Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, March 27, 2012

AMBITIONS and KidZania!


Cita-cita dan angan-angan tidak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan ibarat tercabutlah raga dari nyawa. Itu terlalu hiperbola mungkin. Baiki. Terpisah diri dari angan-angan ibarat mat jenin telah pupus dari lagenda. Ya, benar. Aku juga seorang manusia yang bercita-cita tinggi. Yes, i want to go sky-high. Bercakap tentang cita-cita pasti ramai yang berkata,


"Cikgu, saya mahu jadi polis. Saya mahu banteras jenayah negara."

"Mama, adik nanti nak jadi doktor, boleh bagi mama free medicine kalau mama sakit. Kan mama kan?"

" Daddy, i love to be a pilot, skying up in the sky. It must be fun, right?"

"Dia nak jadi cikgu di sekolah tadika, apa kelas, alang-alang nak mengajar orang, baik saya jadi pensyarah. Kerjanya mengajar juga kan?"

"Kalau semua nak kerja A++ je doktor lah, polis lah, pilot lah, stewardess, engineer, arkitek dan macam-macam lagi, takpelah, biar saya jadi tukang buat rumah je, takpun tukang buat bangunan cakera langit, bukan cakera padat tak elok macam abang-abang sebelah rumah tu tengok tau. Apa doe cerita seksi macamtu, aku ter'intai' dia tengok cerita tu. Malu je, aku tutup mata tau, takut dosa."

"I want to be as great as David Beckham. He can be a millionaire for being a proffesional footballer. It sounds great and glamour. I can always be on tv and newspaper. Please, i beg you mom. Please allow and bless me to be footballer too." 

"Walaupun saya lelaki cikgu, tapi saya nak sangat jadi chef. Saya suka lelaki yang boleh potong bawang laju-laju, potong tomato, carrot, dan banyak lagi sayur lain. Diorang baling-baling pisau stylo sangat then main campak-campak je bahan dalam kuali. Itu hebat cikgu, hebat."

"Lebih baik jadi penulis, senang tak payah nak serabut dengan orang, duduk dalam satu bilik, dan menulis apa yang ingin ditulis. Kan, ummi?"

"Papa, abang nak jadi macam papa lah. Selalu buat kira-kira. Papa kalau main kuiz dengan abang, pasti papa menang sebab papa congak je kira. Nak jadi akauntan hebat lah."


Ok, itu nampak sangat dramatik. Aku banyak petik situasi berdasarkan kehidupan dan juga keadaan sekeliling aku. Kanak-kanak memang cita-citanya sering berubah arah, tapi bila nanti suatu masa kita di satu daerah remaja, kita akan sudah nampak apa yang bakal kita jadi ataupun cenderung ke arah bidang manakah yang paling elok buat kita. Mungkin setelah menengah rendah, o'level ataupun setelah smp, kita masih samar-samar namun setelah spm, a'level ataupun sma itu sudah nyata dan pasti ke arah manakah bakal kita tuju.


Kalau dulu anda sering terbayang diri anda sebagai artis yang sering bergaya di hadapan kamera, menyanyi dengan gah di publik, seorang stewardess yang sedang lagak lenggang lenggok memakai kebaya menarik bagasinya di khalayak ramai di airport, ada juga yang mengidam untuk menjadi seorang usahawan berjaya yang mampu untuk mencipta duit dengan banyaknya, dan tidak kemungkinan ada di antara anda yang ingin menjadi doktor bedah sekalian mempraktikannya semasa zaman kanak-kanak dengan mencuba mengambil pisau dan membelah katak di bawah tempurung.


Ini mungkin begitu terkesan angan-angan mat jenin, tapi, itulah kehidupan yang memulai diri anda dari pada angan-angan menjadi impian, impian menjadi cita-cita, lantas dengan usaha dan izin Tuhan maka terbentuklah diri kita hari ini.


Ada orang yang punya sijil berbagai macam, tapi usaha untuk menindaklanjutkan sijil tersebut none, zero! Tidak berbuat apa-apa untuk diri ibarat anda sebagai tin kosong yang hanya keluar bunyinya, namun isinya tiada. Disepak, ditendang, berbunyi namun tiada irama yang bagus untuk diciptakan sesuatu yang lain. Maksudnya, berbekalkan dengan usaha, tindak lanjut, kepakaran yang anda, itu sudah mencukupi untuk menjadi 'orang'. SIJIL adalah bahan untuk anda 'dipandang'. Itu adalah kertas tambahan supaya anda dipandang tanpa berbicara banyak tetapi bekerja banyak.


Anak Melayu terutamanya, anda harus bangga, priority diberi kepada anda tanpa syarat. Asalkan anda melayu dan tiada yang gagal dalam ujian (ada juga yang gagal), walaupun hanya berbekalkan 1A, tetapi anda diberi kelayakan, kerusi dan tempat istimewa di dewan kuliah, sedangkan anak berbangsa Cina, India tidak. Walau 9A+, tidak mendapat kelebihan sebegini. Makanya bila mereka mendapat peluang untuk berada di kerusi kolej swasta, mereka begitu bersungguh untuk menimba ilmu untuk dipergunakan setelah bekerja nanti. Mereka positif dalam berurusan walaupun berdaya saing.


Fikirkan, bagaimana cara mereka mencipta duit? Melayu, Islam, Islam, Melayu? Tetapi rasuah berleluasa? Keterpaksaankah? Makanya, gunalah ilmu semasa anda belayar, jangan mempersia-siakan keadaan senang anda dengan sesuatu yang berakhir dengan duka. Positifkan fikiran, kerana setiap di antara kita pasti punya kelebihan dan keberuntungan tersendiri. Jangan jadi,


"Bodoh tak boleh nak diajar, cerdik tak boleh nak ditumpang."


Bila anda berada dalam kehidupan nyata, rumus dan formula hanyalah sementara. Kita lihat sahaja, bapak-bapak zaman dulu mana ada belajar Add Math, ingat formula physics, dan aplikasikan rumus kimia, tapi, hakikatnya mereka dapat mengendalikan sebuah syarikat ternama sehingga turun-temurun yang mendapat nama. Tapi kini bertindak beza. Aku bagi kau hipotesis hari ini. Semakin kau tinggi ilmu dunia, semakin kau dipandang dan ternama. Aku setuju. Kerana dunia kini, dunia kebendaan. Sesuai dengan kata satu rangkap dalam blog Arisha.


"Jangan nampak orang nampak kebendaan, tapi nampak orang nampak persaudaraan."


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sila berusaha andai kata anda inginkan suatu perubahan kepada diri anda! Sila bercita-cita dan jangan malas untuk bercita-cita! Tengok, adik-adik di bawah ini pun bercita-cita tau, malu lah kita dewasa tak boleh nak plan nak jadi apa, kan? Please be shame! Kita yang dah tua ni, tak perlu lah nak bercita-cita bagai, tapi bertindak menjadi orang yang kita ingin jadi! Kau pensyarah nak jadi usahawan pun, ok what?!!! Lagi banyak duit, lagi boleh buat amal. Bukan joli tau, AMAL! Biar Angelina Jolie je lah dengan jolieee nya, kita tak payah:p *Selingan




















(Sumber foto: Facebook)
They are all my adopted kids @ my adobted sister's kids at KidZania!!! I LOVE THEM!!!


Ok, aku terangkan sikit pasal KidZania ni. This is really amazing! Kids can be what they are wished to be. Bukan sahaja wujud di Jakarta, tapi dah ada di KuaLa Lumpur. So orang kolompur tu, silalah bawa anak-anak anda, tak rugi! Compared to bawa jalan-jalan shopping ke mall, baik bawa ke sini. Selain untuk mengelakkan amalan pembaziran di kalangan anak-anak andai kata anda bawa mereka shopping, kalian boleh menerapkan nilai-nilai suci untuk mereka bercita-cita tinggi dan faham apa yang mereka minat dan cenderung ketika masih kecil ini. Duit tak habis banyak, malah ilmu yang mereka dapat. Hamboiii. Yeahhh, majulah kanak-kanak demi masa depan negara!!!


Faham tak apa fungsi KidZania ni? Kalau tak faham, aku terangkan lagi. Kau boleh jadi apa je yang kau nak. Dari kerja bawahan hinggalah kerja atasan yang dipandang mulia dan ternama. Lagi comel bila anak-anak kecil dah pandai tunjuk lagak dan aksi untuk menjadi seorang dentist lah, bomba lah, kerja di Sushi King lah, Mc'D lah, kerja bank dan sebagainya. Memang menarik. Kalau aku jadi kanak-kanak pun aku akan melaung, menjerit, menangis untuk ke sini dari berteriak tangis, hempuk-hempuk kaki ibu untuk nak patung idaman. 


Siapa ada anak? Bak sini aku pinjam, aku nak bawak dia ke sini supaya boleh aku masuk sama. Hehe....


P/s: Adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2011, sila tentukan cita-cita anda berdasarkan kepakaran yang anda ada. Jangan paksa otak anda  untk menerima dan mengkaji sesuatu yang anda tidak mampu menciptakan mereka untuk menjadi luarbiasa. Nantinya anda juga kempunan, orang lain bisa membuat duit dengan banyaknya, namun sijil sepuluh tingkat anda hanya menjadi perhiasan lampu meja. Berbincanglah dengan keluarga dan kakak-kakak terdahulu yang punya banyak pengalaman tentang pemilihan kursus-kursus yang ditawarkan! Yakin dan percaya diri, usaha dan tawakal pasti membawa kejayaan!

23 comments:

faiz fakhirin said...

bagusnya fifi...siap ad 2 anak angkat...gud jobs gud jobs

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dream high!

i only dream a comfort life.. not interested to get rich

emy zulaiha said...

besnye kidzania nie? kalau xde budak xleh masuk ke? ala...nk jgk msk..nk pinjam anak sape nie?heee :D

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Pernah dengar pasal tempat macam ni di luar negara. Tapi tak tahu pulak ada di Malaysia. Kat mana eh?

Nanti boleh bawak adik kecil dan anak saudara ke sana. Mesti diorang teruja. Hehe.

Singgah dan follow blog ni~ =)

gadisBunga said...

kidzania tu buat kita terasa macam nak jadi kanak kanak semula.

tapi utk menempuh balik spm...rasanya takpelah kot..

ok, sapa nak jadi anak angkat GB?

♥ Wina ♥ said...

so true!

I kecik² dulu pun macam² cita² tapi yg paling berkobar² is baca berita depan cermin ekekeekekkk

tapi bile dah besar takut nk gi audition...

teringin nak bawak my kids to Kidzania tapi tunggu besar sikitlah bru dorang boleh faham konsep dia

Boni JLL3 said...

suka masuk entri dia ni..setiap gaya penulisan padat dengan isi2 yang sangat2 terkesan di dalam jiwa.. thanks 4 sharing this fifi :)

lisa said...

this really make me feels secure! thank you sis! I already set my ambition and I hope I'll get the chances to pursue my dreams at university. :)

Nazz@Purple said...

cita-cita masa kecil mcm2kan..


nak iklan sekali..pada sesiapa yang tidak dpt mengejar cita-cita impian..boleh mencuba nasib di TM career fair -6 hingga 8hb April 2012 di Menara TM KL...maklumat lanjut..www.tmcareer.com.my

:: Mrs.SyahNia :: said...

dulu cita2 ain lain tp skang lain kejenya..huhu mngkin apa yg kita perolehi skang adalah yg terbaik utk kita ;))

ecadwinkyasha said...

this is such lovely activities for the kids.so,there will know more specification about the job.then,from an early age,they already know what they want to be..

got it in here dear?.i mean in Malaysia.

azalia hjsalleh said...

dulu masa kecil..
teringin nk jd arkitek, doctor
tp cita2 tu x tercapai pun

ZaroL said...

Wahhh...Kidzania. Semua adik2 kat situ comel2 . Jadi bomba n doktor tu. hehe. memang comel. =D

nabilah_2908 said...

seronok pulak tgk kidszania ni... ;)

Cik Kay Jue said...

betul tu masa kecik macam2 nak jadi..
sekrang ni belum tentu lagi.. huu

wak kidzania ni.. best la.. kan bagus kalau ada masa kita kecik2 dlu.. hehee

Siti Nadiah said...

Good job dear. comel kanak-kanak tu ;)

NadyaBubble said...

Ahhh, masih memikirkan hala tuju selepas SPM nanti...

CaDLyNN said...

seronok pulak tgk kidzania tu...boleh bawak adik2 nnti :)

..::SangRatoo::.. said...

seronok ye anak² zaman sekarang..ada mcm² jenis hiburan..but this is yang kita panggil hiburan berilmiah :)

Alin Marlini said...

fifi..camner cara nak masuk situ..brp RM?

ツ Bieaz ツ said...

kidzania bestnya....comel2 je budak2 tu

delarocha said...

teringin nak main2 kat kidzania..tapi dah terlebih had umur la.. huhu


ps: boleh tolong 'like' sesuatu?

Ryu on ahsfantasy24.com said...

setuju,
nampak orang nampak persaudaraan,
suka ppenulisan ini sis ^^

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails