Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, June 6, 2011

FEBRUARY MEMORY AT MELAWI BEACH


Kalau fikiran kusut, hati tak tenang, tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi adalah.....
PANTAI.
Kenapa?
Pantai simboliknya dengan ketenangan, keamanan, dan kesejahteraan.
Memang benar, bukan sekadar kata, namun realiti.
Tak percaya, cobalah sendiri.
Cuba duduk diam-diam, hadap laut, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kosongkan fikiran, tenangkan hati, ingat yang baik-baik saja, pasti tiada lagi KEKUSUTAN.
Jangan pula terjun laut, dan kata, "AHHHH, tiada guna lagi untuk aku hidup".....
Dilihat-lihat berjalan iringan jalanan gigi pantai, berhenti berdiri menghadap laut, jalan perlahan-lahan kaki melangkah memijak air pantai jauh dan makin jauh, eh eh, mahu bunuh diri kah apa itu?
Jangan berbuat demikian ya.
Setiap masalah pasti ada solusinya.
Jangan salah faham, anak kecil di atas juga pasti mahu ketenangan yang abadi.
Jadi biarkan dia menghadap laut, berfikir untuk mematangkan fikirannya.
Comel saja, kecil-kecil sudah pandai berfikir macam-macam hal yang tidak disangka-sangka(",)
Katanya " Menunggu putera duyung yang tak kunjung tiba".
Logikal akal mengangguk riang saja dengar celotehnya. 
Ketawa menghuraikan ria semua.






Kalau dilihat-lihat, siput kecil ini juga mahu hidup bebas.
Seperti manusia normal juga.
Namun, keupayaan menghalangi segenap spesies itu menguak lebih jauh dan jauh.
Bangun dari sadar, terdampar di pasir putih hamparan luas juga.
Dengan laut asin yang tidak akan bertukar ganti jadi manis ataupun pahit.
Persepsi terhadap spesies kecil juga sering direndah-rendahkan.
Namun, itu hakikat yang perlu ditik-beratkan.
Semoga spesies ini pandai merawat dirinya sendiri dari bahang bahaya,
Bahaya gelora laut, kencangnya angin, tumbangnya pohon.





Senyum tutup sedih.
Senyum tutup gundah.
senyum tutup resah.
Senyum kalau ada masalah.
Senyum biar ikhlas.
Baik senyum dari mudah melatah.
Melatah yang bikin lain sakit hati, gundah rasa.
Senyum saja boleh buat yang lain jadi tenang.
Tapi aku mahu senyum waktu menangis kerana pastinya suatu yang bahagia membuatkan kita tersenyum di kala menangis!:)



Enjoy watching this video. 




P/s: Dalam proses nak buang sifat buruk jauh-jauh, nak kutip sifat baik dekat-dekat. Moga Tuhan makbulkan.


LOTS OF LOVE,



17 comments:

Hanis MY said...

lawanya Fiey dan pantai, akak memang suka ke pantai, melawi tak pernah pergi tapi memang dah lama sgt2 nak pergi...balik nanti kita g sesama k...

JIJI YU said...

hehe sekang ni adu funfair kat pantai melawi..

rara pinkmafia said...

rara nk g pantai gak.nk jerit kuat2.

ymn said...

kami nie pantai dalam jer almost every week dtg makan :))

Rtp Farra Arisha said...

haha adik abby meletopppsssssss habess!

Nisa' said...

Aww, bestnya dia pergi pantai.

And about the comment you left on my tagboard (tak dapat jumpa pula your shoutbox), well I was kinda in hiatus for a few months due to work. Last week Akak resigned because I think I need sometimes to prepare for my Master. Y'know, I have to look for the prospective lectures to guide me, etc.

Alhamdulillah, Akak sihat. What about you?

ZORA said...

pehh..indah sungguh...

btw follow sini da...:P

aLya maNip said...

nak jugak ke pantai nmelawi..hehe

btw,comei la fifiey lam video tu..hihi/.

Wani said...

wiwit !
seksiiii
haha

Encik Psychopath said...

I love beach. long time no see beach. :(

zacky786 said...

alaa sweet ~ hahaa.. eh best laa kt pergi pantai angin kuat .. main2 layang mesti syok ...

suke entry ni , tulisan fifi mmg best..

My MiRa said...

swweeett nye .....ehehhee

Mama Gee said...

mama suka sgt pantai....
dh lama tak pe pantai
bila nk ngajak mrb ke pantai lak ni...


**shomelnyaa si puteri kecik tu :)

HonEyBuNNy said...

bestnya kalau g pantai time stress neh...

tenang ja kan...;-)

...Minah BluR... said...

seksinyer dak tuh.. haha!
lme dah x pi pntai...mandi...
rindu..
btw, sy follow =)

Sarah Mohd Saleh said...

ohhh-Emmm-Ggg! u always look gorgy hunn.. sangat beshh lepak pantai..tgk air die yg biru..heee

Raden said...

terkejutnya melihat gambar cekci itu..

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails