Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, April 28, 2012

PESANAN DARI SEORANG ANAK KECIL TENTANG BERSIH 3.0


Aku budak, tak dinafikan. Budak yang makin hari makin dewasa. Makin hari makin tahu sesuatu tentang 'dunia'. Dulu aku teringin nak ambil calon pilihanraya bagi daerah aku lahir. Ni konon-konon lah. Cita-cita waktu budak tak habis-habis, sekejap nak jadi itu, sekejap nak jadi ini! Tapi serius, aku nak jadi wakil rakyat, dihormati, dipandang ( gila kuasa jap waktu tu ), maksudnya jawatan biar padan dengan usaha gigih aku belajar.


Itu waktu itu. Tapi hari ini? Hari ini aku benci dengan kekusutan dunia! Makin hari makin ramai yang gila kuasa, walhal dunia ini milik siapa? 


Kita rakyat, kita boleh pilih siapa ketua mengikut majoriti, mengikut kelayakan dan peribadi calon. Kau sendiri pilih, kau sendiri yang nak 'bersih' kembali?



Macamnilah, aku seru kepada seluruh warganegara MALAYSIA, belajar sungguh-sungguh, cari kuasa masing-masing, siapa yang rasa layak, pergi bersidang di dewan rakyat. Pandai-pandailah kau orang buat dewan rakyat sendiri, cari rakyat sendiri, termasuklah siapa yang nak jadi rakyat kau, cari duit banyak-banyak, biar boleh bina negara sendiri, aku boleh cadangkan namanya, mungkin, "Negeri Sabda Aman Dunia Akhirat". Itu cadangan aku saja, kau boleh ubah sesuka hati kau kerana itu kau punya duit untuk bina negara, itu kau punya rakyat untuk kau ajar tatacara, tatakarma, tatabudaya, segala tata-tata yang wujud di dunia yang selayaknya manusia belajar!




Buang masa seru situ sini, demo tak tentu pasal, apasal kau tak letup bom, biar semua mati, biar Perdana Menteri Malaysia sekarang tak punya rakyat untuk disokong, tak punya pekerjaan untuk menjaga kalian-kalian semua!




Sungguh ini satu idea brilliant dari aku!




Seperti yang pernah aku cakap, payah untuk kemudi kalau pelayarnya lebih dari satu kepala. Semua mahu mengarah, tidak ada satu pun yang mahu diarah. Yang kaya buat cara kaya, yang miskin naik kepala, yang tak punya apa-apa diam sahaja. Mahu ikut kiri salah, ikut kanan salah. Pilih satu yang betul-betul layak pun, dikatakan belum layak. Seluruh dunia mengalami hal yang sama, rasuah di mana-mana, pembunuh mentaliti bersih rakyat. Kau fikir kau boleh memerintah? Aku tak sokong semua, kalau aku punya mesin masa, aku panggil Nabi Muhammad kembali, Yesus juga, dan semua ketua-ketua agama datang memerintah. Mereka kan penyebar agama kedamaian!!! Tak perlu pilih manusia biasa jadi ketua, mereka bukan nabi JUA. Itu hanya ANDAI...


Kalau kita rasa MALAYSIA tak bersih, jom lah pakat-pakat pindah Palestin. Siapkan barang-barang yang hendak dibawa, kita pindah kampung, tinggalkan kampung halaman kita yang tak bersih tu.......


"Macamnilah, aku seru kepada seluruh warganegara MALAYSIA, belajar sungguh-sungguh, cari kuasa masing-masing, siapa yang rasa layak, pergi bersidang di dewan rakyat. Pandai-pandailah kau orang buat dewan rakyat sendiri, cari rakyat sendiri, termasuklah siapa yang nak jadi rakyat kau, cari duit banyak-banyak, biar boleh bina negara sendiri, aku boleh cadangkan namanya, mungkin, "Negeri Sabda Aman Dunia Akhirat". Itu cadangan aku saja, kau boleh ubah sesuka hati kau kerana itu kau punya duit untuk bina negara, itu kau punya rakyat untuk kau ajar tatacara, tatakarma, tatabudaya, segala tata-tata yang wujud di dunia yang selayaknya manusia belajar!"

.............................................................................


Komen dari anonymous sebentar tadi; 


Katanya;

"kadang2, dakyah bodoh yang tak habis ditegakkan ' kalau tak suka, sila keluar adri malaysia' - itu menunjukkan kebodohan kau dalam berfikir. banyak benda lagi yang kau tak tahu."


Jawapan saya;

"Oleh kerana tidak saya tahu banyak tentang Malaysia yang banyak hutangnya dengan BANK DARI NEGARA LUAR, banyak rasuahnya, banyak makan duit rakyatnya, banyak memperjudikan emas, dan bahan kaya bumi yang lainnya, banyak buat perbuatan keji, berselindung di sebalik kebaikan, saya dengan ini menyeru mereka-mereka yang mengetahui, mereka yang suci hatinya untuk mendamaikan agama, yang punya banyak uang, banyak lombong bijih besi, banyak lombong emas, lombong bijih timah, lombong arang batu, untuk bina negara bersih, SEBERSIH-BERSIHNYA. Buka negara baru! Negara ini makan harta dari siapa mula-mulanya? Siapa tunggak/ kepala yang bina MALAYSIA? Bukan yang punya wang kah? Yang punya harta kah? Yang punya kecerdikan kah? Tak semua orang cerdik punya harta, maka mereka pinjam dari yang punya, tak semua orang punya mempunyai peluang untuk buka negara, makanya mereka memberi kepada yang berusaha. Kau tahu sejarah negara-negara dulu-dulu? Apa penglibatan negara tersebut dengan Malaysia? Penglibatan dengan Amerika dan negara-negara barat yang lain? Kalau sekadar tahu yang Malaysia, kau belum layak untuk membahas tentang hal ini!


Belajar sejarah? Belajar isu tentang pembukaan MALAYSIA? Belajar tentang sejarah dunia? Sila belek buku lagi. Aku budak yang baru belajar! Aku banyak buka buku, rujuk orang berilmu, tak tahu aku bertanya, yang tahu aku bertindak. Bukan bertindak dengan demo, tapi berhadap dengan beradab!


Saya tidak menyangka, pantas sahaja kalian semua mengadakan bersih, memang cara bicara rakyat Malaysia juga kotor, semain-mainnya mengata orang bodoh dalam berfikir! Anda sudah cukup bijak? 


Sila fahamkan maksud saya, saya tidak pernah mengatakan ' kalau tak suka, sila keluar adri malaysia'. Perlu difahamkan ayat sarcastik dengan penyata yang menegaskan sesuatu! Saya benci akan demonstrasi yang tak tidak ada apa-apa jalan keluar untuk membersihkan negara. Sekadar melaung, membuat huru-hara, berjalan ke sana ke mari, kenapa tidak wakilkan saja di antara anda untuk berbahas dengan menteri-menteri Malaysia? Kalau sampai bertumpah darah di situ, puas hati kerana melibat-libatkan kalian-kalian yang benar-benar pejuang saja, tidak melibatkan pejuang main-main!


Melontarkan kata itu harus berfikir terlebih dulu. Jangan main tembak hujah tidak semena-mena! Tapi tak apalah, saya orang baik-baik menerima pendapat dan kata-kata bodoh itu dengan IKHLAS:) Saya doakan anda menjadi seorang tokoh paling tidak pun menjadi salah seorang menteri, wakil dalam parlimen suatu hari nanti! Oh ya, semoga Tuhan merestui perjalanan anda untuk membersihkan negara. InshaAllah!"


Salam Hormat!



8 comments:

Anonymous said...

kadang2, dakyah bodoh yang tak habis ditegakkan ' kalau tak suka, sila keluar adri malaysia' - itu menunjukkan kebodohan kau dalam berfikir. banyak benda lagi yang kau tak tahu.

faiz fakhirin said...

apa yg kita perjuangkan hanyalah keadilan dan keharmonian dunia sejagat...Tetapi campurtangan mereka yang merasakan diri akan tergugat, kekayaan akan hilang sekelip mata, kemusnahan segala empayar yg dibina selama ini dan ketamakan sehingga sanggup memprajudiskan bangsa sendiri dgn memutarbelitkan perkataan yg sukar difahami oleh manusia bawahan.. Sebab itu, generasi baru bangkit menentang segala korupsi...

contoh :
Cuba kita fikirkan tentang permasalahan kewangan global... Seluruh Dunia mengeluarkan PHD dalam bidang kewangan, bertrillion dollar duit dicetak, namun permasalahan kewangan tetap tidak dapat diselesaikan. Apakah kesemua mereka yang perpangkat PHD itu bodoh? atau sistem yg dibawa itu tidak sesuai lagi untuk masa akan datang?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@anynomous: Terima kasih atas respond sepantas kilat. Saya sudah balas respond anda di laman blog saya itu. Sila guna bahasa yang sopan kalau anda tahu tatakarma.


@Faiz Fakhirin: Setuju dengan Encik Faiz Fakhirin! Duit lenyap ke mana, hutang makin bertambah! Aneh, ke mana penakluk-penakluk negara semua membahaskan isu ini? Sebenarnya bukan baru perkara ini berlaku dan bukan hanya di Malaysia perkara ini berlaku.


Sepantasnya wang-wang itu boleh membuka 'cawangan baru' bagi MALAYSIA, tidak pun memajukan lagi
MALAYSIA di samping beramal kepada rakyat2 yang lebih memerlukan. Pantas saja penduduk Malaysia yang miskin masih ramai.

Saya jadi makin takut encik, makin takut dengan duit, kerana apa, kerana takutnya anak-anak muda hari makin laknat jika mereka punya duit. Negara ke mana, diri ke mana. Al-maklum anak muda hari ini tidak sama dengan anak muda tahun 40-an, 50-an lampau. Hari ini makin bijak, makin liar. Yang bantah akan korupsi itu saya setuju, tapi coba bayangkan kalau mereka sendiri punya TRILLION DOLLAR, adakah hal yang sama berlaku (korupsi) ataupun mungkin mereka boleh membeli manusia-manusia lain dan memperdagangkan negara???

Ataupun ada kemungkinan wujudnya yang IKHLAS memperjuangkan serta mempertahankan, memajukan negara negara dan mengaman dunia sejagat?

flyhigher said...

saya setuju :) malah sangat bersetuju. kata2 anda meluahkan apa yang tersirat dari hati saya. yang tidak terungkap. benar. kita boleh pilih siapa ketua. tiada paksaan.

Aku said...

klau semua cara yg saudari cadangkan mampu dilaksanakan dan diterima kerajaan sedia ada maka tidak perlu lah kita brsusah payah mmbuat phmpunan BERSIH..=)

Aku said...

klau semua cadangan saudari bisa dilaksanakan dan di terima oleh kerajaan sedia ada, maka tidak perlulah bersusah payah mmbuat phimpunan BERSIH..=)

:: Mie_NarutoBoyZ :: said...

simple but nice..smoge MALAYSIA negara kelahiran kita mndpat kberkatan & sntiasa aman damai..

::Melayu Jangan Mudah Lupa::

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@Flyhigher: Anak muda harus berani bertindak dari sekarang, tidak boleh harapkan yang tua-tua kerana mereka bakal jadi penghuni alam kubur. Sementara kita masih ada, idea masih diguna pakai, otak masih ligat berfikir, cadangan harus dilontarkan, biarpun tidak punya apa2 daya untuk buat itu dan ini!

@Aku: Himpunan BERSIH. Maksudnya berhimpun secara beramai-ramai untuk membersihkan segala kekotoran dari pihak kerajaan. Pembangkang juga?

Sila percaya dan sokong kata-kata saya, Encik. Dunia kini harus kita bangkang hanya dengan WANG. Selagi kita tak punya wang, takluk pemimpin dunia sewenangnya memijak dan menindas! Tak ada satupun yang bakal menyokong apa yang kita suarakan tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, yang penting bagi mereka adalah kekuasaan empayar yang dibina oleh mereka selama berabad ini! Siapa mahu kehilangan harta bergelimpangan hasil dari kedudukan sepanjang berada di atas? Siapa yang mahu hilang pengaruh besar? Siapa yang mahu terasa tergugat dengan kesalahan? Tidak ada satu orang pun yang berbuat salah besar tapi mengakui salah mereka di depan umum. TIDAK ADA. Melainkan bencana itu sendiri yang melaknat bumi manusia.

Kenapa tidak boleh buka negara baru kalau kita punya wang dan andai kita diiktiraf dunia? BUKAN MALAYSIA, TAPI DUNIA! Saya fikir banyak jutawan MALAYSIA yang punya pengaruh kuat. Mana anak MALAYSIA yang bijak pandai sampai ke negara MAT SALLEH mereka belajar, ambil PHD segala macam? Bodohnya mereka pulang ke tanah air tapi tetap ditipu.

Cari gali wang dulu, baru kita boleh beli manusia yang punya darjat dan kedudukan sekalipun!

Kalau pejuang sejati, pasti ada yang bertumpah darah, tapi saya heran, kenapa ya MALAYSIA sepertinya suka mengacah untuk berbuat sesuatu dan acahan itu sepertinya menjadi bahan ejekan oleh orang yang sudah berada di atas. Mereka tidak mempedulikan DEMO seperti itu ENCIK. Bertindak harus tekad, biarpun di luar jangkaan.

Seperti yang saya nyatakan, saya benci akan demonstrasi yang tidak ada apa-apa jalan keluar untuk membersihkan negara. Sekadar melaung, membuat huru-hara, berjalan ke sana ke mari, kenapa tidak wakilkan saja di antara kita-kita yang layak untuk berbahas dengan menteri-menteri Malaysia? Kalau sampai bertumpah darah di situ, puas hati kerana melibatkan kalian-kalian yang benar-benar pejuang saja, tidak melibatkan pejuang main-main!

Jangan khuatir, hukum alam dan karma tetap pasti, kerana yang di atas tak selamanya tetap timbul berada di atas, dan di bawah tak selamanya tenggelam di bawah....

@:: Mie_NarutoBoyZ :: : Kita harus tahu di mana kita, di sisi mana kita berada, dan bertindaklah atas posisi tersebut!

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails