Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, July 21, 2011

Sesuci baby.

Bonda dan bayi:')


Benak tiba-tiba terfikir, akan suatu rasa yang tidak akan mungkin jadi nyata,
Yang mana minta diri yang sudah dewasa bertukar kembali jadi bayi suci yang tak pandai lagi main kata, main mata, main rasa tapi tetap bayi punya jiwa yang bernyawa, tetap rasa akan suatu kata secara tidak main-main kerana ketulusan hati bayi tidak boleh dipertikai lain-lain hati manusia.


Bayi? Suatu peringkat umur yang masih belum matang, belum tahu bertindak untuk mengambil suatu tindakan namun tetap ada akal waras yang sentiasa memberi bantuan untuk sekadar bertindak suatu yang normal dan bukanlah luarbiasa. Dek kerana itu, bayi adalah suatu peringkat usia yang paling suci dari sebarang dosa kata dan makna kehidupan nyata..


Bayi menganggukkan suatu yang dia rasa mahu benar-benar siap berkata "aaaauuu auuuu", dan akan menggeleng suatu yang dia rasa salah dan tidak mahu. Pintar juga bayi daripada manusia dewasa yang bisa saja berbohong yang mana benar, yang mana salah yang mana mahu yang mana tidak.  Mainan lidah lagi. Konsep jujur seperti bayi membuatkan lidah menjadi kelu total sehingga ekonomi negara tidak dapat dimajukan, namun kalau terlebih kata putar alam pun rundum juga ekonomi seperti banyak yang berlaku di mana-mana negara. Yang diam terus masuk, dan yang banyak kata terus ada pembaziran jadi yang mana lebih baik? Yang merelakan? Ramai yang tak rela juga.=_=


Kalau mahu dibandingkan bayi dengan dewasa memang hiperbola lah jadinya, nagai langit dan bumi, jauh beza sifat dan sikapnya, apatah lagi ragam dan gayanya. Bayangkan saja dari sudut fizikalnya juga sudah nyata terang lagi bersuluh bezanya. Namun, dari sudut hati tiada siapa yang boleh mengawal melainkan Tuhan yang Maha Mengetahui. Hati bayi yang kosong dengan dusta dan nista pastinya cerah untuk menghayati apa jua situasi, namun sayang juga tidak boleh diguna pakai lagi dek kerana faktor usianya yang tidak memungkinkan untuk berbicara lantang tentang suatu yang hakiki. Tuhan Maha Adil kan? Pada suatu ketika tidak bisa melangsungkan ini, maka suatu ketika lagi pasti kita bisa. Yang jelas, tidak perlulah terlebih pasrah tanpa ada daya usaha di belakang tabir diri kita sendiri. Lagu D'Masiv mengingatkan kita untuk terus menghargai kehidupan. Tidak perlu berlebih ragam kerana kita sekadar "robot hidup" yang hanya dikawal dan ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi itu ini selaras dengan catatan yang telah ditetapkan-Nya.


P/S: Aku terasa lena melihat bulan malam ini. Serius. Memangnya bulan mulai mengambang ya? Penuh betul aku lihat bulan di langit. Padat. Hari ini ulangtahun Bonda. Jasad aku tidak bersama dia. Tapi jiwa aku sentiasa bersama-Nya. Semoga kau selalu bahagia di samping suamimu dan anak-anakmu dan terus menginjak maju dalam kesuksesanmu menginjak kegemilangan! 44 tahun kehidupan penuh ranjau dalam mengelak daripada menjejak tajamnya duri demi menuju ke syurga abadi pastinya membuahkan pelbagai jerih rasa. Itu semua sementara. Yakinlah kami semua ditakdirkan buatmu! Harap aku juga bisa menjadi segagahmu.Doa sentiasa mengiringimu. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang tak ternilai.


LOTS OF LOVE,


23 comments:

penaberkala said...

selamat ulang tahun kelahiran buat bonda fifiey
semoga beliau dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaaan hingga akhir hayat
amin

dah call ke belum ni?

kim heeruul said...

chumel nye baby tu..
baby tu kamu ke..?

::NureeN:: said...

salam singgah,

slamat panjang umur dan dimurahkan rezqi.. senyuman bahagia terukir di bibir bonda ;)

comel baby geram nk kiz

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@penaberkala:
terima kasih atas ucapannya. dh call bonda pun. siap cakap2 lama mcm ore gewe puloksss. hahaha... amin amin amin, thnks doa.

@kim heerul:
hye new friend... not, that's not me la. anak saudara.anak kepd kakak and abg angkat:)

saiazuan said...

so pure..i like this ;)

..::SangRatoo::.. said...

selamat ulang tahun utk Bonda fifiey..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. :)

Mommy Fara said...

Hi, Fifiey!

Akak percaya awak masih belajar, kan? Belajar kat mane? Private atau IPTA? Mungkin, UiTM?

Akak rasa dunia sekarang sedang terbantang luas untuk awak terokai. Nikmati dunia yang luas itu dan ceritakan pengalaman awak satu sepersatu.....

Suara anak muda juga patut kita dengari bukan? Tapi suara itu perlu diiringi sekali dengan pengalaman hidup di muka bumi.

Semoga kita semua berada di dalam keadaan yang baik dan sejahtera hendaknya!

cik hani said...

hey si cantekkk..
comelnya baby tu..
geram nengoknya..

sesuci baby.. teringat lagu raya sesuci lebaran..
hikhik

Hanis MY said...

selamat ulang tahun buat bonda fiey... rindu fiey juga...

alexa yussida said...

fifiey...cpat plan utk berjumpa :)

ghost writer said...

diberikan kita sesuatu untuk kita bisa pilih dan kerjakan,selebihnya DIA mengadili kita dalam keberhasilan urusan kita.

diaminkan doa untuk bondamu...

aminnnn!

tieykah said...

Aku mahu menjaga 'aku ketika baby'

Hehehe.

Selamat ulang tahun untuk bonda kamu

ILA HonEyBuNNy said...

selamat hari lahir bonda...semoga panjang umur & di murahkan rezeki..

aloo2 baby tu....menangis eh..heheh..

Mama Gee said...

paling nyaman tgk muka suci baby tgh tidoo....huhumama nk baby satooo..

semoga bunda fifiry pjg umur , sihat2 selalu...dan dimurahkan rezeki...

miszlullaby said...

umah ML pun ade baby. Abang Ml dua2 ade baby baru. Ade dua baby sekrang ni. Comel sangat ^^

Elie Lily said...

wish selamat untuk ur bonda k?
btw, this post is really nicely written! i love it! :)

kirim salam beby tu skali ya! hehhe

dayah aziz said...

nice entry...suke! nak jadi bayi balik....;p

-Sara- said...

happy bufday to your mummy :)

Encik Psychopath said...

I want to be baby too. Baby of someone.


good writing.

Suhami Ahmad said...

itu fifiey ke masa kecik-kecik?

~SaL IjOu~ said...

Olahan yg menarik..suka penulisan kamu..^^ sudah aturan Dia apa yg akan dilalui setiap peringkat umur..terus melangkah ke depan berbekalkan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan~

cottonlady said...

yupp dats rite fifie,bayi mmg jujur dgn stiap tingkah yer,sbb tue pepatah ckp "bayi ibarat kain putih",bagaimana ibu bapa mncoraknya lah yg akan menentukan tingkahnya pd esok hri >.<
waaahhhh tringin lak nk jadi baby,hehehhe trase lak diri nih dah tua >.<

A.s.t.i.n.a said...

happy belated berfday bonda...

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails