Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, October 18, 2011

Air Mata




*Foto hiasan semata-mata: Indahnya dalam berkeluarga tercermin saat duka ditanggung bersama-sama.




Kalian pernah menangis tak? Waktu bayi? Waktu kanak-kanak? Waktu remaja? Waktu dewasa? Waktu di usia senja? Saat roh lepas dari jasad sudah pasti tiada lagi air mata. Jadi nikmatilah saat-saat sedih dan di saat takungan air mata di kelopak itu lelah menitis jatuh ke bumi! Kenapa perlu nikmati? Nanti mati manusia lain tidak lagi bisa melihat kita menangis.


Alasan untuk menangis? 


Nak susu ibu seperti bayi kecil yang dahaga tidak kira waktunya, siang , petang, senja, malam, tengah malam dan fajar tiada batasan waktu  baginya? 


Atau waktu di zaman kanak-kanakmu di mana ibumu tidak menurut permintaanmu untuk dibelikan permainan sampai terguling-guling kau di lantai meraung, tangis sekuat hati tanpa menghiraukan orang sekeliling dan ibumu tunduk malu lantas menurut katamu? 


Atau mungkin kau menangis di zaman remajamu gara-gara cinta monyet yang tergantung di antara tali realiti dan fantasi dan kecenderunganmu untuk memberontak terhadap diri gara-gara sesuatu hal yang terlalu muda untuk difikirkan? 


Atau mungkin kau menangis gara-gara lelahmu menjalani susahnya hidup di alam dewasamu yang kian mencabar kredibilitasmu untuk terus gapai apa yang kau mahu dan juga kehidupan berkeluarga yang penuh dengan ranjau duri untuk terus kau berpijak nyata? 


Atau di saat hari-hari senjamu sebagai makhluk bernyawa bergelar manusia kau masih menangis gara-gara insafmu, gara-gara tenangmu, gara-gara kepuasan khidmatmu sebagai manusia, gara-gara kau bahagia melihat insan-insan tersayang di sekitarmu tumbuh dewasa dengan pelbagai kemajuan diri seperti yang kau selalu tadahkan di waktu 1/3 malam?


"Terkadang memang butuh airmata untuk sebuah pengorbanan, keikhlasan juga kehilangan."


Pokok pangkalnya, di saat air mata jatuh, di situ juga tersimpan seribu tanda tanya dan makna! Secara nyatanya kelebihan air mata memang banyak. Cukup banyak. Tapi ikhlaskan setitis air matamu yang jatuh akibat terguris dengan sesama manusia untuk lenyapkan karma mereka terhadap dirimu mahupun sebaliknya!


Aku juga pernah menangis. Tak percaya? Tanya Arisha, adik aku! Kenapa menangis? Banyak sebabnya. Ada menangis sedih sebab tak dapat score elok dalam exam, rindu family,  ada menangis bahagia sebab dapat kumpul dengan family, bahagia sebab score excellent dalam any exams,  dapat banyak presensts, dihargai (lebih-lebihan cerita bahagia lainnya private untuk dikongsi. lol:D ), ada menangis kerana bahan lawak menjadi bahan gurauan yang terlampau, ada menangis kerana simpati dengan anak jalanan yang terbiar, manusia yang kurang beruntung dalam menjalani hidup, simpati dengan segenap cerita sedih yang ditampilkan dalam media, ada menangis kerana emosi sesaat (efek dari pms mungkin:p ), ada menangis kerana dikerjakan orang dan banyak hal lain lagi yang boleh buat air mata emas ini jatuh!


"Saat emosi melanda, diamlah sejenak agar kau dapat berfikir dengan bijak!"



Tahu apa itu fungsi menangis? Secara saintifiknya air mata punya kelebihan tersendiri. Antaranya :-


1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.



2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.




4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.




5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.



6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dalam masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.




7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.








Sumber foto dari GOOGLE: Alam ada dibawah perintah Sang Khalifah tetapi alam dapat memberontak menggeliat murka tatkala dirinya diperlakukan dengan semena-mena sedangkan pabila alam telah murka dirinya akan menghancurkan siapa saja. Haiwan dan haiwan berakal yang sesungguhnya bernama Manusia kan dilumatnya MUSNAH. HUKUM ALAM JAUH LEBIH KEJAM DARIPADA HUKUM MANUSIA.




P/s: Saat wanita menangis, saat itu pula ia menyampaikan apa yang ada dalam hatinya tentang rasa tanpa berkata-kata
Kalau lelaki menangis? Janganlah, buah jambu pun malu berair, inikan pula LELAKI, kecuali menangis bersebab yang sangat patut untuk MENANGIS!


Aku juga sedih akan hal-hal seperti ini:







KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



LOTS OF LOVE,

14 comments:

~Nana 귀여운~ said...

kadang menangis melega kan sebanyak sedikit perasaan yang gundah gelana..cewaaahhh..huhu

Saiazuan said...

great entry from fifie..

wow x prnah tau yg air mata ada banyak fungsi brguna untuk manusia.. :D

so banyakkan titiskn air mata gembira ya fifie, and jgn menangis kerana salah bercinta ;)

encik iqram said...

Alhamdulillah budak kecik tue dah ke syurga..Selamat dah urusan dunia dia..tinggal dosa mak bapak dia jee yg masih urusan Allah..Nasib baiklah Allah maha pengampun..tinggal sebenar benar taubat jee utk pempuan dan laki tue.

Hanie_Dew said...

pasni aku nak menangis slalu la.
tp betul la kan pas kite nangis mata terang je walaupun kelopak mata bengkak.

pastu hati lega je pas nangis sekuat hati.

Hanie_Dew said...

ops lupe plak. sedih baca berita pasal baby tu kene kelar mak sendiri. budak budak zaman skrg dah tak rupa manusia. di mana la silapnya didikan ibu bapa.

JIJI YU said...

menangis la kalo itu dapat menenangkan mu

Pocket said...

lelaki pung buleh nangis jgak apa,
kira macam ada perasaan la jgak kan lelaki tu, tak la ati batu jer..

Ayat cover utk pocket ngaku nangis masa nengok citer RealSteel :P

heheheh

khairul akmal bin azman said...

nice entry!

p/S: like chubby girl like example u la..

Syazwan Che Deraman said...

banyak kelebihan menangis ni.

nak menangis la..
heheh..gedik.

thanks for this info.

dah lama tak singga blog ni.

huhhu.

have a good day.
eh, goodnight ye.
Assalamualaikum.

Syazwan Che Deraman said...

by the way, tak sanggup tengok video and gambar tu.
sedih.

NOOR FATIN said...

air mata saya memang cepat menitis..huu

dhiera said...

menangis lah untuk buang semua rasa~

aLya maNip said...

menangis itu satu nikmat yg sngat berharga :-)

Ain Zulaikha said...

ha ah tangisan mmg boleh buat kita kurangkan stress n mngurangkan bebanan..
and baru tgk video van langgar budak, hurmmm tak de sifat kemanusiaan langsung.. sedih..

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails