Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2014; Achieve something, being someone, loved by everyone!

Sunday, December 2, 2012

Lelaki Dengan Gosip.


Kalau anda cakap pasal lelaki, pasti anda akan berasa sangat megah jika mempunyai seorang lelaki yang mendampingi anda dengan sifat kejantanan, kesempurnaan fizikal, dan juga pandai menilai naluri anda sebagai seorang perempuan dengan tidak terbatas. Kejantanan dalam erti kata kedewasaan dalam penilaian, gagah dengan struktur badan, tindakan dan juga pola fikir yang tidak lagi keanak-anakan yang membuatkan ramai wanita berasa "maybe he's my mr.perfect?"


Tapi. Tapi ye kawan-kawan.....


Shhhh. Kita tak suka satu hal saja. Lelaki dan dunia gosip mereka. Dengar kata, lelaki kalau dah mengumpat, kalau dah bergosip, lebih teruk bunyinya dari perempuan. Semua kenyataan perlu dikeluarkan tanpa teragak-agak? Ohmaii...ohmaiii! Ngeri but it's reality. So, you are wondering why your neighbours (men), your boyfriends, keep gossipping about every possible thing happening around them. Malah lelaki sekarang suka membangkitkan suatu isu mengalahkan perempuan dan pertanyaan-pertanyaan mereka kadangkala tak terlintas untuk seseorang perempuan tanyakan. Tak kira lah about current issues, football, women, favourites, old friends, girlfriends, ex-girlfriends, how they date to a girl, how to be gentle, dan juga perkara remeh-temeh yang menjasi isu untuk bergosip. Sometimes they can be very funny with their questions, tapi kadangkala annoying juga dengar lelaki bergosip!


Antara gosip-gosip?


Gosip anak  Pak Teh gigi jongang lari dengan lelaki gemuk kawin di Siam, gosip tentang lembu Pak Mat kena tembak akibat tak bayar hutang, tentang Ali mengandungkan anak dara orang, gosip tentang housemate kaki mabuk pulang-pulang tumbuk kawan, gossip tentang Arsenal kalah ( maaf kepada penyokong fanatik Arsenal kerana saya menjadikan contoh pasukan Arsenal, jangan kepuk kepuk saya pulak eh! Hehe) dan macam-macam contoh lain lagi yang boleh dijadikan isu untuk mereka menyebar gosip  di rumah dan juga di warung kopi dan yang terbaru semenjak-dua menjak Malaysia dah hangat dengan laman sosial Twitter yang mana serasa saya, telah menjadi laman terbaik untuk mengumpat selain Facebook. Mengumpat? Really? Ya Laman Twitter and siapa di antara anda belum sign up twitter? Adakah anda merasakan itu suatu kerugian kerana tidak mengikut arus manusia lainnya yang kini menggunakan Twitter untuk mengumpat, mengomel itu ini? (Sila terasa *___*). 


Soalnya, biasanya kita lihat kawan-kawan perempuan kita, adik perempuan kita, kakak kita, emak kita sahaja yang membebel, tapi di laman sosial ni, tak kira tua muda, lelaki perempuan, semuanya majoriti suka membebel dan mengumpat. Satu budaya kurang sihat mungkin di mana di laman Twitter, anda tulis, and boleh Retweet, dan anda boleh reply sekaligus memberi komen tentang suatu perbicaraan tersebut dan kurang enaknya lagi apa anda fikir andai kata yang disebutkan itu suatu umpatan ataupun fitnah? Bukankah ia menyebar dan terus menyebar? Tapi majoriti sahaja ya bukan semua di antara anda yang bertujuan tak elok. Semua punya hak bersuara dan semua boleh berbicara, tapi jagalah pertuturan anda, bak kato-kato Mat Salleh " What goes around comes around" sebab ambo kelih banyok doh  saing-saing ambo duk kato-kato ko saing lain, hoh prakkkkk keno atah batang hidung sendiri doh keaaa tuuuu. 


Kata-mengata ni ibarat kutukan Tuhan ke atas kita sendiri; di mana, sekali kita menyebar aib, bertubi-tubi aib kita disebar. Wallahualam. Itu sebabnya, kalau mahu menegur juga punya cara, jangan sampai teman ataupun saudara berteduh hati dan bagi yang mengata jangan teruskan sifat- tersebut kerana kita tak tahu apa yang berlaku kepada diri kita di hadapan hari, jangan terhantuk dulu baru tengadah. Am i right people?


Lelaki kalau dah macho, tapi suko mengumpat, mengato, mengeji, buruk ghupenyaaa, tau dok? Tak hensem-hensem Beto Qusyairi (kalau dibandingkan dengan Hrithik Roshan) dalam filem Istanbul Aku Datang, tetap si Beto hensem sebab dia membela wanita tak bersalah yang sedang dikeji lelaki jahanam. Muahahaha.  Don't worry men, i'm not prejudice because i know that not all of you are like to gossip about the bad things happened around!


Jangan samakan;

-Lelaki bergosip dengan
-Lelaki meluah perasan kepada sahabat, teman mahupun keluarga tentang sesuatu perkara yang baik.

Gosip dan meluah; lain bunyinya tu. Eja pun tak sama. Apatah lagi dengung dan harakat pada kata. Maksud juga jauh bezanya.


Again, please forget the assumption that women are the biggest gossips when a new survey out today concludes men are by far the worst culprits. 



Yet it's men who are more likely to gossip the day away, dispelling the myth that women are the only ones who like to spend hours chin wagging. Hmmmmm...... 
Ajak pasangan anda mengumpat hal diri sendiri, itu lebih baik untuk menjadikan diri anda lebih sempurna dengan suatu perubahan yang lebih ke arah kesempurnaan hidup berlandaskan nasihat dan pesanan yang baik. Wallahualam.


Till then people. 
Assalamualaikum.


10 comments:

boni kacak said...

betul jugak tu..hmm..kena jauhkan lah dari sifat ni.. thanks ye awak sebab mengingatkan :)

penaberkala said...

gosip skang tak kenal jantina
perempuan lelaki sama naik
klu hal org lain, lagilah mereka duk sibuk
diri-sendiri tak terjaga

apepun, semoga kita tahu batas-batasnya
baik dijadikan teladan, buruk dijadikan sempadan

Lady Masami said...

Agreed with your points! kita blh nmpak time skolah dlu kan? =P

faizfakhirin said...

good advice... mostly budok jate byk bual kosong jah..

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

so, nasihat akak pada diri akak, pada adik2 akak, 'reserve' bila dengan diaorg ni. never 100%....

Azhafizah Md Nor said...

lelaki or perempuan tetap kene jauhkan dari bergossip ni kan fy ^__^

CaDLyNN said...

laki bergosip..aiyok..tak sesuaii

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.

matahari said...

hai dear..lama la tak jengah blog fifi....wah bnyak cite menarik..hihihihi continue reading... :)

Cinta hazanis said...

fifie, bila ada kat kelantan?nanti blh lepak sama2. :)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails