Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, May 29, 2012

ANAK DARA KENA PANDAI MASAK?

Apa khabar semua? Saya harap anda baik-baik saja. Intro yang agak skima bertanyakan khabar pada pendahuluan kata. Rasa macam pertama kali blogging dulu-dulu. Tak penuh isi idea, semenjak sudah lama tinggalkan dunia blog, dunia seolah sepi. Ayat mengalahkan seniman. Tiada lagi blogwalking, baca cerita teman-teman dan saya nampak satu hal, saya dapat dunia sebenar di luar dan saya dapat ukhuwah baru melalui jalinan alam maya seperti di dunia blog ini. Ini bukan entry bebelan, jadi dengan ini ayuh kita masuk rangkap dengan topik yang baru ' ANAK DARA KENA PANDAI MASAK? '


Mestilah, kena pandai. Kalau tak, diri ini rasa tidak sempurna. Apa lagi, pepatah ada mengatakan, 'the way to a man's heart is through his stomach.' Bagi aku bukan untuk tarik atau pikat si suami saja, boleh menjadi sebagai pedoman untuk anak-anak supaya pandai duk dapur jugak kan dan yang penting, tahu apa itu pemakanan sihat dan tidak sihat. Almaklum, anak-anak zaman kini sentiasa terdedah denfan fast food, seolah-olah tiada lagi makan bersama keluarga di meja makan, terutamanya anak-anak kota. Aku rasa kalian-kalian sebegini teramatlah rugi, sebab apabila kita di meja makan sebagai satu keluarga, nikmatnya bertambah-tambah, kebahagiaannya juga terluah-luah, walaupun makan ikan kering dengan sambal belacan saja. 


Kenapa perlu tahu semua masak memasak ini? Tak ada kerja lain ke? Belajar tinggi-tinggi, duk dapur, errrr, jerkk je. Baju kotor nanti. 


Anak dara, lu mau ka dipandang hina oleh orang, lu belajar tinggi langit, tapi lu kupas bawang pun fail. Malu oiiii, orang pun mengata mengumpat di belakang, anak dara syiapaaaa tuuuu kupasss bawanggg pegang pisau henyot-henyot, nasib tak terbelah tangan. Gua dulu memang fail jugak, tapi dah masuk high school gua ada satu kesedaran. Kesedaran dari sudut hati terdalam. Gua rasa gua perlu belajar memasak. Sebab mama gua heroin bab-bab memasak ni. Jadi, aku tak nak kalah sama.


Aku mulai belajar buat air teh untuk tetamu yang datang memandangkan rumah aku sentiasa terbuka untuk orang ramai. Di situ, aku feeling macam gadis-gadis melayu yang lainnya jugak, tersipu-sipu malu angkat dulang bagai, tuang teh yang panas tuh, tumpah lah sikit-sikit dalam dulang. Tapi teh aku enak manis, pokoknya pas lah dengan lidah-lidah kalian semua. Itu masa sekolah rendah lah. Tapi tak apa, memang bonda aku didik macamtu, kecil, besar kena buat kerja walaupun ada bibik. Aku masa sekolah rendah dulu boleh tahan lah bab-bab menyuruh bibik ni. Tapi untuk certain cases, aku mahu cuba buat sendiri sebab bagi aku, tanpa aku cuba, sampai bila aku tak pandai.


Contohnya goreng telur. Memang aku dulu fail. Telur kuning tu nak habaq mai, hancur dimamah telur putih. Cemana tu? Cuba bayangkan sendiri lah. Maknanya tak bulat elok lah tu. Almaklum baru darjah 3 kan. Sekurangnya masa itu aku dah pandai bukak api dapur sendiri. Korang ado? Setengah je lah, setengah lagi aku yakin nan ado. Bagi aku sangat nikmat sudah boleh goreng telur sendiri, ambil nasi dalam periuk sendiri, letak kicap sendiri.


Aku rasa kita perlu bersyukur, sebab sekurangnya kita ada alat-alat canggih untuk memasak, orang zaman dulu lain. Pakai dapur arang. Muka sampai hitam-hitam comot duk dapur. Tiup-tiup arang, kan? Jadi, tak salah sekiranya kita cuba buka mata kita, buka peti kita, apa yang ada, kita cuba buat sesuatu sampai ia jadi suatu hidangan yang boleh dimakan bersama. Tak kisahlah, menu kampung ke, bandar ke, janji pandai ubah dari sayur-sayuran yang ada menjadi sup sayur, dari ayam menjadi ayam masak merah dan banyak lagi menu-menu lain yang boleh anda pelajari dari semasa ke semasa.


Anak dara, masih belum terlewat untuk anda belajar. Anda kaya sekalipun, tak mahu duduk dapur, tak apa, sangat tidak apa, kaya kan, buat apa duk dapur lagi, tapi sekurangnya, belajarlah untuk pengetahuan diri sendiri, mana tahu bibik mati tsunami, kita pun kena tsunami, dah takde duit kita, dah melayang orang-orang yang kita sayang, dah tiada siapa nak bantu kita, masa tu, kita kena usaha semuanya sendiri. Apalagi bab makan. Pandai-pandailah buat makanan sendiri ye masa tu.


Bukan apa, anak dara zaman sekarang ni, makin merajakan teknologi, jadi, alang-alang merajakan tu, raja lah betul-betul, gunakan periuk, kuali, sudip, senduk canggih. Sekali-sekala (kalau tak nak selalu) kena duduk dapur. Satu hari satu menu. Lama-lama pandailah kan?:) Tak cuba tak tahu. Dah cuba, ketagih nak cuba macam-macam lagi. Percayalah yang anda sebenarnya BOLEH! Buat anak dara yang cuti sem berbulan-bulan tu, lepas baca entry ni, start dari hari ini, belajar dengan mak masing-masing ye. Mak korang pandai masak tu. Belajarlah, tak rugi. Kalau mak tanya kenapa tiba-tiba belajar masak, cakap je, Chef Fifi suruh belajar memasak, kalau tak mak jugak yang malu bila orang nampak anak mak tak pandai pegang pisau potong bawang. 


Hadiah untuk kalian semua, terimalah menu hidangan tengahari anda untuk tengahari ini. Mana anak mama, meh nak syuappp meh. Kahkah, siapa ada anak, meh aku tolong suapkan anak kalian!







Sunday, May 6, 2012

KEMBAR

Perihal cerita hari ini adalah dengan berlandaskan topik kembar. Kembar. Aku banyak jumpa kewujudan kembar di muka bumi ini. Tak kisahlah, kembar seiras ke, kembar tak seiras ke, tapi aku rasa bangga satu hal, kalau kembar, pasti jiwanya sama, ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa! Sangat terasa. Aku juga banyak kawan kembar. Lucunya, kalau seorang sakit, seorang lagi pasti akan terikut sakit sama. Aku suka tengok gelagat kembar yang bagi aku sangat unik, persis wajahnya sama, dari hidungnya, matanya, mulutnya, badannya. Allah sungguh Maha Besar, Dia mampu cipta apapun yang tidak terlintas di fikiran kita bagaimana mahu menciptakannya! Kembar, kalau berbeza pun, sedikit saja ketara perbezaan fizikalnya, tak banyak!




Kembar tak seiras pula, wajahnya saja berbeza, yang lain kebanyakannya sama. Andai saja aku punya kembar! 



Kembar dalam mimpi:p

Tadi google secara rambang, langsung jari type 'babies' and i saw this kid! Hehe, when i saw my baby face waktu baby-baby dulu, dalam hati berkata, omaigodddddd, this kid looks like me! Kembar kot, lain era saja.



Ok, pengumuman, sesiapa yang kemarin mahukan Rainbow Quran Pink Cover ataupun 12 warna lainnya, tapi tak berkempatan untuk dapat, anda punya peluang lagi. Bolehlah start booking from now sebab ia bakal muncul kembali the end of MAY nanti. Bukan pertengahan, tapi akhir MAY ok? Stok terhad. Didahulukan kepada sesiapa yang membuat payment terlebih awal. Berminat bolehlah isi FORM ORDER di sini, i'll reply as soon as possible! Yes, everything is impossible with HIGH FIVE JEWELRY


Bye, mahu dating dengan kembar dulu, ok?!
Tiba-tiba rasa entry kali ini kurang berkualiti mutunya. Aduh.

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails