Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, March 31, 2012

BUSINESS BLOG




Nowadays, lots of young people involved in business life, part time of their busy hectic life with studies! Oh, i'm interested too. Last time i'm always thinking, how could i manage two different works at one time? At last my imaginations beyond expectation began!


Hello people, you are facebooking, you are blogging, you are preparing foods, you are studying, you are cleaning all the messy in a house, you are living with your housemates, you have great people around you, why not you taking this chance to do something beneficial, not just by chit chatting on facebook, talking random rubbish things on blog, or maybe somethimes busy with another unimportant tasks. as a student of course although you are busy with tasks, assigments and all those for future life, but still you have time actually! 


Don't wasting time with rubbish things, wasting money with window shopping. You are just student, not a billionaire who just waiting the money, falling down lots to you from the sky! Right? Unless your mom and dad provide you with a big house to live, a bmw car to drive to college or just to receive the cash money from them to do what hell you love to! It's heaven for those people which this condition, but not all of us created to be like that!


Just thanks to God, because i'm still able to talk, to walk, all with properly conditions. So, we have to use properly too.


Proudly announced that i'm just finished updating my new blog. It's for business. I don't want to mix the business and personal one. Just to make sure that systematic values are still being practiced by a name of FIFI. Well, once you come into this blog that will change to .com soon, you will see lots of products there, but it's all SOONER OR LATER! Hoping that everybody pray the best for me to continue this business well! Without my lovely sister who helped me lots @ my business partner, ARISHA, i can't do these all. It's a big thing to handle alone sometimes, but by her helps, i can manage everything well.


To those who drop by to our High Five Jewelry, don't forget to purchase something from us. We are provide you the best quality skin care, trendy stuffs, dresses, accessories and also the rainbow al-quran that most all the things are not available in MALAYSIA. Keep updating and waiting for our new gorgeous stuffs soon! Do kindly linked HIGH FIVE JEWELRY on your blog sidebar to spread it;) Until then, bye!


Miss Fifiey


*To those first 20 customers, let's grab TABITA SKINCARE SET now!!! Go here

Tuesday, March 27, 2012

AMBITIONS and KidZania!


Cita-cita dan angan-angan tidak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan ibarat tercabutlah raga dari nyawa. Itu terlalu hiperbola mungkin. Baiki. Terpisah diri dari angan-angan ibarat mat jenin telah pupus dari lagenda. Ya, benar. Aku juga seorang manusia yang bercita-cita tinggi. Yes, i want to go sky-high. Bercakap tentang cita-cita pasti ramai yang berkata,


"Cikgu, saya mahu jadi polis. Saya mahu banteras jenayah negara."

"Mama, adik nanti nak jadi doktor, boleh bagi mama free medicine kalau mama sakit. Kan mama kan?"

" Daddy, i love to be a pilot, skying up in the sky. It must be fun, right?"

"Dia nak jadi cikgu di sekolah tadika, apa kelas, alang-alang nak mengajar orang, baik saya jadi pensyarah. Kerjanya mengajar juga kan?"

"Kalau semua nak kerja A++ je doktor lah, polis lah, pilot lah, stewardess, engineer, arkitek dan macam-macam lagi, takpelah, biar saya jadi tukang buat rumah je, takpun tukang buat bangunan cakera langit, bukan cakera padat tak elok macam abang-abang sebelah rumah tu tengok tau. Apa doe cerita seksi macamtu, aku ter'intai' dia tengok cerita tu. Malu je, aku tutup mata tau, takut dosa."

"I want to be as great as David Beckham. He can be a millionaire for being a proffesional footballer. It sounds great and glamour. I can always be on tv and newspaper. Please, i beg you mom. Please allow and bless me to be footballer too." 

"Walaupun saya lelaki cikgu, tapi saya nak sangat jadi chef. Saya suka lelaki yang boleh potong bawang laju-laju, potong tomato, carrot, dan banyak lagi sayur lain. Diorang baling-baling pisau stylo sangat then main campak-campak je bahan dalam kuali. Itu hebat cikgu, hebat."

"Lebih baik jadi penulis, senang tak payah nak serabut dengan orang, duduk dalam satu bilik, dan menulis apa yang ingin ditulis. Kan, ummi?"

"Papa, abang nak jadi macam papa lah. Selalu buat kira-kira. Papa kalau main kuiz dengan abang, pasti papa menang sebab papa congak je kira. Nak jadi akauntan hebat lah."


Ok, itu nampak sangat dramatik. Aku banyak petik situasi berdasarkan kehidupan dan juga keadaan sekeliling aku. Kanak-kanak memang cita-citanya sering berubah arah, tapi bila nanti suatu masa kita di satu daerah remaja, kita akan sudah nampak apa yang bakal kita jadi ataupun cenderung ke arah bidang manakah yang paling elok buat kita. Mungkin setelah menengah rendah, o'level ataupun setelah smp, kita masih samar-samar namun setelah spm, a'level ataupun sma itu sudah nyata dan pasti ke arah manakah bakal kita tuju.


Kalau dulu anda sering terbayang diri anda sebagai artis yang sering bergaya di hadapan kamera, menyanyi dengan gah di publik, seorang stewardess yang sedang lagak lenggang lenggok memakai kebaya menarik bagasinya di khalayak ramai di airport, ada juga yang mengidam untuk menjadi seorang usahawan berjaya yang mampu untuk mencipta duit dengan banyaknya, dan tidak kemungkinan ada di antara anda yang ingin menjadi doktor bedah sekalian mempraktikannya semasa zaman kanak-kanak dengan mencuba mengambil pisau dan membelah katak di bawah tempurung.


Ini mungkin begitu terkesan angan-angan mat jenin, tapi, itulah kehidupan yang memulai diri anda dari pada angan-angan menjadi impian, impian menjadi cita-cita, lantas dengan usaha dan izin Tuhan maka terbentuklah diri kita hari ini.


Ada orang yang punya sijil berbagai macam, tapi usaha untuk menindaklanjutkan sijil tersebut none, zero! Tidak berbuat apa-apa untuk diri ibarat anda sebagai tin kosong yang hanya keluar bunyinya, namun isinya tiada. Disepak, ditendang, berbunyi namun tiada irama yang bagus untuk diciptakan sesuatu yang lain. Maksudnya, berbekalkan dengan usaha, tindak lanjut, kepakaran yang anda, itu sudah mencukupi untuk menjadi 'orang'. SIJIL adalah bahan untuk anda 'dipandang'. Itu adalah kertas tambahan supaya anda dipandang tanpa berbicara banyak tetapi bekerja banyak.


Anak Melayu terutamanya, anda harus bangga, priority diberi kepada anda tanpa syarat. Asalkan anda melayu dan tiada yang gagal dalam ujian (ada juga yang gagal), walaupun hanya berbekalkan 1A, tetapi anda diberi kelayakan, kerusi dan tempat istimewa di dewan kuliah, sedangkan anak berbangsa Cina, India tidak. Walau 9A+, tidak mendapat kelebihan sebegini. Makanya bila mereka mendapat peluang untuk berada di kerusi kolej swasta, mereka begitu bersungguh untuk menimba ilmu untuk dipergunakan setelah bekerja nanti. Mereka positif dalam berurusan walaupun berdaya saing.


Fikirkan, bagaimana cara mereka mencipta duit? Melayu, Islam, Islam, Melayu? Tetapi rasuah berleluasa? Keterpaksaankah? Makanya, gunalah ilmu semasa anda belayar, jangan mempersia-siakan keadaan senang anda dengan sesuatu yang berakhir dengan duka. Positifkan fikiran, kerana setiap di antara kita pasti punya kelebihan dan keberuntungan tersendiri. Jangan jadi,


"Bodoh tak boleh nak diajar, cerdik tak boleh nak ditumpang."


Bila anda berada dalam kehidupan nyata, rumus dan formula hanyalah sementara. Kita lihat sahaja, bapak-bapak zaman dulu mana ada belajar Add Math, ingat formula physics, dan aplikasikan rumus kimia, tapi, hakikatnya mereka dapat mengendalikan sebuah syarikat ternama sehingga turun-temurun yang mendapat nama. Tapi kini bertindak beza. Aku bagi kau hipotesis hari ini. Semakin kau tinggi ilmu dunia, semakin kau dipandang dan ternama. Aku setuju. Kerana dunia kini, dunia kebendaan. Sesuai dengan kata satu rangkap dalam blog Arisha.


"Jangan nampak orang nampak kebendaan, tapi nampak orang nampak persaudaraan."


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sila berusaha andai kata anda inginkan suatu perubahan kepada diri anda! Sila bercita-cita dan jangan malas untuk bercita-cita! Tengok, adik-adik di bawah ini pun bercita-cita tau, malu lah kita dewasa tak boleh nak plan nak jadi apa, kan? Please be shame! Kita yang dah tua ni, tak perlu lah nak bercita-cita bagai, tapi bertindak menjadi orang yang kita ingin jadi! Kau pensyarah nak jadi usahawan pun, ok what?!!! Lagi banyak duit, lagi boleh buat amal. Bukan joli tau, AMAL! Biar Angelina Jolie je lah dengan jolieee nya, kita tak payah:p *Selingan




















(Sumber foto: Facebook)
They are all my adopted kids @ my adobted sister's kids at KidZania!!! I LOVE THEM!!!


Ok, aku terangkan sikit pasal KidZania ni. This is really amazing! Kids can be what they are wished to be. Bukan sahaja wujud di Jakarta, tapi dah ada di KuaLa Lumpur. So orang kolompur tu, silalah bawa anak-anak anda, tak rugi! Compared to bawa jalan-jalan shopping ke mall, baik bawa ke sini. Selain untuk mengelakkan amalan pembaziran di kalangan anak-anak andai kata anda bawa mereka shopping, kalian boleh menerapkan nilai-nilai suci untuk mereka bercita-cita tinggi dan faham apa yang mereka minat dan cenderung ketika masih kecil ini. Duit tak habis banyak, malah ilmu yang mereka dapat. Hamboiii. Yeahhh, majulah kanak-kanak demi masa depan negara!!!


Faham tak apa fungsi KidZania ni? Kalau tak faham, aku terangkan lagi. Kau boleh jadi apa je yang kau nak. Dari kerja bawahan hinggalah kerja atasan yang dipandang mulia dan ternama. Lagi comel bila anak-anak kecil dah pandai tunjuk lagak dan aksi untuk menjadi seorang dentist lah, bomba lah, kerja di Sushi King lah, Mc'D lah, kerja bank dan sebagainya. Memang menarik. Kalau aku jadi kanak-kanak pun aku akan melaung, menjerit, menangis untuk ke sini dari berteriak tangis, hempuk-hempuk kaki ibu untuk nak patung idaman. 


Siapa ada anak? Bak sini aku pinjam, aku nak bawak dia ke sini supaya boleh aku masuk sama. Hehe....


P/s: Adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011, sila tentukan cita-cita anda berdasarkan kepakaran yang anda ada. Jangan paksa otak anda  untk menerima dan mengkaji sesuatu yang anda tidak mampu menciptakan mereka untuk menjadi luarbiasa. Nantinya anda juga kempunan, orang lain bisa membuat duit dengan banyaknya, namun sijil sepuluh tingkat anda hanya menjadi perhiasan lampu meja. Berbincanglah dengan keluarga dan kakak-kakak terdahulu yang punya banyak pengalaman tentang pemilihan kursus-kursus yang ditawarkan! Yakin dan percaya diri, usaha dan tawakal pasti membawa kejayaan!

Sunday, March 25, 2012

First Batch Receipents ( Rainbow Al-Quran)


The Rainbow Al-Quran to my lovely friends and customers.

You can choose for yourself based on these colours available. Hurry up before the medium size (with translation) al-quran will out stocks too. You still can make order. Email me at lycheemaration@gmail.com

Purple
RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation



Cream
RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation



Green
RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation


Gold
RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation

Grey 
RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation


Light Brown

RM 180 (Including Postage-To whole Malaysia)
Have translation



We use EMS from Indonesia, then POS LAJU from Malaysia to all places in Malaysia. The Price stated above is including postage already to whole Malaysia. Cheap right? It's for your ibadah too, get it now! Really lovely and have it own spirits when you try to open it and read the  holy sentences with the translations too!


CLICK!!! 
She's one of my 'teman alam maya' @ my customer too!


*For the Second Batch Receipents, get ready and make payment before 30 March so i can clear everything easily. Those who not yet make order, please do it now before  it's totally out of stocks. You can also make payment before 30 March to be included as the Second Batch Receipents.




*Sederhana ( Dengan terjemahan ) : RM 150 ( Harga promosi penghabisan stok yang tinggal sudah kurang dari seratus. Harga ini bermula untuk 3rd Batch Receipents ). Anda harus cepat sebab al-quran pelangi edisi terjemahan ini tak akan diproduksikan lagi setelah ini.

Wednesday, March 21, 2012

Tips Kuruskan Pipi. Eh?

Assalamualaikum and hi everyone.


Dengan tekanan cuaca yang sangat merundum ke arah kepanasan semulajadi, maka saya hari ini pun turut merasa. Dahaga tak henti-henti sehinggakan E-sprite botol besar pun tidak mencukupi. Rakus seperti tikus sedang melantak keju paling mahal di dunia. Nikmat seekor tikus. Aku manusia woi. Apa kaitan dengan entri aku kali ini? Layan. Hari ni aku tak boleh menulis secara serius di blog, jadi kita kena sempoi-sempoi bahasa macam angin di luar. But don't pull my leg too over, nanti tak pasal-pasal aku kasi simbah asid e-sprite. Bekengnyo..... 


Ramai yang bertanya dan mengumpat ibarat murai tercabut ekor, eh, salah peribahasa, tapi bunyinya lebih kurang begini;

"Fifi, kenapa makin kurus ni?" 
"Fifi, you look slim now aaaaaa" 
"Fifi you look different. What do you do with yourself"

Kata tanya yang membuat aku sedih. Selama ini aku buruk sangat ke? Gemuk ke? Nangis 40 jam. Ok, this is not true! Damn-,- 


Aku tak punya tips yang bagus apatah lagi mengambil jamu jutaan rupiah, pil beratus Dollar Singapura serta minum teh herba yang dikatakan boleh menguruskan badan, pipi, pinggul dari China, Vietnam dan lain-lain negara yang terlibat dalam pembikinan ubat-ubatan aneh (selain akar kayu) dan sebagainya yang boleh membuat aku jadi makin riak menggunakannya andai kata menjadi. Hahaha. 


Risiko makan ubat sebegini. Lebih elok anda amalkan amalan pemakanan sihat serta mengambil bahan-bahan yang lebih alami seperti pucuk, daun serta ubi kayu! Jangan ketawa bila aku kata, pucuk-pucuk merupakan favourite aku. Tambah selera kalau ada budu. Sudah aku katakan sebelum ini,

"Ma, i want to open my own kilang budu yaa one day."


Ini sebenarnya boleh membuatkan anda sihat. Bahan berdarah makin membuat anda berpenyakit. Eh? Tapi memandangkan dunia yang menuntut manusia untuk makan segala apa yang ada selagi ia bukan kertas, kayu serta batu, aku jadi terikut sama dengan peredaran semasa pengambilan makanan yang seakan tidak menyihatkan. 


Kahkah. Gelak sendiri bila tengok gambar ini. Ini waktu tengah membulat kecomelan. Sambil nyanyi lagu Rolling In The Deep memang power ni. Ikut trademark Adele sangat membuktikan bahawasanya orang gemuk yang gagal bercinta turut terasakan kehampaannya. Eh? Tiba-tiba, tak ada kaitan.


Masih membulat, tapi sudah terbentuk di bahagian pipi dan rahang. Jangan kata aku cocok botox. Ini sangat fitnah. Takdok duit eden nak pergi hospital bagai. Aku takut dengan jarum. Jadi kalau aku buat salah, boleh cucuk aku dengan jarum. 


Cuba teka, ini muka sedang merajuk, atau bingung berfikir, atau mungkin juga confident terlampau tahu bahan-bahan nak buat aiskrim macamni. Hahahaha. Foto di Kelantan last month after my birthday celebration!


Kalau anda jadi saya,
Adakah:
1. Tambah berat badan kembali supaya padat?
2. Adakah anda berasa comel kalau kurus cekeding?
3. Adakah anda gembira teknik dan taktik amalan pemakanan anda berjaya?
4. Adakah si Hero Hrithik Roshan terpukau dengan anda dengan turunnya berat badan anda?
5. Adakah offer job sebagai heroin filem tamil akan datang kepada anda selepas ini?


Aku bingung nak jawab ya ataupun tidak sebabnya ini soalan payah kalah soalan SPM. Out of logical sense.


P/s: Adik-adik ambo semo, brapo A dapat weh? Ado hadioh hok sapo cemerle dan pandai bodek kakok demo ni;)

Friday, March 16, 2012

Adik Nadhirah, Adik Nurin Jazlin. Aku Sedih, Tapi Kalian Harus Tenang Di Sana.

Aku percaya akan satu hal, iaitu TAKDIR.


Takdir untuk kita bersenang-senang dan bersusah-susah kemudian ataupun sebaliknya,

Takdir untuk kita terus berjuang dalam menghadapi liku-liku pancaroba hidup,

Takdir untuk kita berpisah demi kebaikan, 

Takdir untuk lenyap dari dunia dengan tragis,

Takdir untuk berduka dalam hampa,

Takdir untuk terus senyum sampai ke akhir penghidupan,

Takdir untuk mencari rezeki dengan begitu payah,

Takdir untuk makan dan minum demi kelangsungan kekuatan,

Takdir untuk jatuh seketika, naik kembali, dan bersenang lenang,

Takdir melakukan sesuatu atas niat yang baik,

Takdir untuk berjaya dengan cara usaha,

Takdir untuk terus hidup sehingga mana dapat melangsaikan karma hayat lepas.


Dan banyak lagi takdir-takdir lainnya yang membuat aku percaya akan TAKDIR. Takdir yang memainkan angin gelombang rasa, bayu berduka lara, serta tabah dan sabar menjadi guru terhebat apabila hampa. 




Adik Nadhirah, Adik Nurin Jazlin. Aku sedih, tapi kalian harus tenang di sana. 


*Sila membuat order dan bayaran Al-Quran Pelangi dengan segera kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya untuk first batch recipient. Sama-sama juga di saat kalian membaca ayat-ayat suci dalam Al-Quran, turut kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Nadhirah dan Adik Nurin Jazlin yang telah abadi di alam sana.

Monday, March 12, 2012

Rainbow Al-Quran. (UPDATED)

Assalamualaikum semua sekalian makhluk alam. Saya yakin anda pasti suka ini. Suka apa? Yang akan saya terangkan di bawah. Sila lihat lanjut!


Al-Quran Pelangi yang sungguh mendapat tempat di hati jutaan kanak-kanak, remaja dan juga dewasa seluruh negeri Indonesia terutamanya, telah tersebar luas ke benua jirannya. Ternyata, makin cantik isi luaran al-quran makin ramai berniat untuk memiliki dan menarik minat manusia lainnya untuk membacanya. Dalamannya yang disertakan dengan terjemahan dapat melancarkan sesuatu ilmu yang diserap bukan sahaja melalui pembacaan tapi juga pemahaman!


Saya sertakan bersama anda contoh al-quran yang dimaksudkan. Antara fotonya yang super cantik adalah dari laman blog Dian Pelangi, seorang fashion designer yang makin kian disebut-sebut, menggendong nama besar melalui bakatnya dalam mereka bentuk jati diri dalam meliputi fesyen dunia muslimah.


Jom, kita lihat sama-sama. Anda juga punya peluang untuk mendapatkannya!










Ini adalah Al-Quran yang bersaiz kecil yang tidak mempunyai terjemahannya. 


Al-Quran Pelangi ini muncul dalam 12 warna berbeza pada kulitnya seperti dalam foto yang tertera di  atas. Anda pasti tertarik dengannya. Saya pasti kerana saya juga sama. Menariknya lagi, di dalamnya juga punya warna-warna pelangi yang berbeza yang membuatkan 30 juzu' Al-Quran mempunya 30 warna berbeza pada lain-lain juzu' nya. Interesting!


Mendapat Penghargaan Museum Rekor Dunia Indonesia.


Ini adalah sebahagian koleksi saya. Mahu beli dari saya? Ayo, kita sama-sama pelajari ilmu Al-Quran, jangan tahu baca saja, harus tahu isinya juga!








Al-Quran Pelangi yang bersaiz sederhana. Punya terjemahan juga. Terjemahan dalam Bahasa Indonesia. Tapi boleh difahami senusantara. Selamat dibawa ke mana-mana tanpa ragu tanpa jemu. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Yang ini sangat laku kerana punya terjemahan.

-Boleh juga dijadikan hantaran buat si calon isteri/tunang, 

-Boleh didapatkan buat anak gadis/teruna untuk belajar Al-Quran, 

-Boleh dijadikan cenderamata buat sahabat handai, 

-Dijadikan hadiah buat anak-anak yang cemerlang, 

-Boleh juga digunakan buat diri sendiri-sendiri untuk beramal ibadah. Itu yang lebih penting.


Warna yang begitu striking sangat menarik perhatian muda-mudi. Ini sekadar contoh. Kita punya 12 pilihan warna yang mungkin menjadi favorit anda sepanjang masa. 


Warna covernya 12 kesemuanya; pink, biru gelap, krim, merah, hijau, kuning, coklat tua, coklat muda, kelabu, dan hitam.


Satu yang bersaiz kecil dan satunya bersaiz besar. Yang bersaiz besar sudah tidak ada stok dan tidak diproduksi lagi.




Bagi yang teringin benar untuk mendapatkannya secara serius dan bukan main-main, sila buat tempahan segera supaya mudah untuk saya membuat order lanjut. Sila membuat tempahan dari sekarang supaya mudah diuruskan dengan sesegera mungkin sebelum stok kehabisan. 


Harga: 
Sila membuat tempahan dari sekarang supaya mudah diuruskan dengan sesegera mungkin sebelum stok kehabisan. Saya membekalkan Al-Quran pelangi yang bersaiz kecil, sederhana dan besar. Kini edisi tanpa terjemahan

Kecil ( Tanpa Terjemahan ) : RM 140
Sederhana ( Tanpa Terjemahan ) : RM 160 
Besar ( Tanpa Terjemahan ) : RM 160

 It's now available back with all colours, all sizes! So, let's take order once again ! This time, you can choose any colour you like including the pink one!!! Fill up the form order here; 

*Promotion. To clear the stocks that less than 100 qurans!!!

Harga Al-Quran tersebut sudah termasuk harga Pos Laju langsung ke tempat anda. Bagi yang berada di luar negara tidak kiralah dalam Asia, Eropah ataupun dari mana-mana, yang ingin mendapatkannya, boleh email kepada saya. Hitungan Pos Laju/ Ems Post akan kita ambil kira.


Cara-cara membuat tempahan

Jangan lupa untuk email saya ke alamat lycheemaration@gmail.com untuk makluman lanjut. Sila nyatakan bersama nama lengkap anda, alamat tuju pos, nombor telefon, jumlah naskhah, warna dan saiz naskhah. Setelah itu, saya akan reply sesegera mungkin email anda untuk menerangkan tentang pembayaran dan juga lain-lain hal berkaitan.



Perkhidmatan pos secara Courier akan dibuat dalam jangka masa seminggu lebih setelah anda membuat payment. Setelah anda membuat bayaran secara online mahupun ATM Cash, sila sertakan Nama, Jumlah Bayaran, Tarikh, Masa serta bank yang digunakan. Ia dijamin sampai di depan rumah anda. Jangan khuatir, bayaran yang mempunyai baki akan disertakan di dalam parcel Al-Quran Pelangi itu.



Blogger yang ingin berdiskusi tentang ini di facebook, jangan lupa singgah ke laman Facebook saya. Sila klik Fifiey Lychee Maration On Facebook | fifieylycheemaration.blogspot.com

ATAU BOLEH JUGA;

Klik di ruangan ini, http://www.highfivejewelry.biz/p/order-form.html dan isi 'order form'. Kami akan segera membalas borang tempahan anda beserta dengan cara bayaran! So, please alert with your email!


INI UNTUK HARGA BAGI SELURUH KE SELURUH MALAYSIA DAN SINGAPURA. LAIN-LAIN NEGARA, SAYA AKAN HITUNG DITAMBAH DENGAN HARGA POS. HARAP MAKLUM.


More on HIGH FIVE JEWELRY

Saturday, March 10, 2012

Kelapangan Berbicara Melalui Lukisan. Itu Pertama Kalinya Aku Bisa Berbangga.

Kata orang masa itu emas. Banyak aku jumpa pepatah ini dalam buku. Buku tebal, nipis sekalipun. Emas nilainya besar. Maka, bergunanya masa untuk kita. Apa yang kau buatkan dengan masa remaja kau? Sila bagitahu aku. Nyatakan, luahkan! Kalau itu tidak berguna buatmu, aku hempuk, biar kau sedar yang itu tidak berguna, namun kalau ia berguna buatmu, kita genggam tangan bersama itu tandanya kita bekerjasama atas menghargai masa yang tidak sia-sia.


Waktu lapang anda diisi dengan apa? Maksud aku selain membaca. Penuntut dan pelajar memang begitulah rutinnya. Membaca tanpa jemu walaupun hakikatnya memang jemu yang teramat sangat untuk menghafal satu-persatu formula yang wajib, fakta yang tidak pernah berubah, sejarah dan hakikat, modul, faktor serta banyak lagi yang sangat penting yang dituntut untuk dipelajari mengikut kursus yang anda ambil!


Tapi pasti ada juga kan kelapangan dalam suatu hari yang sangat anda butuhkan untuk beristirehat? Pasti. Kalau bukan siang, malam, dan kalau bukan malam pasti tengah malam. Tambah-tambah kalau waktu malam minggu, remaja dan rutin harian adalah lepak dan tidur setelah penat menghadiri kelas, memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar dan lain-lainnya! Aku pasti, ramai yang masih menganggap, "Aku rasa masa sekarangni cepat berlalu, ni dah bulan MARCH, besok tengok-tengok dah akhir tahun." Buat yang bercita-cita mudah sedar, kabar, tapi yang punya angan-angan dan tidak berdaya itu baik lagi dari yang punya angan-angan, berdaya tapi tak mampu menggunakan apa yang ada untuk melakukan sesuatu mengisi masa.



Musik dan kelapangan. Aku suka musik. Tapi tidak hip hop dan rock. Rock sejati 80-an dan 90-an aku suka, namun rock metal seakan pecah gegendang telinga, itu yang aku benci. Percayakah kau yang aku gemar memutar lagu yang sama berkali-kali. Kepuasan bagi aku. Lagu melayu yang aku hafal, iaianya memang rock sejati, tapi rock kapak. Kau pasti ketawa, Tapi itu favoritku. Aku senang mendengar lagu dari kumpulan IKLIM, Scan, SEARCH, WINGS, EKAMATRA dan banyaknya lagi. Itu yang Melayu. Musik dan ketenangan dapat kau capai. Begitu juga dengan alunan Quran. Kalau kau pasang alunan Quran dan kau dengar, itu sudah cukup menenangkan, apatah lagi jika kau sendiri yang mengalunkannya, itu kepuasan! Makanya bacaan Al-Quran juga lebih tertarik jika dialunkan berlagu mengikut tajwid yang betul.


Anda suka lagu apa? Mari kita kongsikan bersama kegemaran-kegemaran kita!


Favorit aku. JOHAN-Raffi dan Bella.


Kita mulakan dengan sesuatu yang mengikut perincian sebenar tujuan aku menulis hari ini. Lukisan. Apa pendapat kau tentang lukisan?


Berbicara melalui lukisan. Pada pandangan mata aku, unik sungguh seseorang yang memakai topi yang sering dipakai seniman jalanan, newsboy cap kata orang, dengan berkacamata rectangular, bingkainya hitam, serta melukis potret-potret indah yang membuatkan aku terbayang, berimaginasikan suasana Venice, Itali! Penuh dengan pelukis-pelukis jalanan. Tinggal kau arah dan lukisan terhasil! Sambil itu pula ketenangan kau dapat hanya dengan memandang suasana air, gondola, orang-orang yang berlibur kebanyakannya dalam suasana yang penuh romantis apatah lagi ada lagu yang ditujukan buatmu dan pasangan tercinta. Teringat aku sama karyanya William Shakespeare yang diteaterkan, The Merchant Of Venice! VENICE, satu-satunya tempat yang ingin aku tuju di suatu masa aku butuh air sebagai penenang! Aku seakan punya cinta pada benua biru itu. Akan ku lanjuti petualangan dari Venice ke Rome langsung ke Istanbul. Aku mohon pada Tuhan, di saat aku betul-betul perlukan TUHAN, kau muncullah, nyata-nyata!


Mari kita mulakan. Hanya perlu menyediakan drawing block, eraser dan juga pensil yang tajam.




Lukisan pertama air tangan aku. Puas. Menghasilkan satu lukisan ini tidak melelahkan seperti yang aku sangka. Tidaklah sehingga berjam-jam siang ke malam, namun hanya cukup berbekalkan masa siang yang tidak melelahkan, mata yang tidak kantuk, dengan fikiran yang berimaginasi sedikit demi sedikit membayangkan apa yang ingin dilukis dengan jari bergerak pantas mencorakkan apa saja yang terdetik! 


Aku mungkin tidak sehebat Leonardo Da Vinci dalam menodai setiap titik lukis yang masyhurnya, iaitu Monalisa, mungkin juga tidak sehebat Claude Monet yang gah akan lukisan berjiwa impresionisme dan matahari naik. Begitu juga aku yang bukan Vincent Van Gogh yang bekerja atas karya seni lukis yang terbaik, terkenal dan termahal di dunia! 


Menggunakan jari-jari yang sudah lama tidak bekerjasama dengan bakat, itu yang membuatkan getar-getar tangan saja. Tidak percaya diri untuk bisa melukis lebih lagi. Runcing di situ, belok di sana, ada saja tidak kena, padam lagi, bikin lagi. Akhirnya menjadi. Biarpun tidak begitu bagus nilainya tetap membanggakan diri.


Satu-satunya kacang kegemaran aku. Ia gajus. Gajus yang berkulit tebal! Barang mahal selalu enak! Benci. Kesian sama orang susah yang jarang-jarang saja bisa merasa kacang paling mahal ini. Memang ia tidak semahal hazelnut, tapi kalau tidak punya duit dalam tangan, kacang garuda 2.00 MYR saja tidak mampu dibeli. Ya, untunglah buat melukis sambil-sambil makan cemilan begini.


Ingin melihat paparan lukisan yang pernah ditayangkan di laman blog ini?
Sila klik DI SINI.
Selamat menikmati hidup yang baik, semua!
Jumpa lagi kalian di lain bicara.

Wednesday, March 7, 2012

Lelaki dan Jawapan 'Cliche' Bila Tiba.......



Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Soal kemanisan kata itu wujud. Lumrah. Manusia untuk menyedapkan hati dan memecahkan suasana. Tak disangkal lelaki punya berjuta petua hebat untuk menambat hati wanita. Tak semua tambatan itu berguna. Ada bodonya juga. Bodoh. Wanita yang bodoh sering terpedaya. Aku tak kata semua. Namun, wanita biasanya punya kecintaan yang luarbiasa yang mudah untuk menerima walau buruk di hadapannya. Buruk rupa tidak mengapa, tapi kalau buruk hati dan buruk kelakuan? Hancur masa depan.


Maaf kalau terkesan buruk pada yang berjantina lelaki atas petikan di atas. Tak semua, tapi KEBANYAKAN memang suka menambat wanita seperti lembu kenyang, diberi rumput banyak-banyak, kekenyangan, buncit, lalu disembelih, dimakan, digulai dan pengakhiran bagi seekor lembu itu adalah GULAI. Sila fahamkan sendiri.


Dengar sini baik-baik, andai kata lelaki itu benar-benar mahu wujud dalam kehidupanmu, sungguh-sungguh dia mahukanmu, yang jahat dia baikkan, yang baik dia betulkan, yang cantik dia banggakan, yang buruk dia cantikkan! Andai wujud satu kritikan, teliti betul-betul sepuluh kajian dalam peluang untuk tahu akan kebenaran. Lelaki suka jadikan wanita sebagai bahan testimoni. Dia tak pernah bayangkan, bagaimana rupa akan keaiban adik perempuannya andai ditestimonikan, lebih-lebih lagi testimoni 'pregnant'.  Kata mereka, "Gewe lain boh, bini lain". Kenapa tak kau cakap begini saja, "Mak aku lain boh, gewe ayah aku lain..."  Terajang yang kau dapat barangkali dari ibu kau.


Mula-mula sayang mabuk kepayang, lama-lama sayang melayang. Lain perempuan lain kejadian. Samada sifat, perangai serta kelakuan. Ada yang baik hati, pendiam dan kurang ramah, ada yang ramah, kecoh dan jahat, ada yang pemalu, segan namun diam-diam berisi, pokoknya macam-macamlah! Aku rasa bab-bab jodoh ini atas kehendak hati. Kalau bersungguh adalah jodohnya. Kalau dah dari awal nak tak nak, alasan beribu, belang ditunjuk, kebertanggungjawaban tak ada, kau jangan sesekali menerima untuk mendekat.


Aku paling benci pada lelaki yang sudah punya ramai anak bersama isterinya tapi  masih memperburukkan isteri di hadapan orang-orang. Mengherdik, mengugut untuk menampar, menyepak dan sebagainya. Sungguh ngeri. Dikatakan isterinya tidak menyelerakan, busuk, tak pandai buat kerja rumah, tak cinta pada isteri, kahwin kerana kasihan, hilang selera bila tengok isteri dan sebagainya lagi yang memalukan. Kalau benci, cerai saja. Biar kau bala sendiri. Jangan jadikan si isteri punca dan mangsa kemarahan kau akibat kepayahan kau untuk berbini lagi. Terpikat dengan janda mungkin. 




Kadang-kadang aku kasihan sungguh sama janda, apatah lagi janda berhias. Asal sebut rampas lelaki, pasti janda dipersalahkan. Sekali lagi itu lumrah aku bilang! Tak semestinya janda, kerana yang dah berlaki pun masih gatal pantat untuk mencari sosok lelaki muda, yang lebih bertenaga dengan alasan mahukan yang terbaik dalam hidup. Itu cliche sayang. Kau mungkin lebih terdahulu makan garam, tapi hukum dunia, tak kira makan tak makan garam, semua diketahui. Pemusnah manusia adalah pemunsnah alam. Bagaimana alam dimusnahkan? Bukan dengan potong balak sahaja. Bala kau juga, bala dari sisa dosa kau, itu hukum alam!


Tanpa sadar, manusia mengkejikan diri. Tanpa sadar, ku mahu sepak terajang saja. Sumbat ketat-ketat pada mulut bau longkang beribu lada! Faktornya? Hari ini sayang, besok? "I anggap you macam adik je lah, tak lebih dari itu." Kepala otak anjing belakang rumah Cina tu lebih comel dari kau yang tiba-tiba meluah untuk back up diri yang dah nak cari PEREMPUAN lain lah kononnya. Anggap adik? Tak perlu menganggap adik, jadi ahli keluarga kerana kau mendekati saja pun TIDAK LAYAK. Kenapa aku kata tak layak? Penipu dari awal. Aku hanya percaya dan mengambil kata pertama. Tapi kalau kata pertama itu sudah menipu, hidup seribu tahun dengan penipu? Aku rasa wanita lemah. Kerana itu lelaki banyak menindas. Player makin menjadi-jadi untuk menjadikanmu hiasan lakonan teaternya. Macam dalam Filem Cantek yang aku tonton, " I LOVE YOU MAID ". Itu sekadar filem dan Si Cantik hanya dijadikan bahan lakonannya sahaja.


Kononnya lagi, "Kita tak serasi, kita bagai langit dan bumi."  Orang macam ini, memang tak berguna. Tiba masa, alasan dibagi. Mula-mula dulu tak pikir ka bang? Memang tak serasi. Sangat tidak serasi. Kenapa? Kerana yang satunya dilahirkan baik. Maka Tuhan pernah mengutuskan sabdanya, perempuan yang baik layaknya sama lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Baik dalam utusan Tuhan bagaimana? Kau fikirkan sendiri. Kau wanita harus berbangga apabila TUHAN menyelamatkanmu daripada bencana masa depanmu. Bencana dari hidup bersama kaki pukul, penindas, dan penipu. Bagi aku mudah. Sekali aku dapat membuktikan seseorang itu menipu, menipu atas kepentingan peribadinya, bukan untuk kebaikan umum, benar-benar aku buktikan, yang itulah kali terakhir orang tersebut berurusan denganku.


Aku hanya boleh terima DUA alasan kukuh mengapa lelaki menceraikan isteri atau memutuskan hubungan pertunangan/ taaruf.


1. Betina itu selingkuh
2. Betina itu mengamalkan ilmu hitam




Lain-lain alasan sifat azali manusia yang remeh-temeh yang kau persoalkan, itu namanya kau tak cinta kerana tak menerimanya seadanya. Kau mengharapkan lebih dari apa yang kau jangkakan. Namun tak pula kau tilik hebat sangat kah kau untuk memiliki seorang wanita hebat sedangkan seorang kau adalah yang jahil lagi munafik.




Aku cop jari, setelah sebulan bebas daripada belenggu orang yang berniat belot, pasti kau akan merasa lebih tenang, setenang-tenang air di kali sedangkan lelaki pasti akan merasa sesal yang sangat terpendam!




Ayat biar pedas, biar terasa. Ini hanya untuk membuka mata kerana bukan wanita sahaja yang keji, namun lelaki juga! Aku merasa entri kali ini sangat menindas kaum lelaki walhal tidak semuanya begitu. Bagi pencinta setia, aku tabik, tapi bagi yang munafik, aku ludah, dan ludah aku tak jilat balik! Anggap saja tulisan kali ini mewakili jutaan wanita lainnya untuk menyadarkan semua walaupun terpalit kata keji di banyak bahagian dalam perenggan.




Ini part lawak saja bha.....hahaha

Kembali serius, kalau aku dapat tahu Shahid Kapoor jenis lelaki sepertimana yang aku nyatakan di atas itu pun, aku bakal BENCI dia. BENCI SEKALI. Jangan tiru aksi lagak kasar itu. Maaf atas bahasa kurang sopan. 


AKU PENCINTA KEDAMAIAN!
Mahu tahu apa itu cinta?
SILA RUJUK DI SINI

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails