Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, December 5, 2011

How The Students and Teachers Nowadays Role Their Actions?








Kita pernah melalui zaman pra-sekolah, kindergarten, sekolah rendah/sd, high school/sekolah menengah/ smp/sma, dan sebagainya, bukan? Zaman-zaman yang kalian pastinya masih menangis teresak-esak tak nak mandi pagi kerana kesejukan untuk ke sekolah, zaman di mana kalian masih berlumba-lumba ke arah kecemerlangan, ada juga yang gemar tidur di bilik darjah, usik teman-teman sekelas sampai ada ibu bapa yang report mak kalian yang kalian nakal, zaman kena rotan, libas dengan parents sebab degil taknak mengaji, solat, zaman di mana kalian main bola sepak, bola jaring bersama reman-teman pada waktu petangnya! 


I really missed this moment. Proud of myself, sebab aku tak dilahirkan untuk menjadi begitu degil pada zaman kanak-kanak! Aku budak normal yang agak ulat buku dan tidak begitu bergaul dengan anak-anak kecil lainnya. Waktuku, masaku banyak diluangkan di rumah. Hanya holiday panjang di luar apabila tiba musim cuti sekolah! Dek demikian, sahabatku boleh dibilang dengan jari. Aku pendiam dulunya. Tapi tidak sekarang. Sekarang satu patah kalian keluarkan kata, sepuluh yang ku jampuk:) Itupun kalau berkenaan dengan topik di hati! 


Aku punya banyak pengalaman. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Zaman sekolah sumpah yang paling aku rindukan. Waktu dulu-dulu memang jemu untuk ke sekolah, lebih suka menghadap buku di rumah. Lebih tenang mungkin. Tapi tak mengapalah, orang ke sekolah, kita sekolah, bukan? Untungnya cikgu-cikgu pandai pancing supaya kita rapat dengan mereka. Satu faktor yang aku suka dengan sekolah apabila seseorang guru treat anak murid, pancing dengan cara jadikan mereka sebagai sahabat karib!






Play, read, feel, teach and learn! Kalau kita bisa bermain akal, otak, dan anggota-anggota badan yang lainnya, mengapa tidak dengan anak-anak usia remaja dan kanak-kanak biasa? Mereka mahukan susana belajar sambil bermain. You know kids can learn more and feel more trough practising, playing around and learn from surrounding! Tapi perlu diingat, main-main jugak, jangan biarkan sampai students boleh pijak kepala guru. That means, main berbatas, like we are playing sahibba while learning and collecting the new vocabs! We can use the new words in an essay and also while chit chat! Kalau kalah, janganlah sampai cakap bodoh ke, atau sebarang bahasa kasar like you used to use to your besties! Kurang sopan kan?


Pengalaman aku? Macam-macam ada. Budak-budak nakal kan, menyakat sampaui menangis. Termasuklah cikgu yang disakatnya. Sampai menangis cikgu tu taknak mengajar, merajuk untuk hari tu. Semua tu pengalaman. Aku kalau budak-budak lain sedang main lompat tali ke, peluk tiang ke, berebut kerusi dalam kelas ke, aku tak join. Sebab apa? Sebab aku mudah pening dan tak boleh bising-bising. Haha, tapi aku ok je tengok diorang main. Budak-budak kan. Seolah-olah aku matang awal. Sangat tidak best, tidak begitu menikmati alam kanak-kanak. Ye, that's why lah aku banyak involved indoor games and curriculum activities kalau di sekolah!


Cikgu. Cikgu adalah guru, dan guru adalah orang penting dalam hidup sebab zaman sekarang zaman pendidikan yang sangat maju! Dah ramai juga terlahir bakat-bakat muda yang dilatih oleh seorang guru untuk menjadi seorang pemimpin hebat. Memang! Memang sifat asal, keyakinan dan juga pengetahuanlah yang boleh menaikkan identiti kita untuk menjadi SESEORANG. Tapi guru adalah jalan terpilih untuk mengajar. Dalam Agama juga kita perlu berguru inikan pula pendidikan di sekolah! 


Zaman sekarang lucu. Pengaruh dari televisyen dan alam sekeliling lebih kuat dari pengaruh ajaran guru. Pantas sahaja artis hollywood Madonna juga tidak membenarkan anaknya terdedah dengan pengaruih televisyen. Mungkin keadaan semasa yang mengagungkan IT dan mendesak kita untuk menggunakan IT sebagai sumber ilmu menjadikan kanak-kanak jugak terlebih pandai untuk menyalahgunakannya. Apa fungsi seorang guru di sini sekiranya anak-anak tadika juga sudah pandai berutus surat cinta, membawa telefon bimbit ke sekolah dan ada juga yang dah pandai bermadu kasih masuknya mereka di alam menengah rendah bahkan di zaman senior di sekolah rendah yang bahawasanya mereka berfikir mereka telah dewasa dan berhak untuk berkelakuan sedemikian? Pelajar punya 2 rumah. Di sekolah dan juga rumahku syurgaku. 






Kadangkala aku sangat bersetuju, guru dan ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus, kerana pengaruh minda anak-anak telah tertanam dengan pengaruh IT yang dipelajarinya sendiri. Anak-anak sekarang terlebih pintar!



Video.



Cerita kalian macam mana? Tak kiralah, zaman sekolah rendah ke, menengah ke, ada yang terpahat di ingatan? Yang lucu ke, sedih ke, atau mungkin tergelak sorang-sorang?



Cikgu kalian yang paling kalian ingat dan sebab apa? 



Kongsilah cerita!



P/s: Takziah untuk family apek, Goal keeper tersohor masa kini atas kehilangan adiknya yang telah meninggal dunia tengahari tadi akibat demam berpanjangan dan jangkitan paru-paru. Al-Fatihah untuk arwah! Berita lanjut DI SINI.


47 comments:

Miss Volvo said...

yupper seronok gile masa sekolah rendah tp yg paling tak seronok kena bgn awal mandi awal haha!

Saiazuan said...

hahahahah tak kering gusi i melayan telatah korang ni.. :D

محمد رازيق said...

hehe. teringat zaman sekolah dulu ..

gadisBunga said...

saya masih igt nama guru darjah 1, darjah 2, darjah 3,4,5,6, tingkatan 1-5, guru matematik, BM, english, alam dan manusia, ustaz dan ustazah yg ajar mangaji dan fardu ain - dan masih berhubung dgn beberapa drpd mereka sampai sekarang. kalau saya pergi tadika, mungkin guru tadika pun saya igt juga.

saya rapat dengan cikgu2 dulu. walau pada mulanya mungkin berseteru (atas beberapa sebab) tapi akhirnya mesti jadi baik.

semoga Allah terus melimpahkan kurnia kpd guru2 muslim dan memancarkan hidayah kepada mereka (bagi yang bukan muslim).. amin... :)

gedek! said...

video tu... haha!

myra azraff said...

ohh cikgu..sob..sob
saye baru je habis sekola...hikhik~

Pondok Usang said...

zaman paling menyeronokkan.. =)

E R M A said...

thanks for your comment on my blog sis. akak cantik lah ;)

Azham Vosovic said...

Hehehe....zaman sekolah yang mengasyikkan...mungkin saya beruntung kerana akan kembali ke sekolah satu hari nanti...sebagai seorang pendidik. Doakan saya yang terbaik ;)

ghost writer said...

hye,Fifiey

siapa yang tidak merindui episod zaman persekolahan mereka.malah yang sudah bertahun dan sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing,masing mencoba untuk mengimbas kembali alam di mana kita sering merajuk dengan teman-teman,nakal dan teruja pada suatu yang baru.ianya momen yang sedaya pegun dalam kenangan dan ingatan.

Hanis MY said...

mesti ingt cikgu garang dan cikgu baik hehe...

Siti Nurazlinda said...

alolo, comel lah :')

Fatin Mraz said...

saya x pegi kindergarden.. cikgu pertama saya adalah emak dan kaklong.. =}

cikgu sekolah semua dlm ingatan saya.. dari sekolah rendah sampai menengah.. sampai masuk asrama..sampai masuk matrik..sampai masuk universiti..

semua saya ingat..
kerana jasa mereka..

saya sayang mereka..

=}

Hairil Rizal said...

Zaman saya sekolah (80an dan awal 90an), blm lagi popular konsep cikgu a.k.a sahabat ni. Masa tu cikgu adalah 'Tuhan'. Semuanya dia aje yg betul. Tapi...mmg betulpun. Diorg mmg lagi tau dari kita :)

Skrg ni mmg sgt mencabar sbb sememangnya ramai yg percaya maklumat di Internet dari buku atau guru. Masalahnya, tak semua maklumat di Internet betul atau tepat, bukan?

qlah said...

masa tadika paling besh ! tak perlu fikir apa2 ;D

~SaL IjOu~ said...

ah, zaman itu mmg seronok sekali dikenang..~ ;)
tp, ya, budak2 zaman sekarang pembesarannya byk dipengaruhi internet..satu cabaran utk ibu bapa & cikgu..kalo dulu cikgu rotan tu biasa, masalah disiplin kurang berleluasa..tp skrg, cikgu perlu bijak menggunakan psikologi..~

Aflina Affandi said...

Bila ingat balik sy sgt la nakal zaman sekolah dulu. hihihi

princess ayu said...

guru yang paling saya ingat adalah guru sains waktu form 1 ...terlalu baik sampai budak2 naik atas kepala dia..dia marah bawa batang penyapu pun kwn2 tak takot pun..kesian cgu tu...tak pandai marah..but then skrang dia ajar sekolah rendah hehehe

12 most dramatic pictures around the world

hazanis said...

thanks sudi singgah blog saya...awak cantik lah ;)

follow sini kelantanesse...^^

Alieza Dayasari said...

hai.... sekolah zaman yg sgt manis walaupun ada kena denda dgn cikgu. ponteng ngaji.. haizzz....

tp semua kenangan...
kita dulu masa budak sgt berbeza dgn budak2 skrg...

saya bakal pendidik.. dapat merasakan kanak-kanak skrg agak sukar ditegur. Generasi XY lah katakan...

Maya Mayana said...

cikgu yg akak ingat adalah asben akak sendiri...dia cikgu akak dulu2 hehe..

saya masih tercari2 guru2 di FB, but susah jugak nk kumpul n jumpa...

Phat said...

alamak back to school ke? hehe anyway phat follow blog ini ye...hello...

Rinna said...

Zaman skrg tak sama ngan zaman dulu2.. Budak2 dan remaja lebih advance.. dah lebih bijak.. iye laa..dengan teknologi yang lebih canggih kan.. info di hujung jari saja.. :)

kakchik@ella said...

pada KC paling best ialah zaman koleh. BTW fifiey, KC ada email fifiey bulan 11 haritu masa KC nak ke Indo dgn Kak Nani dan Hanis Zalikha. Fifiey dpt tak email tu?

qasehraihan said...

zaman skolah ingat sorang je cikgu..
cikgu zaleha..
suka marah..
kerap prgnnt..ahahahaha..

follow u
ke-1199..huhu

Citarasa Rinduan said...

fifey

cikgu yang k.ayu masih ingat of couses cikgu yang hensem,

hahhahahaha

jelah said...

saat yg paling indh adalah mse di sekolah...xkira la pahit ke manis...semuanyer indah...

lieyalatif said...

mmg seronok zaman sekolah dulu....tapi dulu menyesal bangat sebab belajar main2...rase mau ulang balik kesekolah hahaahahaah

Rtp Farra Arisha said...

WAKAKAKAKAKAKAKAKA

syafiqakarim said...

rindu zaman sekolah.byk teringat.
kdg,selalu kena panggil masuk bilik kaunseling.sebab dulu PRS,haha,
sebenarnya rindu kwn2 skolah rendah
dah tak contact langsung.dulu zaman tak up.hmm

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hehe, betul lah. zaman skrg kan, dunia cikgu dan students sama je..sama2 belajar pakai buku-,-

kalau dulu2 mama cerita, yes, cikgu itu tuhan, semuanya benar mereka sahaja. buat salah sikit siap lah penangannya...

hehe, mandi awl best. sometimes!

J.Syazwana said...

cikgu paling diingat dan disayangi ialah cikgu math zaman sekolah rendah. walaupon dia garang tapi sebab dialah saya minta math. huhu

Aemy Shamy said...

heeee sy baru ja terserempak ngan bekas cikgu BI td..hehehe...setelah sekian lama akhirnya terjumpa jg..tiba2 terkenang zaman skolah..huhu..rindunya!

khairul akmal bin azman said...

plus v log lagi..
good entry by the way.

say to easy=) said...

zaman sekolah paling seronok sekali
!:)

KinosKoko said...

still enjoying my study period until today as an ipt stdnts..walaupun tak sama mcm school, tapi still student and it is fun.. :0

APi said...

kalau murid murid semakin advance, cekgu berkali kali kena lagi advance..
cekgu kan..
heh

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

[z@ck] said...

cikgu tusyein paling saya ingat.dia suka cubit lengan kalau tak boleh jawab soalan dia.berbisa ok cubitan dia tu.tapi saya tau dia buat mcm tu sebab sayang, nak didik kita lagi tekun dalam belajar.bukan sebab suka hati nk naya anak org =)

L said...

aku sentiasa ingat.. hehehe.. setiap detik. kdg2 bila diceritakan kat kawan2 . orang kata hg ingat lagi noh.. huhu

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

model pakaian muslim wanita said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

CIK MAY said...

betulla..sgt bersyukur zmn kanak2 dulu tak mcm kanak2 sekarang...walaupun dulu g sekolah jln kaki je..

done follow u..sori lmbt kunjung bls..;)

Fabulous Me said...

R I N D U Skolah

azalia hjsalleh said...

hahaha kelakar tgk videyo tuh ;)

A retarded kitty said...

sejak dah nak habis spm ni, baru saya sedar yang zaman seklah ni best gila. kekeke

wan nurul hezrina said...

masa sekolah dulu nakal..kalau subjek yang tak suka rela g main bola jaring dr g attend kelas tuh=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Jom masuk sekolah balik! hehe

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails