Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, August 10, 2011

Strawberry Cordial yang sweet warna merah jambu and Kek Lapis Sarawak bentuk watermelonberlapis=lapis enaknya! Sajian gaya mewah waktu santai bersama keluarga.

Assalamualaikum and hello people.

Seperti biasa, apabila jari mulai menggatal ingin menaip di atas keyboard berbunyi krup krup seperti saja tidak mahu menerima tulisan saya lagi, semakin itulah semangat saya semakin berkobar-kobar untuk menulis sepucuk surat layang kepada anda dengan tujuan ingin menyatakan khabar saya sekarang tersangatlah baik. Sila senyum atas perkhabaran gembira ini. Kenapa perlu gembira di atas kesihatan saya yang baik?



Haruslah.



Kenapa?



Kerana sudah pasti, mendoakan kesejhteraan sesama MUKMIN sejagat itu pahalanya besar! Jadi sama-sama kita berdoa, agar kesihatan anda, saya, kalian, mereka semua sentiasa terjamin baiknya untuk menjalankan ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.



Bercakap pasal puasa, macam-macam yang boleh dihayati dalam bulan mulia ini, bukan setakat, amal, ibadat, perkara sunat, hal-hal yang dtuntut dan wajib, malah puak-puak kita dikategorikan antara kaum yang sangat bermewah-mewahan dalam memilih dan memuaskan nafsu makan! Percaya atau tidak? Jika tidak, lihat dan hayatilah sekeliling anda, betapa mudahnya kita untuk mengeluarkan duit hanya untuk memuaskan nafsu mata melihat makanan yang enak-enak!


Bukan anda seorang yang mengalami dilema atau isu nafsu makan ini. Ye, bukan anda seorang kerana saya juga sebegitu. Oleh yang demikian, saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya kita perlulah makan  sebetul-betulnya makan, bukannya MELANTAK MENGKIKUT HAWA NAFSU sehingga berlaku pembaziran tak kira waktu dan berlakukah cirit birit muka konyol macam rasa bersalah muncung-muncung dek tak tahan nak masuk toilet! Haaa, kan dah buruk imbalannya tu, membazir dek makanan tak termakan dan tak habiskan, membazir dek kerana perlu ke klinik untuk merawat cirit birit yang tak terkawal dek makanan yang dibeli itu mungkin tidak cakna pembuatannya ataupun mungkin anda sendiri yang alah dengan makanan yang dibeli itu.



Maka yang demikian, kalau nak makan, hawa nafsu mesti kena tahan, jangan kerana poket tebal dengan pitis dan uang, lalu ia melayang tanpa pengetahuan. Jelaskan apa yang anda mahu, sebetul-betulnya mahu, maka makanlah dengan penuh kenikmatan tanpa lupa yang memerlukan! 






Berkaitan tentang menu sajian dan hidangan pencuci mulut yang saya nyatakan di ruangan title itu, ingin saya bertanyakan kepada anda, comel kan bentuk dan colournya??? Sangat menarik bentuknya dan tidak kurang juga rasanya. Enak bangett. Pokoknya mantabbbb deh! Tidak rugi sekiranya anda tarik kurang dari RM 100 dan nikmatilah sepuasanya hidangan pencuci mulut yang sangat mewah dan berselera ini!



Puas hati dengan paket yang disediakan. Kek lapis ini didatangi khas dari Sarawak. Kakak angkat yang bawakan:) Terima kasih. Nanti datang bawak lagi tau. Kek lapis nya ada 3 bentuk yang dibawanya. Tapi yang ini paling comel untuk dipaparkan di laman blog FIFIEY LYCHEE MARATION. Bentuk merah jambu petak panjang ala-ala watermelon dihiris. comel! Serius! Another cake lapis bentuknya corak sisik ikan dan satu lagi yang normal batik-batiklah kan. Bukan setakat lembut, malah, rasa manisnya tu terasa. Malah apa yang menarik lagi, campuran buah-buahan halus-halus seperti kurma, blueberry dan lain-lain juga terasa di mulut waktu menikmatinya.



Ditambah pula dengan hidangan kordial strawberry didatangkan khas dari Cameron Higland. Memang terbaekkkkkk:D Manis, menarik, pekat, lazat, khasiat! Jom sama-sama nikmati bersama Fifiey!







OK, FINE, dah habis-,-  Esok ada lagi, tak habis lagi, makan lagi. Lusa, kalau dah habis, beli lagi, makan lagi, habiskan lagi! Ketagih kek lapis. Puas hati mengidamnya selama 6 bulan lamanya sudah! Hahahaha. Lain kali jangan buat sedap-sedap, nanti Fifiey seorang yang habiskan!;)



Sampai bertemu lagi dengan lain-lain menu sayang-sayang semua! Banyak menu yang saya idamkan sepanjang puasa ni. Alahai, banyaklah kolestrol yang tak diundang ni kan? Ingat! Jangan tamak dan makan seadanya saja ya, yang penting sihat dan menyihatkan? Ouhh, you got the same meaning people:)



Happy Fasting for the second week of Ramadan!




LOTS OF LOVE,

19 comments:

meaw said...

warna kek lapis tu membuatkan diri meaw terasa nak ngap kek lapis je....


p/s: fifiey, kamu 18? waaaa,dah macam arisha...korang memang matured la :D

penaberkala said...

nak menu yg lagi best?
pi tengok kat blog saya ye, konpem meleleh air liur

tu dia, merah menyala menunya
tukar nama la, fifiey strawberry maration pulak,haha

A.s.t.i.n.a said...

itu namanya lapis tembikai... dappppp..

fahmie firas said...

Best Entry Ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.

http://fahmiefiras.blogspot.com/

HARI INI DAN SEMALAM said...

wahhhhhh!!!!tgk pun dah berliur niee haaaa...
haha
sedaapp!

Amirah Suhana said...

waaaa sedapnya !!!

ILA HonEyBuNNy said...

fuhhh...

selamat tengok kek lapis neh malam2...kalau time puasa komfom terliur...dengan merahnya...ehheh

Nur Intan Syafinaz said...

Kek lapis serawak memang sedap..macam2 rasa pulak:)

Saiazuan said...

sure look yummy :D

Far8 budak baik said...

tu ar kalau aku mmg gitu pun..
beli makanan kat bazar smpai
tak hingat lahhh..
pas tu tak habis makan pun..
hahahaha..pastu masuk peti..
tgh2 mlm melantak balik hihi

Mohd Nor Quiyyum said...

nakkkkkkkkkkkk!!!!! :)

~eZmALiZa~ said...

nasib baik ezma komen entry ni waktu sahur...takdelah nampak mcm kebulur sgt..ekeke =D

bunbun said...

pergh perghh. terliur ni (baca entry ni lpas sahur)


haha. cepat hantar sini!

bighagenjo said...

kek lapis sarawak memang sedap! :)

rara pinkmafia said...

fifiey sedapnya kek tu,nk sikit =)

~SaL IjOu~ said...

sblm puasa haritu adik bwk balik kek lapis dari sarawak byk betul..mkn sampai naik muak..hehe

iyela, bila g bazar, tgk itu nak tgk ini nak..tp perlu bertegas dgn diri~ pasti boleh..^^

HEROICzero said...

wor ! nampak sedap . =)


*Selamat berpuasa .

Sarah Mohd Saleh said...

beshh nyer keklapis tuh..tp sebagai manusia memang tak penah putus dgn hawa napsu.hawa napsu itu lahh syaitan sebenarnyer..hehehe ;)

Myra Arshad (: said...

okayyyy ! sangat jeles tengok kek lapis sarawak :(

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails