Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, September 15, 2011

Kangkung goreng belacan versi Fifiey Lychee Maration



Inilah hidangan yang disediakan Chef Fifiey Lychee Maration! Memasak dengan penuh cinta!
Pssttt.... Ahhh, pipi membolatttttt:p Tips kuruskan pipi ada tak? Asal tengok Fifiey je, diorang akan tengok pipi. Fifiey Kak pi, Kak Pi Fifiey.... Blushinnnnggggg i tauu~




Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang tertera berikut.


1. Sayur kangkung (Tergantung kepada anda berapa banyak yang diperlukan. Hidangan yang saya sediakan adalah untuk sekeluarga 5-6 orang makan.)
2. Belacan (secukupnya)
3. Cili burung (tergantung atas kepedasan yang anda mahukan)
4. Bawang putih (5 biji)
5. Bawang besar (1 biji)
6. Cili merah (1 biji)
7. Garam
8. Serbuk perasa
9. Udang kering (2 sudu)






Cara-cara menyediakannya??? Lihat seperti yang diterangkan di bawah! 


1. Setelah bahan-bahan yang tersenarai di atas disediakan, ambil bawah putih tersedia dan tumbuk. Jangan terlalu halus ye. Tumbuk bersama cili burung dan juga belacan. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. minyak tak perlu banyak, biasa-biasa saja.


2. Tumis bahan yang ditumbuk di atas di dalam kuali yang telah dipanaskan sebentar tadi. Tumis sehingga naik bau. Bagi yang ada penyakit resdung tahap kritikal, sila tahan dengan bau belacan, atau 'acsyuummm, acsyummm' anda tu masuk dalam kuali. kihkihkih........


3. Sekarang tibalah untuk memasukkan hirisan cili merah beserta bwang dihiris halus-halus. 


4. Seterusnya masukkan juga udang kering dan secukupnya garam serta serbuk perasa. jangan terlalu banyak ye garam sebab belacan dan udang kering dah cukup masin.


5. Terakhirnya, masukkanlah hirisan kangkung yang telah siap dicuci dengan air beberapa kali. Masukkan ke dalam kuali yang telah dimasakkan bersama bahan-bahan yang lainnya sebentar tadi. Tunggu sampai ia kelihatan masak daun-nya itu, dan hidangkanlah di dalam bekas yang comel!


6. Cuba nikmati kelazatannya dan syukurilah untuk rezeki hari ini!






*Explanation punyalah susah, panjang, padahal masak ini senang je~ Teringin nak buat blog masak-memasak macam Uncle Mat Gebu tapi tak semahir beliaulah Fifiey memasak. 



P/s: Lepasni, nak try buat apam polkadot yang comel-comel and gebu-gebu! Sementara punya waktu lapang, nikmatilah!







LOTS OF LOVE,








9 comments:

Cik Aish said...

hehe da la cantik, pandai masak lak tu..hihih

ArulchelseA said...

cam sedap je..kih kih kih

Amirah Adnan said...

hamboih..kemain masak..hehe..

Fatin Mraz said...

bagus juge ada blog khas for cooking kan..? menarik..

Syariniey Amran said...

this is one of my fav dishes taw fifiey :)

JIJI YU said...

waa kalo yg tu mat gebu..yang ni fifiey gebu..wakakka

Saiazuan said...

cook for me! :D

alexa yussida said...

chef yg comel :)

CouLeur de Chiqu3 said...

cooking is fun kan.... !

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails