Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, July 31, 2012

Seuntai Kata Ramadhan

Rasa kekok bila mata menghadap laman sesawang yang namanya blog. Kekok untuk mengetik, kekok untuk berbahas panjang di laman ini, dan juga kekok untuk membebel sia-sia. Akibat daripada kekangan masa serta atas beberapa alasan-alasan kukuh, inilah jadinya. Sudah lama tidak berbicara sendiri di laman ini, membuatkan jari-jemari juga tak tahu lagi menaip secara cepat, pantas dan tangkas. Bahasa juga jadi tak tentu arah serta idea tidak lagi mencurah-curah sedangkan banyak sungguh yang ingin diceritakan. 



Ramadhan. Banyak sungguh yang kita dapatkan di bulan ini. PAHALA, GANJARAN, SYAFAAT, serta KELEBIHAN-KELEBIHAN dan juga pendekatan diri terhadap ilmu-ilmu agama yang diajar sejak kecil.



Bicara tentang puasa, kalau dulu kecil-kecil suka betul saya dengan bulan ini (tapi tidak bermakna sudah meningkat dewasa ini tidak suka); maksudnya, suka bangun sahur, tanpa dikejutkan juga, tersedar; tersedar dengan sendirinya, walaupun mata mengantuk, tetapi tetap berselera mahu makan itu dan ini akibat daripada takut terlalu pengen/ teliur bangun pagi untuk makan makanan kegemaran itu lagi. Suka juga dengan nikmat berbuka puasa, pelbagai juadah kegemaran disediakan oleh bunda. Enaknya. Boleh berkumpul dengan seluruh anggota keluarga, maklum sahaja waktu kecil pasti berlumba-lumba untuk puasa penuh. Memoir masa lalu memang indah kalau dikenang!




Biduk telah ditambatkan, angin juga setuju, berlabuhlah di pantaiku. Biduk sajakah? Ahh, apa maksudnya? Salam Ramadhan buat seluruh umat di jagatraya! Cukuplah rungkai kata pendek-pendek sahaja, sebagai penawar rindu buat semua! 







Gadis potret di atas bagitahu, dia minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat karang panjang-panjang, dan dia ucap Salam Ramadhan Mubarak buat semua! Dia janji dia akan tulis lagi nanti ada kelapangan dan ruang! Dia juga janji (banyaknya janji, minta-minta dapat tunaikan), bahawasanya dia tak akan abaikan blog lepas ini sebabnya dia pun dah rindukan sangat blog dia walaupun tak ada siapa nak baca, dia tetap nak menulis. Hehe. Ok lah, dah mengarut, nanti nak bangun sahur. Selamat mimpikan bintang di langit teman semua!


HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails