hensem sebab dia membela wanita tak bersalah yang sedang dikeji lelaki jahanam. Muahahaha.  Don't worry men, i'm not prejudice because i know that not all of you are like to gossip about the bad things happened around!


Jangan samakan;

-Lelaki bergosip dengan
-Lelaki meluah perasan kepada sahabat, teman mahupun keluarga tentang sesuatu perkara yang baik.

Gosip dan meluah; lain bunyinya tu. Eja pun tak sama. Apatah lagi dengung dan harakat pada kata. Maksud juga jauh bezanya.


Again, please forget the assumption that women are the biggest gossips when a new survey out today concludes men are by far the worst culprits. 



Yet it's men who are more likely to gossip the day away, dispelling the myth that women are the only ones who like to spend hours chin wagging. Hmmmmm...... 
Ajak pasangan anda mengumpat hal diri sendiri, itu lebih baik untuk menjadikan diri anda lebih sempurna dengan suatu perubahan yang lebih ke arah kesempurnaan hidup berlandaskan nasihat dan pesanan yang baik. Wallahualam.


Till then people. 
Assalamualaikum.


HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails