Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, November 19, 2011

BAKSO! Yummy nya.


Assalamualaikum and hi people....




Bakso. 


Satu kata yang bila disebut agak aneh bunyinya, so so so. BAKSO! Tapi enak rasanya. Mula-mula makan bakso kecik-kecik dulu, loya betul anak tekak aku. Gatal, nak muntah, sangat memualkan. Fikiranku, entah apa yang ditaruhnya sehingga aku merasakan ada yang tak kena dengan masakan jawa itu! 


Tapi koq sepertinya semua manusia di situ begitu doyan/suka benar dengan menu ini. Ibaratnya kalau kita ke kampung-kampung di Malaysia, kita akan lihat bahawasanya banyak gerai di pinggir-pinggir desa, bandar juga, muda-mudi, orang tua, anak-anak pakat-pakat ke gerai jualan bihun sup, mee sup, dan banyak lagi. Bukan begitu?


Nah, kali ini kita bicara tentang bakso. Menu yang tidak asing lagi bagi masyarakat Indonesia, Jawa khususnya. Mungkin ada juga penjual bakso di Malaysia yang diniagakan oleh orang Jawa yang telah lama menetap di sini!


Berkaitan aku dengan bakso, bagaimana aku mula menyukai bakso? Tidak lama kemudian, aku sering diajak teman dan saudara untuk menikmati bakso. Tidak dinafikan kebanyakan bakso di pinggiran jalan banyak-banyak di kota itu, tidak semuanya enak. Kebanyakannya berbau amis/hanyir! Ya, janganlah pilih yang tak enak, maka mindset anda juga berkata bakso lain-lainnya juga tidak enak! Ah, payah kan, kalau kita tak tahu gerai bakso mana yang enak.


Makanya, sering-seringlah bertanya! Tak susah kalau punya mulut dan lidah untuk bicara. Kalau aku, sering dan sukanya makan bakso di dalam mall saja. Dalam Cilandak Mall juga Best, Plaza Anggerik juga baksonya rasanya ok, di CITOS juga ok, pokoknya di Mall banyak yang ok lah! Mungkin lebih banyak isi dagingnya dan cara pembuatannya yang mahir dan tidak hanyir. Dihidangkan pula bersama Jus mangga yang segar, ahh, mantabnya! Sejak dari itu, aku jadi doyan BAKSO!




Homemade bakso by Chef Fifiey Lychee Maration.


Apa itu bakso? Bebola kecil yang diadun bersama isi daging, white pepper, dan bawang putih yang telah dikisar beserta tepung sagu dan tepung gandum secukupnya! Gentel menjadi bulat supaya ia berbentuk seperti bebola yang sangat enak. 


Sup nya juga disediakan dengan begitu mudah. Tumis bawang putih, masukkan air, setelah mendidih, masukkan juga rempah-rempah sup yang diperlukan, masukkan white pepper sedikit, garam, serta bahan perasa lainnya. Akhir sekali masukkan bebola yang telah digentel satu demi satu. Hanya tinggal untuk masak seutuhnya! Sementara itu, rebuslah mihum/mee cina untuk dimakan bersama sup bakso! ada keropok jawa lagi best! tak pun gantikan dengan papaddam india..kahkah...




Jangan lupa sediakan sambal cuka yang sangat enak. Pandai-pandailah anda buat sambal ikut selera anda ye! Siapa yang tak pandai buat sambal kena denda;)


P/s: Ok bye girls/boys! Need to go, kita sambung entry yang lain pula ye! Ada request tak, nak entry apa?


19 comments:

Pocket said...

pocket suka makan bakso,
kat sini ada restoran indonesia yang amatlah mengekalkan keoriginalitian nya tanpa perlu menghias cantik cantik.

n bakso diorang memang la sedap :D

Kedai Lalaland said...

Thanks for the info!~~

luahfikiran said...

SALAM,
TAK PERNAH CUBA BAKSO! TERINGIN JUGAK !

Saiazuan said...

lama rsanya x mkn bakso ni :D

~AmyLiana86~ said...

akak suka sgt bakso ni fifi..nati buatkan tuk akak ek..hehehhee...

tieykah said...

Bakso!suka gile

:D

Syazwan Che Deraman said...

wan tak pernah lagi makan BAKSO ni.
wan ni cerewet bab pemakanan.

Zaira Fadzil said...

sedap! jemput lawat blog saya ada post yang berkaitan dgn bakso. :D

onie said...

onie dah try makan bakso,tapi tekak tak terima,huhu

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@pocket: pocket makan kat mana bakso di malaysia yg enak tu?

@kedai laland: you are welcome!

@luahfikiran: Salam kembali. Nanti boleh cuba....sama ada di restoran orang jawa di malaysia ataupun suruh isteri buatkan:)

@zuan: lama? bila last makan?

@kak amy: klu dekat dekat, dh slalu pass2 makanan klu msk!:)

@tieykah: sis suka kah? ok, nnt boleh cuba buat bakso sendiri!

@syazwan: most of cerewet people, will don't like bakso for the first time..sbbb tak semua bakso best!

@zaira fadzil: dh tgk ur blog but did't find the one which realted to bakso entry.. yg mana? can u give link?

@onie: tekak tak terima baik jangan makan, nnt loya termuntah! kahkah...

Cik Nanard said...

Nanard pon suka makan bakso :)

Aien Not Alien said...

pernah makan tapi jarang-jarang...


BAKSO sedap...hehehe..

Sarah Mohd Saleh said...

dah buat tu bg lah i sket yunk ;)

Pendekar Berkuda said...

huwaaaa...janganlah cerita pasal bakso...pendekar dah la lama tak dapat makan bakso ni...susah nak cari.... :(

Ichsan Afriadi said...

sekarang di Indo? bakso di makan waktu dingin baru sedap, hehe :)

Kazen said...

bakso sememang popular tp tak tau kenapa yg sy nie tak penah2 lagi makn...slalu pegi foodcourt pun beli benda lain... :)

Entri terkini | Video Sunday 8 | Pitbull - Rain Over Me ft. Marc Anthony

aleen aiden said...

woahhh meatball buat sendirik?osemnye!nanti bley la try air tangan fifiey.hi3 ;)

sori dear da lama xsinggah sini.been bz lately.da nak exam.doakan ye! ^_^

fany wany said...

tak pernah makan =,=

err, sedap tak? ekekeke

e.l.i.z.@ said...

hmmm keli x make sero bakso..tp rupa dio +- mee sup jah dih

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails