Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, October 25, 2011

Aku.



Aku malam ini,

Seperti semalamnya juga,
Hari-hari lepas yang tak bisa tergantikan,
Dan mungkin juga seperti besok hari,
Tidak ada yang berubah,
Melainkan tindak serta rasa.
Kekalkanlah tindak mulia,
Abadikanlah rasa cinta,
Seperti yang pernah terucapkan dan terasakan,


Tetap tersenyum,
Sehingga fajar terbit lagi,
Suram tiada makna,
Sehingga aku mengerti dalam ragu,
Dan mengasingkan yang mana obsesi,
Yang mana perasaan hati,
Yang harus diikuti dan dipercayai,
Dengan segenap cara,
Kikiskan negatif dalam naluri,
Sehingga yang namanya curiga itu tidak menjadi syakwasangka,
Dan yang doa itu berkekalan buat selamanya,
Ubatilah mana-mana yang kurang agar ia menjadi suatu kelebihan masa hadapan,
Sembuhkanlah penyakit tersisa,
Buangkanlah sikap terkeji serapkan sifat terpuji,
Walaupun kita insan biasa yang tak sehebat nama NABI.


Jikalau Sulaiman kaya dengan cerdasnya akal dan hidup di zaman yang kaya raya dan kemewahan begitu luarbiasa,
Yusof pula kaya rupa,
Ibrahim kaya ilmu dan pegangan diri,
Aku pengen menjadi kaya hati, kaya budi, kaya cinta, kaya akal fikiran, kaya segalanya,
Supaya tidak perlu aku menulis lagi, aku sudah bisa tergambarkan di benak,
Bagaimana rupa dan cara untuk menyembuhkan, menyelamatkan,
Duniaku untuk hayatku hari ini,
Sekalipun semuanya itu tidak akan pernah kekal,
Sedetik masa juga turut memberi seribu erti.
Tidak terlalu hiperbola kalau aku bilang seribu erti,
Bukan?



Aku yang menatap,
Aku yang merasai,
Aku yang melalui,
Aku yang mengetahui,



Aku lebih lapang

Melayarkan suatu kata di kertas putih yang bergaris-garis.
Biarpun aku bukan William Shakespeare yang hebat dengan ukiran kata
Hebat juga ukiran hidupnya,
Namun itu dia,
Dan aku hanya Shafifi yang berusaha menjernihkan kertas putihku
Dengan berbaris ayat sebagai PENYEMBUH.
Itu aku.






Ilham;
Rtp Farhanis Shafifi,
14 Zulkaedah 1432 Hijriah




LOTS OF LOVE,




16 comments:

aleen aiden said...

walau ape yg mendatang,tabahlah.jiwa itu kentalnya lebih dari yang kamu tahu.


hai fifi! ;P

Aweyn said...

mendalam dan tersirat ;)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah puisi mu sgt2 indah

onie said...

kehidupan tanpa cabaran tidak bermakna.. tabah dan kuatkan semangat :D

Elie Lily said...

meaningfull! :)

RJ Beena said...

jenjalan pagi disini :)

khairul akmal bin azman said...

love the entry!

penuh maksud tersirat.
dan pedoman untuk kita

Wani said...

wahhhh, kemain :)

A.s.t.i.n.a said...

kenapa seakan sedih...
Selami jiwa fifi..

ingat selalu...
ramai yang mengagumi fifi.
ingin berada di tempat fifi..
ingin jadi secantik gfifi..
ingin jadi sebijak fifi..

ramai= sis Astina

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@aleen aiden: yang mendatang itu sungguh mendebarkan. :') kentalnya belum teruji.....

@aweyn: tersirat? banyak kata yang tersirat!

@the lekat lekit story: tq sis;)

@onie: cabaran yang terlampau melelahkan.

@elie lily: meaningful?! :)

@RJ BEENA: jenjalan pagi? udara sungguh segar kan?

@khairul akmal: cet cet, penuh makna lagi tersirat dan menyurat. kahkah..

@wani: kemain, kan?!!! hehe

Saiazuan said...

u write this fifie? strong words :)

ghost writer said...

menulis juga satu cara bagaimana kita mengahpuskan lara di hati.

cantik puisi kamu,Fifiey.

:)

Zulfikar Hazri said...

kesepian, bencana, kecewa, sedih dan lara adalah pencetus terbaik bagi penulisan mahakarya...



tetapi Harapan meletakan tulisan itu hidup ribuan tahun.

tulisan garismu hidup hendaknya

HEROICzero said...

Hati perlu luas . =)

Mama Gee said...

fifiey mmg berbakat dlm bidang penulisan...mama suka juga..tp nk mengarang ayat2 tersirat mcm ni mama failed....

e.l.i.z.@ said...

bestnya pandai tulis puisi tu...keli cekak try doh tulis, tp gak mesti x jadi sedak pung hihih

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails