Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, January 3, 2012

2012.



Aku mudah. Sangat mudah. Mudah dalam erti kata senang. Senang sinonimnya lagi dengan suatu sudut pandang yang tidak payah. Apa yang mudah, senang dan tidak payah yang dimaksudkan? Mudah terima cabaran 2012. Insya-Allah, senang untuk menghadapinya, dan juga tidak payah untuk berdoa, berusaha dan tawakal dalam apa jua yang bakal berlaku dalam tahun 2012 ini! Harap dan hasrat harus menyatu tapi aku percaya dengan jadual Tuhan yang pastinya adil lagi saksama. Aku syukur, masih diberi nyawa sihat, akal masih waras serta deria rasa yang begitu kuat. Resolusi awal Tahun? Banyak rancangnya. Lihat saja. Goyang lidah tak menjadi bikin malu, bukan? Doakan untuk aku yang terbaik!



Hipotesis aku sepanjang 2011:
Semakin banyak usaha, semakin banyak ganjaran.
Semakin banyak meratap, semakin banyak dikasihani.
Semakin banyak memberi, semakin banyak rezeki.
Semakin banyak kasih sayang, semakin terlihat bahagia.
Semakin pudar hati, semakin lusuh nyawa.
Semakin baik, semakin disayangi.
Semakin makan banyak, semakin kurang makan hati.
Semakin bergosip semakin sakit jiwa.
Semakin berbalah, semakin huru-hara.
Semakin belajar, semakin berilmu.
Semakin kaya, semakin gagah.


Sudah tiga hari berlalu tahun baru dan aku baru update! Sungguh. Emosi sepertinya sedang tidak seimbang untuk menulis dengan bagus. Alasan yang benar-benar membuatkan aku menjadi seorang yang entah apa-apa. Dissapointed with myself. Aku ibarat occupant yang sedang occupied sesuatu yang boleh aku rasa tapi belum sepenuhnya yakin. Tuhan pasti tunjukkan sesuatu kerana Tuhan beri, Tuhan tarik, Tuhan tolak, Tuhan terima itu semuanya HAK DIA dan yang penting itu semua pasti bersebab dan yakinlah apa jua sebabnya ia membawa manfaat untuk diri. 




Aku ingin sekali menjadi seorang yang sangat yakin, gagah dan juga tegas seperti dulunya aku. It's not ridiculous. Itu memang aku dulunya. Aku orangnya yang ga peduli setan sama hal-hal yang remeh dan tidak masuk akal, dimarahin segala juga tidak peduli. Bebal, degil tapi tidak jahat. Keras hati juga aku. Tidak mudah percaya sama hal-hal yang dianggap sangat khayalan tingkat tinggi. Aku mahu kembali seperti itu, bolehkah? Menjadi seseorang yang mudah tertipu, dipergunakan dan juga dipermainkan suatu hal yang melelahkan padahal awalnya bermula dengan keikhlasan dan kejujuran. Haha, kadang-kadang mahu tergelak sinis saja mendengar lagu  Indah Dewi Pertiwi Tidak perlu tahu cerita jelas cukup sekadar aku nyatakan, Tuhan Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pelindung. Dengar puisi Zahiril Adzim Masih mencari. Jangan salah faham, mencari Tuhan yang segala MAHA. Rasa-rasa gagah dengan sendiri! Walaupun aku tahu janjimu Tuhan, siaplah untuk perlahan-perlahan sahaja aku menelannya walaupun tidak sekarang, mungkin besok, lusa, dan juga hari serta tahun berikutnya. Janji tak pernah palsu melainkan janji manusia. Takut bunyinya. Gerun akibatnya.


Kadang-kadang kita tak perlu tahu sedikitpun sebab itu untuk apa, alasan untuk sesuatu sebab itu terutus untuk apa, tak perlu bertegang fikir sesuatu hal yang terjadi, kerana yang direncanakan, diatur, membawa kekecewaan dan banyak juga kebahagian. Rindu saja tidak terlawan, inikan pula takdir. Tergantung. 


Kadang-kadang aku berfikir lagi, adakah penjahat berfikir yang bahawasanya mereka berbuat jahat  itu suatu hal yang baik? Sedangkan penjahat memikirkan tentang masa depan anak-anak dan dirinya sendiri? Dosa yang telah direncanakan? Apa Tuhan telah mewujudkan suatu deria rasa jahat di dalam dirinya? Kenapa dia menjadi begitu jahat walhal dia tahu jahat itu suatu dosa? Begitu juga dengan dengki syirik? Kenapa perlu beranak pinak di dalam diri sehingga sanggup menjahanamkan orang lain? Tega melihat orang lain derita atas kebahagiaan diri sendiri?


"Aku merasa seseorang yang bisa merubah dunia itu sangatlah agung tapi untuk diriku sendiri, biarlah aku tidak agung merubah dunia, asalkan aku agung merubah diri."





Twit aku di twitter tengahari tadi setelah makan laksa berbunyi: "Azam tahun baru? Moga lebih banyak bahagia dari kecewa."  Misi baru, semakin kaya duit, semakin kaya budi dan juga hati. Sinis dalam manis! Selamat tinggal 2011! Selamat tinggal.




Kongsi sikit, apa azam tahun baru 2012 kalian? 



30 comments:

Amirah Adnan said...

may happines always with u dear :)

Atiqah Razak said...

Nak pinjam la hipotesis tu ;)

Princess Nur said...

Happy new year fiey..hope 2012 bring 1000 happiness in ur live!

zati embong said...

azam thun baru?

kita sama! nk bahagia, bersama tersyg O.o

Bitt (double IS) said...

happy new year to u!

Pocket said...

wah!! nicely written sis :D

pocket pun nak yg sama gak.
kaya wit,
kaya senyuman,
kaya kesabaran:D

pyejal said...

nak sambung sikit..
semakin senyum, semakin berseri..

MULAN said...

happy new year dear..!!!

happy & healthy always...

H.J said...

hipotesis yang dah terbukti da tu..haha

CekbOlat-bOlat said...

wuhuuu..cantik =)
azam? bolat recycle je yg lame2.. hoho

Pondok Usang said...

walau bila pun dikau update.. kami tetap menanti entry terbaru mu.. selamat tahun baru...

Akulah Pak Lan said...

Its been a while, nama pun dah berubah ya? Still remember you =)

AngahSayang2314 said...

iiii fifie lama tak singgah sini apa pun happy new year....kenal tak???

Akulah Pak Lan said...

Yeah! Memang sudah tertukar org. Haha

Sarah Mohd Saleh said...

harap ape yg fifiey inginkan tercapai oke.i.allahhhh ;)

zOeY zAu YaH said...

selamat tahun baru..smoga kita semua berjaya selalu =)

Aki said...

Happy New Year Kak!! ^_^.v.. Well, hipotesis yang sangat baik dan bergaya which I like!! ^_^.v..

munna said...

selamat tahun baru...semoga 2012 membawa sejuta kebahagiaan

KaK LimAh Si SupiR said...

azam 2012? kalo blh nk smbg blaja smbl keje :P

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Selamat tahun baruuuuuuuuuuuuuuu =)

diana said...

semua orang boleh bahagia kalau
sekelilingnya juga ada unsur2 bahagia..

nazirah said...

cantiknye u ni dear..
insyaAllah semoga tahun 2012 ni memberi sinar kebahagiaan dan keceriaan buat kamu .. ;)

Original CikTeddy said...

sy copy ayat kamu skit.ye..sedap sngt didengar..heway,hepi new year!

acheeqa farhana said...

slmt thun baru ye..moga segala impian dan cita2 tercapai..aminnn :)

ijam ismail said...

bw here...
da lme x berblogging..
hye

khairul akmal bin azman said...

hope tercapai ur wishlist this year bebeh..

mia said...

azam 2011 alhamdulillah trcapai :) suka betul dengan hipotesis kamu sepanjang 2011..

pertama kali singgah sini, tulisan kamu sangat matang, lebih dari usia, which is good :)

happy new year fifiey :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

suka baca hipotesis 2012 kamu tu :)


selamat tahun baru.


azam sy nk dptkan bmi ideal haha

PinQib said...

nak study kuat3.. pointer kasi naikk sikitt.. BTW!!!! Happy new year!~@~

evagurl (podshop) said...

selamat tahun baru dik fifiey :)

azam taun baru nak mak mertua. sorang pun jadik laaaa

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails