Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, February 28, 2012

Ternyata Kehidupan Itu Suatu Anugerah. Selamat Ulangtahun AKU!





Aku pernah merasa, seperti tidak mahu pulang, biar cahaya rembes sinar kenangan, buat kehidupan masa lalu yang sentiasa dalam ingatan. Eh, ternyata Tuhan hidupkan aku kembali setelah matikan aku sementara dalam lena panjang. Panjang sungguh sehinggakan aku bisa meneroka alam melalui mimpi, mimpi yang aku rasakan ianya nyata walaupun tidak! Aku bisa berpijak dalam mimpi, menemui orang-orang baru yang sesungguhnya aku ingat akan wajah mereka-mereka yang aku sendiri tidak tahu siapa. Banyak sungguh orangnya, panjang sungguh jalannya. KITA sendiri itu anugerah, apalagi kehidupan! NYATALAH, kita manusia terpilih yang punya peluang untuk hidup.





Hidup dalam kerukunan dan harmonis, dugaan dan tentangan pasti banyak menggamit seribu kenangan, pahit mahupun manis, itulah yang namanya KEHIDUPAN. Kau belajar dari segalanya, pahit itu seperti kopi yang tak perlu ditaruh gula lagi kerana manusia akan terasa nikmat secawan kopi tanpa gula namun berdeguk-deguk diminum seperti kelangsungan kopi tersebut suatu nikmat! Apatah lagi dengan kelazatan teh manis, ditaruh gula, diminum saat hujan, sekalipun dan bagi yang berpenat lelah, bersusah payah mencari sesuap rezeki, berkeringat di jelapang padi, itu juga sudah nikmat bagi mereka! Masalah itu penguji setara apakah keimanan kita buat DIA dan juga ketahanan diri kita sendiri.  


Aku rakit mesin masa, menuju 19 tahun lampau. Aku bisa masih lihat ketampanan abah serta kecantikan bunda. Masih jelas dalam kaset siaran otak. Aku dilahirkan, dibesarkan dalam serba punya. Itu suatu nikmat. Aku syukuri. Susah juga kita perlu senyum. Kenapa? Kerana ada lagi yang lebih susah. Aku rasa kesabaran itulah punca dari suatu kesenangan. Kesenangan dari kebaikan budi kita sendiri, keprihatinan serta tak lokek untuk berkongsi. Aku nampak Tuhan balas nyata di dunia, LANGSUNG. Itu nikmat kalau berbuat baik. 


Dalam waktu berpacu, kebaikan dibalas kebaikan dan ketidakbaikan biar Tuhan saja yang tahu, yang penting diri kita sendiri yang dijaga, dikawal serta diikat untuk tidak berniat membuat keburukan sehingga menjejaskan alam. Alam menjaga orang-orang baik. Makanya yang mana terlepas dari pacuan roda, jangan diambil peduli, kerana yang rembes biarkan saja. Yang kembali biarlah bermaruah! Mungkin itu karma baginya. Yang jelas kita manusia berusaha untuk ke arah kebaikan dan berusaha membantu yang lain juga untuk kebaikan sama. Namun, pilihan dan tindakan tergantung atas diri sendiri. Jangan mudah untuk menanggapi sesuatu perkataan dan ucapan dari manusia lain yang sering mematahkan semangatmu, menghinamu secara sengaja mahupun tidak sengaja, menjelekkanmu di belakangmu dan berpura-pura baik di hadapanmu serta menipumu atas kepentingan peribadinya! Itu ujian bagimu untuk menguatkanmu memimpin jagatraya emosi yang penuh tipu daya.


Aku gadis yang berprinsip. Sekali aku kata tidak, maka TIDAK jawabku, dan andai kata ya wajabku, maka YA jawabku! Makanya mudah untuk mengenali sosok seorang Fifi. Aku payah untuk berkata ya sekiranya aku fikir ajuan yang diajukan itu tidak pantas untuk aku menjawab ya, namun peluang untuk manusia harus diberi dan diuji. Kenapa? Kerana Tuhan saja mencipta kita dengan tanah bersusah payah, manusia memperlekah mudah-mudah. Itu murah namanya. Tak layak kau jadi manusia, kalau murah sebegitu rupa!


Kau jangan tanya aku soalan bodoh KENAPA TUHAN CIPTA MANUSIA JAHAT SEDANGKAN DIA BOLEH MERUBAH MANUSIA MENJADI BAIK!!!


Kalau aku mudah sangat jawapannya! Kau anggap diri kau TUHAN! TUHAN kau nak kau jadi jahat? Nak? Kau sembah dan pinta penuh keihhlasan seolah-olah untuk diri kau sendiri. TUHAN itu MAHA AGONG! Dia boleh merubah segalanya. Jahat tercipta untuk kebaikan, biar kau nampak kontra dan imbalannya untuk baik dan jahat. Kelak kau sadar siapa diri KAU dalam kau mencari Tuhan.





Aku lahir tanggal 24 Februari 1993. Aku kadangkala Moody orangnya, makanya siapa sahaja yang pandai mengikut rentak moody ku serta dapat merubahnya bakal aku tabik spring buatnya. 


Senang dengan peningkatan usia. Mohon ditambah juga dengan peningkatan imbangan emosi serta tindakan biar lebih matang dari sebelumnya! Matang tidak hanya pada tampang tapi harus juga pada tindak pandang! Semoga tahun ini tahun punca rezeki, pencak kejayaan, serta tangga kebahagiaan! 19 tahun yang penuh mengertikan apa itu kehidupan. Pernah aku bilang, bahagia itu nikmat yang mana tanpa kita pilih, tanpa kita cipta, dengan sendirinya ia lengket bersama.


Selamat Ulangtahun AKU!


 P/s: Kalian tak ada hadiah untuk aku?

25 comments:

Atiqah Razak said...

muda lagi rupanya. happy belated birthday !

Hafizin Jamil said...

kekalkan gadis berprinsip..nak kek sikit..ehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

wow, fifie pandai main piano? u sure are talented one :D

p.s fifie, i got some news for u, it is said, haram meniup lilin time hari jadi..menyerupai perlakuan agama lain. totally cannot do this..

syafiqakarim said...

masih jeles dengan kek angry bird itu
haha.
selamat menempuh kehidupan seterus nya fifi.terus kuat dgn liku liku dunia.hadapi sesuatu dengan logik akal.semoga panjang umur.

Azhafizah[フィザ] said...

Happy for you fi..happy anny to your age ^^

Diyana Norman said...

hepy birthday!!!

love the song in ur blog

Pondok Usang said...

Selamat hari Lahir.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi.. =)

Amirah Adnan said...

happy belated birthday sayang :)

ubaidillah zulkefli said...

sanah helwah!

rina ellisa said...

Selamat Ulang tahun awk.. :)

~AmyLiana86~ said...

happy besday dik..may Allah bless u...smoga smua impian tercapai...

acheeqa farhana said...

comelny keke angry bird! hehe..

btw,hepi belatad bfday dear..moga pjg umur murah rezeki :)

Aweyn said...

you are so young but ur writing doesn't reflect ur exact age. i like.

happy belated birthday sweetie. :)

[sutera kasih] said...

happy birthday fifi, semoga pnjg umur dan dmurahkan rezeki sntiasa, gembira selalu, bahagia selalu, semoga sukses di dunia & akhirat...amin :)

Mra Mastura said...

happy belated birthdayy dear! :D
have a blast being 19! tahun depan da xde 'teen' tau :')

nuyui a.k.a miss YUI said...

eh2..ini blog yg mana..

kompius lak..hihi.

cik chinta said...

besday awk sama dengan mak kite la. nwy. hepy belated oke.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Hye everybody! So much thank you for your sincere wishing! Doakan yang terbaik untuk Fifi ye! Tuhan memberkati anda!

Lots of love,
Fifi

..::SangRatoo::.. said...

Happy Birthday Fifiey..May Allah bless you..smile always ok! :)

tapi, syok betul tengok Kek Angry Bird tu..hehehe :)

Noraim said...

Happy belated birthday ye. muda lagi rupanya. hihi.

Bitt (double IS) said...

happy birthday u!

Hanis MY said...

happy belated bday fiey! u look gojes... dan cake tu nampak sgt yummy k! wahh nanti ajar sis main piano k!

~SaL IjOu~ said...

dtg sini tuntut kek..hehe~
selamat ulangtahun kelahiran sekali lagi buat Fifi~ ^^

ZaroL said...

Hey ! angry birds...thats mine. He He. Btw..Happy Birthday Fifiey.

Misya Mialen said...

happy belated befday kepada kamu.moga selalu bahagia. terima kasih sebab sudi jenguk blog sy;D

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails