Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, February 7, 2012

CACIMAKI DI YOUTUBE!

Hamburan kata di Laman Sosial makin menjijikkan, sekiranya aku terus menghadap dan mata terpaku akan kata-kata itu, seolah-olah aku dipaksa makan tahi, tapi ini bukan tahi manusia, tapi tahi dari mulut manusia. Macam-macam ada. Tentang artis, tentang pemimpin negara, tentang seniman jalanan, tentang pelajar, tentang anak bayi, tentang orang tak guna pun dibahaskan sia-sia. seolah menjadi perkara biasa bagi rakyat Malaysia yang tak lagi kenal budaya santun, tapi agung dengan kekasaran bukan kecintaan!




Ada yang sok menjadi pahlawan hanya di hujung bibir, yang pandai bermain pedang hanya di papan kekunci, bila disuruh berdebat depan-depan, berperang habis-habisan, merekalah orang-orang, muka-muka pengecut yang takut akan kecundang dan hanya bisa menyorok di belakang tabir!


Mana si pendebat Ugama? Mana si jahil menegakkan kata? Mana yang salah? Mana yang benar?


Hanya satu jawapan aku, 


"Pendebat Ugama yang sebenar-benar tidak akan melakukan perkara sia-sia apatah lagi menghadap YOUTUBE dengan banyaknya perempuan melunakkan suara seakan-akan menggoda,  banyaknya lagu metal yang tiada erti apa-apa melainkan seks, agama bebas dan kusut fikiran bikin goyang kepala seakan syaitan merasuk jiwa, banyaknya lelaki jahanam menyeksa wanita, banyaknya dosa menghadap tak guna!


Pendebat Ugama yang sebenar-benar tidak akan mengaibkan yang lain, andai kata niat nasihat terdetik di hati, anda salah, itu bukan nasihat untuk kejian, cacian dan makian yang mengaibkan saudaramu sendiri. Nasihat adalah suatu bahasa halus yang digunakan apabila berdua, mata bertemu mata saudara yang ingin dinasihati ataupun dalam kondisi perbicaraan dua pihak. Andai kata nasihatmu tidak didengari cukuplah sekadar kamu berdoa di hati, menadah tangan hadap Illahi, kalau cukup saktimu, keperwiraanmu, maka cepat atau lambat doamu termakbul.


Pendebat Ugama yang sebenar-benar tidak menimbulkan fitnah kerana hanya dengan serungkai kata yang tak pasti, kata syakwasangka, kata yang tiada erti, ia tidak lain tidak bukan, FITNAH namanya. Pandai anda berkata fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh tetapi mengapa anda sebar-sebarkan fitnah dengan mudahnya? Dengan Retweet, Facebook share?


Dan yang penting....


Pendebat Ugama yang sebenar-benar tidak hanya dan sekadar berdebat, mereka diam, tunduk , beramal dan banyak memimpin manusia dan mempersiapkan dirinya untuk diperdebat.














Berdasarkan hukum negara, Penyanyi perempuan yang tidak melanggar tatasusila dan tidak melanggar tatatertib pemakaian yang terlampau seperti berbogel ibarat pelacur  mereka adalah sah bergelar penyanyi negara dan dari segi hukum syariat/hakikat/makrifat biarlah hanya Tuhan yang meletakkan hukum, namun tidak salah jika anda perawi hadis yang boleh mentafsir lebih dari seribu kalimat Al-Quran untuk memperdebatkan ini. Aku seolah-seolah terfikir, apa yang ku hayati kini, setiap perlakuan pasti ada imbalan, buruk kita laku, keji imbalannya, baik kita laku, selamat imbalannya!


8 comments:

JIJI YU said...

pendekar ugama menegur dgn cara berhemah.namun si pengur yang berugama juga harus menerima dgn berhemah

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

fintah terlalu senang disebarkan dengan laman social.. hmm manusia akhir zaman..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@ustaz jiji: benar sekali. andai kata hemah bicaranya, hemah juga menerimanya. ayat ustaz jiji the best sokmo!

@zuan: zuan zuan, mashaAllah. memang banyak!

Nur Aischa said...

tula kan. bila buka youtube jea, mesti ada yg komen bkn2. sedih bila tgk dorang cuba nak jatuhkan bangsa sendiri.. :(

~AmyLiana86~ said...

tu la fifi..macam2 dunia zaman sekarang nie..kerana mulut badan binasa..

Ajelip™ said...

HYE FIFIEY! INGAT LAGI TAKKK?? HEHEHH

Duniafiq said...

Bestlah ulasan ni, cara saudari ulas kat sini pun penuh hemah ayat dah macam berbunga bunga haha :)
Bakal di bookmark kan hehe.

A retarded kitty said...

mungkin kerana di Internet pencaci-maki itu rasa bebas mengeji, berlindung di sebalik skrin laptop

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails