Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, June 21, 2011

HAPPY FATHER'S DAY


Happy Father's Day



Waktu saya kecil:

Ini cerita di waktu saya kecil. Ayahanda yang saya panggil abah ceritakan kembali. Saya suka nangis sampai-sampai waktu  saya berada di ayunan, ribaan serta gendongan bonda sahaja sepertinya takut sama yang lain. Aneh-aneh saja. Tidak kira siang, mahupun malam. Adakah pada waktu itu, setan berkeliaran yang kulihat. Kata orang-orang tua, anak-anak kecil menangis tanpa henti, pasti ada suatu yang aneh. Apapun, maaf sebab menyusahkan saja menjaga saya dengan keadaan yang sangat merepotkan, apa lagi tangisan tidak henti-henti. Makanya dengan itu, saya tidak mahu lagi menyusahkan orang lain dengan tangisan lagi apabila sudah dewasa ini. 


Ahh, lupakan tentang itu, ada cerita yang lebih menarik kayaknya untuk diceritakan:) Sewaktu kecilnya saya, saya kecil sahaja orangnya, kurus, tinggi, entah mengapa tumbuh dewasa menjadi "debab" dan agak berisi sebegini. Faktor genetik barangkali. Cerita abah lagi, katanya ketika saya masih di usia hampir satu tahun, dibawanya saya ke Kuala Perlis, wah, laksa memang menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi rupanya. Tanpa henti saya makan barangkali. Mat Salleh yang datang melancong pun tengok sambil sengeh-sengeh kata abah. Syok tengok aku yang putih merah ni makan bersungguh walaupun masih bayi. *Blushin dengar cerita abah ini. 


Kata abah, saya anak yang penurut. Dengar kata sewaktu kecil, besar ni je agak keras kepala sikit:p Saya pendiam di waktu kecil, jadi tidak banyak kerenah yang saya lakukan. (Senang je jaga Fifiey ni) Makan senang, pakai senang, semuanya senang lah, pokoknya takde yang susah-susah. Jadi bila dah besar ni je agak menyusahkan nak itu ini:p Nampak gaya kena maintain sifat waktu kecil yang baik-baik la. Macam mana nak kembalikan sifat tu? Ada resepinya tak? Oh ye, ingat lagi kalau setiap kali ke supermarket waktu kecil-kecil, saya tidak suka mintak-mintak nak itu nak ini. Malah saya dipaksa untuk memilih sebarang sesuatu, namun tetap saya sipu-sipu malu untuk memilih dan mengambil. Apatah lagi untuk meminta ke situ ke sana, ke sini. Untung saja abah dan bonda memahami kemahuan anak-anaknya. Jadi tanpa saya minta dibelikannya itu ini, dibawanya ke sana ke sini di waktu cuti persekolahan. Haish, tahap "kemaluan" yang terlampau mungkin. In other words, malu-malu tapi mahu. Namun, tidak bagi sekarang, tanpa diminta saya mengambil. Hahahaha. Terikut sifat adik bungsu mungkin yang agak manja dengan parents.


Bila dah besar sikit, saya memang suka belajar Matematik dengan Abah. Genetik dia lah  kot, yang menyebabkan otak kiri saya bergiat dengan aktif untuk mengira. Kalau buat je pop quiz lawan dengan abang, kakak, serta adik, pasti saya yang menang. Cewahh, kagum jap. Genetik bonda pula yang turun kepada saya yang mana apabila bercakap di hadapan umum, saya akan berasa kepercayaan diri saya agan melonjak naik secara tiba-tiba.Jadi tidak ada sebarang masalah bagi saya untuk berkomunikasi dan berdebat di hadapan khalayak ramai. Saya teringin nak berkumpul dan mengaji beramai-ramai macam waktu kecik-kecik dulu. Comel.


Tuhan, kembalikan sifat, sikap, toleransi serta keperibadiaan unggul saya di waktu kecil dulu:')




Waktu remaja(kini):

When i look into his eyes, i just felt to cry, kerana tanpa beliau siapalah saya. Siapalah saya sebagai orang anak yang biasa saja sifatnya sekiranya tiada didikan, kasih sayang, perlindungan serta ilmu dunia akhirat yang abah hulurkan.

Cukup bagi saya untuk menilai jasa dan pengorbanan seorang abah dari mata hati dan mata kasar setelah bertahun-tahun di bawah jagaan beliau, dari tibanya sesaat saya turun ke bumi lagi:') Cukup banyak untuk diperjelaskan, yang pasti appreciation untuk beliau akan kekal abadi sehingga akhir hayat. It depends on us on how to show our appreciation to abah. 

Now, i'm realize, that's too important untuk memilih calon suami yang hebat, bijaksana, and the most crucial yang protective. Bagi saya, anda lelaki-lelaki di luar sana, yang boleh protect diri sendiri dari bahana dan wahana adalah seorang yang bijaksana dan automatik hebat adanya bukan dengan kata-kata jurusan yang perlukan, tapi dengan tindak-tanduk yang dapat dilihat "hebat" namun bukan "cool" semata-mata! Kewujudan sifat dan sikap abah untuk mengajar banyak tentang kriteria-kriteria tersebut dalam pemilihan calon terbabit. Even, better than those criterias noted!


Menghargai jasa seorang abah bukan sekadar di atas sumbangan-sumbangan besar yang dihulurkan, namun ingatlah perkara-perkara kecil yang kita terlepas pandang yang sebenarnya menggamit memori kita bersama abah. Sedih kan kita dengar kisah-kisah teman yang tiada lagi punya ayah, apatah lagi yang tak sempat pun jumpa ayah, dan juga ada langsung yang tak kenal siapa ayah:'(




Abahlah yang nasihat (pakai tak pakai rotan) di saat kita buat salah, tak kira kecik tak kira besar,

Abahlah yang protect kita kalau kita keluar bersama keluarga dari baby sampai debab dewasa (selagi belom kawin kata abah)

Abahlah yang ajar kita buat bukak, tutup komputer masa kecik-kecik dulu.
Abah yang ajar macamna nak taip di microsoft word, main games di komputer, dan search di internet buat pertama kali, abahlah yang ajar!

Abahlah yang ajar riding bicycle, sapu minyak gamat kalau jatuh, angkat saya waktu tertidur di sofa luar ataupun tertidur atas kereta setelah perjalanan jauh untuk dibawa ke dalam bilik tidur supaya selesa,

Abahlah yang teman waktu ketika saya beli buku di Muda Osman dan juga di Gramedia.

Abahlah yang turut hadir bersama bonda hadir di PIBG sekolah kalau ada perjumpaan, abahlah yang bersuara di atas kejayaan anaknya, abahlah orang paling berbangga setiap kali anaknya naik pentas terima anugerah kecemerlangan(mungkin terimbau kenangan dia sekali waktu bergelar pelajar dulu-dulu sewaktu abah di SIC),

Abahlah yang tak kasi anaknya balik dari asrama pakai bas, ataupun keluar outing waktu di asrama, takut anaknya jadi apa-apa, jadi dihantarnya sendiri bekalan makanan, alat tulis, serta keperluan-keperluan lain jika perlu, dan dia sendiri akan menjemput anaknya pulang dari asrama.

Abahlah yang support tiket kapal terbang setiap kali ulang-alik belajar.

Abahlah yang sering bawak kami keluar makan di mana-mana sahaja sehingga kami expert memilih tempat makan yang best-best di sekitar negeri-negeri yang pernah kami bermastautin

Abahlah yang ajar, cara-cara ambil duit di bank, transfer duit serta pertukaran duit di airport.


Abahlah yang ajar tentang banyak hal duniawi dan ukhrawi,

Abahlah orang first kami salam waktu selesai solat dan juga waktu hari raya.

Abahlah yang ajar saya duduk tercongok depan tv tengok bola walaupun saya tak suka.

Abahlah yang ajar untuk kami gotong-royong bila rumput sekitar rumah dah panjang,

Abahlah yang pesan tentang banyak hal berkaitan dengan pergaulan dan lelaki serta perempuan bila kita meningkat dewasa.


Abahlah yang selalu cakap macamni " BAHAGIA SUNGGUH" apabila tengok kesenangan anak-anaknya.


Jadi, apa tunggu lagi? Sujud ampunlah kepada ayah, jika anda berbuat salah, pohon maaflah jika anda berbuat dosa yang tidak disengajakan. Paling kurang berniatlah di hati kecil yang anda bermohon ampun kepada orang tua anda di atas kesalahan yang anda lakukan sebelum kehilangan mereka buat selama-lamanya!



P/s: Setiap kesusahan pasti membuahkan kesenangan di kemudian hari. Janji Tuhan pasti termakbul.






LOTS OF LOVE,


19 comments:

JIJI YU said...

maju nye abah ko..ehehe..leh ajor maen komputer..

rara pinkmafia said...

beshnya jadi anak abah ye.heee.

Hanis MY said...

such a lovely entry mcm fiey juga... selamat hari bapa utk beliau juga ya... pengorbanan ibu bapa mmg tak terbalas... selagi kita hidup cubalah berbakti dengan sebanyak mungkin...

ymn said...

bertuah anda dan manafaatkan ruang ada . Slmt hari bapa .

fifi aswana said...

hi fifiey. thanks sebab sudi singgah blog www.fifichantek.blogspot.com.
nama kita same kan?
anyho, awak cantik.
:)
nanti kita tukar2 pendapat on girls stuff or anything.
salam ziarah.
fifi aswana

aLya maNip said...

selamat hari bapa gak utk abah fifiey...hehe

mgkin skrg abah fifiey bgga ade anak cam fifiey..mudah-mudahan :)

penaberkala said...

Untung fifiey dapat tahu pandangan ayah sendiri tentang diri
saya tak sempat pun
apapun, bahagiakanlah mereka selagi mereka masih ada

gedek! said...

Ayah kamu mesti segak di usia mudanya!

shameel Iskandar said...

Salam kunjungan fiey.
kasih sayang dan pengorbanan seseorg bapa(juga ibu) tidak terjumlah dan terhitung dgn apa jua. Ketaatan kpd mereka adalah wajib selagi mana tidak bercanggah dari tuntutan agama.

shameel Iskandar said...

Saya tertarik dgn perkataan dlm entry awk. Muda Osman dan SIC. Kedua2 tempat tu di Kota Bharu Kelantan. Awak org kelantan ke?

pilotHans said...

mmg pandai susun kate mcm wakilkan kite utk ckp kat papa kite ...huhu..hepi papa's day to fathers out there! cheers

zacky786 said...

jasa dan pengorbanan seorang bapa terhadap anak2 yer sungguh besar dan tak ternilai dgn wang ringgit ... sygngi dan hargai lah bapa kita selagi masih hidup ... ~ :)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

yeeee FIFIEY.......!!!!!!

lagenda said...

Selamat hari bapa buat ayahanda fifiey ye!!

Puan tia said...

bestnya kalau kita ade abah lagi.. :(

GreenAppleKu.com said...

Hai Fifiey yg comel...

amirah said...

Ayah.. superhero yang tak ada tolok bandingnya. Terutamanya di hati anak perempuan. Jom sama-sama doakan ayah masing-masing ye..=))

jia said...

sweetnyer..
bagi abah bace tak?
kalau abah bace mesti dia terharu..

jom dtg blog jia pulak..

=')

~SaL IjOu~ said...

Kubersyukur masih belum terlambat utk berbakti kepada abah~ membaca nukilanmu ini mengingatkan aku tentang pengorbanan & jerit perih abah membesarkanku dari kecil hingga kini aku menginjak dewasa~ =)

Ayah kita tiada galang gantinya~ ^^

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails