Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, November 21, 2011

BINATANG JUGA PUNYA RASA CINTA!


Assalamualaikum and hi people.


Gembira Loka gembira hati, riang ketawa melihat hewan!:) Gambar ni menunjukkan dah macam aku tertepek kat poster tu lah pulak. Kan? Sesuai tak jadi model poster iklan untuk zoo? Hahahaha. Ketawa untuk kelucuan diri sendiri.


Have you ever keeping or taking care of your favourite pet like you look after your own children? If you say yes, you are most lovely people in this world. So are you ready to talk about, love between human being and animals? 


If you are able to get in love and being loved sesama manusia, why not kan, you set your mind and try to love your pets too. Janganlah sepak terajang bila nampak kucing di warung-warung jalanan, tu lah kan, if you can't take risk to face animals like cats or small pets, don't get into warung-warung jalanan! Go, have your meal in mall or at hotel. LOL:D cewah, mewah!


Can't deny. Aku juga takut kucing. Really afraid of that. If i saw cats, i tried my hard to keep away from it. Tapi sumpah, sepak terajang belum aku pernah. Sebab aku tahu, kucing juga punya rasa, kalau tak kenapa dia boleh tertidur, kenapa dia perlu makan, kenapa dia keluar darah bila digilis, kenapa ia bisa beranak dan diperanakkan? Itu semua RASA yang tak mampu kita cipta sewenang-wenangnya!


We have the right to privacy, to respect, to be held in high esteem, and so with animals.


Aku tak meletakkan darjat dan kelebihan yang sama tercipta pada haiwan dan juga manusia. Pada Dia, kita sama, jadi kenapa kita pertikaikan. Namun, Dia mencipta, Dia yang lebih mengetahui mengapa hukum alam lebih berkuasa dari hukum manusia, kerana manusia sebenarnya tiada apa-apa! Robot kalau dicas pasti berfungsi, bahkan tiada baterinya dan ditinggalkan dalam gebuk kotor juga mati fungsi dan mati rupa. Persis manusia, punya nyawa sebatian roh pasti berfungsi elok, dicabut nyawa oleh Jibril, dikuburkan, tiada yang molek rupa lagi, molek fungsi lagi, melainkan hidup dalam alam kubur pula.


Namun, mengapa kita punya akal sedangkan binatang tidak, tapi kadangkala manusia berakal lebih antagonis kejamnya daripada binatang? Kerana kelebihan akalnya kah sehingga takburnya sedemikian rupa mempermainkan RASA? Atau mungkin binatang terasa kerdil dan hina diri kerana ketidakwujudan akalnya serta kewujudannya pada hayat kali ini adalah sebagai seekor BINATANG?



Sebaran cinta buat dia...


Can you recognized, how's animals show love to their kids? Sama je dengan gaya manusia. Bagi anak makan, berusaha untuk puaskan hati anak, turut ajar anak, give protection and sediakan habitat yang sesuai untuk mereka. Well, bayangkan kuasa Allah, tak punya akal tapi mereka tahu apa yang pantas mereka lakukan! Mereka dapat rasa dengan cara tertentu kerana mereka turut punya jiwa.


Itu binatang. Tapi kenapa manusia seolah-olah mempersiakan kurniaan? Mengapa bayi kecil banyak dibuang sedangkan binatang juga sayangkan anak?! Manusia banyak yang kejam. Ya, harimau baham binatang yang lebih kecil pernah, wajar! Kerana tak berakal dan itu makanannya. Tak perlu persoalkan lagi, kerana kita juga turut sembelihkan ayam, lembu dan sebagainya untuk makan, inikan pula HARIMAU. Mangsa dan pemangsa tak kira siapa. Siapa yang besar dia yang berkuasa, yang kecil jadi mangsa melainkan punya kebijakan tersendiri, persis manusia juga! It sounds cruel, but this is the rule of world.



You will laugh whenever you see the actions did by this kind of animal. Saya lupa apa namanya ni...


Aku teringatkan kepada kisah Nabi Sulaiman yang bisa bercakap dengan binatang. Tak hanya menguasai jin, beliau mampu memahami semua bahasa binatang. Bagaimanakah? Itu antara hikmah dan kuasa Tuhan yang tak dapat kita pertikaikan lagi.


Berkaitan dengan adab, monyet pun pandai hulur salam jumpa orang baru, why not manusia kan, apa salahnya, kalau tetamu datang tu, ringan-ringankanlah tangan hulur salam. Apa pandangan mata saya lihat, muda-mudi sekarang banyak dah yang sombong diri, nampak orang baru datang rumah, turun tangga, jumpa mata, hulur salam pun tak, terus keluar rumah tanpa bersalaman. Apatah lagi nak hulur suara tu, lagi lah tak. Kurang sopan kan? 


Ada satu spesies lagi, orang hulur makan, bagi something ke, ucap terima kasih pun tak. Monyet dikasi pisang pun teruja nak peluik-peluk tuan dia, tapi manusia, banyak dah kurang ajar! Terlebih ajar pun ada, macam kera dapat bunga. Susah manusia ni, nak ajar lebih-lebih, dah besar panjang semuanya, kalau ajar kecik-kecik, mulut suka mengadu kat mak bapak, terkena pulak kat mak bapak yang tak boleh menegur anak, haa, nanya pihak kita. So, ada akal guna naaa, ada iman di dada pakai!






Orang kata ular berbisa, suka dan pandai membelit, dan juga boleh bersalin kulit serta lidahnya yang becabang. Persamaan ular dengan manusia yang bersifat pembohong/ yang suka cari alasan sering menjadi bahan bandingan.


Itu sekadar perbandingan. Apa yang pasti aku geli dan sangat takut dengan ular! Pernah ke ruangan pameran ular, pelbagai jenis ular dipamerkan, diminta untuk memegang ular sahaja aku lari. haha. Kulit dia pun rasa geli nak sentuh kan! But it depends on the person. Ada yang sangat sayang akan ular dan sanggup menjadikan ular sebagai binatang peliharaan, bukan?


For more photos, click here!


"Kalau dah binatang pun ada rasa cinta sampai beranak pinak, bertelur sakan, kenapa perlu manusia bermusuh-musuhan?"




P/s: Dalam banyak-banyak binatang, binatang yang paling aku nak pelihara adalah burung. Benda lain banyak yang aku geli, dengan burung je kot boleh tenang hati!:) Oh ye, harini final kan, Malaysia VS Indonesia bola? Ramai kawan-kawan aku kat Indonesia yang sokong Malaysia, sebab diorang minat kat orang Malaysia, aku pun tak tahu kenapa. Nak cakap muka pemain bola Malaysia, handsome, biasa je kot-,- hahaha. 

10 comments:

cinnamon.com said...

wah,dah lama tak jejak zoo..masih tua ke binatang2 kat situ..cantik gambar2nya..

kim heeruul said...

suka pergi tak ajak i skali en..hiih

Aimi Rosli said...

samalah takut kucing (:

gembira dengan kemenangan bola malam ini.

Saiazuan said...

alaaaa kenapa fifie tak belai ular tu? hehehe

Kazen said...

in anyhow...cat is my favourite pet.... love it most !

Entri terkini | Selamanya Harimau Malaya

kakchik@ella said...

I love this entry, Fifiey

say to easy=) said...

sy pun tkut ngn kucing tp xde la smpai nk dera.hehe

Pondok Usang said...

kita sesama mahkluk mesti la saling sayang.. =)

YOUsoF said...

Haha.. Sekali pandang memang nampak macam muka kau betul² ada dalam poster tu.. ;D



3, 4 kali je pernah masuk zoo.. Haiwan pun tahu erti kasih sayang, tapi sayang ada manusia yang tak mengerti maksa kasih sayang tu..

Pendekar Berkuda said...

nama binatang tu biawak komodo...ahhaaa....

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails