Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, July 30, 2011

DATING BERSAMA ALEXA YUSSIDA! DOKTOR PUJAAN HATI RAMAI. hehehehe


Hye and Assalamulaikum people:)


Mulakan membaca dengan senyuman, barulah hidup ceria sentiasa. Jari dah mula lah nak menari atas keyboard, tapi agak slow kot, sebabnya idea tengah kering, penceritaan tuh banyak lah, tapi nak rungkaikan tu susah. Perlu gilap balik kot otak ni supaya penulisan macam muda-muda dulu boleh diguna pakai kembali! Dulu power kot, tak payah minum power root pun, perghh ayat automatik bombastik bila jari bertemu keyboard. Tak percaya? Sila baca entry lama-lama:p Tak percaya lagi? Tatap mata saya betul-betul dan anda akan tunduk percaya. Perghh, ayat macam mak lampir terkam mangsa nak tatap-tatap segala. Hahaha. (Ayat takde motif).


Motif update kali ini? Motif nak menunjuk atau dalam bahasa yang lebih elok ialah show off. Alah, mudah cerita maksudnya sama! Menunjuk, show off, show off, tunjuk-tunjuk. Nak tunjuk yang kita dapat pergi keluar dating dengan doktor pujaan ramai yang sedang menuntut di MOSCOW. Youu youu youu all semua boleh? Nan boleh:p Dan bakal doktor yang dimaksudkan ialah jeng jeng jeng...............................(Bunyi drum, bunyi gong, bunyi seruling serentak!!!)
Cuba teka, cuba bayangkan siapakah beliau???


Beliau senyum ada lesong pipit( abby pun tergoda tengok lesong pipitnya yang manis)
Beliau kecil molek, ayu, manis, menawan
Beliau bakal doktor (dah cakap tadi, abby selsema nanti nak jumpa dia je)
Beliau sangat friendly (oh diketahui umum:))
Beliau agak fanatik jugak dengan bola;)
Beliau banyak travel (Tak dinafikan!)

P/s to kak yuss: Ni abby yang banyak bagi point suruh tulis. haha.


Tak payah nak bercerita panjang, tak payah nak berdrama segala, di sini saya isytiharkan bahawasanya saya telah keluar dating dan bertatap mata buat kali pertama, kali pertama ye anak-anak, bertemu dengan seorang blogger pastinya iaitu, Alexa Yussida.
Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, here are the pictures yang boleh kita abadikan bersama kenangan terindah!


 Tengok camera-camera, dan seluruh camera yang ada dengan fifi, teringat kat Pak Guard tu. Kesian dia, berkenan tapi menegur tak kena cara. Prap papp papp. Hahahahaha. Kan kak Yuss kan? Baik angguk tanda setuju;) First time jumpa Kak yuss, takde malu-malu kucing pun, cakap-cakap banyak macam dah kenal puluh-puluh tahun dah pun. Kamcing macam sahabat sejati. Makan sama-sama, minum sama-sama, cakap macam-macam cerita, melayan telatah Abby yang kebetulan balik Kelantan jugak adik Fifiey sorang ni. Arisha  je lah tak berkesempatan jumpa doktor kecil molek yang manis ni since she's still be in Jakarta. Sekolah.:) Takpe, nanti raya insyAllah dapat jumpa ye ca! hehe.


 Tengok tak jemu, makan tak lalu, sebab apa? Oh bukan jatuh cinta punya pasal, makan tak lalu sebab mee gorengnya masin kata beliau. haha. Perghh, pergi berdating hari jumaat, macam mana kedai nak bukak. Mula-mula masuk cafe pun, cafe dah nak tutup segala, sempat breakfast dengan nasi lemak saja, dan air milo sebab Fifiey and sista belum makan pagi. Jumpalah Kak Yuss di sebuah Cafe di area Kubang Kerian tu! Perghhh perghh perghh, suka air milo kat cafe tu! Tq abang-abang cafe sanggup tunggu princesses makan padahal kedai dah nak tutup for solat jumaat. Hehe. Kak Yuss on holiday and so with me, so sempatlah kami bertatap mata sebelum masing-masing berhijrah kembali.


 Waktu untuk memilih menu untuk dimakan. Makan lagi dak Abby. Haha, katanya nasi lemak tadi tak mengenyangkan plus memang dia  suka makan dan minat untuk makan dengan alasan hidup untuk makan dan makan untuk hidup. Mantabb!  Yang lucunya Fifiey tak order pun air laici, but Kak yuss yang order. hehe, macam tahu-tahu je dia si Fifiey Lychee kat sebelah! Padahal ia cuma kebetulan semata-mata. Abby and me had ordered the same juice and it was mango juice;) Our favourite ever! Ok, tak puas hati sebab mee goreng Kak Yuss makan masin:( hajat di hati nak makan nasi ulam di Taman Orkid tu, tapi u know Jumaat banyak tempat-tempat best tutup. Takpelah Kak Yuss, one fine day boleh jumpa lagi kita makan kat tempat lagi best oke!:) Any suggestion from Kelantanesse yang tahu tempat-tempat yang best? Maybe Horizon Garden yang paling best kot sepanjang Fifiey tahu....I love Red Tomyam di situ!!!


Ok, all of us dah boleh masuk camera! 1, 2, 3 prappppp! Yeayyy, fotonya cantik koq! See see, abby suka buat mulut like to kiss somebody. Haha. Kak Yuss, adik abby suruh carikan boyfriend Moscow untuk dia!! haha. 


Waktu untuk pulang dan berpisah sudah pada ketika ini. Detik-detik terakhir pasti membuahkan kesedihan dan muka monyot sorang-sorang kelihatan jelas. Don't worry, lain waktu boleh jumpa lagi ok, selagi hayat dikandung badan, selagi jasad masih mampu bergerak, selagi nadi masih berdenyut pasti dan pasti bakalan ketemu lagi! Perghh, ayat menyakinkan. Pastilah!:') Terima kasih sudi meluangkan waktu bersama si cenat-cenot comel abby dan fifiey:) Goodluck and take care dear sister! Muahh muahhh muahh.


LOTS OF LOVE,



12 comments:

alexa yussida said...

fifey kalo mengarang..perghh..memang boleh jadi pakar bahasa,penulis bagai..:D

akak surrender la,xleh nak tulis pnjg2..kering idea okies..huuu thnks dear..rindu suda kat si kecik abby tuh :)kim slm kat die ye..ape dah nama fan page die?akk cari x jupe..:p

JIJI YU said...

wahha abby pujaan hatiku..ehhee

syAzAnA said...

hurmmm, bila pulak nk jumpe fifiey ni.

:(

Azuan said...

bestnya dia datingg... comel2 belake..

jeBateja said...

kedai kat sana mmg tuutp setiap jumaat erk....? ke setiap solat jumaat..??

saiazuan said...

huhu x ajk dating skali.. happy ramadhan..

btw try to carik2 ur probs.. still xjmpa.. how bout u try compare your blog setting with other blogger.. i donno if it will work, but tak salah if try... :)

YOUsoF said...

Terjun dari blognya Yus yang konon-kononnya malu2 kucen..


Sambung tersenyum masa baca entry ni.. Commel! ;)

ymn said...

slmt berpuasa .

cik azeya said...

wahh. teringin nak jumpe beliau. ;)

~eZmALiZa~ said...

ohh..abby tu sgtttt cute!

mesti lah kan? just like her sister tooo!! :)

A.s.t.i.n.a said...

wahh mcm aishwarya railah persis wajahnya.. ash berjumpa siti nurhaliza.. maka Astina jd cemburu the zassss... kenapa saya tiada di situuu? kenapeee?

Boni JLL3 said...

agak2nya bila pulak kita akan dating??heh heh :P

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails