Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, June 30, 2011

PARTY PUNYA HAL LAGI DI TERENGGANU WAKTU BALIK HARITU........:))









Aci tak aci tak kalau Fifiey nak letak foto saja lagi?
Tak nak tulis panjang-panjang berela-ela macam kain raya bakal tiba?
Tiada kaitan dengan kain, tapi nak tunjuk contoh dan perbandingan,
Antara ELA KAIN dengan ELA AYAT.:p



Bercerita dan berjenaka kita melalui foto,
Sajian foto yang lucu-lucu pastinya bakal membuatkan anda ketawa terbahak-bahak,
Sila tunjukkan bagaimana anda ketawa tersengeh nampak gigi yang teratur.
Sila-sila. Kalau boleh. Harap berjaya.


Ok, hari ini saya nak umum yang saya baru dapat berita,
Betul ke haritu gerhana bulan?
Kenapa saya tak perasan?
Atau mungkin saya ter'overdose' dalam tidur???
Apa nak jadi-_-"



Ok. Let's feel the party people=)










































MAY, 2011.
PANTAI BUKIT KLUANG, BESUT, TERENGGANU.
BIRTHDAY PARTY CELEBRATION.



LOTS OF LOVE,


Sunday, June 26, 2011

KERABU SOTONG

Assalamualaikum and hye people......

Hello people. Harap baik-baik belaka keadaannya. Harap tak ada yang sakit-sakit, kalau ada yang sakit, cepat-cepatlah sembuh, makan ubat dan istirehat. Al-maklum sahaja, cuaca sekarang tak menentu, hujan, panas, guruh di langit berdentum, kilat sabung menyabung membuatkan saya takut untuk merayau-rayau keluar. Oleh itu, jagalah diri anda supaya tidak dihidapi sebarang permasalahan kesihatan yang menjejaskan anda untuk meneruskan kehidupan seharian secara normal. Ceh, membebel macam ibu-ibu doktor pulak dah. Hehe, maaf terlebih kata akibat daripada pengambilan makanan yang sihat mungkin.


Bercakap pasal makan dan makanan, cuaca panas macamni, perut sering terasa lapar, jadi dapurlah yang menjadi mangsa untuk diterkam oleh saya. terkam untuk cari makan. Jadi apa menu yang dipilih? Terasa nak makan sotong. Jadi buatlah kerabu sotong. Pernah dengar tak menu ni? Kalau belom pernah, sila tengok cara hidangan ini disajikan!


Tadaaaa! Here it is. Say hello to kerabu sotong edisi Fifiey Lychee Maration.


Bahan-bahan yang diperlukan terdiri daripada:

1. Sotong (dihiris bulat-bulat)-kuantiti mengikut hudangan sebanyak mana yang anda mahu hidangkan.
2. Daun ketumbar
3. Bawang besar
4. Tomato kecil
5. Limau nipis- 2 biji
6. Cili padi (Tergantung tahap kepedasan yang anda mahukan, 5-10 biji sudah cukup pedas.)
7. Sos ikan
8. Gula dan garam secukup rasa


Cara disajikan:

1. Seperti biasa, sotong yang anda beli di pasar atau di supermarket haruslah dibersihkan terlebih dahulu sehingga kotoran dan hitam2 di dalamnya itu cuci dan putih bersih:)

2. Cara memotong sotong tersebut adalah dengan hirisan yang bulat-bulat. Rebus sotong tersebut supaya benar-benar masak supaya boleh dimakan dengan rasa segar. Jangan lupa sejat airnya dan taruhkan di dalam bekas yang cantik untuk taruh sekali bahan-bahan seterusnya.

3. Potong dan masukkan daun ketumbar, cili, bawang besar dan tomato kecil yang telah disediakan sebentar tadi. Gaulkan  bersama sotong tersebut. Masukkan juga kulat jika mahu.

4. Masukkan sos ikan sebanyak 3 sudu (ini suggestion sahaja, tergantung atas rasa dan hidangan yang kita sediakan).

5. Masukkan sekali garam dan gula secukup rasa. Gaul lagi.

6. Perahkan asam limau nipis secukup rasa. Gaul dan terus gaul supaya rasanya sebati bersama bahan-bahan yang ditaruh sebentar tadi.

7. Cuba rasa sedikit, bagaimana rasanya. Enak? Sajikan kepada orang-orang yang anda sayangi. Selamat mencuba sayang-sayang semua!!!


P/s: Baca bismillah ye sebelum makan. Bagi sesiapa yang mencuba resepi ni, upload foto anda lah, bak sini saya nak tengok masakan air tangan anda!:) Sama-sama berbagi rasa, sama-sama rasa selesa, bila perut kenyang, hati gumbira:))



LOTS OF LOVE,




Thursday, June 23, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!



SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!


Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST telah bermula pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.


INGIN MENGETAHUI LANJUT TENTANG CONTEST INI?

Saya pasti anda semua senang dan sangat suka tersenyum di saat-saat bahagia apatah lagi di saat yang ceria tanpa putus-putus senyuman di bibir. Tiada duka yang ada hanyalah suka ceria. Apa kaitannya dengan contest ini? Untuk penerangan lanjut, sila sambung bacaan di bawah dengan teliti.(Sambil senyum pun lebih bagus, dan sambil berangan dapat hadiah pun ok juga. Sila berkhayal sebelum mendapatkannnya:p )

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA., yang mana apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011.

Jadi teman-teman apa tunggu lagi? Waktu tidak menunggu anda, jadi kejarlah peluang yang ada. Bukan senang nak hadiah free kan? Jadi tidak salah kalau mencuba nasib dengan menyertai peraduan sebegini. Bukankah pertarungan secara sihat itu baik dan sangat dituntut? Cewah, terlebih ayat. Apapun, don't wait any longer and you can join this contest too if you are interested:)

Apa yang perlu anda lakukan? teruskan membaca seperti yang tercatat di bawah.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

ashrafjalil.com
http://aarrghitsme.blogspot.com/

(HAD BEEN FOLLOWED)



2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.



(IT HAD BEEN PASTED AS BELOW-DONE)




3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite.
(IKHLAS LA. KALAU TAK IKHLAS DOSA:P )




4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://www.ashrafjalil.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

(OK, WILL DO AFTER THIS ENTRY HAS BEEN DONE)



5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)
(SINCE RAKAN FOLLOWER SAYA AGAK RAMAI, SAYA AKAN TAG 3 ORANG SEPERTI DALAM SENARAI DI BAWAH-OK, PLEASE JANGAN BANDINGKAN DENGAN CIK EPAL, FATIN LIYANA, HANIS ZALIKHA, DAN SEANGKATAN DENGANNYA. HAHAHA.)


6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya:



Who wanna treat me for dinner tonight? Sila angkat tangan, sila sila. Peluang masih terbuka kepada anda yang masih single tidak kira lelaki dan perempuan. Cet perempuan perlu jugak ke? Gatalnyosssssss......... jiaaaaahhhhaahahaha:p


Senyuman saya paling ceria sebab _______.Cuba anda teka sebab apa saya boleh katakan yang foto ini adalah foto ceria dari saya? Adakah mungkin kerana ada sesuatu bahan lawak di hadapan yang sedang saya tonton? Atau mungkin perasaan berbunga-bunga dengar orang puji itu ini? Atau mungkin seronok yang teramat sangat sampai tak notis orang sekeliling tengok sambil berkata dalam hati "pehal dengan budak ni gelak sensorg". Hello, mana ada sensorang ok! Ramai-ramai gelak. Serius ramai-ramai. Atau mungkin saya senyum ceria ni sebabnya.......sambung lagi, sebabnya dapat melantak banyak makanan di hadapan mata? Oh benarkah? Tidak juga, actually, all the reasons above sangat dan boleh diterima pakai. Tapi bonda ada pesan, pertuturan hendaklah ada budaya dan etikanya sendiri juga. Jadi, cara tutur yang lebih sopan untuk menerangkan megapa saya tersenyum ceria adalah kerana makanan yang saya makan adalah sangat sedap, enak, lazat, delicious, marvellous dan juga hebat rasanya. Ye la wehhhh, best sangat-sangat-sangat! Bila perut dimuatkan dengan makanan lazat dan berzat, makanya dengan itu hati akan turut senang gumbira sentiasa, dan senyuman juga jadi ceria seperti sang suria terbit di langit biru bersama cahayanya yang terang dan tidak suramkan dunia! Oleh itu, sentiasalah makan bila perlu, mengikut jadual, dan pastikan ia lazat berzat. Kata pepatah, perut kenyang hati senang:))))

dan berikut adalah rakan2 yang saya tag:







Ok, saya tag 3 rakan blogger teman sejati di alam blogger ini kerana mereka sangat baik? Nak angpauuu, sebab puji nii. haha. Kepada 3 teman di atas, sila dan sila join contest ini sekiranya berminat.





Terima kasih daun keladi,
Harap-harap menang undi,
Kepada organizer yang baik hati,
Salam ziarah salam kenal sekali.:))



Comel kan?? selain warna putih, ada warna pink, blue, brown and black jugak! Ahhhh. nak nak nak:DD Jum mimpi dapat benda alah yang comel dan berguna ni dulu. Nak mintak dengan doraemon pun, doraemon tak wujud depan mata sekarang ni, ada kat Jepun tuh haaaa:P


LOTS OF LOVE,

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails