Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, June 26, 2011

KERABU SOTONG

Assalamualaikum and hye people......

Hello people. Harap baik-baik belaka keadaannya. Harap tak ada yang sakit-sakit, kalau ada yang sakit, cepat-cepatlah sembuh, makan ubat dan istirehat. Al-maklum sahaja, cuaca sekarang tak menentu, hujan, panas, guruh di langit berdentum, kilat sabung menyabung membuatkan saya takut untuk merayau-rayau keluar. Oleh itu, jagalah diri anda supaya tidak dihidapi sebarang permasalahan kesihatan yang menjejaskan anda untuk meneruskan kehidupan seharian secara normal. Ceh, membebel macam ibu-ibu doktor pulak dah. Hehe, maaf terlebih kata akibat daripada pengambilan makanan yang sihat mungkin.


Bercakap pasal makan dan makanan, cuaca panas macamni, perut sering terasa lapar, jadi dapurlah yang menjadi mangsa untuk diterkam oleh saya. terkam untuk cari makan. Jadi apa menu yang dipilih? Terasa nak makan sotong. Jadi buatlah kerabu sotong. Pernah dengar tak menu ni? Kalau belom pernah, sila tengok cara hidangan ini disajikan!


Tadaaaa! Here it is. Say hello to kerabu sotong edisi Fifiey Lychee Maration.


Bahan-bahan yang diperlukan terdiri daripada:

1. Sotong (dihiris bulat-bulat)-kuantiti mengikut hudangan sebanyak mana yang anda mahu hidangkan.
2. Daun ketumbar
3. Bawang besar
4. Tomato kecil
5. Limau nipis- 2 biji
6. Cili padi (Tergantung tahap kepedasan yang anda mahukan, 5-10 biji sudah cukup pedas.)
7. Sos ikan
8. Gula dan garam secukup rasa


Cara disajikan:

1. Seperti biasa, sotong yang anda beli di pasar atau di supermarket haruslah dibersihkan terlebih dahulu sehingga kotoran dan hitam2 di dalamnya itu cuci dan putih bersih:)

2. Cara memotong sotong tersebut adalah dengan hirisan yang bulat-bulat. Rebus sotong tersebut supaya benar-benar masak supaya boleh dimakan dengan rasa segar. Jangan lupa sejat airnya dan taruhkan di dalam bekas yang cantik untuk taruh sekali bahan-bahan seterusnya.

3. Potong dan masukkan daun ketumbar, cili, bawang besar dan tomato kecil yang telah disediakan sebentar tadi. Gaulkan  bersama sotong tersebut. Masukkan juga kulat jika mahu.

4. Masukkan sos ikan sebanyak 3 sudu (ini suggestion sahaja, tergantung atas rasa dan hidangan yang kita sediakan).

5. Masukkan sekali garam dan gula secukup rasa. Gaul lagi.

6. Perahkan asam limau nipis secukup rasa. Gaul dan terus gaul supaya rasanya sebati bersama bahan-bahan yang ditaruh sebentar tadi.

7. Cuba rasa sedikit, bagaimana rasanya. Enak? Sajikan kepada orang-orang yang anda sayangi. Selamat mencuba sayang-sayang semua!!!


P/s: Baca bismillah ye sebelum makan. Bagi sesiapa yang mencuba resepi ni, upload foto anda lah, bak sini saya nak tengok masakan air tangan anda!:) Sama-sama berbagi rasa, sama-sama rasa selesa, bila perut kenyang, hati gumbira:))



LOTS OF LOVE,




37 comments:

**::CIKNUURUL::** said...

kak fifiey,CN dh lame tringn tau nk buat kerabu,.tp krabu stong ni xprnh lg rse nk try,.bile tgk yg ni,woaa,cmbest jek,.hehe,.mesti kecoh,pasti sedap,.haha

JIJI YU said...

waaa...bilo nop wat ko ambo ni..

penaberkala said...

Pergh, macam best je nih
boleh try buat ni

rasa lapor tiba-tiba

ASaDa RyutaRo said...

kena masukkan dalam bekas yang cantik baru sedap kan? hahaha.. tak pernah rasa lagi kerabu sotong. mungkin pernah, saya ni jenis tak tahu nama resepi. tapi makan saya tahu lah. hehehe :P

simple je resepi ni, tapi susah nak gerakkan tangan untuk buat. ngeee :D

rara pinkmafia said...

alaaa rara tak boleh mkn sotong.cane ni?

Azmira Yusof said...

Wow kak fifiey , tengok gambar pun dah tahu sedap bebenor ....

meh lah share sikit mkn nasi panas :)




Salam Perkenalan Kak Fifiey . Peace Meow mEow

Cik Ezy said...

sodap tu!

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

bestnya ...terliur ah ..haha

Princess Nur said...

wahh..tak sangka fifiey pandai masak rupanya...*miss u my dear ;) nak la wat gathering ngan blogger kelate.. fifiey lead ye.. *

syufaa said...

nyummmy!
cedapnye.!
boleh try!
thankssss for the recipe! :D

said...

wah bestnye! yummy yummy!


=D

iPai said...

alamak .. tak suka sotong ..

syashafie said...

nampak sedap ! :D

syAzAnA said...

cehh. mcm tahu2 jehh baru pas makan sotong. hehe. yummmyy! sedapnyaaaa!

d_LA said...

kena bg dla try ni fiey baru afdhal..hahaha..

syafiqakarim said...

nampak sedappp sgt.
tp allergic seafood. -.-
hahah

meaw said...

waaaaaaaa,sedapnya tgk,hehehe... :D

p/s: ekceli kak fifiey stay mana?

hamzah ian said...

waaa.. nmpk sedap woo

ishiko said...

wahhh.. macam sedap je tuuu.. err.. lap2 air liur.. emm

lamanya tak singgah^^

echaRierie said...

waaa..sedap..nt nak try la..hehe :D

APi said...

bila la dapat meras cik fy masak.. ^^

nabilfahmi said...

fuyoo....dah leh wat rancangan TV mcm chef wan ni...hehehe

Raden said...

dapnye otong die!!

Nizam Ijam said...

Entry yang best..

”Kahwin Dengan Mayat”

LiLy @ MumMyQiStInA said...

tgk dr gmbr pun dh tau kesedapannya..
blh cuba buat nnt ni.. ;)

Myra Arshad (: said...

hye lil sis.
u know what ?
myra suka gile kerabu sotong. sedap. masam2 sikit. peeehhhh. *drooling :p

Green Apple said...

bestnya kerabu sotong.... makanan kegemaran tu...

Eazy Izzuddin said...

oh boleh cuba ni..
;)

Wahidah said...

terliur tgk kerabu sotong ne..isk3

Liya said...

nyum-nyum dapnyeee!!
lapa pulak rasanye :)

aku-amin said...

Sedapnyer.....walla terliur !!!

ENCIK TIKUS said...

ohsemmmm

Rowena Chasez said...

i suka sotong.
tapi xpernah plak makan kerabu sotong.
mcm sedap je.
tpi xreti nak masak :P
u masak utk i laa boleh?

azalia hjsalleh said...

mmg suka mkn benda masam2 ye?

farhana said...

Wow..nampak sedap.
Boleh tukar kan,means kalau nak tukar sotong, kepada ayam ke....boleh kan?? =)

hanaahmad said...

sedapnye kerabu sotong. nyum nyum

Mama Gee said...

x pernah try lg..nnti mama nk buatlah :)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails