Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, August 29, 2011

Baju raya lain-lain versi kaum! Berbanding atau bertanding?

Usai Ramadan sudah terasa di penghujungnya. Walau hati tidak merelakan kepergian Ramadan buat kali ini, namun Syawal harus disambut dengan tangan terbuka dan hati lapang setelah ibadah puasa dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Setakat mana nilai dan ganjaran untuk setiap ibadah yang diperlakukan biar Tuhan saja yang menghitungnya, siapalah kita untuk menilai kebaikan yang diperlakukan orang lain dan juga diri sendiri, bukan?



Bercakap tentang Ramadan, banyak sungguh pengajaran yang dapat kita petik! Baik dari segala amalan yang diperlakukan, sehinggalah dari sudut tatatertib, penjagaan makan minum, kebersihan tubuh badan dan lain-lain aspek yang melengkapkan diri terjaga dari sebarang godaan dan nafsu sehingga terbatalnya puasa!



Nah, akhir ramadan inilah nafsu berbelanja makin menjadi-jadi. Kenapa? Raya versi Melayu yang bagi saya telah menjadi adat barangkali untuk mendapatkan segala keperluan yang baru!






Mengapa adat ini dilangsungkan seandainya ada juga yang tidak berkemampuan? Dan tidak sadarkah kita ramai lagi rakyat di luar sana menderita akibat kemiskinan yang terlampau dan kita bergembira dengan cara yang tersendiri iaitu berbelanja dan terus memuaskan nafsu! Ya, saya juga tergolong dalam versi raya kaum melayu yang mana senang dan seronok melihat ragam dan susana raya yang menggayakan diri sendiri, alatan rumah serta apa jua benda yang serba baru! OH MY GOD. 


Namun, jauh di sudut hati saya terfikir, ahh pentingkah aku mendapatkan semua ini sedangkan baju yang dipakai yang harganya ratusan ringgit ini hanyalah sekali sahaja, itupun akan diulang pakai sekiranya ada menghadiri acara rasmi yang lain, itupun kalau mahu mengulang pakai, kalau tidak? Yahh, seperti biasalah, tubuh yang senantiasa membesar dek ganjakan usia seringkali memeri kesan terhadap ketidak padanan pakaian untuk digayakan lagi dan lagi. Dek demikian, bersedekahlah seandainya anda fikir itu masih baru dan boleh digunakan secara baik! Tidak semua yang diberi ikhlas menerima jadi, berbagilah kepada sesiapa yang meminta denganmu, insyaAllah kalian bakalan lega kerana yang meminta seringkali lebih tampak ikhlas dan gembira menerima!


Saya sangat takut akan percaturan ikhlas dan tidak ikhlas ini. Ya, memang saja kita tidak tahu baik budi manusia luar dan dalam, namun dari segi riak wajahlah tergambar sua hati yang kadangkala menjadi tanda tanya kita. Ahh, tidak penting semua itu. Yang penting, kita sebagai si pemberi, harus merelakan dan mengikhlaskan sesuatu yang diberi, bukan? Selebihnya biarlah Tuhan yang menentukan!


Tangan yang menghulur dengan ikhlas akan terasa kebahagiaannya sekiranya tangan yang menerima itu turut ikhlas untuk menerimanya!



Raya cina cukup sekadar mengadakan makan besar dan pakaian baru, tak mengapa kalau tidak dilengkapkan dengan perabot baru sekalipun, ataupun mungkin tidak mengapa tidak ada barang kemas baru, handbag baru, jam tangan baru, kasut baru kerana hari-hari lain juga adalah raya bagi mereka dan yang paling jelas perbandingan jiran tetangga ataupun kaum kerabat yang kadangkala menjengkelkan! And Melayu-,- obviously pembaziran! (ingatan untuk diri sendiri)



Bukan baju raya pun, baju ketika hadiri sebuah acara di Jakarta!



P/s: Raya versi saya. Sangat simple. Kenapa? Bonda lebih suka menjamu tetamu dengan pelbagai juadah hidangan untuk para tamu tak kiralah siapa yang bertandang ke kediaman tak kiralah hari raya mahupun tidak. Namun, versi raya pastilah menu hidangan istimewa. Nah, berbagi rezeki makanan dan wang saku untuk anak-anak lebih memberi makna bukan dan yang pasti lebih dihargai dan dikenang oleh semua insan yang hadir pada tika itu!:) Invitation untuk celebrate raya bersama Fifiey Lychee Maration akan disebar setelah pengumuman raya diutus melalui kaca televisi malam nanti:) Stay tune ya.




LOTS OF LOVE,


6 comments:

Lyaa Suriany said...

adik comel.
slam aidilfitri..

Anisa Hang Tuah said...

selamat hari raya

maaf zahir dan batin

:)

Saiazuan said...

hurm.. adad orng melayu je kan menyambut raya dgn pembaziran.. agama kita sndri tak membenarkan pembazikan.. tp klu u prasan, raya smakin kurang meriah actually..

kt kg i kt melaka dah rasa kurang meriahnya, smbutn sgt sederhana..n sadly, i tgk tak ada lagi budak2 marhaban

syafiqakarim said...

selamat hari raya fifiey.
jgn makan byk sgt.haha

Pembunuh Tanpa Bayang said...

betul tu.kadang-kadang kalau di lihat balik,sebenarnya yang lama itu masih baik untuk di guna pakai lagi.tapi masih ada yang mahu menukar baru setiap tahun.dengan alasan raya setahun sekali.

rara pinkmafia said...

fifiey knp lame hilang?

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails