Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, May 29, 2012

ANAK DARA KENA PANDAI MASAK?

Apa khabar semua? Saya harap anda baik-baik saja. Intro yang agak skima bertanyakan khabar pada pendahuluan kata. Rasa macam pertama kali blogging dulu-dulu. Tak penuh isi idea, semenjak sudah lama tinggalkan dunia blog, dunia seolah sepi. Ayat mengalahkan seniman. Tiada lagi blogwalking, baca cerita teman-teman dan saya nampak satu hal, saya dapat dunia sebenar di luar dan saya dapat ukhuwah baru melalui jalinan alam maya seperti di dunia blog ini. Ini bukan entry bebelan, jadi dengan ini ayuh kita masuk rangkap dengan topik yang baru ' ANAK DARA KENA PANDAI MASAK? '


Mestilah, kena pandai. Kalau tak, diri ini rasa tidak sempurna. Apa lagi, pepatah ada mengatakan, 'the way to a man's heart is through his stomach.' Bagi aku bukan untuk tarik atau pikat si suami saja, boleh menjadi sebagai pedoman untuk anak-anak supaya pandai duk dapur jugak kan dan yang penting, tahu apa itu pemakanan sihat dan tidak sihat. Almaklum, anak-anak zaman kini sentiasa terdedah denfan fast food, seolah-olah tiada lagi makan bersama keluarga di meja makan, terutamanya anak-anak kota. Aku rasa kalian-kalian sebegini teramatlah rugi, sebab apabila kita di meja makan sebagai satu keluarga, nikmatnya bertambah-tambah, kebahagiaannya juga terluah-luah, walaupun makan ikan kering dengan sambal belacan saja. 


Kenapa perlu tahu semua masak memasak ini? Tak ada kerja lain ke? Belajar tinggi-tinggi, duk dapur, errrr, jerkk je. Baju kotor nanti. 


Anak dara, lu mau ka dipandang hina oleh orang, lu belajar tinggi langit, tapi lu kupas bawang pun fail. Malu oiiii, orang pun mengata mengumpat di belakang, anak dara syiapaaaa tuuuu kupasss bawanggg pegang pisau henyot-henyot, nasib tak terbelah tangan. Gua dulu memang fail jugak, tapi dah masuk high school gua ada satu kesedaran. Kesedaran dari sudut hati terdalam. Gua rasa gua perlu belajar memasak. Sebab mama gua heroin bab-bab memasak ni. Jadi, aku tak nak kalah sama.


Aku mulai belajar buat air teh untuk tetamu yang datang memandangkan rumah aku sentiasa terbuka untuk orang ramai. Di situ, aku feeling macam gadis-gadis melayu yang lainnya jugak, tersipu-sipu malu angkat dulang bagai, tuang teh yang panas tuh, tumpah lah sikit-sikit dalam dulang. Tapi teh aku enak manis, pokoknya pas lah dengan lidah-lidah kalian semua. Itu masa sekolah rendah lah. Tapi tak apa, memang bonda aku didik macamtu, kecil, besar kena buat kerja walaupun ada bibik. Aku masa sekolah rendah dulu boleh tahan lah bab-bab menyuruh bibik ni. Tapi untuk certain cases, aku mahu cuba buat sendiri sebab bagi aku, tanpa aku cuba, sampai bila aku tak pandai.


Contohnya goreng telur. Memang aku dulu fail. Telur kuning tu nak habaq mai, hancur dimamah telur putih. Cemana tu? Cuba bayangkan sendiri lah. Maknanya tak bulat elok lah tu. Almaklum baru darjah 3 kan. Sekurangnya masa itu aku dah pandai bukak api dapur sendiri. Korang ado? Setengah je lah, setengah lagi aku yakin nan ado. Bagi aku sangat nikmat sudah boleh goreng telur sendiri, ambil nasi dalam periuk sendiri, letak kicap sendiri.


Aku rasa kita perlu bersyukur, sebab sekurangnya kita ada alat-alat canggih untuk memasak, orang zaman dulu lain. Pakai dapur arang. Muka sampai hitam-hitam comot duk dapur. Tiup-tiup arang, kan? Jadi, tak salah sekiranya kita cuba buka mata kita, buka peti kita, apa yang ada, kita cuba buat sesuatu sampai ia jadi suatu hidangan yang boleh dimakan bersama. Tak kisahlah, menu kampung ke, bandar ke, janji pandai ubah dari sayur-sayuran yang ada menjadi sup sayur, dari ayam menjadi ayam masak merah dan banyak lagi menu-menu lain yang boleh anda pelajari dari semasa ke semasa.


Anak dara, masih belum terlewat untuk anda belajar. Anda kaya sekalipun, tak mahu duduk dapur, tak apa, sangat tidak apa, kaya kan, buat apa duk dapur lagi, tapi sekurangnya, belajarlah untuk pengetahuan diri sendiri, mana tahu bibik mati tsunami, kita pun kena tsunami, dah takde duit kita, dah melayang orang-orang yang kita sayang, dah tiada siapa nak bantu kita, masa tu, kita kena usaha semuanya sendiri. Apalagi bab makan. Pandai-pandailah buat makanan sendiri ye masa tu.


Bukan apa, anak dara zaman sekarang ni, makin merajakan teknologi, jadi, alang-alang merajakan tu, raja lah betul-betul, gunakan periuk, kuali, sudip, senduk canggih. Sekali-sekala (kalau tak nak selalu) kena duduk dapur. Satu hari satu menu. Lama-lama pandailah kan?:) Tak cuba tak tahu. Dah cuba, ketagih nak cuba macam-macam lagi. Percayalah yang anda sebenarnya BOLEH! Buat anak dara yang cuti sem berbulan-bulan tu, lepas baca entry ni, start dari hari ini, belajar dengan mak masing-masing ye. Mak korang pandai masak tu. Belajarlah, tak rugi. Kalau mak tanya kenapa tiba-tiba belajar masak, cakap je, Chef Fifi suruh belajar memasak, kalau tak mak jugak yang malu bila orang nampak anak mak tak pandai pegang pisau potong bawang. 


Hadiah untuk kalian semua, terimalah menu hidangan tengahari anda untuk tengahari ini. Mana anak mama, meh nak syuappp meh. Kahkah, siapa ada anak, meh aku tolong suapkan anak kalian!







27 comments:

gadisBunga said...

mmm, nampak menyelerakan. pandaiii awak masak. :D

ceklala said...

anak dara mmg seharusnya pandai masak..my mum dulu2 lagi dah pesan..belajar tinggi langit pun nnti kawen ke dapur jugak!hihhi

Azmira Yusof said...

hehhe tu kata2 org tua ,

anak dara mesti kene msk ..


tp skrng anak da maju

beli bungkus n balik umah bru hidang dlm pinggan , cepat pantas dan dijamin sedap

syafiqakarim said...

betul wooo.bagi iqa.
pompuan belajar tinggi mana pun,klo
tak reti masak..nampak slack sgttt -.-
dan iqa pun still belajar lg.hewhew


knp fifiey masak lg hevak nihhhh?
grr.mohon ajar !haha

Gieyana said...

z!Sedapnyaa..terror,masak nie..:-)haiz

Asmara said...

Betul! Anak dara mmg kene pandai masak. Dah rutin kehidupan prmpuan mmg wajib tahu masak kan! :)
*nice pandai awak masak.:)

Azhafizah[フィザ] said...

betul tu fy..anak dara kene pandai masak..tak pandai kene belajar.lame lame pandailah kan..wahh..masakan tu nampak menyelerakan ^__^

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

bila nak bagi zuan test fie nye cooking skill? hehe

Nurul Husna Mohd Hassan said...

bestnya... =)

yana lyana said...

memang betul sangat!
mak kite masa kite darjah 6 dah bebel2 suruh tolong memasak kat dapur..hehe..

Scarlett O'Hara said...

Anak dara mesti pandai masak barulah sempurna jadi anak dara.

ctpayong said...

bukan kena pandai tapi ketahu memasak. itu ciri2 basic perempuan tapi bila pandai masak, itu adalah a gift dari Allah.

yg penting, practise will make you perfect.

..::SangRatoo::.. said...

tak pandai, harus belajar.sudah belajar harus rajin..sudah rajin harus berkongsi ilmu.. (saya pun kurang ilmu memasak..masih belajar..heheehhe)

Pondok Usang said...

ayuh.. lekas blaja masak... =)

~SaL IjOu~ said...

boley masak tp x cukup terer..boleyla setakat masak utk diri sendiri & keluarga~

wah, menyelerakan betul masakan Fifiey tu.nyum~ ^^

Boni JLL3 said...

awak mesti pandai masak.. jadi..bila agaknya saya dapat rasa masakan awak tu?hahaha

man said...

mcm sedap je..hehehe

toko baju muslim murah said...

pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh

Azee Hana said...

saya anak dara yang bukan x pandai masak,,tapi masih belum pandai masak..haha

Arham Md Ali said...

Rasa zaman sekarang ni bukan anak dara je kene pandai masak, tapi si teruna pun sama.

Sebab zaman sekarang biasa dua-dua laki dan perempuan kerja, jadi kalau dah kerja boleh take turn memasak untuk rumah.

Arham Md Ali said...

Rasa zaman sekarang ni bukan anak dara je kene pandai masak, tapi si teruna pun sama.

Sebab zaman sekarang biasa dua-dua laki dan perempuan kerja, jadi kalau dah kerja boleh take turn memasak untuk rumah.

the tempo of life said...

fifi masak semua ni ?? wow, bestnya.. lama tak jenguk blog fifiey -ika mrsm qber

birthday party said...

hmmm, anak dara pinter masak sweet

zacky786 said...

waaaaaaaaa

the tempo of life said...

sy suka masak

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

And yes, defenitely, lelaki pun kena pandai masak, tapi alangkah kagumnya saya lihat banyak hotel2 bertaraf 5 bintang, majoritinya dihuni oleh chef lelaki! And most of them si manis macho. Jadi buat abang2 teruna dan yg sudah bernikah, rajin-rajin ya di dapur juga. hehehe.

hazanis said...

fifi.nnti masakkan utuk aidilfitri yer,,..mek cah nk pi raya rumoh..:P

btw seronok jumpa fifi masa iftar hari tu...xsangka dpt jugak jumpa fifi..:)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails