Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, November 25, 2011

Kanak-kanak Dan Kebersihan Mereka.


Assalamualaikum and hi people.


Seperti yang kita tahu, kanak-kanak juga perlu dijaga dalam sudut kebersihan supaya hidup yang sihat dapat dikekalkan dalam usia muda! How to give advice to kids pertinent to the case of hygiene, healthy and live in happy life without any diseases! Personal hygiene is the first step to lead you for a comfortable healthy lifestyle.


Masa usia muda ni lah, peluang untuk ajar kanak-kanak untuk sentiasa disiplin dalam penjagaan kebersihan. Dengan hanya nasihat dan kata-kata, probably, mereka akan dengar dan tahu cara kita mendidik mereka untuk kebaikan mereka sendiri. Mereka sebenarnya tahu akan kebaikan jaga kebersihan ini, tapi untuk mengamalkannya agak payah seandainya tidak terbiasa dengan disiplin kebersihan dari kecil.Makanya, tanam sikap pembersih di dalam diri kanak-kanak adalah suatu hal yang sangat penting.



Abby, Go and take a shower now! Abby dipaksa mandi! Susah sangat nak pergi mandi si budak kecik sorang ni, kan tak pasal-pasal kena marah dengan mama.


Sebenarnya banyak cara untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya mereka ikut nasihat kita dalam pendidikan kebersihan ini! Hanya menggunakan ilmu psikologi kanak-kanak anda bakal berjaya memasukkan anak-anak anda ke dalam cara terbaik anda! No matter how horrid the way is, we MUST try it. Joking! Mahu tahu bagaimana caranya?



Panggilan / Seruan menyejukkan hati.

Situasi 1: " Sayang, pergi mandi nak, bau dah tu balik sekolah jangan terus main PS, mandi, ganti baju nanti turun makan, mama masak special hari ni tau."

Situasi 2: " Budak ni sorang tak mandi lagi, tu lah, ikut sangat perangai buruk bapak kau tu, balik sekolah, main, main, main, baju kotor bersepah merata-rata, kenapa tak bawak turun bawah letak dalam machine terus? Kau ingat aku ni bibik ke, macam babu je duk kat rumah. Ni kenapa belum mandi nih? Nak suruh aku mengamuk sakan ke? "


Pilih, yang mana lebih menyejukkan rasa serta fikir? Pastilah situasi yang pertama bukan? Motifnya, hanya untuk menasihat anaknya untuk berdisiplin. Pulang sekolah, berehat sebentar, ambil masa untuk mandi, ganti baju, makan dan terus belajar dan petangnya beriadah. Namun, bila si ibu sudah meleret panjangnya membebel sehinggakan mengungkit yang bukan-bukan, telinga si anak juga panas, dan hatinya memberontak. Biasalah, jiwa muda!


Memanglah, sifat natural dan naluri ibu yang mengambil berat itu ada di dalam diri setiap para ibu, namun, sedarkah kita, bagaimana sifat kita mempengaruhi tindakan sama ada berkesan ataupun tidak untuk membuatkan seorang anak itu sentiasa hormat dan dengar nasihat seorang ibu? Caranya sangat mudah. Saling menjaga hati. Kalau dah si ibu bercakap elok-elok dan anak masih tidak mendengar nasihat, cara yang agak tegas mungkin berkesan.


Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak metropolitan yang hidup dalam air emas sekarang ini sangat dan terlalulah tidak mampan hanya dengan kata-kata nasihat. Oleh itu, ibu bapa sendiri have to be role model. Tunjukkan contoh di samping menasihati anak-anak supaya mereka tahu apa yang patut dan tak patut dibuat! Lama-lama mereka tahu yang mana baik dan yang mana buruk!  Ingat, panggilan menyejukkan hati dapat mempengaruhi naluri anak untuk turut bertoleransi dengan permintaan ibu serta bapa!


Teknik Berlumba/ Membilang 1, 2, 3!



Teknik ini sangat berkesan untuk anak-anak kecil seusia 12 tahun ke bawah! Kita kan tahu, anak-anak biasanya bersemangat juang. Jadi, kita gunakan pengaruh juang dan pujukan ini dalam pertandingan! Contohnya dalam situasi di bawah:



Situasi: " Papa bilang sampai sepuluh, abang dengan adik pergi mandi biar wangi-wangi, nanti kita tengok movie sama-sama. Siapa mandi paling bersih, paling wangi, dapat duduk sebelah papa dan papa bagi coklat yang sangat best. Papa beli tadi. "



Pengaruh membilang nombor ini sangat efektif tau dalam membangkitkan anak-anak kecil untuk melakukan sesuatu tanpa dipaksa-paksa acapkali. Dengan sendiri diorang akan timbul niat nak berlumba untuk menarik perhatian orang yang lebih dewasa. Secara tak langsung, mereka akan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan supaya disayangi orang yang lebih dewasa yang menjaga mereka! 


Cara ini boleh digunakan supaya mereka cepat-cepat membasuh buah sebelum makan, gosok gigi, mandi, serta melakukan aktiviti-aktiviti membersihkan diri untuk mengelakkan dari jangkita kuman! Payah kan? Kena guna teknik bagai dengan kanak-kanak ni, almaklum, mereka belum dapat menerima penuh tentang apa itu KEBERSIHAN dan efeknya terhadap tubuh badan.



Pendidikan Di Sekolah

Kalau di sekolah, macam zaman-zaman kita dulu, banyak aktiviti berlandaskan pendidikan kesihatan ini diamerka dan diajarkan di sekolah! Malah, subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pun turut mengajar ke arah motif yang sama!


Kita bersenam, kita bersukan, kita belajar cara dan perdaban, kita belajar tentang kepentingan kesihatan, dan macam-macam lagi. Hari kesihatan pun ada tau di sekolah. Budaya sihat banyak diterapkan juga. Dulu-dulu ingat lagi, pasti ada doktor untuk cek darah, cek gigi, peraduan kesihatan segala macam, itu suatu cara yang sangat berkesan tau supaya anak-anak anda terbiasa dengan pendidikan yang sebegini! Then, they will not feel awkward when we as  as their parents talk bout health!


Dengan nasihat para doktor yang kasi ceramah untuk anak-anak supaya menggosok gigi dengan betul, siap dengan demostrasi bagai, anak-anak akan lebih teliti dalam permasalahan mereka sendiri. Kadangkala ugutan kecil pun dapat menakutkan anak-anak. Contohnya:


Situasi: "Anak-anak, doktor nasihatkan supaya anak-anak semua gosok gigi betul-betul tau, atas bawah, dalam, dan setiap bahagian dalam gigi lah, jangan lupa lidah juga perlu digosok! Supaya ulat tak ada dalam gigi"


See, ulat di sini boleh membuatkan anak-anak takut dan akan menggosok gogo tepat pada masanya dengan cara yang betul!:)




Tidak dinafikan, anak-anak  kecil sangat payah dan sering mengendahkan nasihat. Nak kena parents menjerit berulang kali baru dengar. Jarang sangat anak-anak kecil yang betul-betul disiplin dan Contohnya manner di meja makan.



" Sayang, pergi wash your hand dulu nak, sebelum makan. Nanti kuman tau tak basuh tangan."


" Mama, adik dah basuh tangan tadi (dalam hati: Hehe, tipu mama lah, malas nak jalan pergi singki cuci tangan. Mana nya kuma, tak pernah nampak pun, kecuali lah kuman tu gigit macam dalam kartun raksasa tu)"



" Adik, sejak bila dah pandai belajar menipu ni? Dah dah, sebelum mama ambil rotan, pergi basuh tangan dulu, kalau tak tak boleh makan! "

" Ok, mama. Janganlah marah, adik bukan tak nak basuh tangan, lain kali suruh singki tu jalan dekat adik. Adik malas lah nak bangun. "



Akibat minum susu banyak lah ni, makin cerdik je jawapan anak-anak kecil sekarang, kan? Comel! We tend to think, we are so lucky sometimes, have money to buy soap, shower, why not we use? Ada setengah orang tak berpeluang pun nak beli Dettol lah, LUX lah, Lifebuoy, dan banyak lagi jenama-jenama lainnya yang wujud di pasaran kita pada hari ini! Jadi pergunakanlah, bukan untuk orang lain, namun untuk kebaikan diri sendiri.




Fifi, sebelum makan ketupat tu, cuci tangan dengan DETTOL ye, sayang! hehe. Nasihat untuk diri sendiri.


16 comments:

Finaz Jaafar said...

hehe..sangatlah susah kadang2 nak suruh anak buah saya mandi..balik sekolah terus capai game..mandi nye tidak..lepas tu bila nak makan selamba je nak makan tanpa basuh tangan..and yess teknik2 yang you mention ini really works evrytime..haha

PUAN SUE said...

salam perkenalan..tenkiu datang blog puan sue..

sy kalau nak makan mesti nk basuh tgn dulu..kalau tak basuh macam selesa je..

Anisa Hang Tuah said...

heee.saya pun guna dettol

Fatin Mraz said...

nice one!
apapun teladan dari ibubapa mmg penting. tunjukkan amalan kebersihan. kanak-kanak2 lebih absorb dari perbuatan dari kata-kata..

;}

Aweyn said...

nice entry
and yes, since everybody is going to be parents one day..so they should have the ability or quality on how to wins a kid's heart. hehehe

Aemy Shamy said...

hehe nice tips! gambar yg 1st tu scary la...hehehe..

Asmara said...

wow! very good info. betul tu anak2 mmg kene cakap lembut, kalau cakap kasar lagi diorang tak ikut. anak2 aii mmg kene ckp dengan puji2an baru la jalan. hehe.. tp ada masa kene keras jugak, supaya dia tahu ada benda yg boleh dan ada yg tak. :D

Rtp Farra Arisha said...

eh, teacher sorg ni dh ubah profession jd doktor ke? hehe

rozeeta rashid said...

kena guna cara yang soft nak ajar anak untuk pentingkan kebersihan. =)

budak penjara said...

gmbar first tu seram je wa tengok..hehe

btw..ak zaman kanak2 sentiasa di asuh dengan menjaga kebersihan..titik..haha

Saiazuan said...

i think fifie are ready to become a mother..hehe

ORLANDO AHMAD said...

Gua sejak kecik tak minum susu tepung, mak ngan ayah tak mampu huhuhu...

kim heeruul said...

budak2..
demi kemahuan mereka sanggup..

Nisa Greennnpanda said...

hye dear.. thanks coz sudi singgah my blog.. ^_^

Perfumes Farm said...

Hi,

Join Perfumes Farm Contest and grab a chance to win Fragrance Mist from Victoria's Secret.

Hans said...

yups2
betul tu
sangat setuju
pendidikan awal bermula dari kanak2 dan di rumah
:-)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails