Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, January 16, 2012

Kisah Aku dan Doraemon


Waktu kanak-kanak aku banyak dihabiskan dengan buku dan televisyen sebagai hiburan di waktu petang seandainya aku tak keluar riadah keliling rumah tengok mama siram bunga ataupun bersihkan halaman rumah sebagai exercise petang. Dulu-dulu memang macamtulah. Kalau tidak bermain congkak, saidina dan lain-lain permainan dengan kakak abang maka channel di televisyen menjadi rebutan. 


Zaman itu belum 'laku' sinetron Indonesia, malah telenovela Mexico dan Filipina seperti hari ini juga belum ada. Ternyata era 2000 sangat memberi kesan mendalam terhadap pengaruh asing di dalam diri. Zaman 90-an dulu yang ada hanyalah drama atau filem Melayu yang menayangkan Erra Fazira, Awie Spring sebagai peran utama ibaratnya hero dan heroin kacak semasa. Zaman Najib Rosmah? Ibaratnya lakon layar mewah yang dihiasi perbuatan dan perwatakan lucah serta politik yang terlampau mengaibkan nama bangsa dan negara. Setengahnya. Ada juga yang mengagungkan bahasa dari jiwa bangsa.



Televisyen zaman dulu yang besar tu. Angkatnya berat. Belum wujud lagi televisyen nipis yang dapat bersambung sekali dengan komputer riba ataupun any gadgets yang biasanya digunakan muda-mudi zaman kini.  Walaupun besar, tontonnya asyik. Ibaratnya tiada tv, tiada hiburan. Orang zaman dahulu lebih menghargai agaknya. Besar kah, kecil kah, semua pakat hadap. Tak ketinggalan nenek-nenek juga. Nenek sekarang hebat hadap laptop pun jadi, kan? Betapa berubahnya zaman mengikut arus. Untung saja langit dan awan masih setia di atas, kalau tidak, kiamatlah dunia.

Bercakap pasal, kanak-kanak dan televisyen, hari ini mahu aku ceritakan kepada kalian, kartun favourite aku. Aku tak minat sangat dengan kartun ataupun komik. Tapi dengan yang satu ni, memang betul-betul aku hadap bila saluran tv menyiarkannya. Nak tahu apa? DORAEMON. Jangan gelak. Satu-satunya kartun yang sampai kini aku tonton adalah siaran DORAEMON.


Dengar je;


konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu… doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON



Ok aku tahu ini sangat sumbang kalau aku nyanyi. Tapi jangan terkejut, aku tak lupa lirik tau! Itu satu kemajuan untuk diri sendiri apabila dengan bangga menyanyi walaupun hanyalah lagu tema kartun. Rasa gah dengan sendiri. Tu belum lagi nyanyi lagu Kisah Hati by Alyah dengan feel nya yang lagi mantap. Ceittt, jangan duk cuba-cuba bayang aku nyanyi lagu feeling-feeling frust macamtu, sengau nan ado.



Berbalik kepada nyanyi lagu tema Doraemon dengan kadar segera aku dengar je lagu tersebut, aku akan menontonnya. Keluar dari toilet lepas guna sabun badan LUX kegemaran (dulu guna sabun buku zaman 2000 baru guna shower), aku cepat-cepat capai towel. Memang sebelum tu aku dikenakan syarat untuk mandi terlebih dahulu memandangkan memang mama selalu suruh anak-anak bersihkan diri sebelum masuknya waktu Maghrib. Ahh, tonton dengan selamba dalam keadaan berkemban. Kecik-kecik sudah sopan berkemban. Dimarahi mama supaya pakai baju, bedak Baby Johnson di tubuh terlebih dahulu. Itu suatu kenangan yang lebih dari indah!




Doraemon? Apa istimewanya patung gemuk, gendut berwarna biru itu? Banyak hartanya, hanya disimpan di dalam poket sekecil itu. Itulah yang aku banggakan. Sehingga ada suatu hari aku terfikir, andai saja Doraemon di sampingku, akan aku war-war kan kepada dunia, setiap yang punya masalah, akan kuminta bantuannya!




Aku benci sekali dengan watak Giant. Sudahlah gemuk, jahat lagi. Tapi meriah juga kadangkala dengan keriuhan kenakalannya itu yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap teman baik Doraemon, Nobita. Nobita bagiku dia sangat lugu, agak bendul, dan payah bertindak sendiri. Selalu saja minta bantuan Doraemon walaupun terhadap hal-hal yang tidak perlu! Tapi dia lucu. Sifatnya yang baik hati dan sentiasa nak puaskan hati orang lain itulah yang membuatkan Doraemon terus membantu dia dalam apa jua keadaan! Sizuka pula? Anak perempuan yang Nobita suka! Bagi aku Sizuka pasti punya raut yang cantik. Dia berteman baik sesama semua! Banyak lagi lah watak lain, kalau mahu tahu, tontonlah sendiri! Aku dah tak tahu di Malaysia hari apa ditayangkan. Tapi yang pasti masih wujud lah kartun DORAEMON ini!:)




Admit! Aku tak pandai melukis. Tengok. Banyak kesan padam, kan? Bantai je lah!:p


See you again on the next post! 
Happy watching Doraemon and happy reading my stories!



18 comments:

Anisa Hang Tuah said...

tak sangka..panjang juga lagu doremon..hewhew

syAzAnA said...

syaz still minat doremon smpai sekranggggg!

CekbOlat-bOlat said...

alahai jiwe katun upenye akak ni.. hehe..
not bad la akak lukis.. hhooh

say to easy=) said...

citer doraemon sampai bila2 orang akan suka x kira tua or muda.betul tak?

Asmara said...

suka doraemon! kalau kat jepun waktu tayangan sekarang 7 malam tiap hari jumaat. lagu doraemon skrg pun dah lain, tp nobita tetap masih bersekolah rendah. hehe..
*takekoputaa = harikoputa (helikopter) :D

wahida said...

eh, jadik jugak la tu...kalau aku yang lukis terus hampeh!!

Nur Aischa said...

haha so sweet.. sampai skrg still tgk doraemon lagi, crita dia kat sini tiap hari sabtu pukul 7.30pm :D

E F F said...

sy pun sampai skang tgk doraemon neh! heee

Model Busana Muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

wan nurul hezrina said...

dulu mmg akakpun suka ngan doremon.dalam poket dier2 ada mcm2 barang tok si pemalas nobita..

skangpun tgk gak ngan anak=)haha tapi skang gerammm kat nobita...mmg pemalas n tau nak keje senang jer

MaryaYusof said...

Doreamon mmg best... membesar dgn cite cartoon ni... Rasanye masih ditayangkan setiap hari sabtu...pukul 7...mesti fifiey byk collection patung Doreamon kan?

Khuzrin Kamarudin said...

Saya yang lelaki pun minat doraemon sampai sekarang.. Hahahaa...

p/s : Jujur cakap... budak2 sebaya kamu lebih cenderung menulis secara gedik, tapi kamu punya tarikan tersendiri... Suka cara tulisan.. Hohooo.. (Dari si festaim baca blog ni)

untoldhistory said...

cantik kot:D pandai la tu lukis! :)

fathiahRAIHANA said...

buku doraemon ni penuh dah rak kat rumah -,-
dr zman bila ntah .. ada yg dah koyak rabak pun, hehe.


eh comel aje doraemon tu ^^

sHeeMa DeaN said...

akk dulu..masa zaman anak dara.. pasti dan harus beli komik doremon.. kekadng tu sampai suruh pakcik tu simpan kan..

Princess Nur said...

knur pun suka tonton doraemon..paling comel tentulah sizuka yg menjadi rebutan jantan jongos iteww...hahah!

Bobo said...

comelnye doraemon yg dilukis tu :)

caliph shuriken said...

x sangka rupanya suka tgk citer doraemon, hikk...

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails