Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, April 30, 2012

Wishing and Doing.


Seperti biasa, aku mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Tahu tak apa maksud di sebalik Alif, Ba, Ta? Tak tahu tanya. Ok tak nak masuk bab itu, yang aku tahu hari ni tanggal 29 April yang beberapa minit je lagi dah nak masuk 30 April. Mintak-mintak aku boleh siapkan entry ini dalam masa sepuluh minit. Macam biasalah, andai aku kereta, akulah ferrari, andai aku binatang, akulah arnab. Laju. Apa ada dengan tanggal 29 April? Hari ini ulangtahun kakak ipar tercinta. Isteri kepada abang aku! 


Ucapku buat kalian berdua yang jauh nun di borneo;
Semoga aman damai bersama dunia akhirat;
Perjuangan misi dan visi diteruskan tanpa putus asa;
Semoga terkabul impian dan cita-cita;
Semoga terus sihat;
Dimurahkan rezeki;
Dipanjangkan umur.


Itu bukan klise, tapi memangnya itu saja rangkap yang mampu aku ucap buat malam ini. Kejar masa katakan. Tinggal 5 minit lagi. Rangkap terakhir, buat Kak Lia tersayang, kami rindu sama kalian. Nanti kita ketemu ya! Semoga perjuanganmu di sana berakhir dengan sebuah kejayaan yang tak terduga. Saya dan yang lain mendoakan kalian di sana baik-baik saja dan memperoleh khabar gembira untuk dikongsikan! Insyallah. Kalau niat yang baik, pasti Tuhan balas dengan ganjaran baik. Percayalah.


{Foto: Dari Facebook Kak Elia}


Ada dua minit lagi untuk aku terus menaip di papan kekunci. Bukan apa, aku sedang praktis akan sesuatu, iaiatu sentiasa bergerak pantas dalam sesuatu. Kalau lambat, pasti kita ketinggalan. Makanya usaha itu berterusan sampai kini. Aku suka sesuatu tindakan yang tanpa ditunggu-tunggu, mau makan, ya segera kita bikin makan, mau tidur, segera tidur, mahu belajar, segera buka buku dan mudah lagi kalau mahu menaip, yang segera taip laju-laju.


Bicara tentang apa yang aku suka. Dua foto di bawah ini banyak menerangkan tentang itu! Yahhh, sudah jam 12:( Gagal lagi cipta rekod. Tidak apalah, yang penting usaha. Faham kan konsep aku kenapa harus 'laju'? Hari ini gagal, tak semestinya besok gagal juga. Yang penting kecekalan dalam usaha.


Cuba lihat ini. Aku bawakan kalian Laksa. Ini dia Laksa Singapura! Aku suka, kalian pasti suka.  


Hari ini tak ada apa sangat yang mahu aku ulas. Kerana masa tidak begitu cocok untuk aku mengulas dan bercerita panjang tentang sesuatu. Kalian mahu cuba laksa air tangan aku? Pasti terigau-igau. Haha.




Waktu lapang, sebelum tidur, aku punya hobi baru. Ambil drawing block, ambil pensel sebatang, pemadam sudah cukup untuk aku melukis. Potraiture! Dengan sekilas bayangan dan gerak tangan, ia terhasil walhal aku tak pandai langsung melukis. Sungguh. Tak pernah aku lukis sesuatu sebelum ini. Tiada apa yang ajaib, kerana aku yakin Tuhan itu selalu mencipta manusia dengan suatu kelebihan, yang tampak jelas mahupun tidak. Walaupun tidak hebat amat, ya ok lah, sekadar mencuba, bukan?


I believe on something, 


Tidak penting kita suka apa, yang pentingnya praktik secara praktis!

8 comments:

gadisBunga said...

masa sentiasa bergerak dan cepat atau lambatnya masa berlalu tu bergantung sepenuhnya kepada apa yang kita buat sehari2.

nice entry.

i think u inspire many of us here. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

u got some talent ;)

aLya maNip said...

next time try lagi cipta rekod baru n lukis cantik2 lagi..hehe

Azhafizah[フィザ] said...

indahnya bahasa fi..^_^ bole buat novel..masa mmg tak kan menunggu kita dan semestinya kalau kita rajin buat latihan pasti akan hasilkan sesuatu yg lebih baik..btw,happy birthday untuk kakak ipar fi

wan nurul hezrina said...

org kata praktis make perfect=)bakat tuh fifiey=)laksa tuh nampak letoppp sungguh

zOeY zAu YaH said...

selamat ulang tahun buat beliau.laksa sedapnyaaa...berbakat melukis rupanya..

Pondok Usang said...

waahh... bole share bisnis laksa spore kita...

~~zana@pb~~ said...

Fifey ada bakat menulis.....baik menulis novel.
Bakat melukis tu mungkin baru nak menyerlah, cuba lg ya. Akak dulu pun pandai melukis tp skg tidak lg kerana bertukar hobi.

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails