Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, April 15, 2011

HAPPY BIRTHDAY, ABAH!!!



Hari-hari kemarin,
Macam-macam berlaku,
Sedih, gembira, duka, lara, berbaur rasa,
Tapi feeling aku, sedih yang paling banyak,
Tak nak ungkit lagi,tak nak fikir lagi,
 Kalau tak, kalau tak,
Aku takkan jadi orang kuat,
Apatah lagi yang paling gagah sedunia.
Sedunia???
Logikal akalku mengangguk sahaja,
Tanda mengiakan, menyetujui untuk menyedapkan rasa naluri hati.


Alah,kita kan ramai,
Bukan seorang dua,
Aku suka mendakap musuh dan merangkul teman,
Dengan cara 5 tawanan senyum,
Caranya?
Tidak perlu berbedil kata,
Cukup dengan menafsir erti senyum,
Maka yang tidak berbudi kepada yang berjasa akan menunduk malu,
Dan yang telah memberi untuk kita merasa akan terus berbakti atas hukum karma,
Hari ini aku tidak lagi sedih kerna iltizam diadun niat,
Buahnya adalah kekuatan.
Bagaimana?
Penyatuan!




Kek coklat tropika yang menjadi kegemaran ramai khususnya keluarga besar kami. Happy birthday yang ke 53, ayahanda tercinta! Ayahanda atau gelaran bagi anak-anaknya abah, dilahirkan pada tanggal 14 April 1958, setahun selepas merdekanya Tanah Melayu:) Wah, kek coklatnya juga tampil menarik menambah lagi selera makan saya ditambah dengan salutan coklat serta buah segar ditabur di atasnya;) Strawberry nya segar, sama seperti di kota Bandung. Ahh, jadi kepengen makan strawberry disalut coklat!



Sesi sambutan ulangtahun kecil-kecilan di kamar hospital bersama ayahanda, bonda, adik-adik dan kakak. Kedua-dua abang tidak ada pada ketika ini. Selamat ulangtahun, selamat ulangtahun, selamat ulangtahun buat abah sayang. Kami doakan, kami doakan agar bertambah sihat, bertambah segar, bertambah ceria! Doa tulus dari kami sentiasa buat ayahanda tersayang!




Satu satu, aku sayang mama!
Dua dua, juga sayang abah!
Tiga tiga.. sayang adik kakak!
Satu-dua-tiga, sayang semuanya!




Seminggu berlalu keadaan genting di mana ayahanda dirawat di KBMC pada tanggal 7 April -15 April 2011. Bagi yang mendoakan kesihatan beliau,dan yang sering bertanyakan khabar, serta berkunjung menziarahi beliau, amat-amat kami hargai. Berkat doa kalian kesihatan ayahanda bertambah pulih dan stabil kembali. Praise be to Allah:)



"Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau berilah kesembuhan di atas setiap penyakit,
Ke atas hamba-Mu yang lemah di atas setiap ujian kehidupan,
Yang menggetarkan jiwa luluh supaya kekuatan terus bersemadi,
Di dalam diri dan arus keimanan,
Pada-Mu tempat kami memohon dan mengadu,
Pada-Mu tempat kami meminta dan merayu,
Limpahan dan kurniaan semuanya di atas keagungan-Mu."



 LOTS OF LOVE,


13 comments:

amirah said...

Semoga abah fifiey cepat sembuh kay.. InsyaAllah dia akan kuat kalau anak-anak dan keluarga turut sama kuat..take care darling!

mr.syazwan said...

amin..

semoga abah fifiey cepat sembuh dan kembali ceria k..

SELAMAT ULANG TAHUN ABAH!

huhu

PeNgEmiS dUniA said...

doa byk2 ye moge ayah fifi sehat . insyaallah xde ape . saba ye :)

miszlullaby said...

Happy bday to ayah fifiey and semoga cepat sembuh..

ML buat giveaway, kalau sudi, meh la join =)

http://www.miszlullaby.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

APi said...

selamat ulang tahun kelahiran dan semoga cepat sembuh uncle..
hanya hadiah doa dapat ku kirimkan dari jauh agar uncle sejahtera hendaknya..

mysha said...

seMoGa ur FAther cePat sembuh yer dik.. doa Yang teRBaik Utk dia..

alexa yussida said...

stay strong n just stay beside him ..

i love u !

Princess Nur said...

Ayah fifi masuk kbmc ke? sory dik..knur tak tau pun.,kalau tak sure akak pegi lawat..camana di sekarang?

JIJI YU said...

fifiey..ko tak balik ke..hurm kalo tak nak g ziarah apak ko..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kepada yang mengucapkan ucapan ulangtahun terima kasih and turut berterima kasih atas doa kalian semua... abah fifi dah dikeluarkan semalam.. alhamdulillah keadaan beliau dh stabil:) doakan buat hari2 mendatang!

zacky ~786~ said...

AMin ~

ymn said...

Semoga ceput sembuh.

ASaDa RyutaRo said...

semoga abah fifiey terus sihat ceria selalu bersama family fifiey..

lambat tahu kisah ni. happy belated birthday utk abah fifiey.. semoga diberi kesihatan yang baik. :)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails