Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, April 25, 2011

Kalau Dah Ujian, Memang Ujian!

Sudah jatuh ditimpa tangga, Nasib baik tak ditimpa atap rumah ke, kayu balak ke, tak ke nanya lagi ditimpa gunung berapi .Nauzubillah. Awak semua, fifiey demam + batuk. wuwuwuw, jum sama-sama nagis meratapi nasib Fifiey sekarang:'( Bolehlah buat lasan kenapa macam chipsmore je update, sekejap ada, sekejap tak ada. Ciss, bunyinya manja, perkara remeh-temeh macamni pun perlu disebar-sebar umum??? Alah, santai sajalah, kucing beranak kembar pun awak semua pi canang satu kampung kan? So, tak salah lah kalau Fifiey Lychee Maration is not feeling well and wanna tell the whole world her condition now!:) sebabnya, sebabnya nak suruh kalian semua mendoakan kesejahteraan atas kesihatan hamba sekarang. Mana tahu, satu kata dari seribu bicara, terlekat azimat mulut masin anda, maka sejahteralah Fifiey adanya.


Ok, berbalik kepada tujuan asal, kenapa tubuh longlai lemah macamni pun masih ada daya untuk update entry di blog? Sebabnya, sebabnya sekali lagi, nak suruh kalian semua mendapat satu pedoman iaitu pandai-pandailah jaga kesihatan diri di zaman era globalisasi yang kian esat dengan pembangunan seiring dengan pencemaran. Apa yang tercemar? Udara, air yang kaian sedut, hisap, minum lalu masuklah pencemaran itu ke dalam rongga-rongga badan kalian, maka membekulah menjadi toksik-toksik yang memudaratkan sel-sel tubuh badan kalian dan maka dengan itu, peluang untuk anda mendapat penyakit berat adalah tinggi. Risiko jangan diambil, apatah lagi berkaitan dengan kesihatan. Mencegah lebih baik daripada merawat. Kalau mencegah anda pelu keluarkan duit sekitar Rm 50, tapi kalau dah merawat, Rm 50 000 pun belum tentu cukup. Kalau yang mampu, silakan sakit-sakit selalu, bantu bagi gaji ke doktor-doktor pakar;) Tapi kalau yang tak mampu, cegahlah sebaik mungkin! Utamakan kesihatan daripada kesentimentalan. Boleh ke macamtu? Apa-apalah, Aiman tak kesah;) Pokok-pangkalnya, doktor sukalah tu kita ulang-alik pergi klinik apatah lagi patient nya cun melecun, kacak gagah perkasa. hahahaha. Gurau semata-mata bukan bermati-matian!


Bercakap pasal batuk, fifiey banyak dapat petua, petua dari borneo, dari jawa, dari hero heroin malaya, dan dari pelbagai pihak lah. Nak share tapi bak Rm 50 sensorang baca. Ini kan sesi pencegahan, bukan sesi merawat. Sila abaikan, gurauan sekali lagi. Doktor Fifiey tak pernah ambil upah/pengeras/penawar nanti ubat jadi pahit macam hempedu dan lambatlah penyakit itu sembuh. Maafkan hamba melalut lagi. Tension, sebab dah lama tak berpeluang untuk melalut macamni di blog ni. Terasa macam bukan blog sendiri pulak. hehe;) Disebabkan Fifiey dapat merasakan kehangatan rindu kalian untuk membaca di ruangan ini, maka wujudlah fifiey secara nyata pada kali ini untuk berkongsi petua (Ok, ayat skima jap eh, biar muncul feel doktor). Petua tradisional untuk menyembuhkan batuk dan demam berskala kecil. Eh, ada skala jugak ke? Ada ah, ada yang peringkat baru, dan ada yang berbulan-bulan tapi tak sembuh-sembuh. Jadi, rawatlah dari awal cegahlah yang terawal dari yang berawal.



Petua-petuanya:-Kalian petik bunga raya. Then rendam dalam air. Guna air rendaman bunga raya tersebut, cuci ke seluruh muka dan kepala juga. Sekiranya mahu minum, minum juga air rendaman terbabit. InsyaALLAH berkesan. (Nak mandi dengan air bunga raya pun boleh):)-Untuk batuk, anda boleh sediakan madu asli dicampur dengan limau nipis. maka minumlah anda dengan aman dan tunggulah hasilnya yang mujarab.Ni yang teman blogger kita bagitahu.Tq Kak Princess nur!-Untuk batuk lagi, anda boleh juga menggunakan kicap masin dan campurkan dengan limau nipis. Minum seperti mana anda minum ubat batuk dari klinik, cukup satu sudu 3 kali sehari. InsyaALLAH berkesan.


Itu antara yang tradisionalnya. Sekiranya ada lagi ramuan-ramuan tradisional lainnya, sila bagi komentar di entry ini ye. Boleh sama-sama tahu khasiatnya. Kalau yang di hospital and klinik pun ada tau. Dah macam-macam fifiey try. Tak percaya. Nah ni dia gambar bedebab fifiey dan ubat-ubat batuknya.!


Hari-hari saya minum ubat, telan ubat, kemam ubat, macam-macam mengenai ubat saya tahu. Tapi adakah ubat itu dapat dengar suara hati saya yang saya tidak suka ubat, tidak mahu ambil ubat lagi, tidak mahu minum ubat lagi, tidak mahu tengok ubat lagi. saya dah letih nak makan ubat semua. Saya dah tak larat nak batuk-batuk mengalahkan neneknenek yang usianya 80-an. buruk benau bunyinya tau. Kalau baby dengar pun dia menangis ingat jerkah kat dia, kalau kerbau dengar terus datang serbu dengan tanduk dekat-dekat. Haa, kan letih lagi di situ sesi kejar mengejar bersama kerbau sampai semput sambil batuk-batuk. Ubat, kalau anda boleh baca hati saya, tolonglah, kalau saya makan anda, minum anda, tolong berikan kesembuhan segera kepada saya. Saya merayu dengan seikhlas hati. Inilah rayuan saya yang paling menusuk di kalbu. Anda patut berbangga, kerana dengan manusia sekalipun saya tidak pernah berbaik budi merayu sebegini rupa!:')



Muka saya kalau sakit mesti merah-merah. jadi dengan ini saya mengisytiharkan tak nak pamer muka saya yang tak berapa sihat/pucat/pudar/suram supaya bayi-bayi kecil yang tengok tak takut. haha.. Jadi saya letaklah muka budak comel macam kucing parsi yang makin gemok. Adik Abby pun baru lepas demam and batuk tapi dia dah sembuh total jadi boleh makan tanpa pantang larang lagi!!!:)) Maka dengan itu bertambah gemuk lah dia.




 LOTS OF LOVE,

23 comments:

APi said...

semoga cepat sembuh cik fy..^^

Jamban Comel said...

petua yang bagus :)

JIJI YU said...

aku bace entry panjg2 bile nampak abby..aku terus lupe ape aku bace..

d_LA said...

alololo ciannye dia x sihat lg yer..take care taw^^

ASaDa RyutaRo said...

kalau kena sakit tekak or batuk2 sikit, better jangan makan ubat batuk dlu. tapi klu melarat baru makan ubat dengan berjadual. ;)

get well soon fifiey.. makan ubat jangan sampai overdose. ;P

aLya maNip said...

cepat2 sembuh fifiey!!!
rindu dengar fifiey story2..lama sngat fifiey menghilang..hehe

Mama Gee said...

fifiey lalink...semoga cepat sembuh ya...take caree

zacky ~786~ said...

mkn ubat jgn tak mkn.. p err, minum kicap n limau nipis mcm minum ubat batuk tu cm xleh trime anak tekak jer.. hahahaa.. ape pn tu ptua drpd dr. fifiey yg tgh sakit nie haaa..

smoga cpt smbuh ..~!! jgn men kejar ngn kobau.. t kna songdol tak psl2 bg duit kt dr pakar lg.. :P

ghost writer said...

makan lah makanan yang berkhasiat yang boleh dijadikan imun pada tubuh.InshaAllah pencegahan lebih baik dari amalkan suatu yang kadang menjadi secara kebetulan.senaman juga mesti dibuat sesekali.

get well soon...

Encik Psychopath said...

perbanyakkan minum air kosong paling releven.

rara pinkmafia said...

hello fifiey commeeelllsssss..

moga cepat sembuh eh =)

@rin @hamad said...

jgn main2 putri raja visit blog kte..thnks ya..

awk jge comel..kulit flawless..

c i [k] j e L i t a said...

hi moga cepat sembuh .
btw nice visit nice to know u .
dropping u back dear.

Arief Arf said...

biasanya kalau batuk minum air asam jawa pekat2 je.
kalau perokok tapi nak merokok jugak walaupun tgh batuk, hisap la rokok mentol.
hahahaha

Izan Ishak said...

moga cik fifiey cepat sembuh ye~

sori ye...lama kak izan tak jalan2 ke sini~

AngahSayang2314 said...

arrrrr fifi i miss uu muaahhhhhh

hans said...

yups
dunia sekarang nih penuh pencemaran
daripada udara, air, makanan, mata, telinga dan sebagainya
memang kena selalu berjaga2
hope u'll get soon faster

alexa yussida said...

get well soon fifiey...sengalla cikgu jijinye komen..hahha:)

HEROICzero said...

adik hu? comel. =)


*mana nak carik bunga raya =___________________="

HonEyBuNNy said...

Fifiey....rindunya dekat kamooo...

semoga cepat sembuh tau...;-)

TunTeja said...

get well soon fifiy!!!!

Hanis MY said...

fiey...kangen sama kamu... take care my dearie, get well soon ya!

ASaDa RyutaRo said...

lama dah tak nampak fifiey. dah sembuh ke belum ni? semoga sihat2 saja.. ;)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails