Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, February 12, 2011

WARKAH BUAT KAKANDA.....

Assalamualaikum buat kakanda,


Aku khabarkan kepada burung supaya dia sampaikan berita usang ini kepada kau. Mungkin tanggalnya lewat beerapa detik jam berlalu, namun, masih aku ingin mengirimkannya dengan ikhlas dan seadanya! Pesanku, jangan kau titis air mata rindu mahupun terkenangkan kenagan lalu yang ku ungkitkan di warkah ini. Aku tidak mahu lagi melihat ada di antara kita menangis tanpa lagu. Buruk rupanya! Kan masing-masing sudah dewasa. Bangkit. Itu yang aku mahu!



Image: Sumber dari facebook Raja Tengku Putri Anis.


Kalau 22 tahun lampau kau dilahirkan dengan begitu sihat walafiat, dengan berat mencecah 4 kg, namun kini aku sangat yakin dan pasti kau telah mencecah 70 kg bukan? Bayi yang paling berat dikandung seorang bonda berbanding aku, kakanda serta adinda yang lainnya.  Disambut gah juga seperti seoreang putera raja nan kacak dilahirkan dan diturunkan ke bumi sahaja kau! Untung, perkiraan yang tidak juga penting, namun, tumbuhnya kau dewasa membuatkan si ibu mengandung dan si bapak mendidik berasa bangga! Seringkanlah membanggakan mereka seperti mana mereka juga terasa bangga dek wujudnya kau!


Hari ini genap usia kau 22 Tahun..Tidak tua, tidak juga muda, tapi kau sudah dewasa. 4 tahun jarak umurmu berbanding aku. Aku senang melihatmu tumbuh dewasa dengan sifat kematangan kau namun tetap juga masih ada kedegilan walaupun ia hanya secubit yang disangka. Jauh di sudut pandangan dan renunganku terimbau kisah dulu-dulu di waktu kita sama-sama membesar! Aku rindu itu. Sumpah! Mengusap air mata yang tidak terurai membuatkan aku yakni seolah mahu sahaja memutar waktu untuk kembali ke zaman itu, untuk mengubah segala peristiwa yang ada, namun itulah TAKDIR! Aku tidak mampu menolak, aku tidak punya kuasa keenam seperti mana yang lain bisa, aku hanya yang biasa-biasa yang hanya mampu berdoa yang terbaik buat semua!


Kau dulu-dulu anak yang baik, tidak juga aku kata sekarang jahat. Namun biasalah sifat remaja yang memberontak kadangkala membuatkan ibu atau bapa gusar melihat perubahan ke atas diri anaknya yang kadangkala melawan. Itu normal. Barulah digelar remaja. Berbicara tentang zaman kanak-kanak kau bersama aku dan kakanda serta adinda yang lain terlebih dahulu. i saat aku lahir, ketika itu kau baru berusia 4 tahun. dan aku yang waktu itu gebu dan mulus ketika usia setahun! Kata bonda, kau pernah membuatku jatuh dan terpaksa aku dijahit di kepala.berpuluh jahitan juga! Ngeri, tapi aku tidak tahu pun itu berlaku, mungkin waktu itu aku masih sangat kecil, tidak mengerti apa-apa. Untung sahaja diri aku tak bertukar jadi seorang yang lupa ingatan, kalau tidak, kau ku persalahkan. Sekadar gurauan sambil bergelak tawa. Namun, tidak pula jahitan itu terkesan sehingga kini.




Image: Kalau hari ini kau begitu kecil, sekarang dewasamu berjasalah pada tanah, pada api, pada air, pada bumi, dan pada manusia yang baik hatinya!



Masih ingat lagi, aku tidak suka mainan perempuan, yang aku suka adalah permainan lelaki, tapi bukan yang lasak seperti terjun di sungai, ataupun main di celahan bukit serta membaling-baling batu besar ke arah anak-anak gadis yang lalu, serta main panjat-panjat pokok segala macambukan aku senangnya sama LEGO yang bina bangunan tinggi-tinggi itu. Kalah ejurutera hebat! Ciptaanku memang kreatif. Andai sahaja ku bisa tunjukkan kepada kalian. Mainanku di rumah sahaja. Mungkin serius aku kataan, aku tidak seperti anak-anak seusiaku yang lain. Kawalan terhadap kami sangat ketat, itu bukan bermaksud dikongkong, namun kami sukanya sesuatu yang rapi. Jadi robotmu menjadi robotku juga, dan ketika permainan control aeroplane yang bisa terbang di udara itu wujud, ayahanda telah membeli itu buatmu. Kita main-main bersama. Oh, sunggu seru dan menyeronokkan. Begitu juga dengan control car. Pokoknya apaun yang terbaru di pasaran, kau pasti usaha untuk mendapatkannya! Aku juga turut tumpang main.Oh ya, kami suka juga sama yang tradisional. Kami main congkak, carroom, dan juga permainan kata seperti sahibba dan yang paling seru adalah saidina. Aku suka perhitungan begitu juga dengan kau kan? Ah, zaman kanak-kanak yang sentisa ada kebersamaan!


Kalau hal pemilihan pakaian, kata bonda kau dari kecil lagi senangnya bergaya terus walaupun hanya berada di rumah. Dari kecil sudah terbiasa dengan jazz, jeans, dan segala baju berjenama!jadi, aklau lihat perwatakan kau sekarang, memang ternyata itu semua benar! Ah kau, kalah artis Lihat saja aku, senangnya baju kurung, kalah dewi remaja masa kini;) Paling ga, gaun labuh seperti Madonna, keren!


Tahun 1996. Kau dapat adik baru. Aku juga. Putri Farra Arisha lahir. Alahai, dia cantik, putih gebu seperti yang lain juga! Genetik kita-kita mungkin;) Aku mulai rapat dengan adikku. Tidak lagi kau! Mungkin kerana kami sama-sama perempuan dan kau juga telah bertambah usianya, teman-teman seusiamu juga masih banyak. Namun,s ering juga kita semua bersantai bersama-sama. Malah hingg akini kita semua akrab!


Aku masih terbayang! Tersengih-sengih aku seorang. Bagai kera mendapat bunga. Bayangkan rupanya. Menghadap laptop usang pemberianmu ku terbayang! Masihkah kau ingat di waktu kita hanya menaiki basikal untuk ke tempat mengaji dan ketika itu aa anjing besr di sekitar-kitarnya. Ahh, kau Cina, kenapa pelihara anjing tapi melepaskannya tidak tentu hala! Kau tahu kami takut, tapi masih saja melepaskan anjing-anjing tersebut dan melalak ketika kami lalu di hadapan banglo besarmu! Uhh, anjing hitam yang menggerunkan. Aku trfikir kalau sahaja aku dikejar lagi bagaimana? sedangkan aku memakai baju kurung an bertudung manis, dan dayaku untuk berlari tak sekuat yang lain. Akui, aku lemah dalam sukan! Tapi aku tidak khuatir, aku kan bersama kau, abang! haha. Namun, ada juga anjing yang tersenyum manis kepada kami. Mungkin dia sudah kenal kami dan selalu melihat kami berjalan-jalan di sekitar situ! Aku dapat merasakan yang anjing putih itu suci! Mengaji. Suatu hal yang sangat menyeronokkan. Ingat lagi nama Tok Guru di tempat kami mengaji itu. Namanya Cik Mi. Aku naik basikal dengan kau dan ada lagi jiran kita yang iku mengaj di tempat yang sama. Seronok ramai-ramai. Namun, ketika itu aku baru berusia 8 tahun dan kau berusia 11tahun. Aku yang khatam terlebih awal. Aku gumbira,dan selang tak berapa lama dari itu, kau pun khatam, Bonda buatkan kita pulut kuning ayam panggang! Terbai yang pernah kami rasa. Khatam al-Quran! Sungguh suatu yang menggembirakan di awal usiaku 8 tahun:)



Kita bersekolah bersama. Aku tidak suka. Kerana setiap kali ada kakak senior yang minat kau, pasti aku yang jadi mangsa untuk mereka beramas mesra. Hipokrit. Aku dapat bezakan yang betul-betul ikhlas mahu berteman dan juga hanya mahu aku suka kerana mahukan kau! Ahh, anak monyet, jangan kailian jatuh cinta monyet, kerana kalian bukan monyet! Masih di bangku sekolah rendah ada hati nak mengorat! Kalau benar sekalipun, usahalah sendiri, kalian bukan mahu aku, kau mahu abang aku! Surat-surat cinta, bukan aku tak tahu, kau memang ramai peminat kan? Hari-hari dapat surat cinta. Terselit celah beg. Bonda pun tahu dan pernah baca. Haha, aku yang bongkarkan dan pecahkan rahsia. Ahh, jahatnya aku. Tapi kau tak kisah kan? Itu cerita lama. Relax lah, ramai peminat kau kena jual mahal, baru saham kau naik! Tapi tak pasal-pasal aku turut jadi famous, sebab kau masa tu hebat bola.Pemain untuk daerah.E Ye lah, sampai sekarang perempuan-perempuan minat kat pemain bola. Usha punya usha kan? h unfair, aku famous sebab aku pun bijak lah! Haha. One thing aku suka sekolh rendah sekali dengan kau, sebab aku boleh challenge kau dalam matematik. Hari-hari buat pop quiz di rumah, kira-kira tup tup aku yang menang! Hoorayy, memang dulu-dlu kau selalu menang, tapi since aku dah sekolah, aku lah yang menggondol sebagai juara. Tak dinafikan, masa kau sekolah rendah maths kau power! naik sekolah menengah je kantoi sikit dengan add maths kan? Apa-apalah, tapi sekarang kau dah jadi manusia. Aku doakan kesuksesan kau dalam business. Hebat!



Haa, bab makan, makin hari makin kau cerewet! Orang lain suka singgang ikan, kau memilih, tak suka itu semua. Nak daging , nak ayam hari-hari? haa, pi beli pasar, bak sini aku masakkan! Tapi aku tahu kau lebih pandai masak ar aku, tang tambah black paper, kau memang power! Best. Alahai, habis stu meja di kedai kau belanja orang setiap kali kau keluar lepak. Patutlah rezeki kau murah, sebab kau selalu bersedekah kalau kau ada rezeki lebih. Habis barang yang kau sayang kau bagi orang kan? Dari stoking bola, dari kasut bola yang mahal-mahal, dari jacket, dari bola adidas tu, semua kau nak kasi kawan-kawan kan? Kata kau, "alahh, apiq dah tak guna dah, bagi je lah orang." Ye, kau tak tumpah seorang penderma yang hebat! Rumah kebajikan masyarakat boleh minta kau sumbangkan jasa an bakti kalau perlu! Dan kalau tak tumpahnya kuah ke nasi, ke mana lagi kan? Ikut genetik siapa kira-kira? dari kecik lagi tak ubah macam wakil rakyat melawat kampung. Imej tersebut di waktu aku belum lahir. Kak putri usianya 6 tahun dan TPMH usia 4 tahun.


Image: Andai kau mahu capai tongkat di langit, capailah! Jangan lupa tunduk ke bumi sesekali!


Kalau yang tak kenal aku adik kau, dan kau abang aku, kalau kita keluar berdating pasti orang cakap, wehhh macho lahh pakwe kau fifiey, eh no no no, kami pasangan adik beradik yang hot ok! Dah termaktub itu. Kini masing-masing dah remaja. Foto di atas ketika itu aku masih  berusia 13 tahun tapi dah nampak macam sweet seventeen je-,- Muka cepat tua, nak buat macam mana kan.



Zaman remaja zaman yang paling dan harus untuk memperjuangkan. Kau suka mengikut teman-teman, Itu yang bonda ayahanda gusarkan! Takutnya pengaruh itu negatif. Kan malang tidak berbau, setelah bonda dapat tahu kau merokok, tak asal-pasal kena marah! Terkantoi. Aku diam je walaupun tahu kau merokok dalam tandas dulu-dulu. Sebab aku rasa anak-anak remaja baimya slow talk, makin marah-marah makin memberontak. Padahal, aku masih  budak-budak, namun pemikiran aku kalah orang dewsa. Itu dulu. Sekarang sejak kau sudah dewasa dan dapat berfikir yang mana baik dan buruk, memang seratus peratus kepercayaan ditaruhkan kembali! Jadi, jagalah kepercayaan tersebut.


Kau suka pecut kereta. Aku benci. Setiap kali naik kereta dengan kau, alamatnya terjatuh jantung aku ke bawah, ke lantai ke mana-mana. Eksiden yang aku khuatirkan. Nasib baik, belum pernah berlaku. Patuhilah undang-undang jalan raya. Ingat orang yang tersayang!


Tang suara? Kau bolehlah tahan. lemaknya ada, merdunya ada, jantannya ada. Nanti kalau ku punya banyak waktu, kita berkaroeke bersama-sama dengan yang lain juga! Pasti saat yangs seru. Terigat akan suatu perkara. Kalau dulu-dulu kita sambut ulangtahun bersama kerana jarak tanggalnya tak jauh beza. Kau 12 Februari, an aku 24 Feb. Keua-duanya dilahirkan dalam bulan Februari yang penuh cinta! Aku rindu nak tiup lilin dengan kau lah! Nanti jangan lupa kasi hadiah yang terbaik untuk aku buat tahun ini. Kan dah sweet 18:) Boleh aku request? Ahh, api bakalan tidak seru kalau aku yang request terlebih dahulu. Ikhlaskan sahaja lah!


Dengar kata kau dah tak sabar-sabar nak beristeri? Siapa gerangan bakal kakak ipar aku? Jangan langkah bendul, nanti jadi lurus bendul kena ikut isteri. Jangan , sila bersabar untuk buat sementara waktu Tunggu kakak dan abang kahwin dulu. Sabar itu separuh dari iman. Mana iman kalau tak sabar. Hari masih muda, malam tak lagi senja, kau punya puluhan tahun masih untuk melakukan niat suci tersebut. Tapi dah boleh mulai mencari bakal yang sesuai, bukan bakal yang terperap untuk dibuat pekasam sampai masam! Harap kau faham. Hidup, jodoh, ajal, maut, rezeki semua di tangan DIA. Kau usahalah yang terbaik. Gapai cit-cita kau dulu. Jadi orang yang lebih hebat!


Tadi, tengok foto birthday boy. Kau lah. Tapi tak ada kau di dalam album makan burger?  Apapun, aku ucapkan semoga maju jaya. Dapat banyak rezeki ke Hong Kong. Itu janji kau yang pasti ku tuntut! Cita-cita kau, pasti kau gengam, impian kau, pasti kau capai, angan-angan kau pasti direalitikan kerana aku tahu kau seorang yang kuat, hebat dan juga punya personaliti. Gapailah sebelum terlambat biar semua dapat merasainya! Jaga kesihatan dan yang penting kurangkan merokok. Lebih bagus kalau kau hentikan langsung. Semoga kau dilancarkan segala perjalanan dan liku-liku hidup yang menghantui seperti hantu malaon, semoga mereka yang membencimu akan lebih menyayangimu, semoga mereka yang mencemburuimu akan lebih bersikap terbuka dengan mu, dan setiap mereka yang mendoakan terbaik buatmu, bakalan mendapat rahmat yang melimph kali ganda ke atas mereka! Semoga kau menjadi yang terbaik di antara yang terbaik buat keluarga, nusa dan bangsa!


Image: Kau kini. Tiada kata melainkan doa, dan doa yang baik berasal dari perkataan yang baik. Kali ini ku ucapkan yang baik-baik moga segala impianmu, doamu didengari Tuhan! Gungungkanlah cita-cita, panjangkanlah akal mengenggam angan, tumbuhkanlah cinta dan sayang supaya tiada dendam dan sengketa antara semua supaya impian terlaksana!


Salam kelahiran yang ke-22 - 
Tengku Putra Mohd Hussin


Lots of love,

19 comments:

JIJI YU said...

wohoho..pernah berjahit kepale..tapi tak nampak kesan pon ek

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

cikgu, heroin tak pernah terkesan! haha.

Hanis Azla said...

wah sweetnya buat warkah untuk abang tersayang.. Salam kenal yer..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak hanis Azla:
haha,sweetkah? jangan sampai semut keliling;)
ok, tq sis. salamkenal kembali:)

Pirate said...

Wah... betul2 sygkan abang yer cik Fifiey. Tgk entry panjang berjela pun dah tahu :) (seronok tgk keluarga bahagia dan rapat mesra)

Anis S. said...

Alahai, sweet lah buat entri untuk abang. Saya dengan abang saya bergaduh je kerjanya. Haha

hOtMaMa said...

whoppps! handsome bangettt! hikhik.. hepi 22nd besday to him!

shah-kayrul said...

happy birthday 22 untuk kakanda fifiey....panjang giler warkah....memang sweet

APi said...

wah..
selamat ulang tahun kelahiran buat saudara..
tahun kelahiran kita sama tapi bulan yang berbeza..
warkah adik mu, cik fy ini sangat tulus..
semoga bahagia selalu hendaknya..

mr.syazwan said...

biar betul umur 22??

ingat tadi 12 tahun..

hahaha

SELAMAT ULANG TAHUN BUAT SI TENGKU itu ye

=_=

aLya said...

hepy 22 beday 2k kkanda fifiey..
k.alya ingat die baru 20..haha
same umo rupenye..ngeee :)

Syafiq Rosli said...

huhu..nice entri..sedap di bca tau

Imran nyambek said...

abang lu sure terharu nih baca

d_LA said...

wahhhhh..wish plg terbaik utk abg..momen dr kecik smpai bsr..hp bday 2 ur bro ^__^

zazaw said...

seronok nyerr ade abang
hehehe

happy besday tok abang fifiey

Johari Hamzah said...

wah.. bestnya abg dia.. dpt entri khas dri adiknye... :)

nama.aku.lynn said...

this is awesomeee!!love ur blog!;)
thanks to ben ashaari for let us know about u fifiey.;)

hoya hadis said...

warkah yang menarik dari si adik ke kakanda..jarang dibuat dek orang.memang sweet..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

maaf entry ni panjang.. sebab sy sentiasa mengenangkan zaman2 sy kecil dulu2. sgt manis.. mungkin lebih manis dr madu dr lebah! Rindu zaman itu. Sekarang semua dh besar2 dah makin banyak kemajuan diri anatara kami, namun, kami makin rapat walaupun masing2 sibuk:)

terima kasih, terharu juga dengan komentar akak, abang sekalian:')

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails