Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, April 25, 2011

Kalau Dah Ujian, Memang Ujian!

Sudah jatuh ditimpa tangga, Nasib baik tak ditimpa atap rumah ke, kayu balak ke, tak ke nanya lagi ditimpa gunung berapi .Nauzubillah. Awak semua, fifiey demam + batuk. wuwuwuw, jum sama-sama nagis meratapi nasib Fifiey sekarang:'( Bolehlah buat lasan kenapa macam chipsmore je update, sekejap ada, sekejap tak ada. Ciss, bunyinya manja, perkara remeh-temeh macamni pun perlu disebar-sebar umum??? Alah, santai sajalah, kucing beranak kembar pun awak semua pi canang satu kampung kan? So, tak salah lah kalau Fifiey Lychee Maration is not feeling well and wanna tell the whole world her condition now!:) sebabnya, sebabnya nak suruh kalian semua mendoakan kesejahteraan atas kesihatan hamba sekarang. Mana tahu, satu kata dari seribu bicara, terlekat azimat mulut masin anda, maka sejahteralah Fifiey adanya.


Ok, berbalik kepada tujuan asal, kenapa tubuh longlai lemah macamni pun masih ada daya untuk update entry di blog? Sebabnya, sebabnya sekali lagi, nak suruh kalian semua mendapat satu pedoman iaitu pandai-pandailah jaga kesihatan diri di zaman era globalisasi yang kian esat dengan pembangunan seiring dengan pencemaran. Apa yang tercemar? Udara, air yang kaian sedut, hisap, minum lalu masuklah pencemaran itu ke dalam rongga-rongga badan kalian, maka membekulah menjadi toksik-toksik yang memudaratkan sel-sel tubuh badan kalian dan maka dengan itu, peluang untuk anda mendapat penyakit berat adalah tinggi. Risiko jangan diambil, apatah lagi berkaitan dengan kesihatan. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kalau mencegah anda pelu keluarkan duit sekitar Rm 50, tapi kalau dah merawat, Rm 50 000 pun belum tentu cukup. Kalau yang mampu, silakan sakit-sakit selalu, bantu bagi gaji ke doktor-doktor pakar;) Tapi kalau yang tak mampu, cegahlah sebaik mungkin! Utamakan kesihatan daripada kesentimentalan. Boleh ke macamtu? Apa-apalah, Aiman tak kesah;) Pokok-pangkalnya, doktor sukalah tu kita ulang-alik pergi klinik apatah lagi patient nya cun melecun, kacak gagah perkasa. hahahaha. Gurau semata-mata bukan bermati-matian!


Bercakap pasal batuk, fifiey banyak dapat petua, petua dari borneo, dari jawa, dari hero heroin malaya, dan dari pelbagai pihak lah. Nak share tapi bak Rm 50 sensorang baca. Ini kan sesi pencegahan, bukan sesi merawat. Sila abaikan, gurauan sekali lagi. Doktor Fifiey tak pernah ambil upah/pengeras/penawar nanti ubat jadi pahit macam hempedu dan lambatlah penyakit itu sembuh. Maafkan hamba melalut lagi. Tension, sebab dah lama tak berpeluang untuk melalut macamni di blog ni. Terasa macam bukan blog sendiri pulak. hehe;) Disebabkan Fifiey dapat merasakan kehangatan rindu kalian untuk membaca di ruangan ini, maka wujudlah fifiey secara nyata pada kali ini untuk berkongsi petua (Ok, ayat skima jap eh, biar muncul feel doktor). Petua tradisional untuk menyembuhkan batuk dan demam berskala kecil. Eh, ada skala jugak ke? Ada ah, ada yang peringkat baru, dan ada yang berbulan-bulan tapi tak sembuh-sembuh. Jadi, rawatlah dari awal cegahlah yang terawal dari yang berawal.



Petua-petuanya:-Kalian petik bunga raya. Then rendam dalam air. Guna air rendaman bunga raya tersebut, cuci ke seluruh muka dan kepala juga. Sekiranya mahu minum, minum juga air rendaman terbabit. InsyaALLAH berkesan. (Nak mandi dengan air bunga raya pun boleh):)-Untuk batuk, anda boleh sediakan madu asli dicampur dengan limau nipis. maka minumlah anda dengan aman dan tunggulah hasilnya yang mujarab.Ni yang teman blogger kita bagitahu.Tq Kak Princess nur!-Untuk batuk lagi, anda boleh juga menggunakan kicap masin dan campurkan dengan limau nipis. Minum seperti mana anda minum ubat batuk dari klinik, cukup satu sudu 3 kali sehari. InsyaALLAH berkesan.


Itu antara yang tradisionalnya. Sekiranya ada lagi ramuan-ramuan tradisional lainnya, sila bagi komentar di entry ini ye. Boleh sama-sama tahu khasiatnya. Kalau yang di hospital and klinik pun ada tau. Dah macam-macam fifiey try. Tak percaya. Nah ni dia gambar bedebab fifiey dan ubat-ubat batuknya.!


Hari-hari saya minum ubat, telan ubat, kemam ubat, macam-macam mengenai ubat saya tahu. Tapi adakah ubat itu dapat dengar suara hati saya yang saya tidak suka ubat, tidak mahu ambil ubat lagi, tidak mahu minum ubat lagi, tidak mahu tengok ubat lagi. saya dah letih nak makan ubat semua. Saya dah tak larat nak batuk-batuk mengalahkan neneknenek yang usianya 80-an. buruk benau bunyinya tau. Kalau baby dengar pun dia menangis ingat jerkah kat dia, kalau kerbau dengar terus datang serbu dengan tanduk dekat-dekat. Haa, kan letih lagi di situ sesi kejar mengejar bersama kerbau sampai semput sambil batuk-batuk. Ubat, kalau anda boleh baca hati saya, tolonglah, kalau saya makan anda, minum anda, tolong berikan kesembuhan segera kepada saya. Saya merayu dengan seikhlas hati. Inilah rayuan saya yang paling menusuk di kalbu. Anda patut berbangga, kerana dengan manusia sekalipun saya tidak pernah berbaik budi merayu sebegini rupa!:')



Muka saya kalau sakit mesti merah-merah. jadi dengan ini saya mengisytiharkan tak nak pamer muka saya yang tak berapa sihat/pucat/pudar/suram supaya bayi-bayi kecil yang tengok tak takut. haha.. Jadi saya letaklah muka budak comel macam kucing parsi yang makin gemok. Adik Abby pun baru lepas demam and batuk tapi dia dah sembuh total jadi boleh makan tanpa pantang larang lagi!!!:)) Maka dengan itu bertambah gemuk lah dia.




 LOTS OF LOVE,

Monday, April 18, 2011

KRIS DAYANTI, KRIS DAYANG FIFI. Ada ke macamtu? HAHAHAHA




Lintas berita: Kris Dayanti nikah dengan Roul setelah pelbagai gosip timbul. Fitnah yang jadi realiti??? Semoga kekal bahagia!


P/s: Cinta ya cinta saja, tidak usah pakai TAPI.



*Google image-  Kalau dulunya di rancangan SILET, sering melihat Kris Dayanti menangis akibat tekanan perhubungannya dengan Roul diketahui umum walaupun katanya itu hanya gosip liar, kata-kata mulut orang dan banyak lagi alasan lainnya, namun kini bisa lihat dia tersenyum seperti biasa bersama pasangannya! Semoga terus sukses dalam karier dan perhubungan KD!



 LOTS OF LOVE,

Friday, April 15, 2011

HAPPY BIRTHDAY, ABAH!!!



Hari-hari kemarin,
Macam-macam berlaku,
Sedih, gembira, duka, lara, berbaur rasa,
Tapi feeling aku, sedih yang paling banyak,
Tak nak ungkit lagi,tak nak fikir lagi,
 Kalau tak, kalau tak,
Aku takkan jadi orang kuat,
Apatah lagi yang paling gagah sedunia.
Sedunia???
Logikal akalku mengangguk sahaja,
Tanda mengiakan, menyetujui untuk menyedapkan rasa naluri hati.


Alah,kita kan ramai,
Bukan seorang dua,
Aku suka mendakap musuh dan merangkul teman,
Dengan cara 5 tawanan senyum,
Caranya?
Tidak perlu berbedil kata,
Cukup dengan menafsir erti senyum,
Maka yang tidak berbudi kepada yang berjasa akan menunduk malu,
Dan yang telah memberi untuk kita merasa akan terus berbakti atas hukum karma,
Hari ini aku tidak lagi sedih kerna iltizam diadun niat,
Buahnya adalah kekuatan.
Bagaimana?
Penyatuan!




Kek coklat tropika yang menjadi kegemaran ramai khususnya keluarga besar kami. Happy birthday yang ke 53, ayahanda tercinta! Ayahanda atau gelaran bagi anak-anaknya abah, dilahirkan pada tanggal 14 April 1958, setahun selepas merdekanya Tanah Melayu:) Wah, kek coklatnya juga tampil menarik menambah lagi selera makan saya ditambah dengan salutan coklat serta buah segar ditabur di atasnya;) Strawberry nya segar, sama seperti di kota Bandung. Ahh, jadi kepengen makan strawberry disalut coklat!



Sesi sambutan ulangtahun kecil-kecilan di kamar hospital bersama ayahanda, bonda, adik-adik dan kakak. Kedua-dua abang tidak ada pada ketika ini. Selamat ulangtahun, selamat ulangtahun, selamat ulangtahun buat abah sayang. Kami doakan, kami doakan agar bertambah sihat, bertambah segar, bertambah ceria! Doa tulus dari kami sentiasa buat ayahanda tersayang!




Satu satu, aku sayang mama!
Dua dua, juga sayang abah!
Tiga tiga.. sayang adik kakak!
Satu-dua-tiga, sayang semuanya!




Seminggu berlalu keadaan genting di mana ayahanda dirawat di KBMC pada tanggal 7 April -15 April 2011. Bagi yang mendoakan kesihatan beliau,dan yang sering bertanyakan khabar, serta berkunjung menziarahi beliau, amat-amat kami hargai. Berkat doa kalian kesihatan ayahanda bertambah pulih dan stabil kembali. Praise be to Allah:)



"Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau berilah kesembuhan di atas setiap penyakit,
Ke atas hamba-Mu yang lemah di atas setiap ujian kehidupan,
Yang menggetarkan jiwa luluh supaya kekuatan terus bersemadi,
Di dalam diri dan arus keimanan,
Pada-Mu tempat kami memohon dan mengadu,
Pada-Mu tempat kami meminta dan merayu,
Limpahan dan kurniaan semuanya di atas keagungan-Mu."



 LOTS OF LOVE,


Wednesday, April 6, 2011

LENA.



Lena tak rebah,


Mabuk tak mudah,

Senyum buat gundah,

Aku mengantuk kamar menjengah,

Pabila orang tamah-ramah,

Aku pitam menguak, seperti jatuh, rebah,

Tak kaget dengan berita itu,

Cuma akui cuak menggelegak,

Ronda-ronda, pusing-pusing, jalan yang sama,

Seolah-olah di ambang nazak,

Alah, kita orang kuat,

Lalui saja tanpa guruh dan dentum di langit,

Esok tiba, lihat-lihat burung di luar mengumpat,

Sentap tak juga, cuma brisik itu biasa,

Lena lagi, mimpi lagi, sadar lagi,

Tanpa permisi aku bilang TIDAK.






 LOTS OF LOVE,

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails