Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, January 6, 2012

Cerita Aku Zaman Sekolah Rendah!


Zaman itu, era 2000 baru muncul. Aku baru Darjah Satu. Era globalisasi yang dibanggakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohd. Malaysia baru meningkat maju. Pusat pelancongan, pusat membeli belah serta jalan raya juga sudah berturap elok. Pokoknya setiap kali holiday cuti sekolah, aku lalui jalan yang penuh dengan keselesaan. Abah pada ketika itu menggunakan kereta Honda. Beberapa biji keretanya menjadi bini kedua, ketiganya sampaikan mama selalu berkata, "dah servis bini awak tu?" Cet. Fikiran aku masa itu masih suci! Sekarang juga suci. Abah selalu servis keretanya sebelum berjalan jauh. Tak berjalan jauh juga sering saja dia membelai-belai keretanya itu.




Dulu-dulu ingat lagi, nak tunggu raya kena tunggu akhir tahun. Memang perhitungan Syawal ketika itu berada di hujung-hujung tahun ataupun awal tahun. Mama dan kami punya sifat yang tak banyak beza. Kami di sini merujuk anak-anaknya. Mama orangnya mempersiapkan segala sesuatu terlebih awal. Tak suka dengan kesibukan yang terlalu maksima sehingga abah terpaksa membebel berjam-jam di dalam kereta akibat kesesakan lalulintas, maka, 6 bulan sebelum raya ataupun persekolahan baru dibuka, mama sudah mengajak kami untuk bershopping segala. Dari peralatan ringkas sehinggalah peralatan berat, dibeli awal. Kecuali buku teks takut pula silibus berbeza dengan sekolah mahukan, maklum sahaja, lain negeri, lain pula silibus. Macam-macam.




Aku dikira bertuah. Sebab hampir semua yang aku inginkan aku boleh dapatkan. Tapi itu dulu la. Ahh, tapi waktu budak-budak dulu aku tak banyak demand. Baru aku merasakan yang aku ni totally loser sebab tak reti untuk menuntut ataupun mencuba mendapatkan sesuatu yang berharga dalam erti kata lain tak pandai ambil kesempatan. Sampaikan mama dan abah pelik dengan aku. Bila ditanya mahu present apa contohnya, boleh aku dengan blur menjawab, ikutlah apapun, paling tak, aku menjawab, tak tahulah dan juga jawapan lainnya, tak kisah apa-apa pun. Hadiah. Hadiah seumpama aku cemerlang dapat no.1, no.2, atau no.3 dalam exam. At last makan KFC je lah hadiahnya. Kau orang zaman sekarang untung tak dapat cemerlang pun hari-hari makan KFC kan? Haaa, zaman aku dulu-dulu, waktu cemerlang je melepak, melantak ayam, nuggets, burger padahal mampu saja kalau nak pergi hari-hari jua pun, cuma mungkin KFC pada ketika itu tidaklah begitu expose. Lagipun mama dan abah tidak begitu gemar dengan KFC, cuma mungkin senang melihat anak-anaknya melantak bagaikan apa bila tengok KFC terus tersenyum. Sampaikan sekarang aku tengok je ayam, aku dah surrender, taknak! Haha. Dah jemu barangkali.


Aku dulu-dulu takda jiwa nak main games. Play Station abang aku tu pun aku tak sentuh. Tak minat langsung. Walhal jutaan kanak-kanak lain menginginkan PS tersebut. Baru muncul kan. Yang aku tahu hanyalah, buku, buku dan buku. Kalau cuti sekolah pasti ke kedai buku dan dapatkan buku latihan terbaru. Itu sebabnya almari buku aku penuh dengan buku. Sampaikan yang tak guna, aku bagi sedekahkan dekat yang tidak berkemampuan je. Ingat lagi, buku-buku rujukan kesayangan aku, sebelum aku pindah ke Aussie, banyak yang aku kasi ke orang-orang, teman-teman baik. Mereka suka, aku pun bahagia boleh berkongsi, walaupun ilmu pada buku!


Aku tak ada kawan-kawan sepermainan. Itu salah satu sebab mengapa aku menjadi begitu teruja bila jumpa kawan baru dan akan terluka kalau ada yang menyakiti.  Kawanku hanyak adikku dan juga kakak serta abangku serta teman-teman persekolahan. Aku masih ingat raut mereka walaupun ada yang lupa nama. Mungkin kenangan itu abadi, kalau disia-siakan jadi badi, tidak luput tapi lekat sampai kapanpun. Waktu berginjak, usia meningkat, namun, kenangan tidak merubah apapun, yang berubah diri kita sendiri. Ada yang berjaya, ada yang gagal di persimpangan namun aku dan teman-teman masih muda. Aku mendapat perkhabaran dari teman melalui laman sosial. Banyak di Facebook, Twitter biasa saja sebab aku tidak begitu aktif dengan laman tersebut.


Zaman sekolah rendah adalah zaman yang indah buat aku. Buat zaman kanak-kanak aku. Mungkin itu sekadar cerita lama yang tidak saja kita imbau, tapi kita rasa hingga kini. Di sekolahlah aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia kecil yang dinamakan kanak-kanak. Aku cepat dewasa. Kerana itu di kelas juga aku pelik dengan sifatku sendiri. Di mana kanak-kanak lain lintang pukang berlari bermain-main, terkinja membawa penyapu lalu menari-nari seakan princess, ada juga yang bergaduh dengan murid lelaki, main cop tiang, lompat tali dan juga kenakalan kanak-kanak lain tidak aku campuri. Kadang-kadang terfikir, tak normal ke aku? Aku dari dulu tak suka ke kantin. Kalau ke kantin sekalipun, aku hanya menemani teman baikku. Duit poket yang mama kasi, aku simpan dalam tabung berbentuk bangunan tabung haji! Banyak. Hampir Rm 500 dan lebih aku kumpul! Bayangkan saja, sehari duit poketku Rm2. Ya, bagi anak metropolitan sekarang Rm2 tiada maknanya. Dengan sekolah dari pagi hingga lewat petang tambah pula ada kelas agama, Fardhu Ain dan kelas tambahan bagi yang mendudui peperiksaan besar, memang itu tidak cukup. Tapi bagi kami, murid-murid terdahulu itu sudah cukup bernilai!:')


Apa lagi cinta monyet sekolah rendah. Walaweh. Budak-budak sekarang dah pandai bergayut telefon, berutus surat tidak lagi, malah menggunakan medium ringkas, cepat lagi mudah, iaitu FACEBOOK. Laman secara percuma untuk berutus berita dan bermain kata cinta. Zaman aku sekolah rendah dulu, belum ada Facebook. Email dah ada tapi aku belum register sebab belum pandai lah internet bagai ni. Abah pun tak ajar. Bersebab mungkin. Komputer kat rumah dulu pun aku reti  bukak tutup games je. Yang lain abah tak kasi sentuh, takut file kerja dia hilang. Di sekolah dulu, berbalik cerita cinta kanak-kanak aku, ada jugaklah kanak-kanak yang bajet macho dan bajet sudah dewasa sering mengusha, minat barangkali, yang aku ni jenis blur je. Memang jenis aku macamtu mungkin. Duduklah dia bertempek sebelah aku pun, aku masih anggap dia kawan, siap ajar MATEMATIK lagi tauuu... Tulis surat kah, senyum senyum kah, gua takde feel nak balas. Lagipun takut abang ejek, sebab sekolah rendah aku sekolah sekali dengan abang kedua aku! hahaha. Aku tak ada jiwa dan rasa terhadap lelaki. Dah berganjak 18 baru ada rasa bila tengok lelaki macho. Cewahhh....


"Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak menggunakannya ia akan memancung kamu"


Pesanku buat adik-adik yang baru sahaja memulai sesi persekolahan (Malaysia), tuntutlah ilmu sebaik mungkin. Mungkin semalam kau sangat mensia-siakan waktu, namun bertekadlah tidak untuk hari ini! Ingat, jasa dan pengorbanan ibu bapamu. Jangan sia-siakan mereka. Mereka mungkin tidak menuntut apa-apa tapi jauh di sudut hati mereka, mereka mahukan kamu berjaya supaya suatu saat mereka tua dalam kesusahan, anak-anaklah yang akan membantu mereka. Jangan buat ibumu menangis keranamu, kerana setitis air mata ibu mengalir keranamu, setitis juga keberkatan kau perolehi akan hilang. 


Aku takut aku berdosa dengan mama. Aku takut mama terguris dengan aku. Mungkin pernah, namun aku tahu, seorang ibu sentiasa memaafkan anak mereka. Tiada apa yang aku inginkan, melainkan kebahagiaan, kebersamaan tanpa kesedihan lagi! Orang lain mungkin boleh membenci sifat kita yang jelek, namun tidak keluarga kita kerana janji Tuhan tidak pernah sia-sia. Aku masih yakin akan hal itu! 



Ni waktu aku dah kira besar dah ni, dah darjah dua pun! Waktu majlis anugerah cemerlang. Aku sempat lagi makan eskrem coklat. Fevret! Aku masih ada tau tudung ni! Cari foto darjah satu tak jumpa. Haha.


Jeng jeng jeng, 7 tahun kemudian. Ni waktu usia 15 tahun. Tudung ni masih aku pakai dengan cara yang lebih kemas.


25 comments:

Aweyn said...

manisnya bertudunggg :))

anyway,indeed true.

dulu zaman sy pon,kalo nk mintak reward..mak asyik blnja makan je..

budak2 zaman skrg lulus pekse je,iphone 4 la..blackberry la.. =.=

Anisa Hang Tuah said...

comelnyaa...tahun 2000,saya berada di darjah 6 :D

CIK MAY said...

bagusnye..simpan lagi tudung lame2 dulu..sekarang pun perangai mcm tu.hm..tudung CM selamat sedekah kat anak2 buah..sbb CM ni jenis tak suke smpn barang lame2...serabut...ni mesti org yg cermat.bagus2..sek ren dulu comot sgt..haha..pnglmn tak lupe, ari2 menapak dari umh ke sek..klu abh ade, baru die htr naik moto..duit blnje dulu pun sehari 30sen..klu dpt 50 sen,tu untuk sekolah agama sekali waktu ptg..klu dpt duet rm1 yg siling emas tu rase da kaye gile!haha

luahfikiran ... mari kita said...

Salam ,
Oh, masih simpan gambar lama . LF tunggu entri seterusnya ... semasa sekolah menengah.

aLya maNip said...

fifiey drjah 2 sangat lain...lau k.alya tgok gmbr dulu mst ckap fifiey besar akan jd ayu..cam umie aida tapi bila da besar jd comei n kiut cam datuk siti..hihi

kim heeruul said...

zaman sekolah rendah seronok kan...

CekbOlat-bOlat said...

cantik la kkak bertudung =)
manis je..

anyway.. teringat zman skolah.. haha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

wow u look different ;)

n u are a good daughter... :D

p.s prnah try tulis cerpen? good writing

Mr feckry said...

lu buat wa terkenang zaman lelame gua la

afzan said...

bagusnya suka baca buku. bila besar boleh jadik ulat buku ye dak?

aleen aiden said...

masa sekolah menengah paling banyak duit mak bagi 2ringgit.itu pun bertahan sampai petang.lepas skolah kena stay sebab ada tusyen,sampailah petang.hu3

diana said...

tahun akak kecik2 dulu (1987)
darjah satu..
pergi sekolah bawak 20 sen je..
hehehe..
umur dah 20 baru dapat ada komputer sendiri..heheheh

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

owh dear u so young
but when ai age 22 ai already marriage...2000 my sweet 18 gituew...

yana lyana said...

manisnya awakk..
salam kenal :)

tieykah said...

you look great in tudung fi.

:D

aan said...

nice... reminds me to my own memory. sama lah.. dulu2 sy pun tak pandai nak mintak reward walaupun dapat result ok. rugi pulak rasanya tak ambil kesempatan. haha....

shahrazali said...

wahhhhh...comel giler gmbr awk masa darjah dua tu....terpikat nih..hehehe...

cerita zaman skola best kan... dulu sy mmbesar sbg budak nakal dn lasak.. dan sy rasa puas hati sbb kecik2 sy nakal dn lasak...

budak2 skrg mmg jarang cmtu..kecik2 dah ada mcm yg canggih..

Nelly The Strange said...

comelnya !!
kalau ingat balik zaman sekolah , rindu !!
-.-

Hanis Azla said...

cerita yg manis dari org yang cukup manis juga.. semoga kita semua menjadi anak2 yang selalu membahagiakan hati ibu bapa kita, insyaAllah..

evagurl (podshop) said...

hoho bagusnye fifiey klu cemerlang mintak kepsi je. klu akak dlu mintak pistol ngan topi askar. hahahaha

p/s: semoga berjaya untuk masa hadapan :)

El-Janna said...

cutenyaaa..zman knk2 mmg best kn

PinQib said...

lawanyeeeeeeeeeeeeeeee..

littledolphin said...

saya pun seperti kamu.gila buku.hihihi.

dan kalau parents tanya nak apa kalau exam cemerlang,saya cuma cakap,'apa-apa je lah.' kalau dipaksa jugak,baru kata 'nak buku .' hehe

yup.rm2 sekarang dah macam tak ada nilai dah. tak cukup untuk satu hari di sekolah.

..::SangRatoo::.. said...

hehe..so cute..

tapi yela..i pon dah boring makan KFC..dulu kite panggil "kentucky" kann :)

wan nurul hezrina said...

manisnya kamu bertudung..

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails