Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, March 21, 2012

Tips Kuruskan Pipi. Eh?

Assalamualaikum and hi everyone.


Dengan tekanan cuaca yang sangat merundum ke arah kepanasan semulajadi, maka saya hari ini pun turut merasa. Dahaga tak henti-henti sehinggakan E-sprite botol besar pun tidak mencukupi. Rakus seperti tikus sedang melantak keju paling mahal di dunia. Nikmat seekor tikus. Aku manusia woi. Apa kaitan dengan entri aku kali ini? Layan. Hari ni aku tak boleh menulis secara serius di blog, jadi kita kena sempoi-sempoi bahasa macam angin di luar. But don't pull my leg too over, nanti tak pasal-pasal aku kasi simbah asid e-sprite. Bekengnyo..... 


Ramai yang bertanya dan mengumpat ibarat murai tercabut ekor, eh, salah peribahasa, tapi bunyinya lebih kurang begini;

"Fifi, kenapa makin kurus ni?" 
"Fifi, you look slim now aaaaaa" 
"Fifi you look different. What do you do with yourself"

Kata tanya yang membuat aku sedih. Selama ini aku buruk sangat ke? Gemuk ke? Nangis 40 jam. Ok, this is not true! Damn-,- 


Aku tak punya tips yang bagus apatah lagi mengambil jamu jutaan rupiah, pil beratus Dollar Singapura serta minum teh herba yang dikatakan boleh menguruskan badan, pipi, pinggul dari China, Vietnam dan lain-lain negara yang terlibat dalam pembikinan ubat-ubatan aneh (selain akar kayu) dan sebagainya yang boleh membuat aku jadi makin riak menggunakannya andai kata menjadi. Hahaha. 


Risiko makan ubat sebegini. Lebih elok anda amalkan amalan pemakanan sihat serta mengambil bahan-bahan yang lebih alami seperti pucuk, daun serta ubi kayu! Jangan ketawa bila aku kata, pucuk-pucuk merupakan favourite aku. Tambah selera kalau ada budu. Sudah aku katakan sebelum ini,

"Ma, i want to open my own kilang budu yaa one day."


Ini sebenarnya boleh membuatkan anda sihat. Bahan berdarah makin membuat anda berpenyakit. Eh? Tapi memandangkan dunia yang menuntut manusia untuk makan segala apa yang ada selagi ia bukan kertas, kayu serta batu, aku jadi terikut sama dengan peredaran semasa pengambilan makanan yang seakan tidak menyihatkan. 


Kahkah. Gelak sendiri bila tengok gambar ini. Ini waktu tengah membulat kecomelan. Sambil nyanyi lagu Rolling In The Deep memang power ni. Ikut trademark Adele sangat membuktikan bahawasanya orang gemuk yang gagal bercinta turut terasakan kehampaannya. Eh? Tiba-tiba, tak ada kaitan.


Masih membulat, tapi sudah terbentuk di bahagian pipi dan rahang. Jangan kata aku cocok botox. Ini sangat fitnah. Takdok duit eden nak pergi hospital bagai. Aku takut dengan jarum. Jadi kalau aku buat salah, boleh cucuk aku dengan jarum. 


Cuba teka, ini muka sedang merajuk, atau bingung berfikir, atau mungkin juga confident terlampau tahu bahan-bahan nak buat aiskrim macamni. Hahahaha. Foto di Kelantan last month after my birthday celebration!


Kalau anda jadi saya,
Adakah:
1. Tambah berat badan kembali supaya padat?
2. Adakah anda berasa comel kalau kurus cekeding?
3. Adakah anda gembira teknik dan taktik amalan pemakanan anda berjaya?
4. Adakah si Hero Hrithik Roshan terpukau dengan anda dengan turunnya berat badan anda?
5. Adakah offer job sebagai heroin filem tamil akan datang kepada anda selepas ini?


Aku bingung nak jawab ya ataupun tidak sebabnya ini soalan payah kalah soalan SPM. Out of logical sense.


P/s: Adik-adik ambo semo, brapo A dapat weh? Ado hadioh hok sapo cemerle dan pandai bodek kakok demo ni;)

22 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kamu cantik =)

hazanis said...

ore klate ko?:P

delarocha said...

badan padat... fuhhh :-)

Boni JLL3 said...

yelah..ketara betul kurusnya..

Raden said...

alaaaa..bulat dulu lebeh comel asenye. leh tak bulat kat muke je, tp bodi kurus. waahh..itu idaman sy!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

i think the best answer is 1 :)

hehe yang last tu mcm muka majuk je

budakijaupendek said...

neutral beauty gituu :)

Aweyn said...

ha'ah la.
nmpk perbezaan pipi dulu dan sekarang.

eh eh. pipi kite pun chubby juga ;(

^_^ Zaza Nur Iman said...

sis comel :)

Anyyss Shuhaimi said...

haha! apo punyo soklan la tuh? den ni ha. tembam memanjang.

hanaahmad said...

asal sihat sudah. :)

Mohd Norafzal said...

la nape nak kena kuruskan pipi?cuba sedut pipi kedalam..leh diamalkan untuk mendapatkan bentuk pipi mengikut kesesuain tempat dan persekitaran :)

*dtg sini mesti nak kena minum lychee :)

Cik Yatt said...

lawa sangat..!

aleen aiden said...

kembalikan fifi yang dulu! kembalikan! hee :P

Nurul Akmal said...

cantik.. nak kurus jugak....

Aien Not Alien said...

pipi kamu nampak kurus cengkung sikit...


*tak kisah la badan padat atau kurus...yang penting badan harus sihat.. :D

Azie Azman said...

ore klate ni :D
sy bukan org kelantan, tapi tahu cakap kelantan :D
betul..
org pernah tanya sy, awk org kelantan eh..hihi

caliph shuriken said...

ntah laa, tgk cantik jaa ^^

Adylia Qarissa said...

hehheeee..kecek klate ;p

adza irdawati said...

you will always look gorgeous no matter what =)

Nazz@Purple said...

yg penting sihat..

ZaroL said...

Garang nye muka dia yg 1st. hohoho. =P

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails