Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, May 8, 2011

Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng

Ali Baba Bujang Lapok punya cerita.....




Pernah dengar kata-kata azimat di atas? Adakah itu azimat? Itu mantera la. Macam mantera Haa, mai sini Cik Fifiey Lchee nak habaq mai. Kata-kata tu dialog dalam filem P.ramlee. Ce teka ce teka dalam filem P.ramlee yang mana satu? Alahai, takkan tak tahu kot? Ingat tak babak yang kena baca ayat kat atas tu untuk buat pintu gua tertutup terbukak. Tujuannya? Nak curik barang-barang berharga/harta lanun yang ada dalam gua tu lah. Kalau lah eksplorasi mencuri harta lanun masih wujud zaman sekarang, ada sesiapa nak join tak? Angguk sepuluh kali kalau nak!!! Kaya sepuluh kali ganda mak nokssssssssssssss. hahaha. Evil laugh sungguh!




Sekali dengar cemni tau, nyainsongmatakajisemanginseng. Dulu-dulu masa kecik siap menghafal lagi dialog filem-filem P.Ramlee kebetulan memang jiwa tragis gila, bukan tragis apa, kecik-kecik lagi dah jadi orang tua lama suka tengok filem-filem lama, dengar lagu-lagu lama. Jiwa lama, raut muda, ok lah tu kan? Kuno itu penting untuk wujudkan kembali dinasti lama-lama yang hampir pupus dalam ingatan(",)


Tertanya-tanya tak pehal Fifiey post tentang Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng ni? This one untuk bukak gua ye. Sebelum tu cuba angkat tangan berapa orang yang tahu maksud ayat keramat untuk bukak tutup pintu gua tersebut? Maksud ye, maksud yang bermaksud erti. Jadi erti di sebalik semua ini adalah jika kita mencintai sesuatu filem, maka kajilah kita dari struktur ayatnya ke, dari sudut gerak gerinya ke, dari sudut mutu lakonannya ke, and banyak lagi lah pastinya. cerita punya cerita tertimbullah kisah ini yang mana wujud dialog percakapan sekeluarga tentang ayat ini, maka ceritalah bonda kepada kami semua. Cerita asalnya dapat tahu daripada saudara kami di tanah Jawa. Maka dengan itu saya terus menggoogle dan menggodek info-info untuk diperjelaskan lebih lanjut memandangkan sepertinya sekarang kurang pekerjaan yang dilakukan. Ok, meh sini nak cerita apa yang diceritakan. Eh, straight to the point la, how could we say that, kaitan ayat tersebut berkaitan najis? Maksudnya lepas makan semar berak. Berak? hahahaha. Tergelak pastinya. And who's Semar? Siapa semar yang dimaksudkan?


Semar, watak masyhur dalam wayang kulit di Jawa. Angkat tangan siapa pernah tengok  wayang kulit versi jawa, ce angkat ce angkat. Ok lambat, pastinya tak ramai muda-mudi yang suka mengikuti arus wayang kulit yang semakin pudar. But i like something that people rare to like it apatah lagi berkenaan dengan tradisi(",) Well, back to the stories, lebih details :-




Niat insong- (i'm not really sure of this tapi mungkin maksudnya niat nak berak kot-haishhh-)
Mata Kaji-Boleh jugak dibilang rabun dekat
Semar-Nama watak dalam wayang kulit Jawa.
Ngiseng-Berak


Rampong ngiseng, Semar Tilem. Ni pulak mentera bila Ali Baba cuba nak keluar gua setelah dapat barang-barang lanun di dalam gua tersebut. Maksudnya? Lepas berak Semar tidur.

More info?
CLICK HERE


Berita dunia: 

Osama oh osama, berapa kali dikau meninggal. Perkhabaran dahulu dikatakan dibunuh oleh Amerika di dalam gua, dan sekarang meninggal lagi di tangan Amerika langsung mayatnya dicampak ke dalam laut dan makanya dengan itu, apa masih logik saja sekiranya kau hidup kembali dan jatuh lagi ke tangan Amerika lalu dicampak ke dalam lubang kawah yang panas membara? Amerika oh Amerika, tiada pembuktian, tiada kepercayaan malah kau membuat ribuan juta rakyat tertawa sinis saja.

Kate and Wills. Pasangan di-Raja yang sangat popular selama abad ini. Bangga dengan kemesraan Sang Pangeran yang sentiasa tersenyum dan sudi mendekati rakyat sehinggakan berapa keturunan pun mereka masih dihormati dan disegani atas kebaikan budi yang telah diperlakukan. Kapan lagi di Kepulauan Melayu boleh berbuat sama seperti ini? Maksudnya adat istiadat mendekati rakyat jelata??? Sama-sama doakan!


Berita Diri:

Fifiey dah sembuh total dari sakit, demam dan batuk, cuma tak sempat untuk update blog secara panjang lebar. Terasa masa sekarang ini berlalu dan beredar begitu pantas:( Oleh itu, hargailah masa, jangan biarkan masa menunggu kita, malah kitalah yang harus sentiasa ke hadapan untuk mengejar masa! 


Semalam sambut birthday adik! Best. Nanti fifi upload foto-foto dan cerita-cerita sedikit apa yang patut ok:) Nantikan!:) happy 15th belated birthday Caca.


 LOTS OF LOVE,



11 comments:

Princess Nur said...

knur pun suka citer pramlee ni..paling ingat citer 'nujum pak belalang'..hehe

Hazwan Arif said...

ahahhaa..baru tahu..nice sharing!! =D

zati embong said...

hihi fifiey boleh plak pergi cari mksud ayat2 2 eh?hihi

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. baru tahu jugak maksud dialog tu! sebelum ni tahu ayat tu dalam bahasa jawa.

mungkin maksudnya : sahaja aku niat mata rabun (ngintai) semar berak.

:P

JIJI YU said...

muehhehe..sape tok guru ko ni fifiey..aku nak tanye maksud ayat laen laks..

Hairil Rizal said...

Terima kasih la bebanyak wahai Fifiey sbb berikan maksud utk Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng...

Dah lama cari apa maksudnya baru la tau skrg.

Fifiey baru baik demam dan batuk ya? Sama lah kita...Warlord baru baik demam tapi masih ada lagi batuk batuknya.

Hidayati Farhan said...

hehe, bagus la awk ni mengkaji ayat2 tu

zacky ~786~ said...

~ yeker tu maksud yer.. adehh baru saya tahu.. rupa2 yer jampi2 nk berak.. hahahaa.. kreatif sungguh Allahyarham P.Ramlee..

kes Osama tu, mmg tak wujud.. Osama hanya di cipta oleh depa utk menyerang negara2 islam.. sume propaganda yahudi .. then skrg Amerika sibuk utk pilihan raya.. baru la obama sibuk megempar-gempur kn ttg kematian osama.. padahal pernah di nyatakan dahulu.. dan nampak sgt gambar osama tu edit guna photoshop ..~

btol tu fifiey, cpt sungguh kn mase berlalu... sedar tak sedar dh bulan 5.. sy pn dh nk final exm daa.. bln julai da puasa.. huhu.. woho .. cpt2.. hargai la mase .. :)

tome endo said...

meh kite tengok video lucu "lagu niat insong mata kaji semar inseng" dalam video ni. mesti tergelak ketawa punya.. http://adf.ly/RUikT

Anonymous said...

maksudnya ialah:

Niat = Niat

Insong = aku

Mata = pergi

Kaji = mengendap

semar = orang

Ngiseng = berak

Anonymous said...


Maksud Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng ialah niat aku pergi mengendap orang berak

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails