Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, October 15, 2011

Adakah Perlu Panggilan Istimewa Untuk Rasa Dihargai Bagi Pasangan?






"Adakah Perlu Panggilan Istimewa Untuk Rasa Dihargai Bagi Pasangan?"



To answer this question, i'll say YES, it needs to call special name for your beloved ones to more feel what you've felt towards them. Heaven to be special one and to be appriciated by the person we love.


Untuk lebih rasa dihargai dan dicintai dengan begitu mendalam sedalam air telaga rimba, apa salahnya kan, bagi yang sudah bersuami isteri tu, janganlah kedekut sangat kata-kata manis, tapi jangan pula sampai orang mendengar anggap kalian sedang mengampu si isteri ataupun sebaliknya, berkatalah dengan penuh keikhlasan di samping berbuat sesuatu kebaikan juga melalui lidah bicara anda. 



Berkepadanan dengan pengorbanan seorang isteri yang susah penat bekerja, tak kiralah cari rezeki di pejabat ke, ataupun suri rumah sekalipun yang sibuk kemas rumah , masak, jaga anak, jaga pakai, jaga laki, mereka tetap berjasa dalam melengkapi kehidupan anda sesempurna mungkin. Peranan-peranan macamnilah yang layak untuk dipanggil dengan nama spesial, jangan hanya lihat jasa dan pengorbanan seseorang tapi bila dah marah lupa semua tu, dan main-main saja mulut sumpah seranah. Sedih si bini tu nanti, siapa nak pujuk? sekali pujuk, dua pujuk, tiga? tendang merajuk macam dalam bini-biniku gangster lah pulak. 

Apa salahnya bangun pagi ucap kat si isteri tu, good morning sayang, bisik kat telinga dia, kata-kata cinta ke, ni tak, zaman bercinta je berkata-kata manis, dah jadi laki bini dah hilang dah ayat nak mengayat. Biar anak tengok pun sejuk je dapat mak bapak yang sentiasa berkata baik-baik. That's why i really adore for men yang sangat kedekut ayat cinta di waktu proses pendekatan diri (PDKT) dengan si calon, tapi after dah terakad sebagai isteri dia tak jemu-jemu luah kata cinta. ADORE THAT! Dari muda sampai tua pun tak jemu-jemu. 




"That's why i really adore for men yang sangat kedekut ayat cinta di waktu proses pendekatan diri (PDKT) dengan si calon, tapi after dah terakad sebagai isteri dia tak jemu-jemu luah kata cinta. ADORE THAT!"




Tapi, persoalannya, wujudkah manusia berjiwa halus cinta-cintun sampai ke mati di dunia millenium macamni? Atau sekadar dalam drama televisi ataupun mungkin dalam skrip novel yang para remaja sekarang suka baca? Yang aku tahu, orang perjuangan tak boleh bercinta lebih-lebih macam orang biasa, nanya negara kalau sibuk bercinta, tup tup negara terjual. Duk sibuk-sibuk beromantika, aduh, kena serang hendap dengan musuh, fulamak terbaikk! Tapi keromantikan dengan isteri tu tetap harus terjaga untuk memenuhi keperluan duniawi dan tuntutan ukhrawi. 


Well, sejauh mana panggilan special ni dapat melenturkan jiwa seseorang tak kira lelaki mahupun wanita? Haa, tu tahap iman seseorang lah. Tapi takut jugak zaman sekarang, lebai alim ramai yang beriman, setia pada yang esa, tapi tak boleh setia pada bini yang satu? Itulah kata orang, rambut manusia sama hitam, tapi hati lain-lain. Hati lembu lain, hati gajah lain, hati ayam lain, apatah lagi hati manusia. Tapi satu rasa, punya perasaan dan akal berfikir yang berbeza. Binatang tak punya akal, manusia punya akal. Boleh beri erti akan  manusia yang punya akal dengan manusia yang tidak waras??? Lari topik, maaf, tapi sekadar berkongsi pendapat tidak mengapa, silakan.


Kesinambungan daripada tahap penghargaan panggilan istimewa tersebut, tidakkah anda merasa diri anda sangat bertuah, special, beruntung dan lain-lain kata yang seangkatan dengannya apabila pasangan tersebut saling membasakan diri sebagai sayang ke, anje/manja ke, lalaing, darling, ayang tapi jangan eyang eh sebab dalam bahasa Indonesia maksudnya tu sebagai kakek/datuk/monyang. Keh keh keh lucu lah pulak panggil-panggil eyang, ingatkan manja rupanya maksudnya berbeza,:p eyang eyang, sayang eyang, kata macamtu kat atok eh jangan kat ayang.




Haa, kalau geli dengan ayat tu, tak payah keluar-keluarkan selalu kat mulut tu, sekali skala, duduk berdua katakanlah, mana tahu ada sesetengah individu, bila dah tahap boring dengar ayat sama, mulalah beralasan itu ini. Eh tapi wujud ke manusia yang geli panggil sayang ayang, yayang, musyuk manja kat bini sendiri? Tak pernah lagi dengar. Haha, Tapi yang pasti sebutkanlah dengan rasa penuh kasih dan sayang. Yang penting sama-sama menghargai, merasai dan menyenangi dengan panggilan tersebut. Walaupun umur dah meningkat senja, jangan jemu-jemu, anak cucu pun bangga nanti nenek ngan atok diorang beromantika sayang menyayang sampai makan nasi pun bersuap. Heaven lah si nenek tu. Haha.


Ok, sayang-sayang semua, banyaknya sayang saya buat anda, terasa diri anda spesial tak? Itu sahaja yang dapat Fifiey ulas buat penulisan kali ini berkaitan dengan topik 'Adakah Perlu Panggilan Istimewa Untuk Rasa Dihargai Bagi Pasangan?' Semoga ketemu lagi di lain isu, sila bahaskan dengan rancak dan gembira. 




Fifiey si lychee yang menyayangi isi alam...



13 comments:

H.J said...

yeah..patut panggil lain dari yang lain..nampak spesel skit kan|?

syAzAnA said...

bagi syaz, ia sangat penting untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta kpd pasangan. ;)

rainyscream said...

ada je yang geli dgr word sayang. kalau word tu dtg dari org yg kita xsuka. xke rasa annoying.aahaha

Amirah Adnan said...

lovely entry dear :)

it sounds good when someone we love called my name with the sweetest word..only for me :)

heeee ;p

Saiazuan said...

menarik entry ni..disebabkn msih blum ada someone special in my life, so blum trfikir mengenai hal ini..

hope once get married, akan more love my wife and mampu beri panggilan istimewa untuknya.. :)

EYFAalias said...

kadang2 panggil nama penuh pun nampak macam sweet jugak. :)

aidajusoh said...

perlu2..nampak sweet & special :)

APi said...

saya manusia berjiwa halus.. =]

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wat panggilan cam dalam cter hantu bonceng leh x.. baby dengan ucuk.. hehe

aina mysarah said...

terime kaseh sbb sudi datang blog sye.. :]

El-Janna said...

suka pggil lelaki sayang eh bukan bf. sweet sikit^^

msredcheesecake said...

saya suka ada panggilan manja....takde pun takpe

Cik Nurul said...

sangat perlu! hee

~ kite slalu tuka2 name panggilan.. baru romantik kan? ahahhaaha :P

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails