Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, January 29, 2011

GADIS REMAJA.

Bau ayam crispy di dapur dan suasana petang Sabtu yang masing-masing sibuk untuk berlibur  di sana sini tidak sesekali menganggu Fifiey untuk terus menulis di laman ini. Alhamdulillah. Sedar dan masih gagah dalam keadaan sihat walafiat. Teruja membiasakan tubuh dan mata menghendap cerita-cerita menarik yang ada di dunia maya ini kadangkala membuatkan masa terisi dengan begitu sempurna seimbang dengan aktivitas di luar sana yang kadangkala memeningkan kepala. Berbicara tentang gadis dan remaja, sebuah topik yang telah menjadi perbualan bukan sekadar hari ini, malah lapuk mungkin bagi yang sudah terisi sekian banyaknya pengetahuan dan lambunan bahan bacaan yang begitu meluas dari jangkauan prestasi akal untuk menerima.



Gadis bermakud dara. Bukan janda, bukan isteri dan bukanlah kanak-kanak yang belum akil baligh. Mungkin hiperbola kalau didengar bahawasanya gadis adalah ibarat bunga mekar kalau disiram setiap hari, dicambah dengan sempurna, dilukis dengan retak seni, kerana ia terlahir dengan sebaik-baik dan sesempurna sifat kejadian yang agung dengan akal dan harus seimbang dengan budi serta naluri biar rentak yang mengawal keadaan tidak terbabas dari garisan luar petak yang dikerumuni banyak anasir-anasir gelap.



Remaja. Remaja bermula daripada usia antara 9 hingga 20 tahun. Di zaman dan era usia inilah yang kita perlu perhatikan ke atas diri kita atas dasar keselamatan dan keharmonian hidup yang bakal memberi impak pada masa hadapan adakah positif atau negatif impaknya. Seperti hiperbola yang saya maksudkan sebentar tadi, dalam lingkungan usia sebeginilah anak remaja bsa lalai, leka dan tidak cakna untuk menjaga keharuman wangian yang dimegahkan oleh kaum wanita.




Ligaran otak yang sentiasa mengenangkan peristiwa-peristiwa manis mahupun pahit dalam hidup membuatkan kita terus berfikir dengan ligat apa yang baik dan apa yang buruk buat diri ini samping pengalaman dan pengetahuan yang telah bercambah dari hari ke hari seimbang dengan kematangan yang bukan diukur dari segi usia semata-mata.


Teman: Fifiey, semalam saya jumpa awak di pasar malam. Wah, hot eh awak kat luar macam minah salleh, dengan tak berjilbab, kat sekolah skema je saya nampak awak.

Fifiey (saya): Lah, jumpa ke? Kenapa tak tegur?  Lain kali jumpa tegurlah Fifiey. Di sekolah, di luar memang macam ni lah saya. Takkan kenal tak sampai setahun dah pandai nak nilai baik buruk orang? Haishh, awak ni. (dalam hati menangis kerana tegurannya tadi agak pedih kerana menegur secara umum.)

Teman: Ye lah, bukan apa, tak sangka je, best student macam awak jumpa kat luar dengan keadaan yang agak berbeza dengan di sekolah. Cikgu pun sanjung-sanjung awak. Tapi tak apalah, itu memang awak. 

Fifiey:  Alah, mana ada. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Awak pun sama. Hope kita semua boleh score baik dalam exam nanti.


Fifiey jawab ringkas. Sangat ringkas seadanya yang mungkin. Tidak mahu berbaur kata terlampau banyak sedangkan kita juga belum sempurna. Ambil yang positif, negatif kita buangkan jauh-jauh. Dialog yang masih terimbau sampai kini. Memang 6 tahun lepas sudah berlalu. Fifiey terkenangkan si teman dimaksudkan. Alhamdulillah jumpa beliau di dalam laman facebook. Teman sekolah di usia baru meningkat 13 tahun pada ketika itu, memang Fifiey kenal rapat dia. Namun, seperti yang Fifiey cakap sebelumnya, kuantiti tidak penting, yang penting kualiti. Oleh yang demikian, teman baik Fifiey adalah seluruh sahabat handai yang mengenali diri ini, yang penting mempunyai nilai-nilai yang boleh kita kagumi. Baik hati, dalaman dan luaran sangat penting.



Dan baru-baru ini. Seperti biasa, semuanya bermula dari internet yang menghubungkan dunia yang terpisah daripada alam nyata. Mata terus segar daripada kelesuan memori lama. Terkejut dengan bunyi buzz YM dari teman akrab, seakrab dengan teman-teman di alam remaja menengah bawah.


Fifiey (saya): Hye, awak apa khabar sekarang? Lamanya kita tak jumpa. Rindu. Teringat waktu zaman sekolah dulu. Dah 3 tahun ye tak jumpa. Lepas PMR masing-masing bawa diri. Ye lah, masing-masing dapat result bagus.


Teman2: Salam Fifiey. OMG! Masih ingat saya? Terima kasih sangat-sangat. Ingatkan dah lupa kawan lama dah. Saya khabar baik. Awak macam mana? Ok?


Fifiey: Fifiey pun ok lah, macam yang awak tengok kat profile picture tu lah. Sihat walaafiat. Makin comel. haha. Apa cerita terbaru awak sekarang?


Teman2: Baik je. Teringat lah waktu kita sekelas dulu. Rindu zaman tu. Awak ingat lagi tak "Si Y" yang ada je tak puas hati dengan awak dulu?


Fifiey: Uhhu, kenapa? Nak bergosip lah tu. haha



Teman2: Ye lah, saya ingat lagi waktu tu awak nak menangis kan masa dia tegur awak pasal jilbab lah, apa lah, padahal saya tahu macam mana awak. Awak baik.


Fifiey: Dah dah puji. Bodek nak apa ni? Cekelat dalam peti ais banyak. Nanti balik Malaysia saya bagi awak. Kita berdating ok.


Teman2: Bukan puji la. Awak tahu tak yang "Si Y" kena gantung sekolah hari tu. Dia yang pernah tegur awak, tup tup dia yang kena tangkap berdua-duaan dengan pakwe dia dekat rumah si jantan tu. Bodoh kan?


Fifiey: Ye ke? OMG! (dengan nada yang terkejut, terkaku, terduduk.) Kenapa dia jadi macamtu? Dulu tak macamtu kan? Tapi memang nampak perubahan masa dia dah mulai naik tingkatan 3 Agak berani bergaul tak seperti biasanya, tapi tak sangka pulak keadaan jadi lebih teruk macamtu.


Teman2: Semua orang terkejut. Tapi biasalah. Budak-budak baru nak naik. Tak pandai jaga mulut dan diri, last2 terjadi kat diri sendiri. Culture shock. Kerana mulut badan binasa.


Fifiey: Biarlah dia. Doakan semoga dia berubah seperti sediakala. Jangan kita pulak yang terjangkit sifat kata-mengata dari sifat azali dia pulak, kan terkena dekat batang hidung sendiri. (Sambil meleraikan suasana yang tidak aman bagi Fifiey untuk teruskan perbualan tentang "Si Y" itu.)


Teman2: Tu lah awak, orang makin kata, makin awak bebal kan? Dengar telinga kanan, buang telinga kiri. Eh, betul ke pepatah ni? Adik-adik awak sihat? Rindu kat diorang jugak.


Fifiey: Diorang baik. saya pun baik, semuanya baik-baik:)



*Perbualan selanjutnya dirahsiakan demi menjaga tataetika perbualan secara peribadi. Perbualan sebelumnya itu hanya peringatan kepada kita semua untuk menjaga mulut, ingatlah kerana mulut badan binasa, dan berdoalah buat kebaikan sesama sendiri, bukan mengaibkan dan berkata buruk terhadap orang lain.




Mengakui yang Fifiey juga tak sesempurna manusia yang sempurnya diciptakan oleh Allah terhadap sifat dan zat yang diberi, namun bersyukurlah kita apa adanya kebaikan yang diperlakukan oleh orang lain. Fifiey sentiasa mensyukuri kerana dikurnai keluarga yang sangat mendukung dan mendidik Fifiey dengan begitu baik. Menuju ke arah kesempurnaan bukanlah semudah mulut mahupun kata-kata yang dipertuturkan semata-mata. 



Fifiey bersyukur kerana bonda dan ayahanda sering memperingati daripda kelalaian diri ini, memberi nasihat dan didikan yang begitu selaras dengan kewajiban sebagai orang tua, serta mengawal Fifiey dengan begitu rapi. Tiak mengongkong, tetapi mengawal. Harus kita perhatikan perbezaan antara mengongkong dan mengawal. Ramai di antara anak remaja yang berasa kawal itu kongkong. Anda sangat salah. Kawal adalah didik, didik adalah menjaga, jaga adalah meletakkan tara-tara seorang remaja bertindak, berfikir, serta berkelakuan dalam kehidupan sehari-harian. Seperti yang Fifiey nyatakan di perenggan yang sebelumnya, Fifiey bukan seorang yang sempurna, namun menjaga identiti, nama, serta kelakuan dalam kehidupan adalah penting bagi Fifiey untuk menyesuaikan diri dengan nama seseorang GADIS untuk melahirkan sosok seorang yang hebat dan ke arah kesempurnaan yang hakiki.

  

Radioaktif dalam diri sentiasa berlegar-legar untuk memacu kita ke arah keburukan, namun bukankah akal yang waras yang dikurnakan kepada kita begitu cukup untuk kita seimbangkan dengan nafsu dalaman yang sentiasa menginginkan itu dan ini.  Buat gadis remaja di luar sana, jangan sampai anugerah yang dikurniakan kepada anda hancur musnah, dek kerana akal ditinggal, nafsu terlebih guna. Cas positif harus diterap, dan cas negatif harus dibuang. Jangan sentiasa mendongak ke langit, tunduklah ke bumi supaya keseimbangan dapat dikecapi seutuhnya. Kalau hari ini anda seorang yang hebat, kekalkan kehebatan anda, namun, kalau hari ini anda seorang yang gagal, kecapilah kejayaan pada saat ini dan seterusnya pada masa hadapan.


 "Jika anda tidak dapat berkata baik terhadap seseorang, jangan sesekali berkata buruk terhadap orang itu "

"Kata-kata orang terpilih adalah doa, dan setiap doa orang terpilih adalah sebaik-baik doa yang baik untuk berlaku secara nyata! "



(Image: Detik ketika berkunjung ke Lost World Of Tambun, Perak ketika Januari 2009.)


Lots of love,


Thursday, January 27, 2011

Kalau aku lychee, dia durian.


Assalamualaikum and hi.....





Adakah anda tahu akan sejarah nama laici? Kalau tahu angguk, kalau tak tahu geleng. Fifiey geleng sebab Fifiey tak tahu tapi nama saintifiknya memang Litchi chinensis. Itu pun tahu secara tak sengaja tadi google tentang asal usul buah laici ni. Puas bila tahu asal-usul mengenai sesuatu hal keajaiban alam. Memang manis buahnya. Seperti yang dirujuk kepada gambar di atas, memang laici boleh dibuat bahan untuk masakan dan kulineri seperti puding laici dan juga jus laici yang berzat. Namun apa kaitannya dengan entry kali ini? Berkaitan dengan laici memang tak banyak, tapi cukup bersejarah bagi Fifiey. Itu adalah sejarah nama FIFIEY LYCHEE MARATION yang mana ada perkataan "Lychee' di tengahnya. Kenapa pilih Lychee? kenapa tak epal macam Cik Epal? Ataupun tak manggis, durian, mangga, salak ataupun buah-buah lain? 




Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa laici, dan sememangnya sudah banyak yang bertanya akan hal terbabit. Cerita alkisah mengulang sejarah nama ditangguh setelah blog Fifiey cukup umurnya setahun ok. Biar ada suspennya:)  





*****************************************************************************




Hari ini niatnya nak cerita tentang durian. Durian. Seperti yang anda tahu ia adalah raja segala buah. Kalau kita punya raja untuk memerintah, buah juga ada rajanya. Itulah kelebihan durian yang mempunyai nama dan pangkat yang serba gah. Durian singkatan daripada duri+an. Maksudnya di sini, nama dipetik daripada kejadian hakikat sesebuah durian itu sendiri yang sememangnya berduri. Kenapa ramai yang suka durian walaupun badannya dilingkari engan duri-duri tajam yang boleh mencederakan tangan malah makin sukar durian tersebut untuk dikopek, semakin berusaha orang-orang untuk membukanya. Itu lah aura durian yang juga mempunyai bau yang amat kuat. Bau bagaimana yang dimaksudkan? Ramai yang tidak menggemari durian hanya kerana bau dan begitulah sebaliknya. Itulah harum aura semulajadi yang mempunyai banyak tanggapan daripada manusia-manusia sekeliling.



Sambil merenung menatap tajam foto terpapar di bawah tulisan-tulisan di layar skrin ini, setiap apa yang dicipta Tuhan pasti ada maksud tersirat di sebalik yang tersurat dan durian juga sebegitu. Kenapa ciri-cirinya sebegitu? Berkehendakkah dia begitu? Banyak persoalan yang tidak tercapai dek akal sekarang ini sedang berligar-ligar di kepala yang hanya mampu bertanya dan bertanya, namun jawapannya masih tergantung di suatu ruangan yang tiada pasti di mana.




 Image: Sumber dari Google.




Short notes:  Buat ketika ini, saat ini, memang teliur nak makan durian, apatah lagi pulut durian. Do u know how the pulut durian look like? Pulut yang dicampur dengan santan then campur gula sikit dan makanlah dengan durian yang kuning tu:) Nikmat sangat.  Tapi ini bukan musim durian. Di supermarket ada, tapi yang dah di packing. Tak nak yang tu. Nak yang fresh dari pokok. Mengaku, saya cerewet kalah preggy mummy. lol;D Mungkin dapat dalam mimpi makan pulut durian malam ni. Jadilah. Syukurilah.





Lots of love,


Wednesday, January 26, 2011

DOA MAKSA JODOH





Ada seseorang pemuda kampung yang gagah, namun hatinya penuh taman, segar dengan bunga-gunga, namun hanya satu bunga yang berjaya memikat hatinya, membuat dia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang tapi perut buncit sentiasa, botak kalah pak cik bodyguard, sedang berdoa di atas tikar sejadah, lusuh tidak, baru juga tidak, warna merah di atasnya ada lambang masjid yang gah, kiblat pandangannya, khusyuk sekali dia menyembah, menadah tangan tanda keikhlasan tanpa keterpaksaan, terkebil-kebil matanya,  mulut tidak berhenti-henti dengan kata dan seribu hajat bukan jampi serapah seperti Mbah di kampung seberang. Merelakan demi apapun jua, supaya memperoleh sesuatu yang benar-benar mengikut kemahuannya seolah-olah keterpaksaan yang sangat berat. Namanya Meon. Hajat di hati ibu nak kasi nama Neon biar cahaya di dalam dada terang-benderang dengan keberkahan dan keredhaan Illahi, namun, Pejabat Pendaftaran tu lah merosakkan nama anaknya jadi MEON BIN SEMAD. Sudah takdir, terima sahajalah. Berkat hajat si Mak nak letak nama Neon tapi tersalah jadi Meon, akhirnya si Meon tumbuh membesar menjadi Hero kampung yang alim. Cuba bayangkan, kalau namanya Neon, mesti tak hero, ye tak? Tu lah sebab maknya Meon nih berbangga ada anak macam Meon Si Brutal Kampung Jemput-Jemput:) Sesuai pulak nama kampung kelahiran dengan fizikal Meon yang ada janggut sejemput. Baginya janggut itu perlu supaya nampak lebih Macho, Brutal, namun tetap alim.



Berdoa dan berdoalah dia tanpa henti, menyebut hal yang sama. Bukankah itu sepertinya keterlaluan? Hayati sajalah doanya ya! Bagi yang menginkan hajat mereka terkabul dengan segera, boleh anda coba berdoa seperti mana dia berdoa....




BismillahiRahmaniRahim....

Tuhan..

Seandainya dia memang jodohku,

maka dekatkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,

Jodohkanlah. ...

Jika dia tidak berjodoh denganku,

maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

selain aku...

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,

jodohkanlah kami kembali....

Kalau dia jodoh orang lain,

putuskanlah!

Jodohkanlah dengan ku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain,

dan kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku....




 P/s: Pssssssssttttttt people, jom cuba, try, test, doa sama-sama. Mana tahu esok tup tup Hero Malaya masuk meminang:) Gutauan mesra dari Fifiey untuk anda semua pada hari ini. Gumbira jangan berduka ye semua!:D Again, jangan paksa-paksa ye, nanti tak berkat doa.

 Credit to Kak Brm Bram,. Saya telah copy doa mujarab ini dari laman Facebook yang telah diizinkan beliau!




Lots of love,

Tuesday, January 25, 2011

Percaya atau tidak, UFO ganggu Fifiey makan!!!


 Assalamualaikum and hi......



Kecoh, gempar sebentar, sampai ke luar tingkap Fifiey hadap, mana tahu UFO datang tiba-tiba, ada rezeki boleh tengok, masuk dalam sejarah dunia, tak pun muka depan Jakarta Post jadilah. Terkejut juga berita bumi Indonesia dikejutkan dengan penemuan crop circle di Sleman, Yogyakarta. Tahu pun melalui berita. Jakarta-Yogya jauh, 2 jam naik pesawat, 12 jam naik kereta. Jadi tak tercapai hajat Fifiey nak pergi rakam live, lagipun Fifiey ketinggalan zaman, antara lambat yang mengetahui berita ini. Ceh, kenapa lah UFO tu pilih sawah padi untuk tempat ia mendarat? Kenapa tak pilih US ke, Afrika ke, paling tak landing lah kat KLCC, lebih cool kan? Boleh rakyat Malaysia tengok. Mesti teruja dan mengalu-alukan pelbagai spesies makhluk asing turun ke bumi. Amacam? Ada rasa tergugat?



Berita ni memang buat Fifiey rasa tercekik nak makan, kerana apa? Takut. Takut ada gempa lagi ke, takut dengan kewujudan mahkluk asing tiba-tiba muncul dan ganggu ketenteraman manusia dengan muka hudoh mereka, tapi it will be so fun kalau mereka bijak dalam mencipta formula-formula yang kita tak tahu. Dah sahih-sahih kita jadi cerdik cam diorang yang mana boleh survive hidup dalam planet lain. Tak payah dah nak hafal fomula chemistry, physics, bio and all those killer fun subjects, confirm waktu exam, kenyit mata sebelah, makan kacang garuda Indonesia pun dah boleh jawab. Amma rite? Ok, fine, imaginasi Fifiey dah terlalu tinggi akibat berita-berita aneh yang digempurkan kepada dunia. Tu lah dunia, terlalu canggih berfikir, kan dah berjangkit ni, ish dah sesat, terpesong dah. Eh u know what? KIta suka sangat makan tau.



Hobi Fifiey selain membaca, main-main dengan adik, chit chat di facebook dan yang terbaru di SAHABAT BLOGGER ,then jawab soalan Formspring (gara-gara lembap, tak pandai main twitter walaupun antara terawal yang register), then belajar seni mempertahankan diri, pastu belajar nyanyi di dapur sambil main masak-masak, pastu dah tentulah hobi kita makan. Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut bahawasanya "happy thoughts come out of happy stomach." Jadi jum sama-sama menghayati kisah Fifiey dan Wong Solo. Eh, bukan bercinta dengan dia, tapi bercinta dengan makan dan seni ukir restorannya yang mewah lagi unik! Thousand times liking it!
 
 





U know what, Wong Solo ini ada banyak cawangan.  getaqq lutut weihh, banyak sangat, nak tahu berapa? 27 cawangan kecik, besar, semua ada terletak di Jakarta,  Surabaya, Aceh, Bali, D.I Yogyakarta,  dan banyak lagi di provinsi lainnya. Dalam Mall, Supermarket, semua ada outlet-outletnya. Walaweh, di Malaysia dan Singapore pun ada tau. Perghh, bagi sesiapa yang duduk di sekitar Ampang dan Kampung Bharu, ha, anda semua berpeluang makan ayam bakarnya yang mantab lagi hebat. Dia bukak banyak cawangan rumah makan(restoran), bukan restoran je banyak cawangan, cawangan bini pun banyak. Tapi takdelah sampai berpuluh-puluh sebab kota sampai 4 je kan? Kecuali cerai-kawen-cerai-kawen sampailah dikumpul sehingga beratus. Eh, itu lebih had maksima dah tu.  Biarlah beliau dengan kerjaya usaha niga beliau dan kehidupan peribadi beliau sendiri, Kita sebagai manusia alangkah lebih baik, berdoa  untuk kebaikan  sesama muslim bukan menjatuhkan sesama sendiri. Sokseh-sokseh saya dapat tahu, yang bahawasanya, wanita-wanita di sini, yang bersifat anti terhadap poligami akan menghindar dari makan di Restoran ini. Namun, itu sekadar mitos barangkali yang tidak semuanya sebegitu, Orang hari ini saya percaya, mereka cukup pandai dalam menerapkan nilai-nilai tatasusila serta peradaban dan open minded dalam berfikir. Seperti bekerja juga, jangan campur-adukkan kehidupan peribai dengan urusan kerja. Positiflah. Kalau saya, saya sentiasa positif, yang penting, apa dijual halal untuk dimakan dan dimasukkan ke dalam perut serta menikmatinya untuk hari ini. Alhamdulillah. Itu persepsi saya, pendapat anda bagaimana? Lebih baik, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan:)




Sebelum melangkah lebih jauh ke dalam segenap ruangan yang unik ini, eloklah berfoto kenang-kenangan, bukan untuk kenangan juga, mana tahu nak bukak bisnes besok-besok, boleh curi idea dari sini. Itu untungnya merantau, idea dan pengetahuan ada di sekitar anda, cuma tinggal anda untuk bijaksana menggunakan segenap ruang yang ada itu menjadi lebih kreatif dalam suut pandang dan fikiran anda, jangan mudah tekongkong dalam satu keadaan spesifik sahaja. Ekstr dan gandakan kotak fikiran supaya boleh melayang ke mana-mana dan menjana ilmu yang lumayan setimpan dengan pengetahuan dan pengalaman:)




Menginjak je kaki ke dalam ruangan terbeliak mata. Mewah dengan senibina lama.  Walhal kota jawa merupakan kota yang tiada hutannya. Ia bukan seperti di Kalimantan,, dan sekiranya sesebuah rumah yang mempunyai ukiran kayu di Tanah Jawa pastinya diimport dari Sumatera. Pasti nilainya lebih mahal dengan ukiran yang sangat-sangat berseni.Tertawan bukan? uh ukiran senibinanya yang mantap berjaya memukau hati dan minda saya seolah-olah di istana, Balai Pengadapan sepertinya. Luas juga kawasannya. Oh lupa saya nyatakan, bahawasanya ini adalah Rumah Makan Wong Solo di Daerah Istimewa Yogyakarta. Cukup luas bukan? Ruangan makannya yang bagi saya memuatkan beratus orang, dengan corak ruangan yang unik, ada ruangan yang boleh duduk bersila, ada ruangan yang seperti makan beradab seperti putri-putri keraton, dan juga ada ruangan yang boleh duduk di kerusi seperti ruangan untuk pasangan dan juga berkeluarga.





Ini ruangan tengah yang mana kita boleh melihat para pekerja sibuk dengan tugasan masing-masing. Setelah hidangan yang dipesan masak, pekerja akan mengambil makanan di sini dan dihantar ke rungan kita. Di papan tanda besar itu menunjukkan beberapa menu spesial yang ada di RM WONG SOLO YOGYAKARTA. Eh comel pulak wallpaper petak hitam putih, nak buat cafe tema tu lah nanti  ada banyak duit. Jum sama, sama kumpul duit. Siapa nak jadi biness partner Fifiey? Angkat tangan tinggi-tinggi sambil cakap, Saya, saya, saya. :D





Bercerita ditangguh oleh kerana pengacara anda yang pot pet pot pet ini mahu stop makan terlebih dahulu oleh kerana hidangan yang dipesan sudah sampai. Makhluk asing yang turun dari planet angkasa lepas, jangan ganggu Fifiey makan ok!:D Btw, the pictures abvve showed us Terung balado which is the most i love. Terung balado di sini saya fikir paling mantap yang pernah saya rasa and so with ayam bakar madu, tempe berempah yang ada sausnya sekali, yang sangat saya suka rempahnya dan juga tomyam campur ala-ala di siam. Semua di atas antara menu spesial yang terdapat di sini. Jus macam-macam jus segar pun ada. But sorry, i'm not the pro photographer so, inilah antara-antara hidangan yang sempat saya rakamkan. Banyak lagi yang lain yang best-best.







Oleh kerana perut sudah kenyangm hati riang gembira, jiwa pun sudah tenang, menikmati malam-malam yang terang dalam kehidupan. Ayat putis sat na. Tak apa kan? As usual, macam tak kenal sosok seorang Fifiey pulak kalian ni. This is so me, yang selalu menjiwai setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya! Ok, kenapa i choose bergambar di ruangan ini? Sebabnya dalam banyak-banyak ruangan Fifiey tertarik dengan ruangan yang satu ini. Besar, simple, unik dan juga lain dari yang lain yang penting ada lambang nama empunya kedai, WONG SOLO tertera di ruangan  ini.Besau kan? Makan bersila lebih best kan? It's more to traditional. And that's what i chose. Last but not least, tahu tak apa maksud wong? Wong tu maksudnya orang. So, ertinya Rumah Makan Orang Solo. Solo tu lain pulak tempatnya. Nanti Fifiey ceritakan budaya, kulineri, dan juga masyarakat setempat di sana pulak di lain waktu. Teringin nak main di sawah di Solo, mana tahu boleh tengok UFO landing baik punya. Hihi.








P/s: Ok babai awak semua, kita dah letih nak menaip panjang-panjang, Nak membebel dalam bahasa Jawa pun tak pandai, belajar sikit-sikit je, bahasa Jawa susah. grrrrrrrrrrrrrrrr, fail! haha. Belajar bahasa planet pulak lah, mana tahu senang nak pi melawat planet asing dah tak perlu buat persediaan segala macam belajar bahasa, terus-terus dah boleh cakap pot pet pot pet macam biasa. Hebat tak?  Selamat petang buat semua, nikmatilah hari-hari anda seperti hari-hari sebelumnya malah lebih hebat daripada itu:)  Eh wait, gambar kat sebelah ni lah tempat UFO tu landing, toyol jelmaan manusia ataupun makhluk asing sunggoh yang buat lingkaran tu naaaaa? Waalahualam. Tak habis-habis lagi orang ok cakap pasal ni. Kenapa tak suruh pakar astronomi dari Amerika je suruh kaji tentang benda ni? Pelik sungguh.Terima kasih dengar leteran Fifiey:)


  
Lots of love,

Monday, January 24, 2011

Too many brown, and this is one of those........















 

















" Since child, i really hate to be in brown or any dark colour , because i always thought those colours are rarely used by the child and only used by the older. It doesn't mean i hate the people  black-skinned race from Africa, it so silly of me if i do so. They are hot in  acting stunt action right? In this case, as i said earlier, i hate such those outfits in brown or any dark colour. The shirts, skirts, pants, long sleeve, blouses, scarf or whatever, i'll make sure it will e not in such coulours i hate. On that moment, i hate pink too, childish, too girlish, and have to many assumption to pink colour. lol;D Yes, exactly, i admit, i really choosy person. Hard to make decision on the time of choosing, i'll think what the best for me when i'm using it. I'll imagine first, what will gana be if i choose this, i choose that, what will i look like, isn't like princess, isn' like hot prim donna, isn't like civic english teacher, isn't like a witch, isn't like talkative lawyer, or maybe ouhh like an eminent artist? Yes, that's too much comparison. I'm nobody, i just love to buy everything i dream for and enjoy wearing it. But once i grew up, i have to start loving the one i hate, because by wearing such dark colour, it will suit my skin tone and look more elegant than usual. Starting from that, i'm really fall in love the coalescence between dark plus light colour somepart of the outfits. Yes, too many brown i have, and this is one of those collections."

-RTP FARHANIS SHAFIFI-





Lots of love,


Sunday, January 23, 2011

Saya bukan atok ataupun nenek;( Saya cuma suka. Suka. Suka. Faham?

Assalamualaikum and hi....


Bercerita pula kita di pagi yang ceria ini. Hujung minggu anda diluangkan dengan begitu tersusun rapi dengan pelbagai aktiviti tentunya kan? Kalau tak pun, mesti siapkan segala kerja rumah yang tertangguh, bagi para pelajar, assigments yang banyak tu boleh lah dibuat pada hari ini, jangan ditangguh-tangguh dan para ibu ataupun anak mesti meluangkan waktu bersama pada hari ini, masak-masak, jalan-jalan ataupun, menonton movie mungkin? Terserah di atas keinginan anda masing-masing. Jangan buang masa yang anda ada itu, dengan melakukan kegiatan tak berfaedah sudah. Ok, fine saya bukan nenek atok yang suka membebel, tapi suka berceloteh sahaja:) Sebelum itu, awak semua sudah breakfast? Bagi yang belum, harus saya ingatkan, sarapan itu perlu sebelum memulakan aktiviti harian anda. Jadi jangan lupa bersarapan. Ok, hari ini rasanya nak taip entry panjang sikit, taip laju-laju kalah secretary PM. Boleh kan? Biasanya idea pagi-pagi fresh macamni mesti menimbulkan rasa kepuasan dalam penulisan dan bakal mencurah-curah tersembur banyak ayat yang ingin jari mulus taip, mulut pun  turut menyebut apa yang ingin ditaip. Itu normal. Reaksi dan tindak balas spontan.



Boleh tak nak mengidam? Mengidam ni maksudnya rasa inginkan sesuatu dan biasanya berlaku terhadap para-para ibu mengandung kan? Zaman sekarang orang single pun boleh mengidam. Canggih kan? Ye la, mengikut arus perkembangan dan kemodenan semasa. Tapi kali ini, Fifiey nak mengidam sesuatu yang unik, padahal sering dah makan makanan itu. Dah sering sangat makan tapi kenapa masih cakap mengidam? Sebabnya makan waktu ada mood. Ada ke patut, makan pun perlu ber'mood' segala? Yes, itu perlu, kalau hari ni rasa nak makan itu, esok mestilah nak makan yang lain pulak. The same menu for everyday mesti bosan kan? Dah dapat apa yang diidamkan. Kueh-mueh tradisional. Tahu tak? Again i told u, saya bukan atok ataupun nenek. Dah nak buat macam mana, dah suka makan makanan tradisional. Ada yang salah? Nenek dan atok je ke yang boleh makan? Perkayakanlah kemewahan kuliner tradisional negara yang kita miliki.  



Some people said, "Fifiey suka lah kueh-kueh macamtu, dia kan orang tua lama." And i answered dengan penuh rasa cuek(tu bahasa Indonesia, maksudnya hirau tak hirau sangat) "Oh, ya? And that was so me, u have to know those what's my interests and yes i'm nenek to be tapi mestilah dalam jangka masa puluh-puluh tahun akan datang, takkan gara2 makan kueh ni, terus ajaib jadi tua, then jadi muda balik, impossible kan? it damn lucu."


Secara tak langsung, dapat tak dapat, i tangkap maksud mereka mulut-mulut tersebut gurauan semata-mata sambil ketawa terbahak-bahak lah kami satu keluarga.  Kak pi orag tua, kak pi orang tua, kak pi orang tua, orang tua lama! Oh lupa nak cakap, my faily members called me as Kak Pi, tak kira tua muda kecik besar, lanjut usia, anak-anak, bawah umur, atas umur,baby pun sama, tapi sound baby lain sikit, camni bunyinya, "AAAAAAAAAAAAAAAAAPPPPPPPPPPPIIIIIIII". 
Dari Fifiey----->Fi----->Fippi----->Fipot----->Pipot----->Vivi(orang indonesia kalau huruf 'f' gantinya jadi v)----->Pipi----->Kak Pi----->Api. 
Pasni apa? Baik punya nama, namun mengapa sadis dengarnya, api oh api, terngiang-ngiang masih kalau dengar baby pelat sebut "api". wuhuhu, bila dengar directly from the young kids yang sebut nama tu, memang comel julak. Nak ujikaji? Cuba suruh baby yang ada berhampiran anda, sebut kak pi. Mesti perkataan "API" yang keluar dari mulut mereka. Meh api nak syuapp kueh dalam mulut awak syemuaaaaaaaa:) Suap ye, bukan sumbat!


Oleh kerana teringin sangat nak buat entry dalam Bahasa Kelantan, jadi akan saya terapkan bahasa tersebut dalam entry kali ini. Boleh tak? Angguk jangan tak angguk tanda membenarkan. Bagi yang tak faham, buat-buat faham saja. Kalau tak paham lagi, sila tanya Fifiey apa maksudnya. Ok? Siip. Give me five dulu dengan semua sebelum memulakan dialog tak rasmi ni. Jangan ketawa kalau ada sesuatu yang melucukan, sengeh depan screen je ok. Give me ten pulak! Yes, jom kita mulakan. Sebelum itu tajuk perbualan kali ini adalah seperti yang tertera berikut:



"AMBO SEDAK, BENTUK COMEL LOTE, YANG JOH BUAK PON COME VS GUE MANTABB, CAKEP, POKOKNYA RASANYA JUGA SIIP DEH"



Kueh lapis: "Assalamualaikum semua. Tok kena ambo? Yang warna warni berlapih-lapih tu ambo. Meme mulut ambo pun belapih. Tu ambo kecek sope jah, takdok kure-kure sope ni, nanti Mok ambo, Mok Lapih maroh, nyanyo dio ajar ambo suruh sope-sope jak kecek lagi. Ambo sedak, manis sikit-sikit jah, takuk manusia semo kecing manih pulok klu ambo manih-manih. Pilihlah ambo kalu berehi gak. Banyak ado. Ambo ada di pasar tani, pasar senin, pasar siti dijoh dale bandar yang sohor  tu pon ado ambo. Mok-cik mok cik situ beso jual ambo nyo. Terima kasih ko sapo-sapo yang menghargai ambo. Budi baik, jaso manusio kawe kene."


Kueh Kowi@kaswi: "Ambo sero ambo come, bentuk  bulat lote alik atah. pahtu ado kala mace-mace kala, ada yang buat ambo kala hija, meroh, pahtu ado jugok warna coklak. rama yang berehi ko ambo. Cicoh ambo nge nyo pon sedak jugok. tera lah ambo, mesti nok lagi nok lagi"


Kueh Sagu"Ambo warna meghoh sokmo. Buat dari sagu. Pahtu gaul nge nyo. Ambo tok lembek tok jugok kerah. Ambo meme sedak. Nok ambo mari lah beli beli"


Kueh gula merah dan kelapa: "Ambo yang warna kunin berlipat tu. Ambo ada isi dale perut. Isinyo nyo yang manis-manis tu campur denge gulo. Ambo bule tehe kiro sedak jugok lah. Come ke kuning ambo lak lak tere dio, meh lah beli ambo."




Kueh Bingka: "Ambo warna hijau yang petok-petok tu, namo ambo bingka mngkin sebab sebelum dipotong ambo ada bingka bungo kalu dok pun petok gitu jah. Ambo sedap, manis, ambo aa juga wujud dale kala kuning. Tapi yang hijau bau pande sikit. Ambo meme sedap lah. Mari mari pakak beli ambo belako deh"




Papais: "Papais namaku. Aa yang menyebutku koci juga, tergantung isiku. Klo pisang isiku ya namanya papais. Klo ga ada isi maknaya koci. Yang berbungkus cantik itu, kemas itu, adalah aku.  Bungkusku pake aun pisang sahaja. Aku sememangnya harus dibungkus rapi supaya bentukku juga rapi apabila dimakan nanti.Isiku di dalam bungkusan itu adalah tubuhku. Aku licin agak panjang, dan masih ada intinya di dalam tubuhku juga iaitu isi pisang. Pokonya enak deh. Sering saja orang-oran membeliku di waktu sore mahupun pagi. Kalian juga ya, belilah aku."


Geblok@getuk: "Aku punya banyak nama. Tergantung dari provinsi mana manusia itu menyebutku. Jadinya beda deh namaku, di lain-lain provinsi. Namun, kalo bagi suku masyarakat sunda/jawa/betawi sering memanggilku dengan nama geblok dan aa juga getuk. Kalian tahu yang mana aku? Aku yang warnanya coklat tua itu, bahagian badanku diperbuat daripda kacang hitam yang dibalut kelapa kisar. Aku unik kan? Enak lagi. Belila aku klo kalian suka."


Seupan cau: " Aku namanya seupan cau. Itu namaku bagi kuih sunda. Klo jawa ya sama rasanya. Isiku rsanya kayak santan. Enak. Manis juga. Ada asinnya juga. Warnaku putih krim dan rasanya mantab. Mau aku? Bayak deh di pasar-pasar. Belilah aku."


Onde-onde: "Yang merah membara itu aku. Emank aku begitu terkenal dengan nama onde-one. Semua orang suka aku kerana badanku yang licin, bulat, montel tapi tetep kecil mudah dimasukkan ke dalam mulut.Jadinya isiku pula adalah kekacang. Mantabb. Cantik kan aku? Belilah aku. Aku memang senantiasa menjai kegemaran Majikanku."


Kolak pisang+ketan: "Nah, yang di mangkuk itu, aku maah. Aku namanya kolak. Ga tahu deh, memang sejak aku dilahirkan orang-orang pada nyebut kolak. Lucu kan namanya aku? Jangan ketawa donk. Namaku jelek, tapi rasaku enak bangad.Berkuah santan, dicampur dengan ketan lagi. Oh, ada pisang juga. Siip, bagi yang mahu sihat, diet yang ideal, harus membeliku. Aku sering dimasak nenek-nenek yang ingin memberi cucunya makan. Aku memang hidangan paling top klo di kampung-kampung! Kalian harus merasaku juga:)



P/s: Thanss to Kak Indra kerana membuatku ingat kembali akan nama-nama yang sering ku makan. Dan buat adikku Arisha yang mengingatkan nama kueh-kueh tradisional melayu. Fifiey tahu makan saja, kan kan kan?Harus menghafal namanya pulak, like in history lesson pulak, kena hafa-menghafal segala. Tapi, it's fun koq;) Eh, dah campur bahasa kan? Ada bahasa Melayu kebangsaan, ada bahaso kelate, ada juga bahasa Indonesia. Selamat menghiburkan hati semua. Selamat berhujung minggu, dan selamat beraktivitas bagi yang sihat:)
 
P/s/s: The photos above kredit to me myself kerana berjaya snap it like the pro one and edited by me myself dengan jayanya walaupun takdelah pro sangat:) Give big hands to me. lol;D Bye bye.  Enjoy reading this ya.


Lots of love,

Friday, January 21, 2011

Dia.....


Dia pandang-pandang,
Pandang atas bawah,
Dia jeling-jeling,
Jelingan lirik manja,
Dia senyum-senyum,
Senyuman hangat menggoda,
Dia manis-manis,
Lesung pipit berkebaya,
Dia cuit-cuit,
Kata dia cinta,
Aku pun terbeliak teruja.

Oh aku gumbira, aku tergoda, aku percaya, aku si teruna bahagia....

Ini cinta takjub,
Kalimat keramat terukir mantap,
Dia membalas tanpa sentap,
Ternyata oh ternyata
Itu mimpi sahaja,
Bangun dalam sadar,
Menongkat realiti samar,
Dalam angin atas awan,
Macam peri terbang dia melayang.

Oh aku pilu, aku ragu, aku malu, aku si teruna yang kini kelu......

Imbau punya imbau,
Angan punya angan,
Santau punya santau,
Dia makin jauh dan jauh,
Dalam mimpi mahupun realiti.
Kasihan diri ini,
Meratap sepi, pilu sendiri,
Senyum di mulut di hati tiada lagi.
Dondang si hati berlagu melankolik.


Ciptaan: Rtp Farhanis Shafifi- 21 Januari 2011-Jumaat


Lots of love,

Tuesday, January 18, 2011

SHORT NOTES TO THE DEAREST....

Assalamualaikum and hi .....





Sorry for-


 
Updating the shortest entry, not as usual i did..
I'll do post more stories for next time.
Missing me or not?
Lol;D
 


p/s: I'm in jakarta already. Alhamdulillah, having safe journey overall. Still not in good mood to write too long, still tired, still have disordered thinking, still have many things to do, but still missing u!!! I'll do stepping on your blog once everyhting's setteld down already here :) Do leave your link either via shoutbox or my fans page of blog on Facebook, (Fifiey Lychee Maration On Facebook | fifieylycheemaration.blogspot.com) T.y guys!



Lots of love,

Sunday, January 16, 2011

Here and there, always CINDERELLA, Oh, no I'm Ffiey!!!!





Selamat pagi semua, tak tahu lah takut dah petang ke, malam ke, ataupun mungkin waktu Subuh awak semua baca cerita Fifiey ni, yang pasti di tempat Fifiey berada sekarang, iaitu di atas sofa lembut bermaterial kain warna krim dan Fifiey sedang meng'update' blog yang tak seberapa ni di waktu pagi yang sudah terbit matahari hendaknya. Alhamdulillah, bangun pagi, masih bisa bernafas seperti sediakala, hening adanya, suram tak juga, bersiap sedia untuk pulang ke Negeri Bunda, Indonesia adanya. Besok. Hari ini tak hujan, panas, matahari pun sempat senyum lebar. Sukakah "dia" Fifiey dah nak tinggalkan bumi Kelantan ini? Hiperbola kedengaran, namun, monolog sahaja yang faham! Leter punya leter, adakah anda semua sudah makan? Kalau Fifiey, dah makan, dah sumbat perut dengan macam-macam makanan:)





Berbalik kepada tajuk entry pada kali ini "Here and there, always CINDERELLA, Oh, no I'm Ffiey!!!!" Geleng kepala tanda tak faham, angguk kepala tanda nya buat-buat faham, jangan jangan jangan, nanti jadi salah faham. Buat anak-anak, adik-adik, abang kakak semua, jangan cakap saya perasan, saya bukan CINDERELLA dalam fairytale dalam dvd tuh, dan yang dipamer-pamer kat DISNEYLAND tu, geleng kepala sekali lagi bukan saya jadi patung yang comel tu. Bukan! Fifiey hanya melakonkan watak tersebut, menjiwai watak tersebut, mengkhayalkan watak tersebut biar ada feel sikit bila bercerita;) U know what? I'm a good storyteller once i was in primary school. Yeah, kedengaran like angkat bakul sendiri, but it's one of  the facts about me!Ok fine, perasan enough, layan sajalah the stories below ok:)






Foto di atas sudah berusia kira-kira lebih kurang 9 tahun. Dah lama sangat kan? Memang lucu. Bukan setakat watak Cinderella je, dah macam-macam watak Fifiey pegang and lots of stories i'd performed, termasuklah Little  Red Riding Hood, Puss In Boots and the last one was Cinderella! Ingat lagi masa standard 3 waktu stay di Jerantut, Pahang dulu, masuk contest story telling wakil Sekolah then i choose to perform Little Red Riding Hood. Comel sangat pakai red hood, pegang bakul kayu yang comel, rasa macam bebudak zaman dulu yang hidup di British je. Tahu tak kisah Little Red Riding Hood ni macamana? Meh sini, duduk elok-elok ye, jum kita bercerita banyak-banyak lagi!








Fifiey mengenakan costume Little Red Riding Hood, sebelum berangkat ke sekolah to join the contest. Macamnilah ghupernye gadis berjubah merah versi Melayu:)  Abby masa ni lucu sangat, masa mula-mula boleh berjalan kalau tak salah. Posing dia tu nah, macam tahan uuuuutttttttt...haha:D






Bermula al-kisah budak perempuan yang memakai jubahnya dan  hood(kalau kita panggil penutup kepala yang labuh tu kot, just like tudung labuh yg menutup sekalian kepala or to get the exact meaning u can check it out via dictionary). Budak perempuan comel ni (imagine kan lah Fifiey, haha) pergi jalan-jalan, lenggang lenggok pegang bakul yang berisi buah dan makanan, dengan beraninya ke dalam hutan, takde lah belantara sangat, redah hutan untuk melawat dan memberi makan neneknya yang sakit. Di hutan tu kan, jumpalah dia dengan seekor serigala muka hudoh, leih hudoh dari filem Hantu Jerangkung. Boleh bayangkan tak, budak kecil yang comel nak dimakan oleh serigala? Tapi berani oh budak tu, sempoi je dia, walaupun muka dan hatinya menunjukkan dia sangat takut;) Budak ni dengan senonongnya cakap kat serigala tu, yang dia nak pergi rumah neneknya dan mulalah serigala tu fikir macam mana caranya untuk makan budak comel tu. Sergala dapat idea. Dia suruh budak perempuan berjubah merah tu untuk petik bunga. Tengah syok budak perempuan tu ikut arahan dia, serigala pun senyap-senyap terus ke rumah nenek budak tu, kan dia dah tahu arah dalam hutan ni. Nenek yang sakit tu pun terkejut lah serigala datang dan telan dia. Ngeri. Then, tengok-tengok serigala tak ada, budak perempuan tu lega sangat, dia tak tahu yang serigala tu dah berjaya telan nenek dia. Dia berjalan sambil menyanyi menuju rumah nenek dia. Dia masuk ke dalam bilik neneknya dan melihat neneknya dalam keadaan sangat lain, paahal itu adalah serigala yang menyamar jadi neneknya. Cakap-punya cakap, budak perempuan tu, tanya macam-macam. 
 


"Nenek, Kenapa lengan nenek besar, tangan nenek besar, gigi nenek besar, semuanya besar-besar? Nenek, ini nenek saya ke atau................?" 



Lebih kurang macam tu lah dia tanya. Then serigala tuh pun menjawab, tangan besar untuk mudah peluk kamu, lengan besar untuk mudah untuk mudah lari dengan kamu, gigi besar untuk mudah makan seluruh isi kamu. Haa, budak tu pun dah sedar lah, bahawasanya itu bukan nenek dia, itu serigala yang dia jumpa di hutan tadi. Kenapa lah baru sedar? Kan dah terlmbat, untung ada seorang pemburu yang datang untuk selamatkan nenek dan buak berjubah merah itu:) Then, seperti biasa, bila happy ending, hidup bahagia sentosa lah jawabnya.





The princesses have to know every skills of arts, tak kira seni berkuda, seni silat, taekwando, seni tari,dan macam-macam jenis seni lagi! Ni bukan Cinderella dah, ni Princess Rosella dalam cerita barbie tuuh:p yang pandai tunggang kuda, dup dup dup.. manyakk cun dia, bukan Fifiey!



Fifiey ni banyak berpindah sekolah, sekolah rendah ni 3 sekolah Fifiey anuti, biasalah, hidup perantauan. So, setiap sekolah ada je nama ejekan untuk Fifiey, ada yang panggil Mat Salleh la, Mek Salleh, and macam2 lagi,. Rasa macam nak menangis je, ye lah kan, kita hati lembut, bila dh orang panggil and ejek tak kena tempat and tak panggil nama kita dengan secomel-comel nama kita, mulalah nak menitis air mata;) Tapi tu dulu-dulu, sekarang bebudk tuh, dh besar-besar, baik-baik dah, kalau ejek pun, Fifiey dah pandai balas balik:p Ni kisah lain lagi. Ok, berbalik kepada cerita asal lagi, (nak faham baca keseluruhan cerita ok, dari awal sampai akhir, jangan tergantung pulak), bagaimana ejekan ataupun panggilan Cinderella itu boleh timbul? Bermula daripada sekolah rendah masa tu, kira-kira standard six, senior lah ni, then, being a story teller for the Cinderella story. Event ni diadakan di SK Tengku Mahmud, as ia tuan rumah, as me come from sekolah kampung sahaja, SK Amer, padahal dua sekolah ni, tak sampai selekok, dua lekok dah sampai;) As i said before, i'm used to be in so many conditions, Fifiey lalui sahaja kehidupan yang penuh berpengalaman ini, di bandar, di pinggir bandar, yang penting  tetap cool memperagakan baju and my  language was not so bad lah, ithe sounds like british tu ado lah jugak. ehehehe, seantaro sekolah di dalam daerah turut serta, quite challenging, ramai contestant yang hebat-hebat, banyak saingan. Namun, Fifiey redah je. Cam confident je menang.



Masuk je sekolah terbabit, semua orang pandang, baju Fifiey terlalu "hot" kot, and more thing we are the only one, pasangan adik beradik yang join. Adik Fifiey, Arisha, join for story telling junior level-standard 1-3 and me join for story telling senior level standard 4-6. Untuk menghindari gangguan daripada bebudak lelaki tak matang, gatal, plus sesi ngorat-mengorat timbul, siulan ibarat burung bebsa, pewwit sana sini, jelingann tajam ke arah anak gadis comel, (masa dulu2 dah bajet besar kot mereka ni), kami untung ada bodyguard tidak langsung iaitu Sir Rizalman, who had been our coach. Mempunyai aset bertubuh ala-ala bodyguard, muka yang garang, kredit bagi kami untuk berasa aman di bawah lindungannya apabila catwalk merentas blok bangunan sekolah tersebut ke ruangan pertandingan bercerita terbabit walaupun banyak mata-mata memandang, banyak mulut-mult berkata-kata tak kalah juga yang sebut "feeeeeeewwwwwwwiiiiiiittttt" membuatkan kami sebagai anak gadis, tersipu-sipu malu namun berlagak ego an berjalan seperti the real princess;) Angkat dagu, pegang sikit rentetan baju gaun, dan berjalan lurus sambil tersenyum mesra. Starting from that, everybody called me CINDERELLA because of our ways, manners, languages and stories:) Dan kedua-dua kami berjaya merangkul Johan buat Zone Level, dan juga Naib Johan buat level Daerah! 



Rentetan daripada itu, bukan setakat di sekolah sahaja, malah masuk Form 1, kena bercerita lagi on the stage, for th eassembly perform, then berceritalah lagi Fifiey, serius malu, sebab dah rasa besar kan, and just thought story telling performance is just for the children, but i thought i'm wrong. Once i'm being in International school, there was many performances yang macam anak-anak, menyanyi segala macam, dan dipersembahkan oleh para remaja! Betul kata orang, Jauh perjalanan, luas pemandangan, besar pengetahuan. Alhamdulillah. Sambung kepada cerita asal, masa form 1 tuh, when i performed that, everyboy gives me a big hand. Wah seriously, i'm schocked (ramai jugak yang suka cerita budak-budak ni?) Itu dalam fikiran saya, dan yang paling mengejutkan lagi, the principal waktu tu, Allahyarhamah Hjh Madziah, comes to me, and hug me in front of everybody. Terharu bila mengimbaukan jasa-jasa beliau buat Fifiey:) Maybe she's proud of me, standing in front of the people, talking like everybody never see, making them fascinated with my story, without fear walaupun i'm the new student in SMK Tengku Mahmud 2 on that moment. 





and......




Starting from that, the whole school called me Cinderella. Rimas tapi tetap bangga.  Lol;D Yang bab rimasnya, lalu depan koridor je, they will say, "oh oh oh Cinderella Cinderella Cinderella". Balik sekolah pun, Cinderella, naik stage terima anugerah cemerlang belajar pun Cinderella,  ke kantin pun cinderella, library pun cinderella, tapi Fifiey zaman sekolah dulu tak suka ke kantin, so i just spent the time to revise notes and paling tak pun kalau lapar beli makan dekat koperasi. Kan lebih mudah, tak perlu queue up segala! di Staff Room pun Cinderella, pokoknya di mana tempat Fifiey ada di situ ada yang panggil Cinderella. Yang paling tak boleh ingat adalah yang suka berjalan-jalan depan koridor, depan kelas Fifiey segala macam,  tak letih kaki ke semata-mata atang nak called me, Cinderella. Pergh, memang lucu.  Ketawa bedahak-dahak bila kenangkan kembali.




It just a memorable, precious moment in life to be such a teenager in school! Banyak lagi pengalaman berharga yang lain yang ingin dikongsi di sini, pada lain waktu. Simpan story ketat-ketat dulu, biar jadi jadi rahsia dulu, nanti dah dapat  harta karun, terbuka hati nak cerita lagi, akan Fifiey cerita seluruh isi pengalaman bukan setakat buat memori diri sendiri, namun juga mungkin buat semua yang follow story Fifiey dari awal sampai akhir. Bukan apa, takut awak-awak semua bosan dengar cerita Fifiey panjang lebau~ Terima kasih daun keladi, banyak yang ingin saya cerita lagi, tapi waktu tak sudi, untuk lama-lama saya ber'stori-mori'.  Sebelum mengundurkan diri, yes i admit.......



i'm not CINDERELLA, I'm just Fifiey, a normal Fifiey who love to explore the world, jelajah isi alam!  




Babai awak-awak semua, saya dah tak sabar nak tunggu besok:) Selamat malam. (Eh, tadi cakap pagi kan?, sebenarnya macam ni, tadi tu edit pagi, then save di draft then sambung cerita lagi, pastu abis cerita tutup lah cerita. Ok dah nak tutup cerita. Babai.)~ Assalamualaikum semua:)




Lots of love,

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails