Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, March 29, 2011

Reviewing My Birthday Party on 24th February 2011. I am 18 years old girl now!!!!

Hari tu Fifiey kecik lagi. Baby yang sangat cun lahir ke dunia. Cun ke? Boleh tahan la. Bonda dengan ayahanda cakap, kecik-kecik Fifiey dah boleh telan laksa penang, terkejut semua orang pandang, mesti diorang ingat aku anak pungut mat salleh mana, sebab kulit bapak merah putih. Padahal bonda dengan ayanda pun kulit cerah merekah lah..so takde kaitan dengan pungut memungut ataupun haram diharam. Lahir dengan halal punya cara.LOL:D Ye, itu 18 tahun lampau atau lebih tepat mungkin sellingkungan dengan 17 tahun 6 bulan lampau. Fifi. Itu gelaran manja,comel. Lychee nama tambahan. Sebab bila fifiey senyum manis macam buah laici kot., Lagipun aku suka sedut air laici. Mungkin bonda kalau time pregnant dulu2 suka sangat order air laici atau minum jus laici kot;) Apalah-apalah yang penting, sihat walafiat sampai sekarang dan tetap segar macam rose dekat cake tu. Alahai yummy, nak makan cake lagi. Tapi kali ni, nak suruh siapa pulak sponsor chocolate cake secret recipe untuk fifiey??? Happy Birthday Fifiey Lychee. Semoga panjang umur, sukses selalu, sihat sepanjang masa, diperlancarkan segala urusan hidup serta dapat jodoh yang baik. (Doa untuk diri sendiri) Doa dari kalian amat Fifiey butuhkan. Terima kasih. Nanti Fifoiey kasi upah buah laici banyak-banyak ok!!!



Ni lah si Fifiey Lychee yang dah lama tak update dan dah lama meninggalkan ruang rindu kepada semua. (Sambil dengar lagu Letto yang jiwang-jiwang dan usap air mata rindu untuk kalian, ini bukan ayat jiwang 'hampeh' semata-mata tapi ikhlas jauh dari sudut hati terdalam;')  Rindu kan rindu? Siapa yang tak mengaku tu boong. Bukan bokbong, boong itu bohong lah. Alololo, meh sini semua Kak Fifiey salam-salam dengan semua tanda kembalinya susana ceria di blog Fifiey yang hampir ketinggalan zaman dengan pelbagai gosip semasa, eh lupa, kurangkan kontrioversi tingkatkan prestasi. Tak nak tanya ke ke mana Cik Fifiey Lychee menghilang? Eh no no, takkanlah Fifiey lari ke Siam, menikah dengan mamat bangla pulak, jangan, jangan doakan. Haha. Of course lah sibuk dengan peningkatan diri dan prestasi untuk melangkah ke arus semasa yang kian dewasa. Tak perlu ulas panjang-panjang sebab semuanya dah cerdik-cerdik boleh pikir panjang-panjang. Betul tak? Yang nyata ada surprise untuk kalian semua for the next next next entries akan datang! 1,2, 3 jom tiup cake sama-sama dengan Fifiey. Fuh fuh fuh, niat dulu niat, nawaitu penting untuk memastikan tujuan dan bantuan dari Allah akan datang kekal kepada kita:)



They are just my friends, my heart, my siblings, my sisters. Merekalah pendorong di kala senang dan susah, merekalah buah hati pengarang jantung yang tidak tergantikan, mereka pelawak semasa suasana suram, merekalah yang merajuk bila bukak tudung saji tak ada makanan. Ye ke? Sometimes;)  Jum potong cake sama-sama ok. Anda mahu juga? meh sini meh Fifiey suapkan. Free je free..;) Orang kataa sebelum potong cake niatlah sesuatu berdasarkan hajat masing-masing. Anybody wants to know apa wishes Fifiey ??? Ce teka ce teka....!:D



Masa ni, abang ni wujud, abang sorang lagi tak wujud, sebab dia sampai lewat. Hadiah cilok dari butik ke beli baru ni??? Wonder, lol;D Apapun, doakan yang baik-baik buat masa depan semua ok! Seronok bila semua berkumpul, kalau dah semua sibuk, omaigosh, the suasana turn to sepi back as usual. So, i love noisy. Sila sila buat bising sampai saya tutup telinga dan keluar air mata gumbira. Wuwuwuwuwu....P/s: Tahun ganti tahun, dah tua, and i'm expected more in life. More happiness and more cheerish things ahead! Insha-Allah:) Berkat doa kalian semua, I WILL.



This kid yang comel;) Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi jumpa Kak Fifiey:) (alolololo, berkenan dekat hidung mancung diaaaaa:)



They are cheering my days:) Waktu saya membebel, waktu saya stress, waktu saya happy, waktu saya duka(duka ke?) mereka ada! Selalu ada ke? Ada. Dalam hati. ;)



Bonda. Insan paling penting dalam hidup selain ayahanda. Tanpa genetik mereka, tidaklah wujud rupa saya sekarang, sifat dan sikap saya serta fizikal yang terbentuk dari bayi hingga sekarang. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan  ke nasi, kecuali kuahnya basi maka tidaklah gunanya lagi kuah tersebut untuk ditumpahkan ke dalam nasi. Dan betullah kata orang, kejayaan seseorang tergantung daripada keizinan Allah berlandaskan doa ibu bapa. And i'm so happy to have loving, caring parents like bonda and ayahanda, walaupun they are sometimes busy, but they still have time for us.  Alhamdulillah. Terkenangkan iklan budak comel menyanyi lagu ibu, alah,. ada kan yg dalam tv tu, yg gegurl pakai gaun pink nyanyi lagu kat bawah ni, jum nyanyi sama-sama....I love the way she sang.



Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu




Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu




Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu




Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu




**********************************************************************



Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan




Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu






P/s: Hargailah insan-insan tersayang di sekeliling anda dengan cara yang terhormat dan terbaik selagi berkesempatan atau anda akan menelan pahit kekesalan sampai ke akhir hayat.


 LOTS OF LOVE,



25 comments:

shark said...

lamanyer review dia...
kek untk sy xdek ker..
hehehe

akmal afiqah said...

cwit 18 dear ^^

Nur Farah Hani said...

hapy besday dear.. moga moga bahagia selalu.. xd

d_LA said...

fifiey!!! rindu fifieyyyyyy...hp belated bday yerrr..hepi2 salu^^

~AmyLiana8886~ said...

lamanya menyepi...bdw happy besday dik..nati add fb akak ek..fb lama dh kena hack..huhu

mayra aish♥ said...

happy belated birthday (>__^)
nampak sedap kek tu!
hehehe

penaberkala said...

owh,lama sungguh tak baca celoteh fifiey,hahaa
dtg2 dah genap 18 taun eh?
muda lagi tuh, tp pejalanan masih jauh
kekalkan momentum utk terus maju
all the best
happy belated birthday
jom makan secret recipe kat kbmall,haha

JIJI YU said...

setelah lame menyepi..

tulus sweet said...

hehe. welcome back fifie..have a sweet life!

azalia hjsalleh said...

wow. it's soooooo sweet ;)

APi said...

kamar rindu ini terubat..
kembalinya cik fy dengan selamat..^^

munna said...

happy belated birthday dear....

Syariniey Amran said...

heppy belated bufday yer
lama fifiey ilang :)
welcome back
mish u!

Mama Gee said...

hepi belated besday dear....
semoga lebih matang dlm merencana kehidupan sehari2.. :)

aLya maNip said...

fifiey!!!! lamanya menghilang dr dunia maya..hehe
papepon, heppy belated beday dear..may ALLAH bless u n ur life :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

SALAM
SELAMAT PANJANG UMUR MURAH REZEKI

Syarafina Sabri said...

hi n salam dear, so a level kt kota singa ke nanti ?alhamdulillah dpat straight a's . allah nak uji dgan kesenangan sebentar .. thanks ! x dpat offer ape2 lg, bru isi2 brang scholarship je . harapkan dpat merantau, kenal budaya org bg diri tabah sikit . btw, happy belated birthday !

Hairil Rizal said...

Yaay, lama tak baca update dari Fifiey. Doanya agar Fifiey sihat dan ceria selalu!

Dah sebulan lebih tapi bolehlah rasanya Warlord ucapkan Happy Belated Birthday utk Fifiey!

Sememangnya saat saat bersama mereka yg disayangi itu tidak ternilai harganya!

Encik Psychopath said...

happy family :)

mysha said...

hePy beLated besdaY prettY giRL..
sEMoga sUkses sLalu k..

mr.curly said...

hepi besday!!..moge pe yg dilakukn diberkati Ilahi..

d_tieah said...

Happy belated birthday.. Huhuhu.. Baru habis spm lah ni kan? Ngee :)

Entry Terbaru : Perkara Yang Tak Perlu Ada Dalam AF9

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

happy bzday... wowowo..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ucapan teman2 blogger mahupun alam nyata amat2 sy hargai:) tahun depan ada birthday lagi, spare hadiah bebanyakk taww..hehe.. gurau.. hadiah doa pun dh ckup. doakan yg terbaik untuk fifiey!

ASaDa RyutaRo said...

hehehe.. happy belated birthday.. mmg lambat sungguh lah ni.

lama asada tak menjenguk ke blog ni. kini sudah datang kembali ;)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails