Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, September 11, 2011

1 Syawal bersama Fifiey Lychee Maration.



"Berlalu lah sudah Ramadan, sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,tua, anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira....."

Raya atau lebaran pada bulan syawal setiap tahun pasti disambut meriah, namun mengapa dan mengapa terdetik di hati saya tertanya, makin berganjak usia, makin kurang deria rasa untuk menyambut syawal tidak seperti kebiasaannya seperti zaman kanak-kanak dahulu, atau mungkin alasannya lebih jelas setelah akil baligh anak gadis pasti tidak dapat berpuasa penuh dan kegirangan hati untuk menyambut syawal ini agak kabur oleh hal yang demikian? Oh, tidaklah, itu sekadar jenaka. Atau lebih jenaka lagi dengan beralasan, tidak lagi dapat mengumpul wang raya oleh kerana usia semakin meningkat. Hehehe, tapi makin berganjak usia, selagi di bawah tanggungan ibu bapa dan masih beluym bekerja, masih layak dapat duit raya tau, malah lagi banyak dr anak-anak bawah umur. untunglahhh~ -sengih nakal jap-




Well, paling meriahnya malam eraya tu dah bunyi dah bumm bamm bumm bamm sana sini bedilan mercun dsan layangam bunga api di udara. Perghh lawa!!! Suka tengok tapi brisik telinga dengar!!! Tapi tu lah kan, ada juga yang nasib malang, nak dekat raya lah, acam,-macam hal buruk terjadi kat depa ni, dengan berita anak-anak main mercun patah jari la, terbakar tangan lah, dan macam-macam lagi. Sadis-,- Ini semua menyusahkan ibu bapa je. Dah la pikir nak raya lagi, dengan anak sakit macamtu lagi, duit banyak habis lagi, tapi yang paling mereka risaukan adalah keselamatan anak-anak lah kan, takkan gara-gara main mercun sehari, melarat cacat seumur hidup?-,- Jadi, fikir-fikirkanlah kalau nak main sesuatu yang aneh tu, tak payahlah nak jadi ahli sains atau pakar fizik dan pakar kimia tak bertauliah sangat, musim raya ni kalau apa-apa hal terjadi, bukan setakat menyusahkan mak bapak, malah menyusahkan misi-misi, dojktor-doktor yang bekerja tak dapatlah diorang nak beraya dengan aman kalau banyak yang sakit! Jaga diri, jaga kesihatan ok!




Bercakap pasal keselamatan lalu lintas? Trafik? Hari raya di bapak pusat bandar memang lengang terus lah, siap boleh landing diri lagi atas jalan raya, like KL kan, sepi, wow ayat landing diri tu yang agak kowww di situ tu! Why? Because lots of people will out from town to go back to their villages. And mangsanya? People and transports. What about ibu kota? Yes, it's quite jammed jugaklah, sebab menjadi laluan utama untuk balik ke kampung kan! Untung ada highwaysssssssssss, if not, memang macam pedagang Arab datang ke Tanah Melayu lah guna kapal 12 hari 12 malam baru sampai. Logik kah? Anak kota? Bapak jammed, nak keluar beli santan, daging, beras pulut untuk masak raya pun susah. Why? Sebab simpang-simpang utama akan bersusur kereta seperti ular sawa yang kenyang keluaer jalan-jalan! Kihkihkih, yang penantnya siapa? Pastilah si rumah-rumah yang ingin keluar walaupun hanya ke kedai runcit untuk beli alat-alat runcit untuk memasak seperti yang dinyatakan tadi! Tension! Makanya di saat ini, motorsiakal adalah menjadi peranan utama, masing-masing berebut untuk menggunakan motor untuk keluar dekat-dekat, kalau guna kereta? Tak padanlah keluar melintasi jammed berjam-jam hanya untuk beli barang simple.





Di sinilah kemeriahan berlaku apabila si anak, si ibu, si bapak, dan si saudara-mara mula berkumpul di dapur. Bab masak-memasak ni, ada yang jenis para ibu yang akan menghalau anak gadisnya keluar dengan alasan, anak gadis tersebut agak slow buat kerja sehingga si ibu mula angkat bicara,

 "la, Minah, pergi pergi buat apa patut kat luar tu, yang ni semua kat dapur, biar mama je buat, lambat betul kau potong tu Minah, dah lah salah cara, lah, basuh pun tak kena cara, tak reti cuci betul-betul ke? dah dah keluar, dah la dapur ni sempit, kau melambatkan lagi kerja mama."


Banyak kan komen? Jatuhklan semangat anak nak menolong je. Ada jugak -pesen ibu yang sopan menegur, macamni, I likeee........dengar ye...


" Sayang mama, Minah basuh dulu sayur tu, pastu potong ikut cara mama potong ni haa, baru betul, buat sampai habis ye, nanti tengok mama masak macamna, baru boleh belajar!" 


Ada jugak pesen lain tau! Jenis kalut! Dengar ni lagi 


" Minah, tolong mama amik sayur dalam peti. Minah, tolong potong sayur ni, eh minah kenapa kau tak cuci sayur tu dulu? eh Minah kau dah potong daging tu belom? Eh Minah kenapa lah kau buat tu dulu, mama nak siapkan ikan bilis ni dulu haa, buang hitam-hitam dia ni dulu!"


 @!&*%$##$%T^&@#$%^ arahan tak jelas, kan? Kesian si Minah? Sebaik-baiknya jadilah watak kedua, si ibu yang penyayang dan menegur anak dengan baik, pasti anaknya akan turut rajin dan pintar di dapur:)) Raya dan suasana yang penuh gamitan meriah, mulalah semua anggota keluarga turut serta dalam gotong royong membersihkan halaman rumah, ruang tamu dan segenap[ ruang yang ada. Decoration baru diwujudkan untuk tampail kelainan di pagi raya, barulah mood raya wujud!





Ok, part bermaaf-maafan ni lah yang menjadi peranan penting di musim raya. Time ni lah semua golongan usia akan bersujud kemaafan sesama sendiri, tak kiralah ada salah kecil, salah besar, kalau dah orang mintak maaf tu, lembut-lembutkanlah hati untuk maafkan, kalau tak maafkan tu, keras pedal betul kau, banyak makan pedal ayam kah? hahaha. Ok, serius talking back. Kenapa menjadi suatu adat pabila tiba je musim taya automatically rasa hati untuk meminta maaf dan meaafkan akan wujud? Kenapa tidak pada hari-hari biasa atau lebih baiknya hari-hari kalau ada salah dengan manusia lain atau pun menyakiti sesama sendiri, kenapa tak haritu jugak kita meminta maaf? Ya Allah wahai hati, kenapa Engkau tak ciptakan hati untuk saling memaafkan tiap-tiap hari je? Kenapa? Biar tiada dendam atau rasa tidak selesa sesama manusia pada tiap-tiap hari, bukan sekadar hari raya.


Apapun. diharapkan buat semua manusia di muka bumi ni, ikhlaskanlah sesuatu kata itu, sesuatu keadaan itu, ataupun masa irtu sendiri, ikhlaskan untuk memaafkan sesama manusia yang pernah melakukan salah terhadap kita, begitu juga kita ikhlaskanlah untuk memaafkan segenap insan yang telah berbuat salah terhadap kita, dan mohon maaflah kepada alam seandainya kita telah perbuatkan sesuatu yang menyebabkan kemusnahan alam secara sengaja mahupun tidak sengaja.


Sesungguhnya hati manusia yang telah tersakiti dan kerusakan alam yang telah terkotori serta binatang jalanan yang kita jarang hargai, akan menyebabkan karma buruk, imbauan buruk dan membayangkan masa depan kita yang tidak menjamin kebaikan untuk mendekati kita! Maka, mohon maaflah dengan sekalian yang telah tersakiti gara-gara kita dan banyakkanlah perbuat sesuatu kebaikan agar karma baik sering mendampingi kita! Aku serius takut dengan karma, setiap apa-apa yang kita perbuatkan di dunia ini, akan mendapat balasan di dunia juga tidak kira dari segi tindakan, pengetahuan serta apa jua yang berkaitan dengan kehidupan:(


Contohnya? hari ni kau kedekut dengan orang, orang mintak tolong sikit, kau cakap takde lah, bukan hari je, malah hari-hari takde, nah berkat mulut kau cakap takde, then Tuhan balas kau dipayahkan rezeki untuk kau. Kenapa? Kerana orang tu, mintak dengan ikhlas, kau sikit pun tak nak tolong. 


Contoh lain? Nak tahu? Ok, ini ceritanya. Hari ini kau jumpa sorang pak cik, dia duk terlantar je merempat tepi jalan, kau tengok dia sambil mencebih bibir, siap mengata lagi. Bukan setakat tu je, kau nak kasi dia duit, konon-konon kau baik lah kan di mata orang, pastu tak semena-mena kau baling je duit kertas sepuluh ringgit yang tak seberapa sangat dari kau tu, dah la tak ikhlas, bagi pulak dengan cara kurang ajar, dengan tanpa ragu-ragu, kau mempunyai peluang yang sangat besar untuk mengalami nasib yang sama dengan pak cik tu nanti kau tua. 


Orang cakap segala-galanya atas niat. Tapi sekadar mana niatnya, berapa peratus niatnya, kita tak pernah tahu, kerana niat ini sangat ekslusif nilainya untuk dihitung-hitung pakai hitungan 1,2,3 dan seterusnya. Kenapa? Kerana niat adalah suatu yang meilbatkan hati dan suatu perjanjian antara diri kau dengan Tuhan! Niat yang tak disertai dengan gerak dan juga rasa, itu suatu yang tidak lengkap, jadi lengkaplah dengan itu semua barulah afdal dan lebih mantap.


Eh, dah lari topik, harap maklum. Itu sahaja pasal, maaf, memaafkan dan lain lain cerita yang dicoretkan.





Eh duit raya lah. Best kan dapat kumpul duit raya macam zaman kanak-kanak dulu. Sekali kumpul seratus tak mainlah, dua ratus? Alah, sikitnya, Tiga ratus, tu je? Empat ratus, banyaknya, Lima ratus, kau takpelah KAYA, up 600, gilaaaaaaaa KAYA.............Haa, tulah kanak-kanak, kalau tak compare each other, kau dapat berapa, aku dapat berapa, memang tak sah! Akan menjadi kebanggan kalaumakin banyak jumlah mata wang yang dapat dikumpul sepanjang sebulan beraya.


Lucu. Lucu bila besar-besar pun dapat duit raya lagi, tapi memang itulah tradisi sepatutnya,makin besar makin banyak kan? Sebab makin banyak keperluan. Tapi dengan syarat yang masih di bawah tanggungan ibu bapa dan juga masih belum bekerja memang layak dapat duit rayaaaaaaaa!!!!!!! Horrrayyyyy and i'm deserved to get it tooo. Babessssssss. where's mine, meh sini meh bank in kan saya duit raya......hehe.




Belum dikaji lagi dari mana ni tradisi kasi-kasi duit raya untuk anak-anak ni? Curious kills the cat-,- Apapun, pada tanggapa saya memang banyak baik buruknya amalan ini diteruskan. Baiknya anak-anak yang baru belajar nak puasa, akan lebih semanta untuk berpuasa penuh apabila sebut je, abis Ramadhan, terus raya then terus dapat duit raya, nak nak lagi bila mereka sendiri yang taruh duit raya tu dalam sampul untuk dikasi ke anak-anak para tetamu yang datang. Tapi nilai duit yang bakal mereka dapat tergantung inisiatif si ibu dan si bapa untuk berapa nilai yang mereka mampu bagi supaya si anak terus semangat berpuasa untuk tahun berikutnya. Kalau dulu-dulu satu hari satu ringgit, tapi anak-anak zaman sekarang, duit biru seringgit dah tak nampak dah, paling kurang hijau dan merah saja tersenyum, kalau tengok biru seringgit, mencebik. Tak baik ye adik-adik. Syukurilah apa yang dapat, sesungguhnya begitu payah untuk rezeki turun dengan mudah! Jadi mudahkanlah juga menerima apabila orang memberi. Jangan cebik-cebik pulak kalau nilainya sedikit. Nak banyak? Mintak dengan mak bapak masing-masing ye. kihkihkih.... Kesan buruknya? Adakah si anak ikhlas berpuasa? Diajar berpuasa kerana duit atau kerana amalan puasa itu sendiri yang membawa nilai-nilai positif  dan juga kerana Allah Taala? Bagi saya, memang payah untuk mengajar anak-anak kecil. n si bapa juga si ibu harus pandai mengatur anak, dan mendidik dengan pelbagai versi usia. Jadi kalau kalian mengajar anak usia bawah 9 tahun dengan cara yang agak keras, tengking-tengking kalau mereka merungut lapar, marah-marah kalau diorang lupa baca doa berbuka, ataupun mana-mana tindak yang mereka tak mampu untuk lakukan seperti mana kaluian yang dewasa mampu lakukan, janganlah marah durja sangat, sabarlah dalam mendidik kerana mereka akan berlembut hati sekiranya anda sebagai para orang tua berlembut kata dengan mereka. Bagi anak yang degil itu, ambil rotan, bedal je degil-degil sangat. Tradiosi orang tua-tua zaman dulu-dulu memang macamtu, sebabtu anak-anak mereka yang dah dewasa kini banyak yang menjadi berbanding anak remaja zaman era globalisasi sekarang makin banyak diajar dan diasuh, makin banyak bedal hati dan otak orang tua. Betul tak??? 





Dah banyak bebel kat atas, jum kita makan dulu! Nasi minyak ala-ala pengantin baru lepas akad nikah. Kehkehkeh, jangkit dengan Darkbatman lah ni ketawa macamni....:)) Babai semua. Nanti saya update lagi. Jadi rajin nak update lah sekarang, biarkan saja di blog buruk ni pun, tak nak buat baru lah! SAYANG blog ni!



LOTS OF LOVE,

19 comments:

JIJI YU said...

okeh..meriah sakan raya kat umah engko..putih je sume..

Tulus Sweet said...

Why you so pretty!!!!?

~SaL IjOu~ said...

sejuk mata memandang..putih bersih~ ^^..
pasti raya yg menyeronokkan, kan Fifi~ =)

aLya maNip said...

comeiii!!!!!!
selamat hari raya skali lagi tuk fifi..sowie x dapat g umah fifi raya ketiga hari tu..plan bertukar..huhu

A.s.t.i.n.a said...

Komen pertama.. Kenapa minah menjadi watak utama?? Kenapa tidak sis? Sis kan fofulers dr Minah..? Adeke patut sis majuk sket?

Komen kedua.. Sis pernah seekahkan kepci kepadapakcik minta sedekah.. Sekarang Allah bg kenikmatan sis dpt mkn byk kepci.. Read:sis ade baik juga

Komen ketiga.. Kenapa fifi cantik sangat dan nampak suci murni di pic it.. Sis rase cemburu tau.. Nanti org lain terpikat dgn fifi, mcmane sis.. Eh.. Sis adelah pompuan.. Maka komen ketiga ini mohon ditapis..

Komen keempat.. Makanan itu sgt sedap.. Mase raya pertama adelah sgt sombong terhadap makanan kerana terlalu byk yg free.. Sekarang ade menyesal juga dgn kesombongan itu..

Komen kelima.. Kenapa sis tak dapat duit raya??

Komen keenam.. Sis juga tidak Sempat oergi giant mase kat KT.. Kerana kepadatan yg maksimum.. Walhal hanya mau beli sos.. Ia sgt magik..

Komen boleh diulang baca...

arief albaqry said...

hmm..betul tu fifi..bila usia semakin bertambah, kemeriahan raya tu mcm semakin kurang dirasai. rindu zaman kanak2 dulu..raya la masa yg paling seronok kn?

Qaseh dalia adelia said...

sume cantik2 je , happy family
nak jadi bu penyayang taklah minah ase down kan hee

meaw said...

uols very cool and sweet ! happy eid fitr fifiey :D

Saiazuan said...

i really like ur theme color.. :D

M Firdaus Mohd said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin!! :)

rara pinkmafia said...

fify cantek sgt hiasan kepala fify tu.

H.J said...

tema kaler putih tu..ehe

syaidatie nurdilla said...

Chantek nyer semua pakai putih.. Nampak suci murni jekk.. heheh.. baru follow sini.. @~@

Ain SSB said...

Best tengok tema baju warna putih! & you're so pretty! Terima kasih sudi singgah blog Ain! Selamat hari raya! :)

Pocket said...

aduuhhh,
punya la panjang post,
tp pocket terbaca semua la plak.
adehlaa..

mak mak sekalian bukan tak nak anak tolong bila diorang halau tu, tp tak nak rosakkan product:D heheh

Liya Laa said...

Wah..cantiknya putih :)

Nurulbadiah Lai said...

my beautiful little sister yg sgt cantik

munna said...

cantik warna putih tu...suci dan bersih je...

LittleGurl said...

wonderful moment! ;)

rasa macam nak back to old life je zaman kecik kan teeeheeee. boleh main bunge api sampai muntah. skang dah tua sikit, asyik kat dapur je malam raya. T.T

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails