Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, October 16, 2011

MARI BERCERITA, JANGAN MALU-MALU.




"Anda suka bercerita. Tapi malu? Kenapa? Ceritakan saja, kami sedia membaca!"



Sudah sedia maklum, seperti yang kita tahu (bagi yang belum tahu sila lanjutkan pembacaan dan telitikan, mana tahu anda juga berminat untuk bercerita), lihat saja banner di atas, sudah ketahuan jelas bahawasanya header tersebut merupakan lambang bagi Blog Berdua Lebih Baik jue-hanie



Lanjut kata, apa kaitannya dengan blog tersebut? Ya, pasti ada kaitannya, kalau tak, macam mana boleh tertulis, bukan? Jue-Hanie telah mengadakan sesi bercerita. Ya, bercerita. Terdengarnya agak lucu, kerana bercerita melibatkan watak lebih dari seorang, tapi perlambangan bercerita di sini dari segi penulisan. Penulisan di skrin. Jadi, semua boleh baca. Understood? Panjang lebar pun tak guna, nanti makin blur. 



Straight to the point, ceritanya tak kisah sama ada dalam bentuk dialog, fiksyen, oral, mahupun lawak, serius, pengembaraan dan macam-macam cara lagi but it must based on these few words! You MUST use it! I know you can do it, and let's try it people! Here we start......




Hari ini hujung minggu. Aku bangun pagi dengan senyuman.


Di suatu pagi yang penuh dengan canda tawa walhal jam baru menunjukkan tepat jarum panjangnya ke arah angka 7. Meriah. Ada apa dengan pagi itu. Aku tertanya dengan diriku sendiri, kerana tidak seperti biasanya, teman-teman serumah ya pastinya biasa-biasa saja, paling-paling hanya bercakap-cakap ketawa tidaklah terbahak-bahak. Aku tertidur awal malam semalam, keletihan dengan diri sendiri yang begitu sibuk dengan kuliah dan assingments. Namanya juga pelajar. Mungkin aku ketinggalan suatu hal berita yang belum sempat mereka ceritakan padaku. 


Lantas dengan cepat lidah menyoal.


"Ada apa kalian ketawa? Wanna share something with me? Aku tidur awal semalam, letih."

"Tak, aku lucu nih ha, baca gosip artis-artis. Macam-macam kalau dah itu menyampuk, ini menyampuk, jadi nak ketawa je lah. Lucu, kau baca lah sendiri." Jawan temanku.

Pendek aku menyoal, tapi berdebar menunggu jawapan. Haruskah berdebar? Sambil itu aku menikmati lagu.


Faizal Tahir, Karma tajuknya. Video klip nya, fuhhh, menggegar jiwa melihat. Ngeri juga ada. Layan lagu, layan nikmat keredupan pagi, helai tawa teman. Sesuap nasi lemak 2.0 dari gerai lorong Cempaka itu membuatkan perutku tiba-tiba terasa kenyang. Ditaruh apa ya sampai-sampainya kenyang sebegini rupa? Walhal semalam ketinggalan untuk makan malam kerana ketiduran. Dari awal aku tinggal di sini dan sering aku makan menu ini, tapi aneh kenapa ada 2.0 ya nasi lemaknya itu?


Sini ku ceritakan. Ada sejarah di sebalik itu. Ngeri juga. Seperti filem seram yang bikin aku melaung, seribu kilometer pun orang pasti mendengar. Maaf, hiperbola, tapi ibaratnya begitulah kuatnya!


Dikatakan, belakang gerai tersebut, terjadi suatu hal ngeri, seorang perempuan melahirkan anak haram seberat 2.0 kira-kira sepuluh tahun lalu. Dahsyatnya, lagi bayi tersebut dilempar di sungai berdekatan dan dijumpai dalam keadaan yang mengerikan. Loh, jadinya terlekat lah nama nasi lemak 2.0 gara-gara berat si bayi tak bersalah itu. Nak panggil nama belum punya, maka apabila orang yang menonton berita di kaca televisyen, pastinya mengambil jalan singkat dengan cara memanggil bayi 2.0. Masuk senja saja, pasti terdengar perempuan mengeram, bayi menangis, dan macam-macam hal aneh lagi.


Itulah kisahnya.


Hari ini aku cuti. Aku teringatkan keluarga, teringat makan karipap-karipap cinta dengan adik-adik. Lucunya lagi, pasti kami berebut, lawan siapa makan paling banyak mama goreng lagi dan lagi. Comel pulak bentuknya. Love. Tu lah sebab, namanya pun lucu. Teringat lagi waktu indah aku selalu menang lawan congkak, sampai menangis-nangis adik nak menang jugak, tup tup aku kasi dia menang, lawan dengan budak apa hal sangat kan kalah menang, yang penting buat mereka happy, lagi aku happy! Fikiran melayang lagi terbayangkan menonton filem Flat 3A yang lebih kurang sama lah kisahnya dengan kisah yang aku ceritakan di perenggan sebelumnya. Sampai melaung-laung aku, emmang alah dengan cerita seram. Suara dah lah lunak, nasib baik rumah luas, jadi jiran confirm tak dengar. Abah kata, paling-paling orang ingat hantu kot melalak, bukan kami. Haha, lawak. Filem ni kitorang download je, tiba masa berkumpul, kami tengok lah sama-sama.

Lamunan terhenti, aku log in facebook, lihat foto teman-teman berhijab. Cetus hati, "Aku dengan Al-Hijab? InsyaAllah..." Noktah di situ. Terus ke ruangan inbox untuk lihat taku ada apa-apa pesan masuk yang penting yang dikirim oleh teman ataupun keluarga.

Baca punya baca, status di Facebook seorang teman,



"Kes buli di sekolah semakin banyak!"


Aku tarik nafas dan hanya menundukkan kepala tanda lemah dengan kabar berita yang kurang menyenangkan. Pelbagai kes sekarang ni berlaku di sekolah. Ada kes cikgu pukul murid, ada kes murid buli minta duit dengan pelajar, pelajar kena libas dengan parang pun ada dan yang parah lagi pelajar perempuan bergaduh sepak terajang, tarik rambut, pukul-memukul sesama sendiri secara angkut puak itu yang lebih memalukan macam dalam filem Bini-biniku Gangster pun ada. Apa nak jadi dengan muda-mudi sekarang? Sudah tiada erti hormat sekarang ini.


Sedang asyik melayan Facebook, aku terus ke dapur kerana dipanggil sama temanku. Kami bergosip dan gosip tersebut RAHSIA. hehe. Eh kelibat anak kecil melalui jendela dapur memakai pakaian cicakman menarik perhatianku. Lucu. Anak Adnan Sempit tu. Nama bapaknya pun lucu, patutla anaknya pun bersifat aktif semacam. Baka ligat dan bergiat aktif macam cicakman. Untung bergiat luas, bukan sempit...Kata temanku. Aku hanya ketawa.


La, KL Gangster lagi. Boring dah dengan cerita ni, kataku di saat melangkah keluar dari dapur dan lihat kaca Televisyen menayangkan filem itu lagi dan lagi. Astro memang suka tayang cerita sama, kan? Dok tengok-tengok, keluarlah part-part aksi habis, terfikir, mana geng-geng Gerak Khas macam dalam filem Gerak Khas The Movie tu??? Macam budak-budak pulak boleh terfikir macamtu. Eh, mestilah, banteras jenayah, tanggungjawab bersama. Ni gangster banyak berani sebab polis tak cukup beraksi.


Aku lemparkan pandangan ke arah komputer riba. Teringat, blog belum ter'update' rapi. Sambil-sambil tu teringin nak kaji tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Terima kasih GOOGLE kerana informasi anda sangatlah banyak terisi. Bab hikayat ni kena kajian rapi, baru tak tersalah tafsir, yang ilmu belajar dulu pun belum mencukupi buat diri. Nanti, bolehla nak diceritakan dalam blog setelah selesai kajian. Sedang asyik membelek-belek mencari buku lama di ruangan almari buku, ternampak kisah Geng: Pengembaraan Bermula. Dah set di kepala otak, nak baca sebelum tidur nanti. Ciss, dah fikir tidur padahal jam baru 9 pagi. Masa terasa begitu lambat berjalan hari ini. Aduh.


Alamak, tak ada elektrik lah pulak. Apa ni? Nak buat kerja pasti tergendalam. Bunyi dummmmmmmmmm! Macam meletup, semua peluk aku. Aku nak peluk siapa? Diri sendiri lah.


Aku menakutkan mereka dan bilang....




"JANGAN PANDANG BELAKANG!"



Aku ketawa. Biasanya aku yang ketakutan. Ye la, memang hari pagi tapi apartment ini sungguh lah teramat gelap di ruangan tengah. Di hujung sana ada cahaya, tapi langsir tertutup. Saja, buat ala-ala seram. Fenomena musim cerita trailer.


Bayangan Hantu Kak Limah Balik Rumah bermain di fikiran. Diri sendiri jadi takut.....




Jadi, apa tunggu lagi? Jum Bercerita ramai-ramai! Selewat-lewatnya:


Ahad, 16 Oktober tepat jam 12 tengah malam.

Cuma 2 orang saja akan dipilih. Satu lelaki. Satu perempuan.




LOTS OF LOVE,


23 comments:

Hanie_Dew said...

thanks fifi join bercerita. wah rasa maca real je cerita kau ni jadi citer seram lak akhirnya..hahahha..

Jue said...

Thx dear sbb join. Dah mcm cerpen pndk yg ada genre seram, dgn sdikit kisah semasa yg tgh mlanda masa kini =)

shameel Iskandar said...

Best jugak. Dah jadi macam cerpen.

shameel Iskandar said...

Suka baca gaya penulisan awak. Susunan ayat-ayatnya cukup menghiburkan.

Saiazuan said...

Gua sering terfikir nak berlakon dalam filem CICAKMAN sebab gua macho dan ada gaya KL GANGSTER dalam diri gua! Lu tak rasa macam tu ke? Gua ada gegar geng CONGKAK dekat FLAT 3A aritu lepas gua tengok NASI LEMAK 2.0 dengan kawan gua ADNAN SEMPIT, hahaluuuuu jangan ingat gua dok BULI si pelakon BINI-BINIKU GANGSTER tu sebab wa dan dia sama-sama up!!! Kitorang berpegang dengan prinsip JANGAN PANDANG BELAKANG, sebab tu kitorang berani bukak AL-HIJAB kitorang dan kitorang LIBAS geng CONGKAK sesame (woi bukan Sesame Street la) sampai geng GERAK KHAS mengKHASkan gerakkan mereka!!!

Eh, lu dah tengok cerita GENG : PENGEMBARAAN BERMULA? Jangan terkejut yang suara Upin Ipin tu tak macam gua, sebab suara gua lagi macho dari suara pelakon KARIPAP KARIPAP CINTA (siapa nama pelakon citer tu? Wa macho lagi dari dia ok!!!)! Fuhh, nasib baik Makcik Karipap Tak datang umah gua malam tu, time gua tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (dengan gumiho), then gua hantar la HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH sebab dia goyang benar dengan HANTU KAK LIMAH (nama dia pun HANTU KAK LIMAH nak goyang ngan HANTU KAK LIMAH buat apa kan?) tu, adoi, mana la wujud hantu dalam filem GERAK KHAS?

Saiazuan said...

penat baca.. huhu rajin u karang :D

[sutera kasih] said...

wahhh..rajinnya fifiey bercerita panjang, tp seronokla baca. smbil sy imagine hehe..ayat2 pulak cantik teratur :)

encik iqram said...

Panjang cerita dia..Tapi seronok nak baca sampai habis.. ;-)

Mra Mastura said...

wahh!! kreatif! suke bace! ^^

Uchi kay-f @hmad said...

rajennya awk tulis...kagum saya !

atiqa aris said...

interesting.kreatif u:)

Gen2Merah said...

wahhh, ini anjuran Haniew dan Jue kan,.. saya ada try nak join.. Tapi kesinambungan perkataan dengan ceriat macam x menjadi.. ahahaha.. malu nak published...

awak ni penulis novel ek.. cantik susunan ayat2 sini..

followed (",)

ghost writer said...

wah!ini cabaran paling enak untuk disahuti nih,Fifiey.

tapi,aku cuma boleh ucapkan selamat maju jaya bagi siapa yang mau menyahut cabaran nih.pasti seronok baca bermacam jenis cerita.

A.s.t.i.n.a said...

Wahhh! srikandi apabila menulis cegala cerita tecantum jadi ceritera nan indah.. caiyokkk arrrr si cantekkk~~


ha ah laaa sis masukkan dalam bloglist pun tak appear ni fifi lycheee.. mengapakah begitu ketat sekali securitynyaaa ..?

Mama Gee said...

mama kalau buat entry pjg berjela..musti takde org nk baca...hik2
bercerita secara lisan jele...

azrinna said...

Happy baca blog adik pg ni. Mula2 gelak2 lps tu.. rasa seram pulak.

MataHati @ MH said...

hai fifiey.. sudah lama sesangat tak singgat kat sini.. rindu nak baca coretan baru tuan blog..

tapi tetiba ksosng jer dlm kepal.. tak tahu nak bercerita pasal apa..huhu

maya amir said...

hehe..mcm baca novel:)

e.l.i.z.@ said...

eh contest ke ni? astagaaa hihi
neway gud luck ok ;)

cik sakura said...

kreatif..best..

Jue said...

my dear, thx ya sebab join. Jgn give up wp x mnang. interm of gaya penceritaan, ko mmg ada bakat jd write beb. Ni yg kedua aku ckp so far sebab ada lg sorang blogger pun buat ala2 cerpen jugak. korang mmg ada bakat =)

bloghok said...

halllllllllllooooooooooooooooo

bobiedanbad said...

tak pandai nak karang macam ni...
awak tulis best

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails