Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, March 7, 2012

Lelaki dan Jawapan 'Cliche' Bila Tiba.......



Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Soal kemanisan kata itu wujud. Lumrah. Manusia untuk menyedapkan hati dan memecahkan suasana. Tak disangkal lelaki punya berjuta petua hebat untuk menambat hati wanita. Tak semua tambatan itu berguna. Ada bodonya juga. Bodoh. Wanita yang bodoh sering terpedaya. Aku tak kata semua. Namun, wanita biasanya punya kecintaan yang luarbiasa yang mudah untuk menerima walau buruk di hadapannya. Buruk rupa tidak mengapa, tapi kalau buruk hati dan buruk kelakuan? Hancur masa depan.


Maaf kalau terkesan buruk pada yang berjantina lelaki atas petikan di atas. Tak semua, tapi KEBANYAKAN memang suka menambat wanita seperti lembu kenyang, diberi rumput banyak-banyak, kekenyangan, buncit, lalu disembelih, dimakan, digulai dan pengakhiran bagi seekor lembu itu adalah GULAI. Sila fahamkan sendiri.


Dengar sini baik-baik, andai kata lelaki itu benar-benar mahu wujud dalam kehidupanmu, sungguh-sungguh dia mahukanmu, yang jahat dia baikkan, yang baik dia betulkan, yang cantik dia banggakan, yang buruk dia cantikkan! Andai wujud satu kritikan, teliti betul-betul sepuluh kajian dalam peluang untuk tahu akan kebenaran. Lelaki suka jadikan wanita sebagai bahan testimoni. Dia tak pernah bayangkan, bagaimana rupa akan keaiban adik perempuannya andai ditestimonikan, lebih-lebih lagi testimoni 'pregnant'.  Kata mereka, "Gewe lain boh, bini lain". Kenapa tak kau cakap begini saja, "Mak aku lain boh, gewe ayah aku lain..."  Terajang yang kau dapat barangkali dari ibu kau.


Mula-mula sayang mabuk kepayang, lama-lama sayang melayang. Lain perempuan lain kejadian. Samada sifat, perangai serta kelakuan. Ada yang baik hati, pendiam dan kurang ramah, ada yang ramah, kecoh dan jahat, ada yang pemalu, segan namun diam-diam berisi, pokoknya macam-macamlah! Aku rasa bab-bab jodoh ini atas kehendak hati. Kalau bersungguh adalah jodohnya. Kalau dah dari awal nak tak nak, alasan beribu, belang ditunjuk, kebertanggungjawaban tak ada, kau jangan sesekali menerima untuk mendekat.


Aku paling benci pada lelaki yang sudah punya ramai anak bersama isterinya tapi  masih memperburukkan isteri di hadapan orang-orang. Mengherdik, mengugut untuk menampar, menyepak dan sebagainya. Sungguh ngeri. Dikatakan isterinya tidak menyelerakan, busuk, tak pandai buat kerja rumah, tak cinta pada isteri, kahwin kerana kasihan, hilang selera bila tengok isteri dan sebagainya lagi yang memalukan. Kalau benci, cerai saja. Biar kau bala sendiri. Jangan jadikan si isteri punca dan mangsa kemarahan kau akibat kepayahan kau untuk berbini lagi. Terpikat dengan janda mungkin. 




Kadang-kadang aku kasihan sungguh sama janda, apatah lagi janda berhias. Asal sebut rampas lelaki, pasti janda dipersalahkan. Sekali lagi itu lumrah aku bilang! Tak semestinya janda, kerana yang dah berlaki pun masih gatal pantat untuk mencari sosok lelaki muda, yang lebih bertenaga dengan alasan mahukan yang terbaik dalam hidup. Itu cliche sayang. Kau mungkin lebih terdahulu makan garam, tapi hukum dunia, tak kira makan tak makan garam, semua diketahui. Pemusnah manusia adalah pemunsnah alam. Bagaimana alam dimusnahkan? Bukan dengan potong balak sahaja. Bala kau juga, bala dari sisa dosa kau, itu hukum alam!


Tanpa sadar, manusia mengkejikan diri. Tanpa sadar, ku mahu sepak terajang saja. Sumbat ketat-ketat pada mulut bau longkang beribu lada! Faktornya? Hari ini sayang, besok? "I anggap you macam adik je lah, tak lebih dari itu." Kepala otak anjing belakang rumah Cina tu lebih comel dari kau yang tiba-tiba meluah untuk back up diri yang dah nak cari PEREMPUAN lain lah kononnya. Anggap adik? Tak perlu menganggap adik, jadi ahli keluarga kerana kau mendekati saja pun TIDAK LAYAK. Kenapa aku kata tak layak? Penipu dari awal. Aku hanya percaya dan mengambil kata pertama. Tapi kalau kata pertama itu sudah menipu, hidup seribu tahun dengan penipu? Aku rasa wanita lemah. Kerana itu lelaki banyak menindas. Player makin menjadi-jadi untuk menjadikanmu hiasan lakonan teaternya. Macam dalam Filem Cantek yang aku tonton, " I LOVE YOU MAID ". Itu sekadar filem dan Si Cantik hanya dijadikan bahan lakonannya sahaja.


Kononnya lagi, "Kita tak serasi, kita bagai langit dan bumi."  Orang macam ini, memang tak berguna. Tiba masa, alasan dibagi. Mula-mula dulu tak pikir ka bang? Memang tak serasi. Sangat tidak serasi. Kenapa? Kerana yang satunya dilahirkan baik. Maka Tuhan pernah mengutuskan sabdanya, perempuan yang baik layaknya sama lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Baik dalam utusan Tuhan bagaimana? Kau fikirkan sendiri. Kau wanita harus berbangga apabila TUHAN menyelamatkanmu daripada bencana masa depanmu. Bencana dari hidup bersama kaki pukul, penindas, dan penipu. Bagi aku mudah. Sekali aku dapat membuktikan seseorang itu menipu, menipu atas kepentingan peribadinya, bukan untuk kebaikan umum, benar-benar aku buktikan, yang itulah kali terakhir orang tersebut berurusan denganku.


Aku hanya boleh terima DUA alasan kukuh mengapa lelaki menceraikan isteri atau memutuskan hubungan pertunangan/ taaruf.


1. Betina itu selingkuh
2. Betina itu mengamalkan ilmu hitam




Lain-lain alasan sifat azali manusia yang remeh-temeh yang kau persoalkan, itu namanya kau tak cinta kerana tak menerimanya seadanya. Kau mengharapkan lebih dari apa yang kau jangkakan. Namun tak pula kau tilik hebat sangat kah kau untuk memiliki seorang wanita hebat sedangkan seorang kau adalah yang jahil lagi munafik.




Aku cop jari, setelah sebulan bebas daripada belenggu orang yang berniat belot, pasti kau akan merasa lebih tenang, setenang-tenang air di kali sedangkan lelaki pasti akan merasa sesal yang sangat terpendam!




Ayat biar pedas, biar terasa. Ini hanya untuk membuka mata kerana bukan wanita sahaja yang keji, namun lelaki juga! Aku merasa entri kali ini sangat menindas kaum lelaki walhal tidak semuanya begitu. Bagi pencinta setia, aku tabik, tapi bagi yang munafik, aku ludah, dan ludah aku tak jilat balik! Anggap saja tulisan kali ini mewakili jutaan wanita lainnya untuk menyadarkan semua walaupun terpalit kata keji di banyak bahagian dalam perenggan.




Ini part lawak saja bha.....hahaha

Kembali serius, kalau aku dapat tahu Shahid Kapoor jenis lelaki sepertimana yang aku nyatakan di atas itu pun, aku bakal BENCI dia. BENCI SEKALI. Jangan tiru aksi lagak kasar itu. Maaf atas bahasa kurang sopan. 


AKU PENCINTA KEDAMAIAN!
Mahu tahu apa itu cinta?
SILA RUJUK DI SINI

32 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

fifie sounds angry and upset in this entry.. chill.. jangan ada benci ;)

cik najihah said...

lelaki mcm tu x payah dibuat laki...x boleh harap

Syazwan Che Deraman said...

Heheheh..marah.tapi betul jugak apa yang awak cakap.

tapi kan, perempuan pun ada yang macam tu..wan experience sendiri, my ex.

awal awal, semua okey, macam macam benda yang dijanjikan, janji nak sehidup semati konon..

lepas tu, tetiba call tak angkat, mesej tak reply.

katanya, " kita tak serasi, kita tak sepadan, saya nak hidup single, nak enjoy ".

the next day, tengok gambar dalam friendster, dok ngan laki lain..

for me, perempuan macam tu murah.

tapi tak semua perempuan macam tu..

ps : bini lain boh, gewe lain.
hahahah..dengar mano ni?

~diAhOntHeblOg~ said...

agreed with your opinion...lelaki xsemua jujur dgn diri sndiri..huhu~

~AmyLiana86~ said...

peace no war dik..hehehehe...jgn benci2 nanti yg benci tu kita akan dapat.hehee...

Boni JLL3 said...

wah...sangat menyentuh perasaan gaya penulisan awak ni..adakah lahir dari hati nurani awak sendiri? sebab ia benar2 menusuk ke dalam kalbu..hmm..apa2 pun, saya datang sini follow ye.. salam ukhwah dari saya - penghibur hati yang duka

onie said...

cinta bagai nak rak,tapi akhirnya ke court juak... memang tidak mengenal erti cinta sebenar..... andai kita di tempat itu,mohon kekuatan yang hadir dalam diri....moga tidak putuskan ikatan yang suci, hal itu boleh diselesaikan dengan baik.... setiap masalah ada jalan penyelesaiannya ..


jadikan rumahtangga itu sebagai tempat kedamaian,jangan jadikan ianya seperti tempat peperangan...


dalam perhubungan itu perlukan perbincangan, jangan setiap kali ada masalah sendiri simpan,perlu luahkan....dengan ini, wujudlah seperfahaman....insyaAllah

iedchan said...

ade betul nye jgk...lelaki mcm ni mmg ada..tak bersyukur dengan isteri seorang tu..kan kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 org wat..nak baikkan leh..nak burukkan pon boleh..

aduh.

nur anis said...

dulu sebelum kahwin bukan main sayang sangat..dah beranak pinak, mula gatal cari yang lain..

Rizq Herinza Syadza said...

sangat cliche.

WuMing said...

Itu sebab perempuan kena jaga semasa berkawan...Jangan lebih-lebih...


Last-last mereka jawab cuma anggap adik saja...

Kan dah rugi....

Tapi lelaki pun bukan semua buruk...

rimatambunan said...

thanks for the comment ;o)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Boleh lihat fifi marah macam mak cik bedah, kan? hahaha... ambil iktibar wahai lelaki, perempuan!!! Mula2 boleh lah kata, aku tak terkena mcmni, skali dapat pancing, masuk mulut buaya.. kahkah.

ada jugak macamni: "maaf, i rasa kita berbeza pendapat, kita tak dapat bersama."

kalau mcmni hidup, aku pakar bahasa, bakal laki aku businessman ke, doktor ke, tulisan buruk gilerrr, salah guna bahasa, aku hempukkkkk kuat2 dengan kuali. Baru tak dapat bersama, kan? sebabnya, hempuk sampai mati:p

faiz fakhirin said...

wow !! gud writing la MEK nih...mek KB or Mek area Kelate mano ni eh?...tapi ada betul ngn apa yg ditulis...itulah kehidupan..

rouh adi said...

haha~asam garam kehidupan...

azuha rahimi said...

walaupun lelaki....akui 98% article ni btul...tp xde manusia sempurna... Allah dh atur semuanya..:D

Jue said...

agree dear
yg dah kawen tu tlg buat cr kawen, hormati isteri
yg blum tu, tlg jgn mulut manis sgt ish!

ghost writer said...

lelaki yang jenis tak reti nak respect kat istri sendiri adalah lelaki yang tak akan menjaga kehormatan istrinya.

Cik Suriz said...

org dah selingkuh nak buat macam mana.. boleh geleng2 je... =.='

Simona said...

Nice blog!:)
Simona
www.simimaus.blogspot.com

Marliyana Mk said...

hikhihkhihk..wah! shahid kapor! i likes him too.hehehe

btw..tak semua lelaki mcm tu..

well, mcm mana kannnn..

laki baik skrg susah nak jumpa

:D

Zulfahmi Abidin said...

errr. ttibe emosi kenape. hehehehe. takpe. chill2 aja. it it mean to be. it will be. ok. ^_^ smile.

shahrazali said...

sememangnya sy setuju dgn semua di atas...ini adalah yang selalu berlaku dalam masyarakat kita...

tp bukan semua lelaki mcm tu kn,,dn bukan semua perempuan mcm tu...terpulang kepada pemikiran dan niat masing2 dalam hal2 berkahwin..

ada yg menganggap perkahwinan adalah dapat melakukan sex yg halal semata,,hidup bersama dalam 1 bilik,,1 katil..tp tidak sedar tentang tanggungjawab dan peranan mereka selepas berkahwin..

mereka mungkin terlalu inginkan kebahgiaan duniawi semata dan lupa tentang matlamat hidup mereka sbg hamba Allah...

rilek2 yek cik fifiey..nmpk seperti tgh emosi...hehe..sama-sama la kita beringat..

puan.mila said...

cantik nye u dear! nice to know u :)

teha said...

pilih laa lelaki yg betol2 setia.. hehe :)

msredcheesecake said...

Terlalu ramai lelaki yg begitu sekarang.... Perempuan sekarang pun ramai yg memilih untuk jadi seperti itu.....

aswadz said...

tak sumer laki jahat. tp kenapa wanita lebih cenderung memilih lelaki jahat?


p/s: kenyataan ini mgkn dipengaruhi oleh drama2 klise di TV.

asfira aminuddin said...

hehe i sangat setuju dengan u. tapi lelaki ni mmg pantang tengok pompuan lain. and nak cari lelaki yg betol betol baik mg susah pon.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Kalian nih chill lah bagi komen pjg2. Seronok baca mcm2 responds...

Haha. Ambo mek kelate. Kena berpegang pado prinsip. Maruoh didahuluke, cinto diutamoke.

Lelaki. Ingatan buat kaum anda sekali lagi. Jangan sampai kata MAAF pun tidak dapat mewakili kesalahan.

Hormati dan cintai wanita selayaknya mereka.

Oyeahhhh!!!! Bye.

hafizudin said...

Peh.
gua masuk masuk.gua ingat siti norhaliza buat blog.

Tapi gua salah.
baka A.samad said rupanya.
well untuk entri ini.
gua tak perlu komen lebih.
gua komen yang atas punya ya.

jumpa semula kejap lagi.

Nadzmy said...

haha...suka sangat..sangat tepat

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails