Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, July 31, 2012

Seuntai Kata Ramadhan

Rasa kekok bila mata menghadap laman sesawang yang namanya blog. Kekok untuk mengetik, kekok untuk berbahas panjang di laman ini, dan juga kekok untuk membebel sia-sia. Akibat daripada kekangan masa serta atas beberapa alasan-alasan kukuh, inilah jadinya. Sudah lama tidak berbicara sendiri di laman ini, membuatkan jari-jemari juga tak tahu lagi menaip secara cepat, pantas dan tangkas. Bahasa juga jadi tak tentu arah serta idea tidak lagi mencurah-curah sedangkan banyak sungguh yang ingin diceritakan. 



Ramadhan. Banyak sungguh yang kita dapatkan di bulan ini. PAHALA, GANJARAN, SYAFAAT, serta KELEBIHAN-KELEBIHAN dan juga pendekatan diri terhadap ilmu-ilmu agama yang diajar sejak kecil.



Bicara tentang puasa, kalau dulu kecil-kecil suka betul saya dengan bulan ini (tapi tidak bermakna sudah meningkat dewasa ini tidak suka); maksudnya, suka bangun sahur, tanpa dikejutkan juga, tersedar; tersedar dengan sendirinya, walaupun mata mengantuk, tetapi tetap berselera mahu makan itu dan ini akibat daripada takut terlalu pengen/ teliur bangun pagi untuk makan makanan kegemaran itu lagi. Suka juga dengan nikmat berbuka puasa, pelbagai juadah kegemaran disediakan oleh bunda. Enaknya. Boleh berkumpul dengan seluruh anggota keluarga, maklum sahaja waktu kecil pasti berlumba-lumba untuk puasa penuh. Memoir masa lalu memang indah kalau dikenang!




Biduk telah ditambatkan, angin juga setuju, berlabuhlah di pantaiku. Biduk sajakah? Ahh, apa maksudnya? Salam Ramadhan buat seluruh umat di jagatraya! Cukuplah rungkai kata pendek-pendek sahaja, sebagai penawar rindu buat semua! 







Gadis potret di atas bagitahu, dia minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat karang panjang-panjang, dan dia ucap Salam Ramadhan Mubarak buat semua! Dia janji dia akan tulis lagi nanti ada kelapangan dan ruang! Dia juga janji (banyaknya janji, minta-minta dapat tunaikan), bahawasanya dia tak akan abaikan blog lepas ini sebabnya dia pun dah rindukan sangat blog dia walaupun tak ada siapa nak baca, dia tetap nak menulis. Hehe. Ok lah, dah mengarut, nanti nak bangun sahur. Selamat mimpikan bintang di langit teman semua!


14 comments:

Boni Kacak said...

lama awak tak update blog kan.. apa2pun, saya pun nak ucapkan selamat berpuasa.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.amin..

Carl Lesmana said...

rindu story dari kak fifiey, hari2 bukak taw :D

~AmyLiana86~ said...

salam ramadhan fiey...=)

faiz fakhirin said...

selamat menyambut ramadhan..

kelik kelate ko rayo nih

the tempo of life said...

cantiknya potret tu ! fifiey lukis sendiri ke?

zacky786 said...

:) selmat menunaikan ibadah puasa fifi ..

~~zana@pb~~ said...

Salam Ramadhan al mubarak fifiey, cantik lukisan tu....secantik orgnya.

Fatin Pidrus said...

Finally.. hapdet pun.. =)

Alin Marlini said...

Selamat Berposa Fifiey

Nurul Husna Mohd Hassan said...

salam 15 ramadhan :)

SangRatoo said...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarrak buat Fifie.Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan seribu rahmat buat Fifie sekeluarga :)

Alif Ismail said...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm bila la kita dapat lawan update ni ek? fie lupa ek? :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Selamat berpuasa semua teman-teman:) semoga kalian di bawah limpahan rahmat-Nya di bulan suci ini!

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails